Anda di halaman 1dari 18

http://alamsekitarbmp.blogspot.com/p/jenis-jenispencemaran_9947.

html
Jenis-jenis Pencemaran

Pencemaran Bunyi

Pencemaran
bunyi
sering menjadi isu tetapi ia kurang diberi perhatian.
Akhir-akhir ini, aspek ini dibincangkan secara
bersungguh-sungguh apabila paras bunyi semakin
meningkat dari hari ke hari. Pembangunan negara yang
pesat menuju status negara industri yang menyebabkan
bilangan kenderaan di jalan raya meningkat merupakan
antara sumber bunyi utama di negara kita. Projek-projek
pembinaan yang menggunakan banyak jentera dan
pembinaan lebih banyak lapangan terbang juga
merupakan antara penyumbang lain pencemaran bunyi.
Dalam sektor pekerjaan, paras bunyi yang selamat
harus dipastikan bagi mengelak pekerja mengalami
masalah pendengaran. Buat masa ini, kebanyakan
sektor industri di negara ini lebih berorientasikan buruh
berbanding di negara-negara maju. Sehubungan ini
pengoperasian jentera dalam bangunan mungkin

mendedahkan pekerja kepada risiko kerosakan


pendengaran. Pengukuran bunyi juga amat penting bagi
menilai sumber, kesan dan teknologi kawalan yang
sesuai.
Pencemaran bunyi didefiniskan sebagai bunyi
bising yang keterlaluan sehingga menyakitkan
telinga.Pencemaran bunyi biasanya melebihi 80 dB(A)
[desibel] dan pencemaran ini mengikut situasi dan
keinginan masing-masing. Pencemaran ini boleh
dibahagikan kepada empat bahagian,iaitu kebisingan
selenjar,kebisingan fluktuasi dan hentakan impuls, dan
kebisingan selang-seli.
Kebisingan selenjar adalah kebisingan yang selar
dan kurang daripada 3 desibel (dB). Ini berlaku apabila
seseorang sedang berbisik kerana gelombang bunyi
bergetar dengan lebih perlahan..
Kebisingan fluktasi pula merupakan kebisingan
yang terlatak antara puncak gelombang yang tinggi dan
rendah. Pada tahap ini getaran gelombang bunyi akan
bergetar dengan lebih cepat daripada kebisingan
selenjar. Getaran gelombang adalah sekitar 3 dB
sahaja. Contohnya kebisingan fluktasi berlaku apabila
seseorang sedang berbual-bual , dan bunyi enjin yang
tidak dimatikan.
Hentakan impuls merupakan bunyi yang lebih
intensiti dalam tempoh yang lebih singkat. Contohnya

tembakan, ketukan atau lagaan daripada benda yang


keras. Pada kebiasaannya, tahap ini getaran gelombang
akan memuncak dan menurun dengan cepat. Pada
tahap ini intensiti bunyi adalah melebihi 80 dB kemudian
gelombang bunyi akan menurun dengan cepat. Akan
tetapi intensiti masih menunjukkan tahap yang tinggi
kerana bunyi yang kuat akan memberi kesan yang lama
terhadap getaran. Kebisingan selang seli berlaku
secara berselang-seli. Ianya dihasilkan apabila bunyi
bising menjadi perlahan dan kuat dalam jangka masa
yang pendek. Contoh : Ketika seseorang sedang
menggergaji kayu, getaran akan berlaku ketika gergaji
itu bergerak dan getaran tidak akan berlaku apabila
gergaji kayu dihentikan. Semasa gergaji sedang ditarik
intensitinya akan meninggi pada kadar tertentu dan
menurun apabila gergaji tidak disorongkan.
Punca-punca berlakunya pencemaran bunyi adalah
seperti pembangunan dalam kawasan industri dimana
bunyi yang bising akan dikeluarkan melalui
pemprosesan material, jentera,dan kenderaan.Aktiviti
pembuatan ini secara tidak langsung akan menjejaskan
ketenteraman orang ramai dan memberi kesan gelisah,
kurang rehat, gangguan pemikiran dan lain-lain atas
pencemaran bunyi yang dikeluarkan.
Di kawasan petempatan pula, punca berlakunya
pencemaran bunyi adalah proses pembinaan yang
menanamkan cerucuk-cerucuk besi di dalam tanah
demi membinakan bangunan-bangunan yang tinggi.

