Anda di halaman 1dari 2

Zahirah binti Dzanimi

PISMP Tesl B Semester 2


920523-09-5072
Encik Norasmadi bin Norasim
Pensyarah Jabatan Bahasa/Pengajian Inggeris
IPG Kampus Perlis
Jalan Behor Pulai
01000 Kangar
Perlis

23 Oktober 2012

Tuan,
Surat Tunjuk Sebab Salah
Laku
Merujuk perkara di atas, saya Zahirah binti Dzanimi dari kelas PISMP Tesl B
Semester ingin menjelaskan beberapa perkara yang berlaku seperti yang
tercatat dalam LAM-PT03-04a.
2. Berhubung dengan kesalahan pertama, saya telah gagal menghadirkan
diri ke kelas LGA 3101 Childrens Literature di bawah pengawasan Encik
Abdul Wahab bin Sulaiman. Saya mengaku kesalahan saya dan berjanji untuk
tidak mengulanginya.
3. Keduanya, bagi kesalahan mempetisyen, saya mengaku yang saya telah
menurunkan tandatangan pada surat memorandum tersebut. Hal ini kerana
saya mengambil kira kata sepakat yang telah dipersetujui oleh kelas saya.
Namun begitu, saya tegaskan bahawa tandatangan itu diturunkan atas
kerelaan saya atas sebab bahawa ketidakserasian saya untuk menerima
kaedah pengajaran dari pihak tuan.
4. Seterusnya, bagi kesalahan memalsukan tandatangan, ianya diluar bidang
kuasa kami sekelas melainkan KK dan PKK kelas kami. Oleh itu, sekali lagi
saya memohon maaf daripada pihak tuan.
5. Akhir sekali, saya berharap pihak tuan dapat memaafkan saya dan
memberi peluang kepada saya untuk memperbaiki kesalahan saya.
Kerjasama dari pihak tuan didahulukan dengan ucapan terima kasih.
Yang benar,
..
(ZAHIRAH BINTI DZANIMI)

Sk. HEP
mentor

Anda mungkin juga menyukai