Anda di halaman 1dari 7

Daripada: Maj Mohmad Anuar Ahmad (B)

21 Mei 2010

Kepada:

Saudara YDP
Cawangan Negeri dan YDP/Setaraf di IPT
Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM)

Assalammu ‘alaikom wbth


SURAT TERBUKA UNTUK MELETAKKAN SATU
YANG BENAR TIDAK MERAGUKAN

Bismillahir Rohmaa nirRohiim

Assyahadu anlaaa ila ha illallaah wa assyahadu anna Muhammadarrasu lullaah

1. Saya mulakan dengan kalimah yang sangat besar ertinya dan saya berpegang teguh dengannya
kerana Dia Yang Maha bagi segala-segalanya dan saya bergantung harap sangat akan RahmatNya,
Tuhan YME. Oleh demikian apa yang dinukilkan di sini adalah satu kebenaran dan tiada yang tidak benar
melainkan benar belaka dan sesungguhnya dengan Zat, Sifat, Asma’ dan Afaal Tuhan Seru sekalian
alam, saya bertanggungjawab sepenuhnya ke atas apa yang saya sampaikan kepada saudara.

Saudara,

2. Saya kira surat ini bukan satu kejutan kerana saya pasti saudara sudah jenuh mendengar tentang
diri saya sabit dengan kemelut perjawatan Guru Utama PSSCM. Bagi saya apapun yang telah saudara
dengar sama ada baik atau tidak, saya tetap telah berdiam diri tidak pernah membangkitkan isu ini
secara umum berhadapan khalayak penuh. Namun tidak pula saya nafikan, jika ada mana-mana pihak
meminta pandangan saya, saya langsung memberi jawaban yang berpegang kepada yang benar dan
tidak yang tidak benar. Setidak-tidaknya itulah pendirian saya.

3. Seawal bermula episod perlantikan Datuk Hj Maideen Kadir Shah (Datuk), nama saya telahpun
diwar-warkan oleh Datuk, bahawa saya tidak menerima beliau sebagai guru, walhal saya sendiri telah
berbaiah dengan Datuk bermula pula dengan kalimah Bismillahir Rohmaa nirRohiim dan diakhiri dengan
satu doa “ Ya Allah, tolonglah aku”. Ini disaksikan oleh ramai penyelia-penyelia Lembah Kelang
bertempat di Hotel D’Palma Ampang, Kuala Lumpur pada 12 Jul 2009. Seluruh semananjung Tanah
Melayu di mana ada majlis ijazah atau tidak, Datuk terus melaungkan dengan satu perumusan bahawa
saya dan seorang lagi AJK Pusat tidak menerima beliau. Bukan setakat itu, bahkan dilaporkan dalam
ucapan-ucapan beliau terselit kata-kata berbaur hina kepada kami. Saya terus diam dan tidak mahu
melatah atau bangun untuk pertahankan diri, walaupun saya mempunyai hak ke atas perkara ini. Saya
juga turut menghormati dan memuliakan keputusan YM Tuan Hj Ishak Itam atas penyerahan tugas
mahupun jawatan kepada Datuk.

4. Sebaliknya ramai yang pertikai tentang karektor dan personaliti Datuk, saya tetap pertahankan
bahawa apa yang penting adalah pertamanya kita hendaklah menerima Datuk kerana menghormati
keputusan oleh YM Tuan Hj Ishak Itam dan lagi disesuaikan pula dengan keinginan dan saranan YM
Tuan Hj Ishak supaya kita hendaklah bersatu demi perpaduan ahli-ahli persatuan. Dalam hal ini, saya
pernah bawa bicara dengan beberapa YDP, akan isu dan masalah yang saya sedia hadapi dan kami
mempunyai pandangan yang sama bahkan saya turut menyatakan sebagai satu pendirian bahawa
apalah hak kita untuk menyanggah keputusan tersebut kerana pertama sekali selain menghormati dan
memberi laluan atas kataputus Guru Utama, adalah juga kerana sesuatu yang berlaku adalah dengan
izin Tuhan jua tetapi sama ada benar sebagai Hak atau tidak, sama ada Dia redho atau tidak, bukanlah
urusan kita untuk menentukannya, bahkan kepada Allah kita harus berserah kerana jika tidak benar,
Tuhan juga akan memberi petunjuk dan dorongan kepada semua. Dari Dia kita terima dan kepada Dia
kita berserah. Hanya masa yang akan menentukan.

