Anda di halaman 1dari 9

Jenis-jenis Pencemaran

Pencemaran Bunyi
Pencemaran bunyi sering menjadi isu tetapi ia kurang diberi perhatian. Akhirakhir ini, aspek ini dibincangkan secara bersungguh-sungguh apabila paras bunyi
semakin meningkat dari hari ke hari. Pembangunan negara yang pesat menuju
status negara industri yang menyebabkan bilangan kenderaan di jalan raya
meningkat merupakan antara sumber bunyi utama di negara kita. Projek-projek
pembinaan yang menggunakan banyak jentera dan pembinaan lebih banyak
lapangan terbang juga merupakan antara penyumbang lain pencemaran bunyi.
Dalam sektor pekerjaan, paras bunyi yang selamat harus dipastikan bagi
mengelak pekerja mengalami masalah pendengaran. Buat masa ini, kebanyakan
sektor industri di negara ini lebih berorientasikan buruh berbanding di negaranegara maju. Sehubungan ini pengoperasian jentera dalam bangunan mungkin
mendedahkan pekerja kepada risiko kerosakan pendengaran. Pengukuran bunyi
juga amat penting bagi menilai sumber, kesan dan teknologi kawalan yang
sesuai.

Pencemaran bunyi didefiniskan sebagai bunyi bising yang keterlaluan sehingga


menyakitkan telinga.Pencemaran bunyi biasanya melebihi 80 dB(A)[desibel] dan
pencemaran ini mengikut situasi dan keinginan masing-masing. Pencemaran ini
boleh dibahagikan kepada empat bahagian,iaitu kebisingan selenjar,kebisingan
fluktuasi dan hentakan impuls, dan kebisingan selang-seli.

Kebisingan selenjar adalah kebisingan yang selar dan kurang daripada 3 desibel
(dB). Ini berlaku apabila seseorang sedang berbisik kerana gelombang bunyi
bergetar dengan lebih perlahan..

Kebisingan fluktasi pula merupakan kebisingan yang terlatak antara puncak


gelombang yang tinggi dan rendah. Pada tahap ini getaran gelombang bunyi
akan bergetar dengan lebih cepat daripada kebisingan selenjar. Getaran
gelombang adalah sekitar 3 dB sahaja. Contohnya kebisingan fluktasi berlaku
apabila seseorang sedang berbual-bual , dan bunyi enjin yang tidak dimatikan.

Hentakan impuls merupakan bunyi yang lebih intensiti dalam tempoh yang lebih
singkat. Contohnya tembakan, ketukan atau lagaan daripada benda yang keras.
Pada kebiasaannya, tahap ini getaran gelombang akan memuncak dan menurun
dengan cepat. Pada tahap ini intensiti bunyi adalah melebihi 80 dB kemudian
gelombang bunyi akan menurun dengan cepat. Akan tetapi intensiti masih
menunjukkan tahap yang tinggi kerana bunyi yang kuat akan memberi kesan
yang lama terhadap getaran. Kebisingan selang seli berlaku secara berselang-

seli. Ianya dihasilkan apabila bunyi bising menjadi perlahan dan kuat dalam
jangka masa yang pendek. Contoh : Ketika seseorang sedang menggergaji kayu,
getaran akan berlaku ketika gergaji itu bergerak dan getaran tidak akan berlaku
apabila gergaji kayu dihentikan. Semasa gergaji sedang ditarik intensitinya akan
meninggi pada kadar tertentu dan menurun apabila gergaji tidak disorongkan.

Punca-punca berlakunya pencemaran bunyi adalah seperti pembangunan dalam


kawasan industri dimana bunyi yang bising akan dikeluarkan melalui
pemprosesan material, jentera,dan kenderaan.Aktiviti pembuatan ini secara tidak
langsung akan menjejaskan ketenteraman orang ramai dan memberi kesan
gelisah, kurang rehat, gangguan pemikiran dan lain-lain atas pencemaran bunyi
yang dikeluarkan.

Di kawasan petempatan pula, punca berlakunya pencemaran bunyi adalah


proses pembinaan yang menanamkan cerucuk-cerucuk besi di dalam tanah
demi membinakan bangunan-bangunan yang tinggi. Selain itu kenderaan kenderaan awam yang mengeluarkan bunyi bising yang memekakkan telinga di
kawasan penempatan dan sekitar sekolah juga punca utama yang
menyumbangkan kepada pencemaran bunyi . Contohnya pemandu kereta yang
suka `hon` sesuka hati dan tidak mematikan enjin sementara menunggu anak di
sekitar sekolah .

