Anda di halaman 1dari 20

PENAIKAN TARAF KAD AUDIO

4. . ) Pengenalan

Kad audio juga merupakan satu aksesori penting bagi sebuah komputer. Jika
kualiti kad audio amat lemah, ia bukan sahaja gagal memenuhi permintaan pengguna
terhadap kualiti audio, malah turut mengakibatkan kegagalan komputer, konflik di
antara perkakasan serta komputer tergendala. Bab ini membincangkan tentang
kepentingan kad audio serta spesifikasinya.

4. .) Bunyi dan kesan khas

Peranan utama kad audio adalah membekalkan bunyi dan kesan khas. Teknologi
kad audio telah berkembang pesat, kini terdapat pelbagai jenis spesifikasi kad audio.
Berikut, menerangkan beberapa spesifikasi yang utama.

• EAX

EAX merupakan singkatan bagi Electronic Automatic Exchange. Ia dihasilkan


oleh syarikat Creative dan kini telah berkembang ke versi 3.0. Spesifikasi ini
merupakan fungsi API yang berdasarkan fungsi DirectSound 3D API syarikat
Microsoft. Ia telah dilengkapi dengan kesan khas audio dimensi ketiga, menjadi bunyi
yang berlainan dalam keadaan yang berbeza. Secara ringkas, kesan khas EAX boleh
dikatakan fungsi DirectSound 3D yang telah diperkuatkan. Siri kad audio yang
dikeluarkan oleh syarikat Creative, misalnya Sound Blanster, Sound Blaster Live!
Turut menyokong spesikasi EAX.

Kad audio Sound Blaster


• A3D

Teknologi kesan khas audio A3D memounyai pangkalandata yang tersendiri, dan
telah menggunakan DirectSound API syarikat Microsoft untuk menyelesaikan
masalah kesepadanan permainan computer. Berbanding teknologi EAX, A3D
mempunyai fungsi posisi bunyi yang lebih baik. Hanya menerusi sepasang pembesar
suara atau fon telinga, anda akan dapat menikmatiefek audio yang amat benar dan
nyata.
Syarikat Aureal, iaitu pengeluar teknologi A3D kini telah diambil alih oleh
syarikat Cretive. Bagaimanpun, teknologi ini masih digunakan secara meluas,
misalnya kad audio yang dikeluarkan oleh syarikat Diomand dapat menyokong
teknologi ini

• AC-3

AC-3, singkatan bagi Dobly Surround Audio Coding-3, merupakan satu teknologi
kesan audio yang dihasilkan oleh syarikat Pioneer dan lab Dobly pada tahun 1994.
Pada tahun 1997, lab Dobly telah menamakan teknologi ini sebagai
DoblySurroundDigital. Pada permulaannya, teknologi ini hanya diaplikasikan pada
tayangan gambar. Sejajar dengan perkembangan teknologi, kini ia juga telah
diaplikasikan dalam bidang komputer.
Mod out put AC-3 menggunakan enam saluran bunyi. Kelengkapan audio yang
mengaplikasikan teknologi ini dapat membekalkan kesan bunyi yang lebih nyata,
seolah-olah kita berada dalam keadaan sebenar.
• Direct Sound 3D

Spesifikasi ini umumnya dapat disokong oleh kebanyakan kad audio yang terdapat
dalam pasaran. Ini adalh kerana ia merupakan keluaran syarikat Microsoft, di mana
kebanyakan permainan dan perisian telah dihasilkan bedasarkan teknologi ini.

4. . ) Penyahkod (Decoder)

Kapasiti simpanan yang besar diperlukan untuk menyimpan maklumat bunyi yang
asal. Walaupun kapasiti semakin besar, ia tidak dapat memenuhi permintaan teknik
simpanan bunyi yang semakin tinggi. Oleh itu, satu teknik pemampat maklumat bunyi
telah digunakan (pengekod). Penyahkod merupakan proses menukar maklumat
berkod keoada format asal.
Sistem AC-3 dan DTS mempunyai system mengekod dan menyahkod yang
tersendiri.

