Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH MENENGAH AGAMA LUGHATUL QURAN

KERTAS KERJA CADANGAN


LAWATAN SAMBIL BELAJAR
KE KUALA LUMPUR
TEMA :
ZIARAH ILMIAH

TARIKH :
30 APRIL 2015
(KHAMIS)

TEMPAT :
KUALA LUMPUR
(Pesta Buku Antarabangsa PWTC & Muzium Kesenian Islam Malaysia)

ANJURAN :
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMALQ
Dengan kerjasama
KELAB PERTINA SMALQ

1.0 PENDAHULUAN
Suatu tamadun atau bangsa hanya dapat dibina melalui masyarakat yang mengamalkan budaya
ilmu. Cara utama membina budaya ilmu dalam sesebuah masyarakat ialah melalui amalan tabiat
membaca yang berterusan. Kementerian Pelajaran telah melaksanakan pelbagai program galakan
membaca di sekolah- sekolah. Walau bagaimanapun kesan daripada program tersebut masih belum
mencapai tahap yang dikehendaki. Oleh yang demikian, Unit Bimbingan dan Kaunseling SMA
Lughatul Quran bersama-sama Kelab PERTINA SMA Lughatul Quran berusaha untuk melaksanakan
satu program lawatan sambil belajar bagi meningkatkan budaya ilmu iaitu melalui pencarian dan
pembacaan ilmu. Program yang ingin diadakan iaitu lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa PWTC
serta lawatan ke Muzium Kesenian Islam Kuala Lumpur merupakan peluang kepada para peserta
untuk memperbanyakkan bahan bacaan serta ilmu secara langsung. Semoga dengan andanya
program ini dapat membuka minda para peserta agar menghargai dan sentiasa mengamalkan ilmu
yang diperolehi.

2.0 TUJUAN
Kertas cadangan ini disediakan untuk mendapatkan pertimbangan dan kelulusan Tuan Pengetua
SMA Lughatul Quran bagi mengadakan Program Lawatan Sambil Belajar ke Kuala Lumpur, anjuran
Unit Bimbingan dan Kaunseling SMA Lughatul Quran dengan kerjasama Kelab PERTINA SMA
Lughatul Quran.

3.0 RASIONAL
3.1 Para pelajar dapat didedahkan dengan suasana dan persekitaran luar bilik darjah untuk
menimba ilmu dan pengalaman.
3.2 Para pelajar dapat mengenali dan menghargai tamadun dan kesenian Islam.
3.3 Para pelajar dapat mengamalkan budaya ilmu dalam persekitaran masing-masing.
3.4 Para pelajar dapat didedahkan dengan suasana dan cara berorganisasi.
4.0 OBJEKTIF
4.1 Memberi peluang kepada para pelajar untuk menikmati dan menghargai budaya
menambah ilmu pengetahuan dalam diri masing-masing.
4.2 Mengeratkan ukhuwah di antara para pelajar dan dengan guru-guru.
4.3 Memupuk budaya berfikir di luar kotak dan mahu mengetahui dengan lebih lanjut
berkenaan sesuatu ilmu baru.

5.0 SASARAN
5.1 74 orang pelajar Tingkatan 6.
5.2 Guru Penasihat Kelab PERTINA SMA Lughatul Quran.
6.0 BUTIRAN PROGRAM
6.1 Tarikh
: 30 Mac 2015
6.2 Hari
: Khamis
6.3 Tempat
:
6.3.1 Pesta Buku Antarabangsa PWTC
6.3.2 Muzium Kesenian Islam Kuala Lumpur

7.0 TENTATIF
7.00 pagi

: Berkumpul di SMA Lughatul Quran.

7.30 pagi

: Bertolak ke Kuala Lumpur.

10.00 pagi

: Dijangka berada di Pesta Buku Antarabangsa PWTC.

1.00 petang

: Makan tengahari dan Solat Zohor.

3.30 petang

: Dijangka tiba di Muzium Kesenian Islam Kuala Lumpur.

6.00 petang

: Bertolak pulang.

10.00 malam

: Dijangka tiba di SMA Lughatul Quran.

8.0 JAWATANKUASA PELAKSANA


Penaung
: Tn. Hj. Hidhir bin Hj. Ismail
Penasihat
: Hjh. Juraidah binti Sulaiman
Penyelaras
: En. Mohd Alias bin Ramli
Setiausaha
: Cik Nurul Hanim binti Miskun
Guru pengiring
:
1. En. Abd Mubin bin Abd Rahman
2. En. Mohd Amirushah bin Mokhtar
3. Pn. Noor Hajar binti Hamidon
4. Pn. Norlaili binti Masran
9.0 ANGGARAN KEWANGAN
ANGGARAN PERBELANJAAN
PERKARA

BUTIRAN

JUMLAH (RM)

1. Muzium Kesenian Islam

74 x RM 7.00

RM 518.00

2. Aktiviti Pendidikan di Muzium Kesenian Islam

74 x RM 15.00

RM 1 110.00

2 x RM 1 000.00

RM 2 000.00

74 x RM 3.00

RM 222.00

3. Pengangkutan (Bas)
4. Kontigensi (bayaran perubatan/air mineral/dll)
JUMLAH KESELURUHAN

RM 3 850.00

ANGGARAN PENDAPATAN
BIL
.
1.

SUMBER

JUMLAH (RM)

Yuran peserta ( 74 x RM 25.00 )

RM 1 850.00

2.

Pengangkutan Murid

RM 2 000.00
JUMLAH

10.0

PENUTUP

RM 3 850.00

Diharapkan program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai objektif yang telah
digariskan. Semoga dengan terlaksananya program lawatan ini dapat meningkatkan budaya
menghargai ilmu pengetahuan dalam diri setiap peserta program.

Disediakan oleh:
..........................................

Disemak oleh:
.......................................

Kelulusan Pentadbir
Setelah diteliti dan disemak kertas kerja ini, pihak sekolah dengan ini bersetuju / tidak bersetuju
membenarkan program ini dilaksanakan mengikut tarikh, masa dan tempat seperti yang telah
dirancang.

Disahkan oleh:
............................................

Anda mungkin juga menyukai