Anda di halaman 1dari 9

HEROIN

DEFINISI
-Berasal daripada perkataan Jerman iaitu Heroish yang bermaksud kuat.
Mula digunakan di Jerman Barat dalam tahun 1898 bertujuan untuk
menghilangkan kesan gejala tarikan Morfin. Dihasilkan dari Morfin
melalui proses kimia dan memberikan 20-25 kali lebih kuat dari Morfin.
JENIS/BENTUK
Bes Heroin , Heroin No.3 , Heroin No.4 , Brown Heroin , Heroin Black Tar
NAMA LAIN
Big H , Dope , Smack , TNT
CARA PENGGUNAAN
Menguntik , Menghidu
CIRI-CIRI PENAGIH

Mata dan hidung berair , mengantuk , mudah marah dan resah ,


pertuturan tidak jelas , cemas , takut , sunggul

MORFIN
DEFINISI
Sejenis alkoloid yang diperolehi dari candu mentah.
Morfin mentah : didapati dalam bentuk blok yang berwarna dari putih
ke coklat gelap dan bertanda 999 . Mengandungi 70% 90% morfin
hidroklorid dan setelah dihancurkan menjadi serbuk putih dipanggil
Heroin No.1
Bes Morfin : diperoleh secara langsung dari candu danmengandungi
peratus morfinnya 60% 70% . Berbau seperti candu dan berupa seperti
serbuk kopi .
Pil Morfin : Mengandungi Morfin Sulffat . Berwarna putih atau coklat
pucat.
JENIS/BENTUK
Morfin Mentah , Bes Morfin , Pil Morfin
NAMA LAIN
M.Tab , White Sulfat , Monkey , Dreamer , Morphan
CARA PENGGUNAAN
Menyuntik , menelan

CIRI-CIRI PENAGIH
Hilang selera makan , tindak balas

lambat , kecacatan keseimbangan , pertuturan tidak jelas , sembelit ,


halusinasi , mengantuk , cemas

CANDU
DEFINISI
Dihasilkan daripada buah popi muda .
Candu mentah : getah berwarna putih yang keluar hasil dari torehan
buah popi muda . Ia kemudiannya bertukar menjadi pekat dan berwarna
coklat bila terdedah .
Candu masak : candu yang dicampurkan dengan air dan dipanaskan
sehingga pekat . Berwarna coklat hitam .
Tahi candu : sisa bakaran atauarang candu masak yang telah dihisap .
JENIS /BENTUK
Candu mentah , candu masak , tahi candu
NAMA LAIN
Shollboy , Black Stuff , Opium , Mandat , Pen Yeh , O , Tar
CARA PENGGUNAAN
Menyuntik , menelan

CIRI-CIRI PENAGIH
Pernafasan perlahan , rasa pening dan keliru , mual dan muntah-muntah
, cirit-birit , hilang selera makan , sunggul

GANJA
DEFINISI
Diperoleh dari bunga dan daun pokok India Hemp . Cannabis Sativa.
Mengandungi lebih dari 400 jenis bahan kimia dan THC ( Delta-9 tetra
hydrocannabinol ) adalah bahan proaktif utama yang mengkhayalkan .
Menghisap sebatang ganja menyebabkan THC terkumpul dalam sel
badan selama 7 hari dan dikeluarkan semua secara fisiologi normal dari
tubuh antara 4-6 minggu . Menghisap ganja secara berterusan selama 1
minggu atau sebulan akan menyebabkan THC sentiasa terkumpul dalam
sel badan .
JENIS/BENTUK
Seperti daun kering dan dimampat
NAMA LAIN
Grass , pot , Marijuana , weed
CARA PENGGUNAAN
menghisap

CIRI-CIRI PENAGIH
Sering mengantuk/mata merah , kegembiraan & terlalu cergas/ketawa ,
mudah marah dan resah , cemas/takut/hilang pedoman , kuat cakap dan
kuat makan , kecacatan perimbangan , yuforia dan sunggul

SYABU
DEFINISI
Sejenis dadah yang berada dalam kumpulan stimulan . Dalam aspek
perubatan , syabu didapati tidak mempunyai apa-apa kegunaan
perubatan . Syabu yang paling berkualiti berwarna putih kristal , diikuti
dengan warna putih kemerahan dan yang paling rendah kualitinya
mempunyai rasa yang pahit .
JENIS/BENTUK
Kaca/kristal , pecah , serbuk halus spt tawas
NAMA LAIN
Ice
CARA PENGGUNAAN
Menggunakan peralatan yang hampir sama dengan penghisap candu
CIRI-CIRI PENAGIH

Yakin pada diri sendiri , bertenaga & cergas , boleh berjaga 2-3 hari
tanpa tidur , tingkah laku agresif , tindak balas terlalu cepat , mata dan
hidung berair , mual dan muntah-muntah , hilang selera makan

Ecstacy/MDMA
DEFINISI
Juga dikenali sebagai MDMA iaitu 3-4-methylenedioxymethamphetamine
. Kerap kali dicuba dan diguna oleh muda-mudi sebagai dadah seronok
di pusat hiburan untuk menari sepanjang malam , MDMA juga adalah
dadah psychoactive .
JENIS/BENTUK
Pil dengan pelbagai warna dan simbol
NAMA LAIN
Pil Khayal , Pil goyang kepala , YAMA , YABA
CARA PENGGUNAAN
Menelan , campur dan minuman
CIRI-CIRI PENAGIH

Gembira & terlalu cergas , berpeluh berlebihan , kuat becakap , boleh


melayan muzik yang kuat & goyang kepala , tindak balas terlalu cepat ,
hilang selera makan , mudah marah & resah , halusinasi , cemas dan
takut , mulut kering , tidak boleh tidur

Ketamin
DEFINISI
Sejenis ubat bius untuk haiwan . Kebelakangan ini , ketamin semakin
lazim digunakan di temasya tari-menari atau raves .
JENIS/BENTUK
Serbuk putih , kristal , cecair , pil
NAMA LAIN
K , Special K , Vitamin K , Kit Kat
CARA PENGGUNAAN
Dihisap melalui hidung , campur dalam minuman
CIRI-CIRI PENAGIH

Berada di bawah kesedaran yang rendah , mengubah , deria


pendengaran , sentuhan , bau , rasa dan penglihatan sehinggan kurang
sedar tentang masa dan identiti diri , boleh bertindak ganas , hilang
keseimbangan badan , mual dan muntah-muntah
http://panduanpercuma.info/info/5850/fakta-tentang-dadah-jenis-jenisdadah-dan-kesannya/#axzz3WLkUWJrE

morfin milo
candu masak- kopi
heroin tepung dan air sikit
ecstacy - pil
kokain tepung
ketamin gula

MORFIN
CANDU MASAK
HEROIN
ECSTACY
KOKAIN
KETAMIN

Anda mungkin juga menyukai