• Penyahkod AC-3

Sistem penyahkod AC-3 adalah berdasarkan pendengaran manusia. Ia akan


membahagikan bunyi kepada beberapa frekuensi yang berbeza, kemudian membuang
maklumat frekuensi bunyi yang tidak dapat didengar, dan hanya mengekalkan
frekuensi yang dapat kita dengar. Dengan ini, kapasiti yang diperlukan untuk
menyimpan maklumat bunyi akan dapat dikurangkan.Nisbah pemampatan yang
dikendalikan menerusi proses ini dapat mencapai 12:1. Manakala penyahkod AC-3
akan mengubah maklumat berkod pada format asal. Disebabkan proses ini merupakan
satu proses digital, maka kehilangan maklumat bunyi adalah lebih rendah, menjadikan
efek bunyi lebih nyata dan jelas.
• Penyahkod DTS

Sistem DTS mengaplikasikan teknologi penyahkod yang nisbah pemampatannya


sebagai 4:1. Teknologi mempertingkatkan kadar penggunaan medium storan untuk
mengurangkan kapasiti yang diperlukan untuk menyimpan maklumat bunyi.
Disebabkan faktor ini, bunyi yang dikendalikan menerusi sistem ini adalah lebih
nyata. Kadar pemisahan dan pemindahan maklumat bunyi bagi sistem DTS adalah
lebih tinggi daripada AC-3, akan tetapi, kapasiti storan maklumat bunyi yang
diperlukan juga meningkat.

4. . ) Bilangan saluran bunyi dan pengeluaran bunyi

Ketika menaik taraf kad audio, bilangan saluran bunyi dan pengeluaran bunyi
maksimum merupakan factor penting.
Bilangan saluran bunyi dan pengeluaran bunyi kepada jenis 5.1, 4.1 dan 2.1.
Maklumat bunyi yang dihasilkan oleh setiap saluran bunyi adalah berbeza. Semakin
banyak saluran bunyi, semakin banyak kesan bunyi yang diperolehi.
Berbunyi terdiri daripada nada suara yang berbeza, manakala pengeluaran bunyi
maksimum pula merujuk kepada unit terkecil yang membentuk nada suara ini.
Semakin tebal nada suara, semakin banyak pengeluaran bunyi yang diperlukan. Kini,
pengeluaran bunyi telah mencapai 128 bit.

4. . ) Antara muka input dan output

Antara muka input dan output yang umum termasuk:

1. Antara muka output maklumat bunyi yang digunakan untuk mengeluarkan


bunyi.
2. Antara muka [Line in] yang digunakan untuk bersambung ke kelengkapan
bunyi luaran.
3. Antara muka [Mic] yang digunakan untuk bersambung ke mikrofon.
4. Antara muka [Gamr Port] yang digunakan untuk bersambung kea lat pengawal
permainan.

Selain daripada antara muka yang disenaraikan di atas, terdapat juga satu antara
muka [CD IN] dan [AUX] pada kad bunyi yang berperanan sebagai antara muka
input maklumat bunyi. Selain itu, pada sebilangan kad audio, terdapat juga antara
muka output SPDIF atau gentian optic.

Antara muka gentian optic SPDIF yang terdapat pada kad audio
4. . ) Teknologi MIDI

Teknologi penggabungan bunyi yang diaplikasikan pada kad audio biasanya ada
dua, iaitu penggabungan FM dan MIDI. Kad audio yang lama menggunakan
teknologi penggabungan FM. Akan tetapi, kesan bunyi yang dihasilkan menerusi
teknologi pengabungan FM adalah lemah. Kemunculan teknologi penggabungan FM
disingkirkan dari pasaran.
MIDI (Musical Instrumental Digital Interface) merupakan satu teknologi protocol
yang digunakan oleh alatan muzik elektronik dan komputer untuk berkomunikasi.
Penggabungan bunyi oleh MIDI sebenarnya dilakukan menerusi teknik Wave Table.
Teknik ini mempunyai satu pangkalan nada suara yang terdiri daripada sample nada
suara yang dihasilkan oleh alatan muzik sebenar (biasanya, pangkalan nada suara
akan diintegrasi ke dalam kad audio, semakin besar pangkalan nada suara, semakin
baik kualiti bunyi yang diperolehi). Kini, kebanyakan kad audiotelah mengaplikasikan
teknologi MIDI, di mana teknologi MIDI juga sedang berkembang dengan pesat.

