Anda di halaman 1dari 4

NAMA : NURSYAFIQA BINTI KAMARUL ZAMAN

NO. MATRIK : D20151070780


LAPORAN PERMASALAHAN

Pada amali pada minggu ini, kumpulan kami telah berjaya menjalankan
penyambungan litar pada papan projek. Walau bagaimanapun, terdapat permasalahan
yang timbul sepanjang menjalankannya kerja yang menyebabkan kesukaran bagi kami
menyelesaikan. Antara permasalahannya adalah :

 Lampu LED tidak bernyala.


 Lampu LED tidak berkelip seperti yang dikehendaki oleh tenaga pengajar.
 Pemasangan transistor yang salah kerana keliru dengan cara pemasangan
pada papan projek.

Walaupun terdapat permasalahan yang dihadapi sepanjang melakukan tugasan


amali, kami masih berjaya menyiapkannya tugasan yang diberikan dengan baik
mengikut masa yang ditetapkan. Semua ahli dalam kumpulan kami sangat
bertanggungjawab dan memberikan komitmen yang sepenuhnya sepanjang
melakukan amali tersebut. Pada kami, masalah yang timbul bukanlah halangan untuk
menyiapkan tugasan yang diberikan malah masalah tersebut membuat kami berfikir
untuk mencari jalan penyelesaian supaya masalah tersebut dapat diatasi dan tidak
berulang kembali.
PERBINCANGAN

Setiap pemasangan komponen, kami perlu mengenal pasti terlebih dahulu jenis,
simbol serta fungsi komponen tersebut. Ia dapat memudahkan kerja-kerja
pemasangan dilakukan pada papan PBC. Kemudian, sebelum kerja-kerja
penyambungan dilakukan, kami perlu memahami cara pembacaan litar untuk
menukarkan litar skematik kepaada litar bergambar. Jika litar bergambar salah, maka
semasa proses penyambungan pada papan projek juga akan mengalami masalah.

Seterusnya, pemasangan pada papan projek perlu pemerhatian yang terperinci


agar tidak berlaku sebarang kesilapan contohnya kami perlu membezakan anod dan
katod pada lampu LED. Jika berlaku kesilapan ketika menyambung komponen
tersebut, lampu LED tidak akan menyala. Kami telah memasang transistor dengan
terbalik kerana kami keliru cara untuk menyambung pada papan projek dan ia telah
menyebabakan ke empat-empat LED flasher tidak menyala. Setelah kami
membetulkannya, baru lah litar dan LED flasher berfungsi dengan baik.

Projek ini melibatkan sambungan komponen elektronik menggunakan papan


PCB dan LED flasher untuk melihat bagaimana sambungan yang dilakukanr dapat
menghidupkan lampu LED tersebut. Akhir sekali projek yang dijalankan berjaya
dilaksanakan.
KESIMPULAN

Kesimpulan dari amali 2 ini, banyak ilmu baru yang telah kami pelajari
mengenai elektronik yang melibatkan penyambungan komponen pada papan litar
atau papan “PCB– Led Flasher” yang disediakan. Dalam menyelesaikan tugasan
amali ini, terdapat banyak perkara yang saya pelajari dan ketahui seperti penggunaan
komponen-komponen elektrik dalam litar, penggunaan dan fungsi setiap peralatan
dan bahan yang digunakan sekaligus saya mengetahui fungsi Litar bersepadu serta
kegunaannya. Saya juga dapat mempelajari penterjemahan dari litar skematik kepada
litar strip board dengan menentukan kedudukan komponen-komponen dengan betul.
Selain itu, saya juga mempelajari bagaimana untuk menyusun komponen yang
terlibat di atas strip board dan saya dapat mengetahui bagaimana proses pematerian
sempurna yang melibatkan komponen-komponen elektronik seperti litar bersepadu
(IC), transistor dan sebagainya.
Akhir sekali, produk atau projek yang kami lakukan berjaya dan dapat berfungsi
dengan baik sepertimana yang dikehendaki oleh pensyarah. Projek ini berjaya
disiapkan dan dapat dihasilkan dengan sempurna kerana kami mendapat tunjuk ajar
serta bimbingan yang baik daripada pensyarah yang terlatih dari peringkat awal
hingga akhir projek. Kami harap ilmu yang kami pelajari ini dapat digunakan pada
masa akan datang apabila bertugas di sekolah.

Anda mungkin juga menyukai