Aktiviti masyarakat seperti mendengar radio dan menonton program televisyen


dengan suara yang kuat juga merupakan punca berlakunya pencemaran bunyi .
Pada sesetengah masa aktiviti masyarakat seperti mengadakan konsert semasa
musim perayaan dan tidak merendahkan bunyi pembesar suara walaupun
selepas pukul 12 malam juga merupakan pencemaran bunyi yang sering
berlaku .

Pencemaran bunyi dalam kehidupan moden ini sememangnya banyak membawa


kesan yang negatif ke atas kesihatan manusia. Pencemaran bunyi yang negatif
selalu menstimulasikan mekanisme pertahanan badan manusia yang
mengakibatkan rembesan adrenalina(hormon) dan respons-respons fisiologi lain
walhal ketiadaan keadaan yang membahayakan.

Kesan pencemaran bunyi ke atas manusia dapat dibahagikan kepada kesan


fisiologi dan kesan psikologi . kesan fisiologi melibatkan kehilangan pendengaran
dan respons kepada keadaan cemas manakala kesan psikologi berlaku akibat
pencemaran bunyi yang mengganggu komunikasi antara manusia., mengganggu

tidur dan seterusnya menjejaskan kestabilan mental dan mengganggu proses


mental, iaitu pemikiran dan pemusatan perhatian susah dilakukan.

Kesan kesan negatif yang tersebut diatas biasanya berlaku kepada orang-orang
yang selalu terdedah kepada bunyi bising yang kuat di tempat kerja atau sekitar
tempat perumahan mereka. Contohnya pekerja-pekerja kilang dan pendudukpenduduk di sekitar lapangan terbang yang mungkin menghadapi risiko
kehilangan pendengaran mereka dimana kehilangan pendengaran biasanya
berlaku secara beransur-ansur dan tanpa disedari oleh mereka. Di bawah Akta
Kualiti Alam Sekeliling, had maksimum yang dibenarkan bagi kawasan Bandar
yang mempunyai jumlah kepadatan penduduk yang tinggi adalah 65 desibel
(dBA) untuk waktu siang dan 60 dBA untuk waktu malam. Sesiapa yang tidak
mematuhi undang undang dibawah Akta Kualiti Alam Sekeliling boleh dikenakan
tindakan undang-undang sekiranya tidak mematuhi syarat-syarat yang
ditetapkan .

Dalam pandangan saya , masalah pencemaran bunyi adalah masalah yang serius
dan tidak harus diabaikan mahupun dipandang ringan . Jabatan kerajaan yang
bertanggungjawab seperti Jabatan Alam Sekitar dan pihak sekolah harus
berusaha mengadakan kempen dan memberi imformasi kepada orang awam
serta pelajar pelajar tentang betapa seriusnya pencemaran bunyi yang sedang
berlaku di Negara kita. Pihak berkaitan juga harus berusaha meyemaikan
perasaan cinta kepada alam sekitar dalam kalangan ahli masyarakat untuk
mewujudkan masyarakat yang tanpa pencemaran .

Akhirnya , undang- undang yang lebih lengkap , jelas, dan tegas haruslah
diwujudkan bagi megawal masalah pencemaran bunyi di negara kita .

TAN MIN LIANG


205829

Pencemaran Udara

Pencemaran udara boleh dikatakan antara pencemaran yang memberi impak


yang paling besar kepada alam sekitar. Disebabkan oleh pencemaran udara
terjadinya fenomena pemanasan global yang mengakibatkan berlakunya
bencana alam yang mengancam bumi kita. Pencemaran udara ini menjadi
tumpuan sedunia bagi menangani dan mengambil langkah pengawalan supaya