4. . ) Cip set kad audio

Berikut merupakan pengenalan ringkas tentang beberapa jenis cip set kad audio
yang umum.

• YMF-724

Cip set ini merupakan produk YAMAHA. Ia telah menggunakan teknologi


penggabungan SYXG MIDI, dan teknologi penggabungan fizik Soundius-XG. Selain
daripada itu, ia juga mempunyai pangkalan nada MIDI yang sebesar 2 MB. K
elebihan ini menjadikannya kad audio yang amat hebat. Namun begitu, walaupun
YMF-724 adalah amat cemerlang dari segi MIDI, tetapi ia hanya mempunyai dua
saluran bunyi. Kelemahan ini menjadikannya tidak mendapat sambutan dalam
permainan 3D.
• Siri CAO100-1AF

Cip set kad audio ini dikeluarkan oleh syarikat Creative. Ia mempunyai fungsi
operasi MIPS yang amat cemerlang, oleh itu dapat mengendalikan kesan audio 3D
yang kompleks dengan mudah. Syarikat Creative juga telah menghasilkan antara
muka EAX yang khas untuk cep set ini, malah turut dapat menyokong kesan audio
DS3D, A3D dan lain-lain lagi.

Cip Set CAO100-1AF

• CMI-8738

Cip set ini dihasilkan oleh syarikat C-MEDIA yang berasal dari Taiwan. Ia
mempunyai fungsi khas seperti pengintergrasian perisian model maya, kadar
pemindahan maklumat setinggi 44 MHz dan lain-lain lagi. Kualiti bunyi cip set ini
adalah sederhana, tetapi kaya dengan fungsi khas.

Cip set CMI-8738


4. . .) Kad audio barantara muka USB

Kini, ke;lengkapan computer yang menggunakan antara muka USB semakin


banyak, di mana terdapat juga kad audio yang menggunakan antara muka USB.
Apakah kelebihan penggunaan antara muka USB pada kad audio?

Terlebih dahulu, penggunaan antara muka USB membolehkan kad audio


menyokong lebih banyak jenis kelengkapan, misalnya PC, Xbox, Mac dan lain-lain
lafi. Selain itu, kemudahan dan fleksibiliti USB juga merupakan salah satu factor
pentimg. Dengan adanya antara muka USB, kita dapat menyambungkan kad audio ke
sebuah komputer laptop atau pemain MD. Dan menikmati lagu dan muzik berkualiti
pada bila-bila masa, dan di mana-mana sahaja. Antara muka USB juga menyelesaikan
masalah kesepadanan, meringkaskan cara sambungan antara kad audio dan computer,
serta menyenangkan lagi operasi pemasangan dan penangalan.
4. . ) Proses pemasangan kad audio

Berikut merupakan proses pemasangan kad audio. Keterangan yang seterusnya


akan berdasarkan kad audio CMI-7838.

Masuki sistem operasi

Singkirkan driver

Hidupkan semula komputer

Tutupkan fungsi audio AC97 menerusi penetapan BIOS

Matikan computer

Tanggalkan casing

Pasangkan kad audio

Sambungkan talian dan kabel

Pasangkan semula casing

Hidupkan komputer

Pasangkan driver

Hidupkan semula komputer


Berikut merupakan perkara penting yang harus dititikberatkan sebelum mula
menaik taraf kad audio:

1. Sebelum menaik taraf, kita perlu menyingkirkan driver kad audio yang sedia
ada. Ini adalah untuk mengelakkan konflik setelah kad audio baru dipasang.
2. Ketika menutup fungsi audio AC97, tutupkan fungsi [Game Port] juga. Jika
tidak, akan menyebabkan konflik di antara [Game Port] pada kad audio baru
dengan yang lama.
3. Matikan bekalan kuasa sebelum menanggalkan casing.
4. Jika terdapat kad antara muka yang lain (misalnya kad rangkaian, kad modem
dan lain-lain) pada soket PCI, maka pasangkkan kad audio pada slot asing
yang terletak di satu slot yang jauh dari kad antara muka tersebut. Tindakan ini
adalah untuk mengelakkan konflik di antara perkakasan.
5. Berhati-hati ketika memasang kad audio agar tudak merosakkannya.