Selain itu kenderaan - kenderaan awam yang


mengeluarkan bunyi bising yang memekakkan telinga di
kawasan penempatan dan sekitar sekolah juga punca
utama yang menyumbangkan kepada pencemaran
bunyi . Contohnya pemandu kereta yang suka `hon`
sesuka hati dan tidak mematikan enjin sementara
menunggu anak di sekitar sekolah .
Aktiviti masyarakat seperti mendengar radio dan
menonton program televisyen dengan suara yang kuat
juga merupakan punca berlakunya pencemaran bunyi .
Pada sesetengah masa aktiviti masyarakat seperti
mengadakan konsert semasa musim perayaan dan
tidak merendahkan bunyi pembesar suara walaupun
selepas pukul 12 malam juga merupakan pencemaran
bunyi yang sering berlaku .
Pencemaran bunyi dalam kehidupan moden ini
sememangnya banyak membawa kesan yang negatif
ke atas kesihatan manusia. Pencemaran bunyi yang
negatif selalu menstimulasikan mekanisme pertahanan
badan manusia yang mengakibatkan rembesan
adrenalina(hormon) dan respons-respons fisiologi lain
walhal ketiadaan keadaan yang membahayakan.
Kesan pencemaran bunyi ke atas manusia dapat
dibahagikan kepada kesan fisiologi dan kesan
psikologi . kesan fisiologi melibatkan kehilangan
pendengaran dan respons kepada keadaan cemas
manakala kesan psikologi berlaku akibat pencemaran
bunyi yang mengganggu komunikasi antara manusia.,

mengganggu tidur dan seterusnya menjejaskan


kestabilan mental dan mengganggu proses mental, iaitu
pemikiran dan pemusatan perhatian susah dilakukan.
Kesan kesan negatif yang tersebut diatas biasanya
berlaku kepada orang-orang yang selalu terdedah
kepada bunyi bising yang kuat di tempat kerja atau
sekitar tempat perumahan mereka. Contohnya pekerjapekerja kilang dan penduduk-penduduk di sekitar
lapangan terbang yang mungkin menghadapi risiko
kehilangan pendengaran mereka dimana kehilangan
pendengaran biasanya berlaku secara beransur-ansur
dan tanpa disedari oleh mereka. Di bawah Akta Kualiti
Alam Sekeliling, had maksimum yang dibenarkan bagi
kawasan Bandar yang mempunyai jumlah kepadatan
penduduk yang tinggi adalah 65 desibel (dBA) untuk
waktu siang dan 60 dBA untuk waktu malam. Sesiapa
yang tidak mematuhi undang undang dibawah Akta
Kualiti Alam Sekeliling boleh dikenakan tindakan
undang-undang sekiranya tidak mematuhi syarat-syarat
yang ditetapkan .
Dalam pandangan saya , masalah pencemaran
bunyi adalah masalah yang serius dan tidak harus
diabaikan mahupun dipandang ringan . Jabatan
kerajaan yang bertanggungjawab seperti Jabatan Alam
Sekitar dan pihak sekolah harus berusaha mengadakan
kempen dan memberi imformasi kepada orang awam
serta pelajar pelajar tentang betapa seriusnya
pencemaran bunyi yang sedang berlaku di Negara kita.
Pihak berkaitan juga harus berusaha meyemaikan

perasaan cinta kepada alam sekitar dalam kalangan ahli


masyarakat untuk mewujudkan masyarakat yang tanpa
pencemaran .
Akhirnya , undang- undang yang lebih lengkap ,
jelas, dan tegas haruslah diwujudkan bagi megawal
masalah pencemaran bunyi di negara kita .
TAN MIN LIANG
205829
Pencemaran Udara

