Anda di halaman 1dari 1

1.

Berkhutbah

Teknik syarahan atau khutbah merupakan teknik utama yang digunakan oleh
Rasullullah s.a.w dalam penyampaian dakwah baginda. Bahkan khutbah ini
diwajibkan untuk setiap solat jumaat agar nasihat dan ajaran baginda dapat
disambung pula oleh umatnya sehingga ke hari kiamat. Ini menunjukkan
pendekatan berkhutbah merupakan teknik penting dalam menyampaikan ajaran
islam. Lazimnya teknik berkhutbah ini digabungkan dengan teknik dialog dan
perbincangan selain menggayakan teknik ini dengan penerapan nilai baik
kepada para sahabat. Sebagai contoh, Abu Hurairah r.a menyatakan bahawa
pernah sekali Rasullullah berkhutbah kepada kami dengan sabdanya ( alBukhari,1994:180/8):

Terjemahan : Abu Hurairah berkata , Rasullullah berkhutbah kepada kami dengan


sabdanya,Wahai Manusia Allah mewajibkan kepada kamu mengerjakan Haji ,
tunaikanlah haji. Seseorang lelaki bertanya :adakah setiap tahun ,wahai
Rasullullah?Baginda hanya diam sahaja hingga lelaki tadi mengulanginya
pertanyaannya sebanyak tiga kali. Rasullullah s.a.w pun menjawab Jika aku
katakan Ya,tentu ianya wajib dilakukan setiap tahun dan kamu mungkin tidak
mampu melakukannya.Baginda bersabda lagi : Tinggallah sesuatu yang aku
tidak galakkan kepada kamu. Kemusnahan umat yang terdahulu daripada kamu
adalah kerana mereka banyak bertanya dan tiada persefahaman dengan nabi
mereka . Jadi apabila aku perintahkan kepada kamu , lakukanlah sedaya kamu
dan apabila aku melarang daripada melakukan sesuatu tinggalkanlah.
(Al-Bukhari)

Anda mungkin juga menyukai