Anda di halaman 1dari 4

TELUR AJAIB!

Objektif :
1. Untuk memupuk sikap saintifik dalam kalangan pelajar
2. Untuk memupuk rasa ingin tahu yang akan meningkatkan kemahiran
pemerhatian
3. Untuk melihat kesan tekanan tinggi dan tekanan rendah

Radas dan Bahan :


1.
2.
3.
4.

Sebutir telur rebus yang telah dikupas


Kelalang kon
Mancis
Kertas surat khabar

Cara perlaksanaan :
1. Guru menimbulkan persoalan kepada pelajar-pelajar sama ada telur boleh
masuk ke dalam kelalang kon yang saiz mulutnya lebih kecil daripada telur
tersebut.
2. Guru membuat demonstrasi tanpa masukkan kertas yang dibakar ke dalam
kelalang kon. (Hasilnya telur tidak masuk ke dalam kelalang).
3. Guru menyoal pelajar cara untuk memasukkan telur ke dalam kelalang kon
(beri ruang kepada pelajar menyumbangkan idea).
4. Keajaiban bermula! - Guru akan menyalakan mancis dan membakar kertas
5.
6.
7.
8.

dan memasukkannya ke dalam kelalang kon.


Guru meminta seorang pelajar untuk meletakkan telur di atas kelalang kon.
Guru meminta pelajar menyatakan pemerhatian.
Guru meminta pelajar memikirkan cara untuk mengeluarkan telur itu.
Guru melakukan perbincangan bersama pelajar.

Prosedur :
1. Letakkan kelalang kon di tempat yang rata.
2. Nyalakan mancis dan bakar kertas, kemudian segera masukan ke
dalam kelalang kon.

3. Letakkan telur yang telah direbus dan telah dikupas di atas mulut
kelalang kon.
4. Tekan sedikit telur pada mulut kelalang kon. Tujuannya supaya tidak
ada udara yang keluar mahupun masuk ke dalam kelalang kon.
5. Tunggu beberapa saat. Secara perlahan telur akan masuk ke dalam
kelalang kon.

Langkah Berjaga-Jaga :
I.

Berhati-hati ketika menyalakan mancis dan membakar kertas kerana kecuaian


boleh membahayakan pelajar. Pastikan guru yang melakukannya untuk
memastikan keselamatan para pelajar.

II.

Pastikan telur direbus selama 30 minit menggunakan api yang perlahan untuk
dapatkan telur rebus yang lebih baik.

Pemerhatian :
Anda akan lihat yang telur tersebut secara perlahan disedut masuk ke dalam
kelalang kon. .

Kesimpulan :
Satu perbezaan tekanan udara menyebabkan pergerakan zarah. Jumlah tekanan
ditentukan oleh perbezaan tekanan di udara dan jumlah kawasan yang terjejas. Ini
juga merupakan eksperimen yang baik untuk menunjukkan bahawa penggunaan
molekul oksigen di dalam kawasan tertentu menyebabkan kehilangan tekanan udara.

Perbincangan bersama guru :

Setelah melakukan aktiviti ini tentu kita akan bertanya mengapa hal ini dapat terjadi.
Untuk menjawab pertanyaan ini kita lihat kembali pada langkah 4, telur yang telah
diletakan di atas kelalang kon akan menutup keluar atau masuknya udara. Oleh
sebab itu ketika kertas terbakar, udara di dalam kelalang kon semua akan digunakan
untuk tindak balas. Ketika api telah padam, suhu dan tekanan di dalam kelalang kon
menurun. Hal ini menyebabkan tekanan udara yang berada di luar kelalang kon lebih
tinggi atau lebih besar dibanding tekanan udara di dalam kelalang kon. Hal inilah
yang menyebabkan telur akan terdorong ke dalam.
Apa yang sebenarnya terjadi?

Apa yang sebenarnya terjadi? Sebenarnya, apabila kita memasukkan mancis yang
menyala ke dalam kelalang kon, udara di dalam kelalang akan menjadi panas,
mengembang dan keluar dari kelalang kon. Kemudian, udara di dalam kelalang kon
kembali sejuk dan mengecut seterusnya menarik telur sedikit ke dalam kelalang kon
dan mewujudkan keadaan kedap udara di mulut kelalang kon.

Ini bermaksud, tekanan udara di dalam kelalang kon lebih rendah berbanding di luar
dan membolehkan tekanan tinggi di luar menolak masuk telur ke dalam kelalang kon.
Disebabkan telur rebus bersifat anjal dan fleksibel, kita berjaya memasukkan telur
ke dalam mulut kelalang kon yang lebih kecil dari sangkaan.

Cara mengeluarkan telur dari dalam kelalang kon :


Setelah memasukan tentu kita perlu mengeluarkannya. Untuk mengeluarkan telur
yang telah dimasukan dapat dilakukan dengan cara meningkatkan tekanan di dalam
botol sehingga tekanan di dalam botol lebih tinggi dari tekanan luar sehingga telur
akan keluar ketika botol dimiringkan. Caranya ialah dengan cara meniupkan udara
ke dalam botol. Selain itu dapat juga dilakukan dengan cara menghirup atau
mengisap udara keluar dari dalam botol. Namun perlu berhati-hati agar tidak
tersedak telur yang keluar.

Anda mungkin juga menyukai