Pencemaran udara boleh dikatakan antara


pencemaran yang memberi impak yang paling besar
kepada alam sekitar. Disebabkan oleh pencemaran
udara terjadinya fenomena pemanasan global yang
mengakibatkan berlakunya bencana alam yang
mengancam bumi kita. Pencemaran udara ini menjadi
tumpuan sedunia bagi menangani dan mengambil
langkah pengawalan supaya tahap pencemaran dapat
dikawal. Negara maju seperti negara China yang
bertumpukan industri perkilangan secara langsung
menjejaskan kualiti udara di negara tersebut. Isu

pencemaran udara ini dititikberatkan oleh Pertubuhan


Kesihatan Sedunia (WHO) yang telah mengambil
pelbagai langkah bagi menangani masalah ini.
Pencemaran udara boleh diklasifikasi kepada dua
bahagian iaitu pencemaran primer dan pencemaran
sekunder. Pencemaran primer merujuk kepada
pencemaran yang dihasilkan sulfur monoksida dan
karbon monoksida hasil dari pembakaran tidak lengkap
yang menyebabkan zarah-zarah halus terampai di
udara. Kebanyakan pencemaran ini dilepaskan melalui
eksos kenderaan , industry yang melepaskan asap atau
bahan pencemar dan pembakaran arang batu yang
tidak terkawal, manakala pencemaran sekunder pula
adalah tindak balas sulfur dioksida yang bergabung dan
membentuk dengan gasgas yang tidak di perlukan oleh
benda hidup seperti gabungan sulfur dioksida, sulfur
monoksida dan wap air akan menghasilkanasid sulfurik.
Punca-punca kepada pencemaran udara termasuk
perlepasan asap dari eksos kenderaan, asap dari
industry kilang, penggunaan arang batu yang tidak
terkawal, dan pembakaran di tempat pelupusan . selain
dari punca-punca di atas fenomena semulajadi juga
menyumbang
kepada
pencemaran
ini
seperti
kebakaran hutan akibat kepanasan dari matahari dan
juga kejadian letusan gunung berapi yang mampu
mengeluarkan partikel, asap, debu dengan kadar yang
banyak yang menjejaskan penglihatan di sekitar tempat
kejadian berlaku.
Kesan-kesan pencemaran udara kepada manusia
adalah seperti menjejaskan sistem pernafasan manusia.
Manusia sukar untuk bernafas dalam keadaan udara

yang tercemar kerana udara telah diracuni oleh bahan


tercemar dan gas-gas yang tidak diperlukan. Gas-gas
seperti karbon monoksida akan meracuni sistem
pengangkutan oksigen dalam darah akan melambatkan
tindak balas manusia dan kesan seterusnya
menyebabkan mengantuk, penyakit lelah dan fungsi
paru-paru terjejas. Menurut kajian Pertubuhan
Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan sebanyak 3juta
manusia mati setiap tahun disebabkan oleh pencemaran
udara. Ia adalah tiga kali ganda lebih tinggi daripada
jumlah kematian yang disebabkan kemalangan. Kesan
kepada tumbuhan adalah seperti mengalami kerosakan
seperti nekrosis (keguguran daun) dan pertumbuhan
terbantut. Begitu juga haiwan akan terancam akibat
pencemaran udara dimana udara yang tercemar disedut
dan mengambil makanan dari tumbuhan yang tercemar.
Langkah-langkah yang boleh diambil untuk
mengawal pencemaran adalah pengasing elektrostatik.
Alat ini digunakan untuk menarik dan mengasingkan
partikel dari udara dan melekat pada dinding cerobong
asap kilang. Penggunaan alat ini dapat mengelakkan
bahan tercemar daripada terbebas ke udara. Tambahan
pula, wet scrubber sejenis alat yang digunakan
berdasarkan prinsip dimana satu saliran gas
dihubungkan dengan cecair supaya bahan tercemar
dapat larut dalam cecair. Langkah akhir adalah
penampalan ozon dimana bahagian zon yang berlubang
boleh ditampal dengan mengionkan oksigen di
atmosfera melalui penggunaan belon helium. Selain itu,
menembak peluru zon dengan menggunakan kapal
terbang mampu menampal ozon.