tahap pencemaran dapat dikawal. Negara maju seperti negara China yang
bertumpukan industri perkilangan secara langsung menjejaskan kualiti udara di
negara tersebut. Isu pencemaran udara ini dititikberatkan oleh Pertubuhan
Kesihatan Sedunia (WHO) yang telah mengambil pelbagai langkah bagi
menangani masalah ini.
Pencemaran udara boleh diklasifikasi kepada dua bahagian iaitu pencemaran
primer dan pencemaran sekunder. Pencemaran primer merujuk kepada
pencemaran yang dihasilkan sulfur monoksida dan karbon monoksida hasil dari
pembakaran tidak lengkap yang menyebabkan zarah-zarah halus terampai di
udara. Kebanyakan pencemaran ini dilepaskan melalui eksos kenderaan ,
industry yang melepaskan asap atau bahan pencemar dan pembakaran arang
batu yang tidak terkawal, manakala pencemaran sekunder pula adalah tindak
balas sulfur dioksida yang bergabung dan membentuk dengan gasgas yang
tidak di perlukan oleh benda hidup seperti gabungan sulfur dioksida, sulfur
monoksida dan wap air akan menghasilkanasid sulfurik.
Punca-punca kepada pencemaran udara termasuk perlepasan asap dari eksos
kenderaan, asap dari industry kilang, penggunaan arang batu yang tidak
terkawal, dan pembakaran di tempat pelupusan . selain dari punca-punca di atas
fenomena semulajadi juga menyumbang kepada pencemaran ini seperti
kebakaran hutan akibat kepanasan dari matahari dan juga kejadian letusan
gunung berapi yang mampu mengeluarkan partikel, asap, debu dengan kadar
yang banyak yang menjejaskan penglihatan di sekitar tempat kejadian berlaku.
Kesan-kesan pencemaran udara kepada manusia adalah seperti menjejaskan
sistem pernafasan manusia. Manusia sukar untuk bernafas dalam keadaan udara
yang tercemar kerana udara telah diracuni oleh bahan tercemar dan gas-gas
yang tidak diperlukan. Gas-gas seperti karbon monoksida akan meracuni sistem
pengangkutan oksigen dalam darah akan melambatkan tindak balas manusia
dan kesan seterusnya menyebabkan mengantuk, penyakit lelah dan fungsi paruparu terjejas. Menurut kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan
sebanyak 3juta manusia mati setiap tahun disebabkan oleh pencemaran udara.
Ia adalah tiga kali ganda lebih tinggi daripada jumlah kematian yang disebabkan
kemalangan. Kesan kepada tumbuhan adalah seperti mengalami kerosakan
seperti nekrosis (keguguran daun) dan pertumbuhan terbantut. Begitu juga
haiwan akan terancam akibat pencemaran udara dimana udara yang tercemar
disedut dan mengambil makanan dari tumbuhan yang tercemar.
Langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengawal pencemaran adalah
pengasing elektrostatik. Alat ini digunakan untuk menarik dan mengasingkan
partikel dari udara dan melekat pada dinding cerobong asap kilang. Penggunaan
alat ini dapat mengelakkan bahan tercemar daripada terbebas ke udara.
Tambahan pula, wet scrubber sejenis alat yang digunakan berdasarkan prinsip
dimana satu saliran gas dihubungkan dengan cecair supaya bahan tercemar
dapat larut dalam cecair. Langkah akhir adalah penampalan ozon dimana
bahagian zon yang berlubang boleh ditampal dengan mengionkan oksigen di
atmosfera melalui penggunaan belon helium. Selain itu, menembak peluru zon
dengan menggunakan kapal terbang mampu menampal ozon.

Kesimpulannya, pencemaran udara yang berterusan mampu memusnahkan alam


sekitar dimana ia boleh menyebabkan bencana yang besar. Manusia kini hanya
tahu untuk mengejar keselesaan hidup akan tetapi kita bertanggungjawad untuk
menjaga alam sekitar supaya sumber alam boleh diwarisi untuk generasi akan
dating. Akhir kata, hargailah alam sekitar yang memberi sumber untuk kita tidak
patut kita memusnahkannya.
CHIN YOKE LIAN
205951

Pencemaran Air
Air merupakan salah satu keperluan asas manusia. Namun begitu,pada masa
ini,di negara-negara membangun atau negara sedang membangun , masalah
pencemaran air masih berlaku. Masalah ini amat membimbangkan. Pencemaran
air bermaksud perubahan yang berlaku dari segi kandungan,keadaan dan warna
sehingga tidak sesuai dan akan memberi kesan terhadap manusia apabila
digunakan. Pencemaran ini berlaku sama ada dari segi biologi, kimia dan fizik.
Bahan pencemaran boleh didapati dalam pelbagai bentuk iaitu gas, cecair dan
pepejal. Pencemaran air bukan sahaja berlaku di sungai sahaja tetapi juga di
laut , pantai dan lain-lain tempat berair.

