Anda di halaman 1dari 2

Ruj :

SMKT(XEA5354)/700/05/12(3)
Tarikh : 20 Mei 2014
Kepada;
Ketua Polis Daerah
Ibu Pejabat Daerah Kota Belud
Polis Diraja Malaysia
Peti Surat No 126.
89158 Kota Belud
Sabah, Malaysia.
(up : Sarjan Ahmad Razali)
Unit Hal Ehwal Awam.
IPD Kota Belud, Sabah
Tuan,
JEMPUTAN JURI KAWAD KAKI DAN MEMOHON BANTUAN PENGANGKUTAN UNTUK
KOR KADET POLIS SEMPERNA PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SMK TAMBULION
Perkara di atas adalah dirujuk.
2.

Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Kokurikulum SMK Tambulion akan menjalankan aktiviti

seperti ketetapan dibawah:


Program :

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM

Tarikh

23 MEI hingga 25 MEI 2014 (Jumaat-Ahad)

Tempat :

Padang SK Kebayau

Bilangan peserta :

180 pelajar dan 20 guru

3.

Sehubungan dengan itu, kami dengan berbesar hati ingin menjemput pihak PDRM cawangan IPD

Kota Belud untuk menjadi pengelola dan juri aktiviti kawad kaki untuk pasukan-pasukan uniform yang
menyertai aktiviti perkhemahan tahunan yang kami anjurkan ini. Untuk pengetahuan pihak tuan,
sebanyak 9 pasukan unit beruniform akan menyertai perkhemahan tahunan ini dengan setiap daripada
pasukan dikehendaki menghantar 20 orang wakil. Untuk slot pertandingan acara kawad kaki, pihak kami
telah membuat ketetapan ia akan dijalankan pada pukul 8.30 pagi hingga pukul 10.30 pagi. Acara penutup
akan berlangsung pada jam 10.30 pagi dan pihak kami berbesar hati agar pihak tuan dapat sama-sama
mengikuti acara penutup perkhemahan unit beruniform sekolah kami yang dijangka akan selesai pada jam
11.30 pagi. Untuk acara ini dapatlah kiranya pihak tuan menyatakan bilangan anggota polis yang akan
sama-sama menyertai aktiviti kami beserta nama anggota yang terlibat.
4.

Oleh kerana hubungan erat yang terjalin antara pihak sekolah dan pihak IPD Kota Belud melalui

penyertaan pelajar kami dalam pasukan Kor Kadet Polis, pihak sekolah juga berhajat agar pihak polis
mempertimbangkan untuk memberi bantuan pengangkutan khas untuk para pelajar kami yang menyertai
pasukan Kor Kadet Polis untuk ke SK Kebayau dari SMK Tambulion pada hari Jumaat dan Ahad. Untuk
pengetahuan pihak tuan, seramai 20 orang ahli Kor Kadet Polis akan menyertai acara perkhemahan
tahunan ini.
5.

Adalah dengan ini kami berharap agar kerjasama dan penyertaan pihak polis dalam dapat

mengeratkan lagi hubungan polis dan masyarakat dan diharap agar kerjasama ini dapat dijalankan dengan
lebih erat pada masa yang akan datang.
Kerjasama dan sokongan pihak tuan sangat diharapkan untuk menjayakan program tersebut.
Sekian, terima kasih.
MEMBINA GENERASI GEMILANG
Yang benar,
..
(EN. MODILI BENGGALI)
Penolong Kanan Ko-Kurikulum
SMK Tambulion

Anda mungkin juga menyukai