Kesimpulannya,
pencemaran
udara
yang
berterusan mampu memusnahkan alam sekitar dimana
ia boleh menyebabkan bencana yang besar. Manusia
kini hanya tahu untuk mengejar keselesaan hidup akan
tetapi kita bertanggungjawad untuk menjaga alam
sekitar supaya sumber alam boleh diwarisi untuk
generasi akan dating. Akhir kata, hargailah alam sekitar
yang memberi sumber untuk kita tidak patut kita
memusnahkannya.
CHIN YOKE LIAN
205951
Pencemaran Air
Air merupakan salah satu keperluan asas manusia.
Namun begitu,pada masa ini,di negara-negara
membangun atau negara sedang membangun ,
masalah pencemaran air masih berlaku. Masalah ini
amat membimbangkan. Pencemaran air bermaksud
perubahan yang berlaku dari segi kandungan,keadaan
dan warna sehingga tidak sesuai dan akan memberi
kesan
terhadap
manusia
apabila
digunakan.
Pencemaran ini berlaku sama ada dari segi biologi,
kimia dan fizik. Bahan pencemaran boleh didapati dalam
pelbagai bentuk iaitu gas, cecair dan pepejal.
Pencemaran air bukan sahaja berlaku di sungai sahaja
tetapi juga di laut , pantai dan lain-lain tempat berair.

Antara punca berlaku pencemaran air ialah kilangkilang yang tidak bermoral. Kebanyakan kilang dibina di
sepanjang sungai untuk memastikan bahan-bahan
buangan disalirkan ke dalam sungai-sungai berkenaan.
Masalah timbul apabila cecair kimia yang disalurkan ke
dalam sungai tidak dirawat dan mengandungi bahan
toksik yang mencemarkan air sungai dan laut.
Kebanyakan kilang membuang sisa cecair dan pepejal
ke dalam sungai yang mengakibatkan sungai tercemar
seperti Sungai Juru yang terletak di Seberang Perai,
Pulau Pinang menunjukkan warna air di Sungai Juru
berwarna hitam pekat apabila sampai di laut.
Di samping itu, industri perlombongan juga
mengakibatkan pencemaran air. Cari gali petroleum di
dasar laut dan tumpahan minyak adalah antara bukti
nyata. Penggerudian perigi-perigi minyak dan letupan
tangki minyak menyumbang kepada gejala ini. Apabila
minyak ini bercampur dengan air laut atau sungai, ia
akan mengakibatkan air tercemar. Ini memberi kesan
negatif kepada kehidupan air seperti tumbuh-tumbuhan
dan haiwan akuatik dan seterusnya menjejaskan
sumber protein manusia.