Antara punca berlaku pencemaran air ialah kilang-kilang yang tidak bermoral.
Kebanyakan kilang dibina di sepanjang sungai untuk memastikan bahan-bahan
buangan disalirkan ke dalam sungai-sungai berkenaan. Masalah timbul apabila
cecair kimia yang disalurkan ke dalam sungai tidak dirawat dan mengandungi
bahan toksik yang mencemarkan air sungai dan laut. Kebanyakan kilang
membuang sisa cecair dan pepejal ke dalam sungai yang mengakibatkan sungai
tercemar seperti Sungai Juru yang terletak di Seberang Perai, Pulau Pinang
menunjukkan warna air di Sungai Juru berwarna hitam pekat apabila sampai di
laut.
Di samping itu, industri perlombongan juga mengakibatkan pencemaran air. Cari
gali petroleum di dasar laut dan tumpahan minyak adalah antara bukti nyata.
Penggerudian perigi-perigi minyak dan letupan tangki minyak menyumbang
kepada gejala ini. Apabila minyak ini bercampur dengan air laut atau sungai, ia
akan mengakibatkan air tercemar. Ini memberi kesan negatif kepada kehidupan
air seperti tumbuh-tumbuhan dan haiwan akuatik dan seterusnya menjejaskan
sumber protein manusia.

Bahan-bahan buangan radioaktif dan ujian-ujian bom dan nuklear di laut-laut


juga menyumbang kepada pencemaran air. Bahan-bahan buangan radioaktif
yang terhasil dari makmal-makmal yang mengandungi sisa-sisa toksik larut

dalam air telah mencemarkan air sungai dan laut. Stesen-stesen nuklear juga
menyalirkan bahan buangan ke dalam sungai yang mengakibatkan sungai
tercemar. Pencemaran air boleh berlaku disebabkan pembuangan bahan sisa
radioaktif seperti di Laut Kaspian dan di perairan Hemisfera Utara.

Kesan-kesan daripada pencemaran air ini menimbulkan banyak masalah


terhadap hidupan-hidupan di dunia pada masa kini termasuklah manusia sendiri.
Bahan-bahan yang dibuang dalam sungai akan mengurangkan kandungan
oksigen dalam air. Hidupan laut akan mati apabila memakan bahan beracun dari
sumber air yang telah tercemar ini. Manusia akan mendapat penyakit kronik jika
mengambil sumber protein beracun dan meminum atau menggunakan air yang
tercemar. Selain itu, sampah-sarap dan najis yang dibuang ke dalam air juga
menggalakkan bakteria untuk terus membiak dan menjadi masalah kepada
kehidupan di dalam air mahupun kepada manusia sendiri.

Kesan lain ialah sistem air bawah tanah tercemar . Sesetengah kilang akan
memperuntukkan kawasan untuk pembuangan sisa-sisa kilang. Apabila berlaku
hujan lebat atau loji pecah, sisa-sisa ini akan terkeluar dan menyebabkan dua
masalah. Masalah pertama ialah jika sisa ini mengalir di permukaan, maka ianya
akan mengalir di dalam sistem saliran terutamanya parit dan sungai. Masalah
kedua pula ialah sekiranya sisa ini mengalir ke dalam sistem bawah tanah, sisasisa ini akan menyebabkan sistem air bawah tanah tercemar. Kedua-dua masalah
tersebut akan merosakkan dan mencemarkan hidupan dan keadaan air itu
sendiri.

Dalam usaha mengekalkan tahap pencemaran semasa supaya tidak menjadi


lebih teruk maka langkah-langkah yang wajar perlu diambil supaya pencemaran
air dapat dikurangkan. Antara langkah-langkah yang boleh diambil adalah
menyediakan tangki takungan bawah tanah yang dirawat. Untuk mengatasi
masalah pelepasan air buangan domestik supaya tidak dilepaskan terus ke dalam
sistem perparitan maka adalah perlu menyediakan tangki takungan bawah tanah
dan dirawat menggunakan bioteknologi.Malah, pihak kerajaan seharusnya
memperuntukkan sejumlah wang untuk sistem perparitan di kawasan perumahan
terutama kawasan perindustrian dan juga pengusaha kedai makanan supaya
dapat dibina saluran paip khas dan air buangan dapat dikumpulkan di kolam
takungan sebelum disalirkan ke dalam sistem perparitan.