4. . ) Menyedikan peralatan pemasangan

Peralatan yang diperlukan ketika pemasangan dilakukan termasuk pemutar skru


berhujung T dan playar muncung tirus.
4. . ) Pemasangan Kad Audio

Setelah persediaan siap dilakukan, mari kita mulakan penaikan taraf kad audio.

Langkah 1

Laksanakan [Start – Control Panel] untuk memulakan


tetingkap [Control Panel].

Langkah 2

Dwiklik pada ikon [System] unutk memulakan


tetingkap [System Propeties].

Langkah 3

Tukar ke tab [Hardware] dan klik pada butang [Divice


Manager] untuk memulakan tetingkap [Divice
Manager].
Langkah 4

Dwiklik pada [Sound, vedio and game controllers]


untuk memulakan direktorinya. Pilih kelengkapan kad
audio yang hendak disingkirkan dan klik pada butang
[Uninstall].

Langkah 5

Klik pada butang [OK] untuk menyingkirkan


kelengkapan kad audio yang dipilih.

Langkah 6

Setelah menyingkirkannya, hidupkan semula


komputer.
Langkah 7

Ketika computer sedang but, tekan kekunci [Del]


untuk memasuki BIOS.

Langkah 8

Masuk ke senarai fungsi [ Integrated Peripherals],


tetapkan fungsi [AC97 Audio] sebagai [Disabled].

Langkah 9

Tetapkan [Game Port] sebagai [Disabled].


Langkah 10

Tekan kekunci [F10] untuk menyimpan penetapan


yang dilakukan. Keluar dari paparan penetapan
BIOS dan matikan komputer.

Langkah 11

Matikan bekalan kuasa dan tanggalkan talian


bekalan kuasa komputer.

Langkah 12

Tanggalkan casing.
Langkah 13

Longgarkan skru pengetat pada penutup slot kosong


unutk menanggalkan penutup tersebut.

Langkah 14

Pasangkan kad audio baru ke soket PCI yang tepat,


kemudian gunakan skru untuk mengetatkan
kedudukannya.

Langkah 15

Sambungkan talian output maklumat bunyi CD-


ROM ke [CD-IN] yang terdapat pada kad audio.
Langkah 16

Sambungkan talian isyarat pembesar suara ke antara


muka output isyarat bunyi pada kad audio.
Kemudian, sambungkan talian Mic ke antara muka
[Mic in] yang terdapat kad audio.

Langkah 17

Pasangkan semula casing.


4. . ) Pemasangan Driver Kad Audio

Pemasangan driver kad audio boleh dilakukan menerusi dua cara. Cara pertama
adalah menerusi wizard pemasangan Windows XP, manakal cara kedua pula menerusi
CD pemasangan driver kad audio. Contoh berikut akan menerangkan cara
pemasangan driver menerusi CD pemasangan.

Langkah 1

Mulakan tetingkap [My Computer] dan dwiklik pada


ikon [CD Driver].

Langkah 2

Dwiklik pada ikon [Setup.exe] untuk memulakan


aturcara pemasangan.
Langkah 3

Aturcara pemasangan sedang dilaksanakan.

Langkah 4

Pilih opsyen [Yes, I want to restart my computer


now.], dan klik pada butang [OK] unutk
menghidupkan semula komputer.

Langkah 5

Setelah komputer dihidupkan, mulakan tetingkap


[Divice Manager] dan periksa adakah pemasangan
kad audio tepat atau tidak.

Anda mungkin juga menyukai