Anda di halaman 1dari 4

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

KOLEJ SASTERA DAN SAINS


SEMESTER II SESI 2015/2016
Kod Kursus

: SSQL1113

Kursus

: Statistik untuk Sains Sosial

Pensyarah

: Dr. Norzaliza Alis

SINOPSIS KURSUS
Kursus ini memperkenalkan metod statistik dan analisis data secara deskriptif serta
inferensi dalam bidang sains sosial. Analisis data secara deskriptif tertumpu kepada
beberapa metod persembahan data kualitatif serta kuantitatif dengan menggunakan jadual
taburan kekerapan, carta, graf, gambarajah, peratusan, statistik Ukuran Kecenderungan
Memusat seperti Min, Median, Mod dan juga Ukuran Serakan seperti Julat, Varians serta
Sisihan piawai. Beberapa statistik inferensi untuk pengujian hipotesis dengan
menggunakan aplikasi komputer SPSS for Windows (Statistical Package for the Social
Sciences) diberi tumpuan seperti Korelasi Pearson, Regresi Mudah, Ujian Perbandingan
Min Dua Kumpulan Sampel (Ujian t), ANOVA Sehala dan analisis Khi Kuasa Dua.

OBJEKTIF
Di akhir kursus ini, pelajar dijangkakan dapat:
1. Menjelaskan konsep-konsep penting dalam statistik asas.
2. Mengitlak beberapa metod analisis data secara deskriptif dan inferensi untuk
tujuan penyelidikan terutamanya dalam bidang sains sosial.
3. Menggunapakai pakej statistik komputer seperti SPSS for Windows untuk tujuan
analisis data penyelidikan.
4. Mengaplikasi kemahiran analisis data untuk memerihalkan tingkah laku manusia
dalam bentuk penulisan laporan penyelidikan ilmiah.

KANDUNGAN KURSUS

Bil

Tajuk

Jam

1.

1.0 KONSEP-KONSEP ASAS STATISTIK


1.1
Definisi statistik
1.2
Populasi dan Sampel
1.3
Parameter dan Statistik
1.4
Pembolehubah Bebas dan Terikat

2.

2.0 SKALA PENGUKURAN


2.1
Skala nominal
2.2
Skala ordinal
2.3
Skala sela (interval)
2.4
Skala nisbah (ratio)

3.

3.0 METOD PEMERIHALAN DATA


3.1 Jadual taburan kekerapan
3.2
Carta dan graf
3.3
Nilai asas dan hujung (Stem-and-Leaf)

4.

4.0 UKURAN KECENDERUNGAN MEMUSAT


4.1
Min, Median dan Mod
4.2
Kepentingan Ukuran Kecenderungan Memusat
dalam taburan data

5.

5.0 UKURAN SERAKAN DATA


5.1
Julat
5.2
Varians dan Sisihan piawai
5.3
Data terpencil (Outlier data)

6.

6.0 TRANSFORMASI DATA


6.1
Persentil dan Pangkat persentil
6.2
Markat piawai (z dan T)
6.3
Markat Transformasi T

7.

7.0 ANALISIS INFERENSI DAN PENGUJIAN HIPOTESIS


7.1
Pengenalan kepada analisis inferensi
7.2
Pembinaan hipotesis
7.3
Pengujian hipotesis

Bil

Tajuk

Jam

8.

8.0 METOD KORELASI


8.1 Pengenalan kepada metod Korelasi
8.2 Pengujian hipotesis Korelasi Pearson dan Korelasi
Spearman rho
8.3 Metod korelasi lain (seperti Korelasi Dwisiri, Dwisiri
Titik, Dwisiri Pangkat)

9.0 METOD REGRESI MUDAH


9.1 Pengenalan kepada metod Regresi Mudah
9.2 Pengujian hipotesis dengan metod Regresi Mudah
9.3 Perbandingan antara metod Korelasi dan Regresi
Mudah
10. 10.0 ANALISIS PERBANDINGAN MIN DUA KUMPULAN
SAMPEL (UJIAN T)
10.1 Pengenalan kepada metod Ujian t dua sampel
10.2 Pengujian hipotesis dengan metod Ujian t sampel
bebas dan sampel berhubungan

11. 11.0 ANALISIS PERBANDINGAN VARIANS (ANOVA)


11.1 Pengenalan kepada Analisis Varians (ANOVA) Sehala
11.2
Pengujian hipotesis dengan ANOVA Sehala
11.3
Pengujian perbandingan pasangan (post hoc)

12. 12.0 ANALISIS DATA KATEGORI


12.1
Pengenalan kepada analisis Khi Kuasa Dua
13.2 Pengujian hipotesis dengan Khi Kuasa Dua

13. 13.0 PENGGUNAAN PAKEJ STATISTIK SPSS for Windows


13.1 Pengenalan kepada SPSS for Windows
13.2 Proses operasi dan mengkod data
13.3 Proses memasukkan data
13.4 Proses eksplorasi dan mengedit data

9.

Jumlah

KAEDAH PENGAJARAN
1. Kuliah
2. Latihan dan perbincangan
3. Demonstrasi komputer

42

PENILAIAN KURSUS
1.
2.
3.

Tugasan
Kuiz
Peperiksaan Akhir Semester
Jumlah

40%
20%
40%
100%

RUJUKAN
Balakrishnan, N. (2012). Methods and application of statistics for the social and
behavioral sciences. Hoboken: Wiley.
Evans, A. N. (2014). Using basic statistics in the behavioral and social sciences.
Thousand Oaks: Sage Publications.
Gordon, R. A. (2012). Applied statistics for the social and health sciences. New York:
Routledge.
Gravetter, F. J. & Wallnau, L. B. (2011). Essentials of statistics for the behavioral
sciences. (Ed. 7). Belmont: Cengage.
Nachmias, C. F. & Guerrero, A. L. (2011). Social statistics for a diverse society. (Ed. 6).
Los Angeles: Sage / Pine Forge Press.
Pagano, R. R. (2010). Understanding statistic in the behavioral science. (Ed. 9). New
York: Wadsworth Thomson Learning.
Wagner, W. E. (2011). Using IBM SPSS statistics for social statistics and research
method. (Ed. 3). Thousand Oaks: Pine Forge Press.

~ Selamat Maju Jaya ~

Anda mungkin juga menyukai