Hasil tinjauan juga mendapati bahawa pengurusan sampah yang lemah di


kawasan perumahan dan tempat tinggal perbandaran telah menyebabkan
sampah- sarap bertaburan merata tempat. Oleh itu,tong sampah perlu ditambah
di tempat strategik sebagai pusat pengumpulan sampah supaya sampah tidak

melimpah.Pertambahn tong sampah juga membolehkan penduduk mempunyai


tempat pembuangan sampah-sarap yang cukup.

Selain itu, langkah lain yang perlu diambil ialah kempen kesedaran melalui iklan
televisyen. Iklan-iklan yang ditanyangi dalam televisyen dan disebarkan dalam
radio akan memberi konsep dan gambaran yang lebih terus dan orang ramai
akan lebih mudah memahami peranan mereka dan mula menanam sikap
bertanggungjawab dalam diri sendiri. Orang ramai juga digalakkan menyertai
kempen-kempen kesedaran. Antara kempen-kempen yang melindungi sungai dan
laut ialah kempen Cintailah Sungai Kita. Kempen Cintai Sungai Kita telah
menjalankan banyak aktiviti untuk membersihkan kawasan sungai. Dalam
kempen-kempen ini, peserta-peserta akan diajar tentang pentingnya menjaga
sungai dan cara-cara menguruskan sisa buangan supaya dapat mengurangkan
tahap pencemaran air ke tahap yang paling minimum .

Kesimpulannya, pencemaran air merupakan masalah yang sangat serius dan


memerlukan kerjasama semua pihak untuk menangani masalah ini supaya kita
mendapat sumber air yang bersih dan dapat hidup dalam persekitaran yang
tiada pencemaran air. Langkah-langkah yang tertentu perlu dijalankan sepanjang
tahun supaya dapat mencapai tahap yang lebih efektif. Oleh itu,semua pihak
termasuk pihak individu ataupun pihak kerajaan,kita semua perlu berusaha
mengatasi masalah ini bersama dan seterunya mencapai Wawasan 2020.
TAN PING SIEN
206063

Pencemaran Tanah

Pencemaran tanah adalah bahagian permukaan bumi yang dihuni oleh


banyak makhluk hidup terutama manusia, tumbuh-tumbuhan, haiwan dan
mikroorganisme Tanah dan makhluk hidup yang hidup di atasnya mempunyai
hubungan yang sangat erat. Tanah memberikan sumber daya yang berguna bagi
kelangsungan makhluk hidup di atasnya. Tanah memiliki fungsi produksi, iaitu
antara lain sebagai penghasil biomassa, seperti bahan makanan, serat, kayu dan
bahan ubat-ubatan. Selain itu, tanah juga berperan dalam menjaga kelestarian
sumber daya air dan kelestarian lingkungan hidup secara umum. Tanah juga
merupakan habitat alamiah bagi manusia dan makhluk hidup yang lain.Dapat
dikatakan bahawa hidup manusia tergantung kepada tanah.

