Anda di halaman 1dari 1

Yang berusaha

Puan Rosni Binti Kassim, Guru Besar Sk Permas Jaya 4

Yang dihormati,
Puan Suhaiza Binti Adnan, PK Pentadbiran
Encik Sanat Bin Omar, PK HEM,
Puan Kamaliah Binti Mahmood, PK Kokurikulum,
Ahli PIBG, rakan-rakan guru serta Anak-Anak SKPJ4 calon UPSR 2018.

Assalammualaikum dan salam sejahtera...

Anak-anak calon UPSR 2018,

Ya, peperiksaan UPSR semakin hampir. Jika kalian sedang berlari dalam acara lari pecut pasti
kalian sudah menghampiri ke garisan penamat. Begitulah ibaratnya dengan keadaan kalian
sekalian. Pasti mahukan kejayan di depan mata. Pasti tidak sabar mencurah idea pada kertas
jawapan.

Anak-anak calon-calon UPSR semua,

Saya pasti kamu semua perlu telah bersedia dari segi mental dan emosi bagi menghadapi
peperiksaan. Sehingga hari ini, kalian telah belajar selama 5 tahun 8 bulan 23 hari tidak
termasuk alam pra sekolah. Maka inilah tahun terakhir kalian menjadi murid di sekolah
rendah. Kata janji dan impian yang telah kalian tetapkan sejak awal tahun lalu, perlu
dibuktikan.

Sematkan dalam diri bahawa,

Aku boleh
Aku akan cuba sedaya upaya aku,
Aku mahu mak dan ayah aku gembira atas kejayaan aku,
Aku mahu cikgu bangga dengan keputusan aku.

Anak-anak calon UPSR,


Jika kegagalan pada hari ini masih menghantui kalian, usahlah berputus asa. Kegagalan hari
ini tidak bermakna kita akan gagal selamanya. Saya percaya orang yang telah Berjaya pada
hari ini, pasti pernah lalui kegagalan. Saya yakin anak-anak di hadapan saya ini tidak mudah
mengalah.

Anak-anak yang saya sayang,

Anggaplah kalian barisan tentara mahu pergi berperang mempertahan negara daripada
diancam. Maka usah takut, usah mengalah sebelum berjuang. Fokus dan yakin pada
kemenangan dan kejayaan, inshaaAllah matlamat kalian akan tercapai.

Harapan saya, pada hari akhir-akhir menuju hari peperiksaan ini, jaga diri , jaga keselamatan
dan jaga kesihatan masing-masing. Dalam pada itu, teruskan berdoa kepada Tuhan agar hajat
kalian diperkenankan olehNYa.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai