Anda di halaman 1dari 3

Refleksi

Nama

: Lim Chin Yi

Angka Giliran

: 2013291340086

Opsyen

: Pendidikan Pemulihan (SJKC)

Kumpulan

: PISMP Semester 6 ambilan Jan 2013

Sepanjang 6 semester yang lalu, saya telah menjalani sebanyak 6 fasa program
Bina Insan Guru. Selama 3 tahun ini, saya bukan sahaja menjalani program Bina Insan
Guru yang menarik tetapi juga mempelajari pelbagai program kurikulum dan kokurikulum. Selain itu, saya juga menjalani praktikum. Semua program yang dijalankan
telah memberikan impak yang besar kepada sahsiah, minat dan pengalaman baru
kepada saya. Sejajar dengan itu, untuk praktikum fasa kedua, guru pelatih dikehendaki
mengadakan sesi temu bual dengan guru cemerlang di sekolah. Tugasan menemu bual
guru cemerlang adalah suatu tugasan yang perlu kami laksanakan untuk mendapatkan
sebanyak mungkin maklumat yang diperlukan untuk menjadi seorang guru yang
berdedikasi dan guru yang dapat melaksanakan tugas sebagai seorang guru yang
berkualiti dan bertanggungjawab serta mempunyai kemahiran mengajar yang meluas
dan kreatif.
Program ini bertujuan untuk memupuk tanggungjawab sosial sesama manusia.
Ia juga bertujuan untuk memberi kesedaran kepada para guru pelatih tentang profesion
keguruan supaya guru pelatih dapat berusaha untuk menjadi seorang insan guru yang
patuh kepada agama dan mengamalkan nilai-nilai positif serta gaya hidup sihat
berasaskan Rukun Negara. Tambahan lagi, ia juga dapat memupuk guru pelatih
mempunyai ciri-ciri insan guru yang cemerlang, harmonis dan bersatu padu serta
mempunyai ketahanan fizikal, mental dan semangat juang yang tinggi.
Semasa kami menjalani praktikum Fasa 2 di SJKC Chi Ming, saya dan rakan
saya telah menemui seorang guru cemerlang dalam bidang Bahasa Inggeris iaitu Pn.
Law Siew Wha. Beliau telah mendapat Anugerah Guru Cemerlang pada 2 tahun yang
lalu. Kami mengemukakan beberapa soalan berkaitan ciri-ciri serta tugas yang dipikul
seorang guru cemerlang agar kami memperoleh pelbagai ilmu yang bermanfaat untuk
digunakan pada masa hadapan. Menurut Pn. Law, setiap guru yang baik dan berkualiti

itu akan selalu memikirkan cara, kaedah atau teknik yang dapat membantu muridmuridnya memahami atau menguasai pengajaran yang diajarnya.
Selain itu, Pn. Law juga telah berkongsi beberapa kriteria-kriteria untuk menjadi
guru cemerlang. Beliau sentiasa mempertingkatkan kemahiran dan pengetahuan sendiri
agar mampu menghadapi cabaran dan masalah dalam kehidupan pengajarannya dan
mampu menghasilkan satu proses pengajaran dan pembelajaran yang baik dan efisien
kepada murid-murid SJKC Chi Ming 2.
Beliau juga telah memberi garis panduan kepada kami sekiranya ingin menjadi
guru cemerlang dan menasihati kami selaku bakal guru. Beliau menegaskan kami perlu
bersikap tabah, bertanggungjawab dan mampu menyahut cabaran dalam bidang
pendidikan ini. Bidang ini adalah suatu bidang yang mulia dan kami perlu meneruskan
usaha kami dan perlu memberikan sumbangan kepada pihak sekolah, memberi
bimbingan dan tanggungjawab kepada murid agar dapat melaksanakan kewajipan
dengan baik.
Melalui temu bual dengan guru cemerlang, banyak pengetahuan yang telah saya
dapat untuk membentuk satu watak sebagai seorang guru. Saya telah mengenal pasti
ciri-ciri yang diperlukan untuk menjadi seorang guru cemerlang. Guru memainkan
peranan yang penting dalam membawa perubahan di dalam sistem pendidikan selaras
dengan perkembangan semasa dan membentuk sahsiah murid sesuai dengan
perkembangan dan keperluan masyarakat. Oleh itu, sebagai seorang guru, kita
seharusnya bertindak sebagai agen perubahan bagi menggerak dan membolehkan
pendidikan sentiasa berkembang maju dan sentiasa berubah dari semasa ke semasa.
Sebagai seorang guru, kekuatan dan kemantapan dalam segala aspek iaitu
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial amat diperlukan untuk menjadi guru yang
cemerlang. Apabila lahirnya guru yang cemerlang, maka lahirlah muridmurid,
masyarakat dan bangsa yang bertamadun serta mempunyai nilai etika dan moral yang
tinggi. Hal ini kerana guru yang cemerlang mampu menjadi contoh teladan yang baik
kepada pelajar dan masyarakat.

Program Bina Insan Guru (BIG) telah dapat membina insan guru yang berakhlak
mulia dan bersemangat tinggi. Kita telah melalui enam program BIG yang berbeza-beza
dan banyak pengalaman serta ilmu pengetahuan yang telah dapat kita perolehi. Antara
program BIG yang telah kami laksanakan ialah berkhemah, khidmat masyarakat,
khidmat sekolah, lawatan penanda aras ke sekolah kluster, program anak angkat dan
yang terakhirnya ialah lawatan penanda aras untuk temu bual tentang guru cemerlang.
Melalui aktiviti-aktiviti BIG, saya dapat membina kemahiran berfikir aras tinggi
dalam menganalisis masalah dan situasi komplek untuk membuat keputusan yang jitu
dan menyelesaikan masalah serta berupaya berfikir secara reflektif untuk melaksanakan
penambahbaikan secara berterusan. Selain itu, saya juga dapat bertindak balas secara
positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang berbeza dan mengembangkan
kemahiran berkomunikasi dalam kepelbagaian budaya.
Di samping itu, saya dapat membina keyakinan diri dalam menghadapi cabaran
semasa, menimbulkan kesedaran dan keinsafan dalam membentuk jati diri seorang
guru. Ini bertujuan untuk mencapai citacita murni membentuk peribadi seorang insan
yang berwawasan seterusnya membantu merealisasikan wawasan negara selaras
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Bagi menjayakan program BIG ini, pelatihpelatih guru yang bakal mendidik
anak bangsa di Malaysia bukan sahaja perlu mempunyai penguasaan ilmu dalam
pelbagai bidang tetapi perlu juga mengaplikasikan segala yang dipelajari melalui
praktikalnya. Saya mempunyai penghayatan yang mendalam terhadap pelbagai aktiviti
yang

dijalankan

kerana

melalui

aktivitiaktiviti

ini,

saya

dapat

mengukuhkan

keperibadian dan sahsiah yang terpuji serta etika keguruan dalam diri selaras dengan
hasrat negara.
Akhir kata, saya amat bersyukur kerana dapat menjalankan Program Bina Insan
Guru yang sangat bermakna ini dalam pembelajaran. Saya akan menghargai segala
pengetahuan dan pengalaman yang telah dipelajari dan mengunakanya dalam keadaan
yang sesuai. Sebagai seorang bakal guru, saya akan mengaplikasikan apa yang telah
saya pelajari kepada anak murid saya dalam pelbagai situasi.

Anda mungkin juga menyukai