Anda di halaman 1dari 1

REFLEKSI PROJEK AUDIO AMPLIFIER

SEBELUM MEMBUAT PROJEK


1. Saya melukis litar dengan menggunakan software eagle, semasa menggunakan
software tersebut, saya mengalami masalah berhubung keluaran positif dan negatif
bateri yang tidak wujud didalam litar yang sedia ada, saya harus membuat
sambungan lain bagi menwujudkan positif dan negatif pada litar yang akan saya
etching nanti.
2. Semasa membuat litar ini juga, saya keliru antara pertindihan litar. Maka saya telah
mengambil keputusan dengan membuat jalan lain dengan melalui perintang dan
diod. Dengan itu pertindihan antara litar tidak akan berlaku.
3. Selain itu, saya telah mengalami masalah untuk etching board di fakulti ini, maka
saya telah mengambil keputusan pergi menyiapkan litar di fakulti FKEE dengan
bantuan teknikal di situ, saya dapat menyiapkan litar saya ini.
SEMASA MEMBUAT PROJEK
1. Saya tidak menghadapi sebarang kesukaran dalam memateri litar saya. Tetapi apabila
litar saya sudah siap, maka saya menguji litar tersebut dan didapati litar tersebut tidak
berbunyi. Saya telah mengesan beberapa masalah iaitu
I.
Saya tersalah memateri diantara speaker dan audio in.
II.
Saya tersalah membuat sambungan positif dan negatif pada litar yang
menyebabkan tiada keluaran pada speaker.
SELEPAS MEMBUAT PROJEK
1. Selepas litar saya siap diuji, saya mendapati speaker projek saya berjaya
mengeluarkan bunyi dan kurang bunyi hingar.
PENAMBAHBAIKAN
1. Dengan projek yang telah saya hasilkan ini, saya dapati litar saya seharusnya boleh
dibuat semula dalam bentuk atau saiz yang lebih kecil lagi bagi mengurangkan kos
penggunaan PCB board.
2. Selain itu, penyambungan juga penting bagi memastikan projek berjalan lancar.
3. Penambahbaikan akan datang saya cuba untuk menghasilkan litar ini dengan
menambah litar mikrofon tanpa wayar, Oleh itu, sambil mendengar muzik atau
rakaman. Kita boleh berhibur dengan menggunakan suara sendiri.

Anda mungkin juga menyukai