Anda di halaman 1dari 2

Siti Nadiah binti Nuwawi,

Guru Bahasa Inggeris,


Kolej Vokasional Slim River,
Jalan Melati,
35800 Slim River,
Perak Darul Redzuan.
__________________________________________________________________________________

Kepada,

En. Abdul Hamid,


Tuan Pengarah,
Kolej Vokasional Slim River,
Jalan Melati,
35800 Slim River,
Perak Darul Redzuan. 24 Disember 2015

Tuan,

PERMOHONAN PENANGGUHAN PERKHIDMATAN

Merujuk perkara di atas, saya Siti Nadiah binti Nuwawi ingin memohon kepada pihak tuan untuk
menangguhkan perkhidmatan baru saya atas sebab perpindahan yang akan bermula di Kolej
Vokasional Slim River pada 1 Januari 2015 kepada 11 Januari 2015 atas sebab-sebab tertentu.

2. Untuk pengetahuan tuan, saya dan suami dapat berpindah bersama-sama ke sekolah tuan.
Suami saya sedang menunaikan umrah pada 14 disember yang lalu sehingga 29 Disember 2015 ini.
Ketika kami mengetahui tentang perpindahan ini iaitu pada 4 Disember 2015, hanya tinggal lebih
kurang dua minggu sahaja untuk kami menguruskan segala urusan perpindahan barang-barang dan
juga perumahan kami di Johor Bahru. Namun, kami tidak berkesempatan kerana pada 7 Disember
hingga 11 Disember yang lalu, saya sebagai guru Bahasa Inggeris Kolej Vokasional Tanjung Puteri
perlu membawa beberapa orang pelajar ke Selangor untuk program School Camp for Advanced
Reasoning Skills (Debate Camp) yang bertempat di Taylor’s International College, Puchong. Maka,
kami tidak berkesempatan untuk menguruskan hal-hal di Johor Bahru kerana suami saya juga
terlibat sebagai guru pengiring memandangkan saya sedang sarat mengandung 8 bulan untuk
perjalanan jauh.

3. Maka, saya perlu menunggu suami untuk pulang ke tanah air dari umrah untuk mengemas
barang-barang dan juga menguruskan rumah kami di Johor Bahru. Malahan, saya seorang diri tidak
mampu untuk menguruskan barang-barang di saat sedang sarat mengandung dan juga mempunyai
anak kecil seorang lagi. Memikirkan jarak dari Terengganu ke Johor Bahru yang memakan masa yang
panjang, saya fikir lebih baik untuk saya menunggu suami saya bersama-sama agar segala urusan
dapat disiapkan dalam satu masa sahaja, tidak perlu untuk saya berulang-alik.

4. Sehubungan dengan itu, saya amat berharap agar pihak tuan dapat meluluskan permohonan
saya ini. Segala budi baik tuan saya dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih dan semoga Allah
merahmati tuan sekeluarga hendaknya.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

..............................................
(SITI NADIAH BT NUWAWI)
Guru Bahasa Inggeris,
Kolej Vokasional Slim River.

Anda mungkin juga menyukai