Anda di halaman 1dari 3

SUMBER ASAS

BENTUK MUKA BUMI


PERHUBUNGAN
SINAR MATAHARI
DENAI BINATANG
ARAH KIBLAT
ARAH LALUAN ANGIN

SUMBER ASAS

Untuk memilih kawasan ataupun tapak perkhemahan yang baik,

perkara yang paling utama untuk diambil kira ialah sumber alam
semulajadi terutamanya punca air. Punca air adalah penting untuk kita
memasak, minum, membersihkan diri dan sebagainya. Namun begitu
anda DILARANG berkhemah terlalu dekat dengan sungai dikawasan hulu
atau berbukit. jika hujan dikawasan ini, terutamanya di sebalah hulu,
paras air akan tiba-tiba naik dengan cepat.

BENTUK MUKA BUMI

Bentuk muka bumi yang sesuai adalah tanah rata dan kering.

Kedudukan tanah tersebut haruslah tinggi sedikit daripada kawasan


disekitarnya untuk mengelakkan air bertakung / banjir ketika hujan lebat.
Permukaan tanah juga seharusnya tidak berbatu-batu kerana ia tidak
menyelesakan ketika tidur.

PERHUBUNGAN
Kawasan yang anda pilih sekurang-kurangnya mempunyai cara untuk
berhubung dengan orang diluar kawasan perkhemahan tersebut seperti
jalan raya, telefon awam, balai polis, rumah penduduk kampung dan
sebagainya. Ini untuk memudahkan anda mendapatkan bantuan segera
jika perlu.

Jika anda menjalankan aktiviti ini dikawasan yang terpencil atau jauh
kedalam hutan, pastikan anda berhampiran dengan tanah lapang dan
tinggi supaya kedudukan anda mudah dikesan dari udara

SINAR MATAHARI
Kedudukan anda seharusnya mendapat sinar matahari disebelah pagi
untuk tujuan mengeringkan udara lembap dalam khemah dan juga
mengeringkan pakaian dan peralatan yang basah.
Pemandangan yang indah juga tidak kurang pentingnya kerana ia dapat
memberikan ketenangan kepada kita serta perkhemahan kita menjadi
lebih seronok.

MEMASANG DAN MENDIRIKAN KHEMAH

Khemah didirikan (dipasang) untuk membuat tempat kediaman

sementara bagi berteduh daripada panas dan hujan.


Biasanya, Khemah diperbuat daripada kain tebal, kain layar, campuran
palastik (nilon) dan sebagainya.

Pada masa kini, khemah yang dibuat daripada nilon lebih popular

kerana ia adalah ringan dan senang dibawa ketempat perkhemahanAnda


seharusnya mengetahui nama bahagian yang terdapat pada khemah.

Kebiasaannya, sebuah khemah mempunyai bahagian seperti dinding,

bumbung, pancang, tali pancang, penahan angina, tiang daripada kayu


atau besi pintu.
Sesetengah khemah mempunyai pintu dan penahan angin.
Terdapat juga khemah yang tidak mempunyai tiang besi yang siap.
Selain itu,terdapat juga khemah pasang siap seperti khemah ridge.
Cara-cara membuka khemah daripada beg

Anda mungkin juga menyukai