Anda di halaman 1dari 1

PERINGATAN BAYARAN

DERMA/SUMBANGAN PIBG 2010


Kepada,
Ibu, bapa dan penjaga yang berkenaan,
SK Seksyen 2 Bandar Kinrara.

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuki.


Dimaklumkan bahawa sekolah telah mengedarkan surat pemberitahuan kutipan bayaran
derma PIBG sebanyak RM50.00 sahaja bagi mengisi tabung PIBG pada tahun ini.
Berdasarkan rekod, tuan/puan masih belum menjelaskan derma/sumbangan tersebut dan
berkemampuan berbuat demikian.
Ketika ini, PIBG menghadapi kekangan dana bagi menampung pembiayaan segala aktiviti
pembangunan dan kemajuan murid-murid.
Sehubungan dengan itu, besarlah harapan kami agar tuan/puan dapat menjelaskan
derma/sumbangan tersebut untuk membolehkan PIBG membantu sekolah bagi segala
aktiviti pembangunan dan kemajuan murid-murid khasnya.
Sokongan dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan kami dahulukan
dengan ucapan ribuan terima kasih.
Saya yang menjalankan tugas,
(HAMLAY BIN OTHMAN)
Yang Di Pertua PIBG,
SK Seksyen 2 Bandar Kinrara.

Anda mungkin juga menyukai