Bahan-bahan buangan radioaktif dan ujian-ujian


bom dan nuklear di laut-laut juga menyumbang kepada
pencemaran air. Bahan-bahan buangan radioaktif yang
terhasil dari makmal-makmal yang mengandungi sisasisa toksik larut dalam air telah mencemarkan air sungai
dan laut. Stesen-stesen nuklear juga menyalirkan bahan
buangan ke dalam sungai yang mengakibatkan sungai
tercemar. Pencemaran air boleh berlaku disebabkan
pembuangan bahan sisa radioaktif seperti di Laut
Kaspian dan di perairan Hemisfera Utara.
Kesan-kesan daripada pencemaran air ini
menimbulkan banyak masalah terhadap hidupanhidupan di dunia pada masa kini termasuklah manusia
sendiri. Bahan-bahan yang dibuang dalam sungai akan
mengurangkan kandungan oksigen dalam air. Hidupan
laut akan mati apabila memakan bahan beracun dari
sumber air yang telah tercemar ini. Manusia akan
mendapat penyakit kronik jika mengambil sumber
protein beracun dan meminum atau menggunakan air
yang tercemar. Selain itu, sampah-sarap dan najis yang
dibuang ke dalam air juga menggalakkan bakteria untuk
terus membiak dan menjadi masalah kepada kehidupan
di dalam air mahupun kepada manusia sendiri.
Kesan lain ialah sistem air bawah tanah tercemar .
Sesetengah kilang akan memperuntukkan kawasan
untuk pembuangan sisa-sisa kilang. Apabila berlaku
hujan lebat atau loji pecah, sisa-sisa ini akan terkeluar
dan menyebabkan dua masalah. Masalah pertama ialah

jika sisa ini mengalir di permukaan, maka ianya akan


mengalir di dalam sistem saliran terutamanya parit dan
sungai. Masalah kedua pula ialah sekiranya sisa ini
mengalir ke dalam sistem bawah tanah, sisa-sisa ini
akan menyebabkan sistem air bawah tanah tercemar.
Kedua-dua masalah tersebut akan merosakkan dan
mencemarkan hidupan dan keadaan air itu sendiri.
Dalam usaha mengekalkan tahap pencemaran
semasa supaya tidak menjadi lebih teruk maka langkahlangkah yang wajar perlu diambil supaya pencemaran
air dapat dikurangkan. Antara langkah-langkah yang
boleh diambil adalah menyediakan tangki takungan
bawah tanah yang dirawat. Untuk mengatasi masalah
pelepasan air buangan domestik supaya tidak
dilepaskan terus ke dalam sistem perparitan maka
adalah perlu menyediakan tangki takungan bawah tanah
dan dirawat menggunakan bioteknologi.Malah, pihak
kerajaan seharusnya memperuntukkan sejumlah wang
untuk sistem perparitan di kawasan perumahan
terutama kawasan perindustrian dan juga pengusaha
kedai makanan supaya dapat dibina saluran paip khas
dan air buangan dapat dikumpulkan di kolam takungan
sebelum disalirkan ke dalam sistem perparitan.
Hasil tinjauan juga mendapati bahawa pengurusan
sampah yang lemah di kawasan perumahan dan tempat
tinggal perbandaran telah menyebabkan sampah- sarap
bertaburan merata tempat. Oleh itu,tong sampah perlu
ditambah di tempat strategik sebagai pusat
pengumpulan
sampah
supaya
sampah
tidak

melimpah.Pertambahn tong sampah juga membolehkan


penduduk mempunyai tempat pembuangan sampahsarap yang cukup.
Selain itu, langkah lain yang perlu diambil ialah
kempen kesedaran melalui iklan televisyen. Iklan-iklan
yang ditanyangi dalam televisyen dan disebarkan dalam
radio akan memberi konsep dan gambaran yang lebih
terus dan orang ramai akan lebih mudah memahami
peranan mereka dan mula menanam sikap
bertanggungjawab dalam diri sendiri. Orang ramai juga
digalakkan
menyertai
kempen-kempen
kesedaran. Antara kempen-kempen yang melindungi
sungai dan laut ialah kempen Cintailah Sungai Kita.
Kempen Cintai Sungai Kita telah menjalankan banyak
aktiviti untuk membersihkan kawasan sungai. Dalam
kempen-kempen ini, peserta-peserta akan diajar tentang
pentingnya menjaga sungai dan cara-cara menguruskan
sisa buangan supaya dapat mengurangkan tahap
pencemaran air ke tahap yang paling minimum .
Kesimpulannya, pencemaran air merupakan
masalah yang sangat serius dan memerlukan kerjasama
semua pihak untuk menangani masalah ini supaya kita
mendapat sumber air yang bersih dan dapat hidup
dalam
persekitaran
yang
tiada
pencemaran
air. Langkah-langkah yang tertentu perlu dijalankan
sepanjang tahun supaya dapat mencapai tahap yang
lebih efektif. Oleh itu,semua pihak termasuk pihak
individu ataupun pihak kerajaan,kita semua perlu

