Anda di halaman 1dari 1

Bagaimana sesuatu hubungan yang baik dapat disemai dan dieratkan jika

tiada sikap sabar dalam diri manusia? Bagai saya sabar berfungsi untuk
mengeratkan silaturrahim antara insan. Contohnya apabila kita berasa
marah tentang sesuatu tetapi kita masih cuba bertenang agar tiada
perkara buruk berlaku. Semua orang sudah maklum bahawa marah
mempunyai potensi yang tinggi untuk menyebabkan kejadian buruk yang
lain berlaku. Jika kita mengikut perasaan marah yang meruap-ruap
tersebut pastinya pelbagai kata kesat akan kita hamburkan dan mungkin
juga ada antara kita yang tercedera akibat tindakan yang diambil ketika
sedang marah. Namun, Allah telah menganugerahkan sifat sabar dalam
diri setiap umat manusia agar kita gunakan dengan sebaiknya.

Anda mungkin juga menyukai