Pencemaran tanah bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan


sehingga terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan. Pencemaran ini
disebabkan oleh bahan buangan sama ada berbentuk air atau pepejal.Bahan
pencemar pula terdiri daripada pencemar organik,kimia atau fizik.Kegiatan
manusia seperti perusakan hutan dan pertanian ladang berpindah
mempengaruhi kualiti tanah. Terkontaminasinya tanah oleh zat kimia dapat
mengakibatkan terjadinya pencemaran air dan tanah. Jika tidak segera
dihentikan, hal ini akan menimbulkan kerosakan tanah, bahkan dapat
menimbulkan bencana bagi kehidupan manusia.
Antara punca berlakunya pencemaran ini ialah pembuangan bahan-bahan
buangan daripada kilang seperti minyak,sisa toksik dan sisa-sisa
kilang.Pembuangan sampah merata-rata dan penggunaan racun serangga secara
berlebih-lebihan juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran ini. Di
samping itu,sikap manusia yang jarang menghargai nilai-nilai maksum yang
terdapat di kawasan menarik dan indah juga boleh menjadi salah satu punca
pencemaran tanah. Selain daripada mengurangkan jumlah hutan asal dan
biodiversiti hutan dan hidupan liar, penebangan hutan juga turut menyumbang
kepada hakisan tanah, pemendapan, kerosakan cerun dan tanah runtuh di
Malaysia . Pembangunan yang tidak dirancang dengan berkesan seperti
pembalakan yang giat dan pembukaan tanah secara berleluasa akan
memberikan kesan buruk terhadap alam sekitar contohnya berlakulah hakisan
tanah,berlaku perubahan iklim,kesan kepada rumah hijau dan banjir.
Terdapat banyak kesan pencemaran yang memudaratkan tanah. Salah satu
adalah merosakkan tanah dan kualitinya. Sisa-sisa industri dan hasil tumpahan
daripada kenderaan pengangkut menjadikan tanah rosak dan kurang berkualiti.
Tanah yang kurang berkualiti menyebabkan tumbuh- tumbuhan atau sayursayuran yang ditanam tidak hidup dengan sempurna dan tidak subur. Hujan asid
yang meresap ke dalam tanah, perlombongan yang berlebihan, penebangan
hutan atau pembalakan menyebabkan tanah terhakis dan rosak. Selain itu
penggunaan racun serangga atau rumpai turut berperanan mengurangkan kualiti
tanah. Kemajuan dari segi pengangkutan juga menyebabkan banyak kawasan
tanah telah digunakan untuk tujuan pembinaan jalanraya, landasan keretapi dan
lapangan terbang.
Selain itu, pembuangan sampah merata-rata juga merupakan penyumbang
kepada pencemaran tanah. Pasti tempat yang berlonggokan sampah itu akan
menarik perhatian serangga dan haiwan pembawa penyakit seperti lalat dan
tikus. Haiwan perosak yang tertumpu di kawasan ini dan menyebarkan kumankuman penyakit ke tempat-tempat lain. Jika makanan yang dihinggapi lalat atau
dimakan lipas , manusia mudah keracunan makanan dan seterusnya diserang
penyakit yang serius.
Seterusnya, pengujian senjata nuklear di negara-negara barat juga turut
mengancam kualiti tanah dunia. Tanah bukan sahaja tidak subur malahan
menyimpan bahan radioaktif yang mampu membunuh manusia secara
perlahan.Contoh yang paling ketara adalah letupan loji nuklear di Chernobyl,
Russia. Kesannya dapat dirasai hingga ke Sweden, kerana 23 orang telah

dilaporkan mati akibat daripada kesan radioaktif nuklear tersebut. Semua


penduduk di sekitarnya dipindahkan dan di sesetengah tempat, penjualan daging
terpaksa dihentikan kerana kadar pencemaran terlalu tinggi dan membahayakan
kesihatan.
Di samping itu, penukaran tanah dari hutan kepada pertanian telah
mengakibatkan berlakunya penebangan hutan secara meluas. Penebangan hutan
yang berterusan dan kemusnahan hutan di kawasan tadahan air akan
menjejaskan bekalan air dan kualiti sumber air, menjejaskan kemampuan
pengambilan semula air bawah tanah dan menyebabkan lebih banyak banjir di
kawasan tanah rendah.
Satu lagi kesan pencemaran tanah ini adalah hakisan. Hakisan tanah adalah
salah satu fenomena yang sangat sering berlaku di seluruh dunia. Ianya bukan
sahaja merugikan dari sudut kewangan dan ekonomi bahkan juga mengancam
keselamatan dan nyawa manusia, misalnya tanah runtuh dan juga gempa bumi.
Terdapat banyak negara-negara yang sedang diancam hakisan tanah. Di negaranegara tertentu juga, angin menjadi salah satu agen yang boleh menyebabkan
hakisan. Antara aktiviti-aktiviti manusia yang boleh menyebabkan hakisan adalah
pembersihan dan pembajakan serum bukit yang menyebabkan tiada tumbuhan
yang dapat menahan tanah daripada dialirkan bersama-sama dengan air apabila
hujan lebat, penebangan hutan, padang ragut yang meluas dan berlebihan, dan
penanaman secara meluas hanya satu jenis tanaman.
Kesimpulannya, tanah adalah bahagian permukaan bumi yang dihuni oleh
banyak makhluk hidup terutama manusia, tumbuh-tumbuhan, haiwan dan
mikroorganisme. Tanah dan makhluk hidup yang hidup di atasnya mempunyai
hubungan yang sangat erat. Tanah memberikan sumber daya yang berguna bagi
kelangsungan makhluk hidup di atasnya. Selain itu, tanah juga berperan dalam
menjaga kelestarian sumber daya air dan kelestarian lingkungan hidup secara
umum. Dapat dikatakan bahawa hidup manusia tergantung kepada tanah. Oleh
itu, kita perlu menjaga tanah dengan baik.

Anda mungkin juga menyukai