berusaha mengatasi masalah ini


seterunya mencapai Wawasan 2020.
TAN PING SIEN
206063

bersama

dan

Pencemaran Tanah

Pencemaran tanah adalah bahagian permukaan


bumi yang dihuni oleh banyak makhluk hidup terutama
manusia,
tumbuh-tumbuhan,
haiwan
dan
mikroorganisme Tanah dan makhluk hidup yang hidup di
atasnya mempunyai hubungan yang sangat erat. Tanah
memberikan sumber daya yang berguna bagi
kelangsungan makhluk hidup di atasnya. Tanah memiliki
fungsi produksi, iaitu antara lain sebagai penghasil
biomassa, seperti bahan makanan, serat, kayu dan
bahan ubat-ubatan. Selain itu, tanah juga berperan
dalam menjaga kelestarian sumber daya air dan
kelestarian lingkungan hidup secara umum. Tanah juga
merupakan habitat alamiah bagi manusia dan makhluk
hidup yang lain.Dapat dikatakan bahawa hidup manusia
tergantung kepada tanah.
Pencemaran tanah bermaksud perbuatan yang
berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga terjadinya

pertukaran warna, kesuburan dan hakisan. Pencemaran


ini disebabkan oleh bahan buangan sama ada
berbentuk air atau pepejal.Bahan pencemar pula terdiri
daripada pencemar organik,kimia atau fizik.Kegiatan
manusia seperti perusakan hutan dan pertanian ladang
berpindah
mempengaruhi
kualiti
tanah.
Terkontaminasinya tanah oleh zat kimia dapat
mengakibatkan terjadinya pencemaran air dan tanah.
Jika tidak segera dihentikan, hal ini akan menimbulkan
kerosakan tanah, bahkan dapat menimbulkan bencana
bagi kehidupan manusia.
Antara punca berlakunya pencemaran ini ialah
pembuangan bahan-bahan buangan daripada kilang
seperti
minyak,sisa
toksik
dan
sisa-sisa
kilang.Pembuangan
sampah
merata-rata
dan
penggunaan racun serangga secara berlebih-lebihan
juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran ini.
Di samping itu,sikap manusia yang jarang menghargai
nilai-nilai maksum yang terdapat di kawasan menarik
dan indah juga boleh menjadi salah satu punca
pencemaran tanah. Selain daripada mengurangkan
jumlah hutan asal dan biodiversiti hutan dan hidupan
liar, penebangan hutan juga turut menyumbang kepada
hakisan tanah, pemendapan, kerosakan cerun dan
tanah runtuh di Malaysia . Pembangunan yang tidak
dirancang dengan berkesan seperti pembalakan yang
giat dan pembukaan tanah secara berleluasa akan
memberikan kesan buruk terhadap alam sekitar
contohnya berlakulah hakisan tanah,berlaku perubahan
iklim,kesan kepada rumah hijau dan banjir.

