Anda di halaman 1dari 2

Cara memandikan

Cara memandikan mayat dengan sempurna adalah sebagaimana


di bawah :
1. Hendaklah dimandikan di tempat yang tertutup seperti bilik dan
sebagainya. Di masa memandikan mayat tadi jangan dibenarkan
sesiapa pun masuk ke tempat itu kecuali orang yang rnemandikan
sahaja, pembantu pembantunya dan ahli waris yang hampir,
seperti ibu/bapa, suami atau isteri , dan anak-anaknya.
2. Pakaian mayat itu hendaklah ditanggalkan dan diganti dengan
kain basahan mandi , sebaik-baiknya dengan kain sarung , supaya
tidak terdedah auratnya dan jangan ditelanjangi mayat tadi ketika
Memandikannya.

3. Hendaklah dibaringkan mayat itu di atas kepingan


papan yang lebar yang letaknya agak tinggi seperti
meja, bangku panjang dan sebagainya supaya tidak
terkena percikan air yang jatuh.
4. Air yang digunakan untuk memandikan mayat itu
ialah air masin atau air tawar sejuk supaya menahan
daripada segera busuk. Tetapi jika air tadi terlalu sejuk
bolehlah dicampurkan dengan sedikit air panas.
5. Sebelum atau setelah mayat itu dimandikan,
hendaklah mayat tadi diwudhu'kan. Lafaz niatnya

Anda mungkin juga menyukai