Anda di halaman 1dari 2

Bab 1: Maharaja Keinderaan

Betara Angkasa Indera Dewa, seorang raja di kayangan


telah minta kebenaran Betara Guru untuk turun ke bumi
demi melihat temasya raja-raja di dunia. Setelah tiga kali
Betara Angkasa Indera Dewa bertemu dengan Betara
Guru, akhirnya baginda berjaya juga. Baginda turut
ditemani oleh isterinya, Dewi Kencana.

Bab 2: Isteri Si Miskin Mengidam


Betara Angkasa Indera Dewa dan isterinya turun ke bumi
dalam keadaan yang amat daif. Mereka dibaling dengan
kayu dan batu oleh penduduk negeri Anta Beranta yang
diperintah oleh Maharaja Indera Dewa. Betara Angkasa
dikenali sebagai Si Miskin manakala Dewi Kencana
sebagai isteri Si Miskin. Ketika mereka sedang mencari
makanan dalam timbunan sampah, mereka bertemu
dengan sebiji ketupat basi dan sebuku tebu yang berasal
dari kayangan anak kepada Betara Karma Jaya. Maka
hamillah isteri Si Miskin selepas tiga bulan. Isteri Si
Miskin mengidam buah mempelam dan daun nangka
daripada Maharaja Indera Dewa. Maharaja berasa kasihan
dan memberikan kedua-dua belah tersebut.

Bab 3: Negeri Puspa Sari


Isteri Si Miskin melahirkan seorang bayi lelaki bernama
Marakarma dan dia mempunyai rupa paras yang sangat
elok. Pada suatu hari, Si Miskin menjumpai tempayan
yang berisi emas ketika sedang menggali lubang. Si
Miskin berdoa kepada Allah, sekiranya anak itu adalah
keturunan dewa-dewa, jadikanlah sebuah negeri di dalam
hutan rimba ini. Dengan izin Allah, jadilah sebuah negeri
bernama Puspa Sari. Si Miskin menukarkan namanya
kepada Maharaja Indera Angkasa manakala isterinya
bernama Tuan Puteri Ratna Dewi. Selepas itu, mereka
dikurniakan seorang anak perempuan yang diberi nama
Tuan Puteri Nila Kesuma dan sambutan besar-besaran
telah diadakan sempena kelahiran tersebut.

Anda mungkin juga menyukai