Terdapat banyak kesan pencemaran yang


memudaratkan tanah. Salah satu adalah merosakkan
tanah dan kualitinya. Sisa-sisa industri dan hasil
tumpahan daripada kenderaan pengangkut menjadikan
tanah rosakdan kurang berkualiti. Tanah yang kurang
berkualiti menyebabkan tumbuh-tumbuhan atau sayursayuran yang ditanam tidak hidup dengan sempurna
dan tidak subur. Hujan asid yang meresap ke dalam
tanah, perlombongan yang berlebihan, penebangan
hutan
atau
pembalakan
menyebabkan
tanah
terhakis dan rosak. Selain itu penggunaan racun
serangga atau rumpai turut berperanan mengurangkan
kualiti tanah. Kemajuan dari segi pengangkutan
juga menyebabkan banyak kawasan tanah telah
digunakan untuk tujuan pembinaan jalanraya, landasan
keretapi dan lapangan terbang.
Selain itu, pembuangan sampah merata-rata juga
merupakan penyumbang kepada pencemaran tanah.
Pasti tempat yang berlonggokan sampah itu akan
menarik perhatian serangga dan haiwan pembawa
penyakit seperti lalat dan tikus. Haiwan perosak yang
tertumpu di kawasan ini dan menyebarkan kumankuman penyakit ke tempat-tempat lain. Jika makanan
yang dihinggapi lalat atau dimakan lipas , manusia
mudah keracunan makanan dan seterusnya diserang
penyakit yang serius.
Seterusnya, pengujian senjata nuklear di
negara-negara barat juga turut mengancam kualiti tanah
dunia. Tanah bukan sahaja tidak subur malahan
menyimpan bahan radioaktif yang mampu membunuh
manusia secara perlahan.Contoh yang paling ketara

adalah letupan loji nuklear di Chernobyl, Russia.


Kesannya dapat dirasai hingga ke Sweden, kerana 23
orang telah dilaporkan mati akibat daripada kesan
radioaktif nuklear tersebut. Semua penduduk di
sekitarnya dipindahkan dan di sesetengah tempat,
penjualan daging terpaksa dihentikan kerana kadar
pencemaran terlalu tinggi dan membahayakan
kesihatan.
Di samping itu, penukaran tanah dari hutan
kepada pertanian telah mengakibatkan berlakunya
penebangan hutan secara meluas. Penebangan hutan
yang berterusan dan kemusnahan hutan di kawasan
tadahan air akan menjejaskan bekalan air dan kualiti
sumber air, menjejaskan kemampuan pengambilan
semula air bawah tanah dan menyebabkan lebih banyak
banjir di kawasan tanah rendah.
Satu lagi kesan pencemaran tanah ini adalah
hakisan. Hakisan tanahadalah salah satu fenomena
yang sangat sering berlaku di seluruh dunia.
Ianya bukan sahaja merugikan dari sudut kewangan dan
ekonomi bahkan juga mengancam keselamatan dan
nyawa manusia, misalnya tanah runtuh dan juga gempa
bumi. Terdapat banyak negara-negara yang sedang
diancam hakisan tanah. Di negara-negara tertentu juga,
angin
menjadi
salah
satu
agen
yang
boleh menyebabkan hakisan. Antara aktiviti-aktiviti
manusia yang boleh menyebabkan hakisan adalah
pembersihan dan pembajakan serum bukit yang
menyebabkan tiada tumbuhan yang dapat menahan
tanah daripada dialirkan bersama-sama dengan air
apabila hujan lebat, penebangan hutan, padang ragut

yang meluas dan berlebihan, dan penanaman secara


meluas hanya satu jenis tanaman.
Kesimpulannya, tanah adalah bahagian permukaan
bumi yang dihuni oleh banyak makhluk hidup terutama
manusia,
tumbuh-tumbuhan,
haiwan
dan
mikroorganisme. Tanah dan makhluk hidup yang hidup
di atasnya mempunyai hubungan yang sangat erat.
Tanah memberikan sumber daya yang berguna bagi
kelangsungan makhluk hidup di atasnya. Selain itu,
tanah juga berperan dalam menjaga kelestarian sumber
daya air dan kelestarian lingkungan hidup secara umum.
Dapat dikatakan bahawa hidup manusia tergantung
kepada tanah. Oleh itu, kita perlu menjaga tanah
dengan baik.

Anda mungkin juga menyukai