5. Justru itu banyak sangat peristiwa berlaku dan berlalu begitu sahaja. Semua ini dan tidak lain
tidak bukan adalah bagi menjelaskan kepada kita semua bahawa ada sesuatu yang tidak kena bersabit
dengan keguruan Datuk. Seumpamanya perihal kelakuan, percakapan, perbuatan dan pendirian Datuk
dalam menerajui majlis-majlis dan ehwal pentadbiran persatuan. Ada yang membangkitkan masalah
kepimpinan Datuk dengan bersandarkan kepada hadis dalam memberi tafsir sikap dan pemimpin di
akhir zaman bahawa betapa nanti akan hadir pemimpin jahil apabila:

a. Bercakap tidak mendatangkan ilmu.


b. Bercakap dengan menghina orang atau tamu dalam majlis.
c. Bercakap dengan membesarkan diri.

6. Di samping itu juga dibangkitkan perihal isu adap dan kederhakaan terhadap YM Tuan Hj Ishak
dan pencabulan ke atas perlembagaan persatuan. Untuk ini saya turut kepilkan bersama pekeliling
PSSM Cawangan Selangor, menjelaskan beberapa isu yang terpaksa dijelaskan oleh AJK Selangor atas
tuntutan ahli-ahli cawangan yang menuntut diadakan satu Mesyuarat Agung Cawangan Luar Biasa pada
10 Okt 2009. Sesudah mesyuarat tersebut Cawangan Selangor terus menjadi sasaran kepimpinan
Datuk.

7. Saya tidak mahu membuat apa-apa komen atas perkara-perkara tersebut di atas, kerana
sebahagiannya sudah jelas dari pekeliling Cawangan Selangor dan yang lainnya juga jelas dalam
pengamatan umum.

8. Hanya saya ingin sentuh adalah pada satu isu yang sangat besar khilafnya kerana ini sangat
melibatkan kesemua ahli-ahli dan juga masyarakat umum. Pada peringkat awal saya tidak mahu
membawa sebagai isu dan saya cuma ambil isu ini untuk pedoman saya sendiri, tetapi keadaan juga
memaksa saya dan akkhirnya saya terpanggil untuk disampaikan kepada umum secara terbuka.
Bermula pada 21 Mac di dalam Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan Selangor, saya telah menyatakan
tentang pendirian saya sebagai bahan bicara di dalam mesyuarat tersebut. Alhamdulillah, saya diberi
suntikan baru tidak kira sama ada berjaya atau tidak dalam menyampai seruan ini, asalkan saya tahu
saya dan rakan-rakan berada dan berpegang pada suatu yang benar. Perjuangan kami adalah bukan
mencari kemenangan tetapi menyata dan berpegang terus pada kebenaran. Adalah menjadi sukar
pada diri saya ini untuk meneruskan perjuangan dalam persatuan dengan tidak menghirau bab syahadah
ini.

9. Saya membelakangi akan isu-isu adap dan susila murid dan guru, saya ketepikan fasal
buruksangka terhadap Datuk atas kelakuan, perbuatan, percakapan dan pendirian Datuk dan saya juga
tidak fokus pada fasal-fasal perlembagaan walaupun perkara-perkara ini boleh menyumbang kepada
ketidakbenaran ehwal Datuk. Mengapa? Tidak lain tidak bukan kerana syahadah yang pernah
digunapakai oleh Datuk sangat jelas bagi saya, selain satu yang sangat khilaf, isu syahadah ini juga
menjelas akan perihal siapakah Datuk tanpa niat memburuk-burukkan beliau, tetapi sebagai satu
pernyataan dan petunjuk mutlak yang harus saya kongsikan kepada semua termasuk saudara. Sekiranya
saudara dan semua yang tersampai akan berita dalil dan borhan ini, maka saya dan kawan-kawan telah
meloloskan diri dari pertanggungjawaban ini kepada anak bangsa, lebih besar lagi dan mutlaknya
adalah kepada Tuhan. Masya Allah. Untuk makluman saudara dan semua ahli masyarakat, saya
terdorong dengan tindakan ini bukan kerana pengaruh nafsu, bahkan saya turut merujuk perkara ini
kepada mereka yang dikira layak dengan beberapa pro dan kontranya. Namun sepertimana telah saya
katakan dari awal lagi, ini adalah untuk kebaikan ummah semua bukan sekadar kepada kalangan ahli-
ahli dan kerana ini saya berani mengaku untuk bertanggungjawab penuh ke atasnya.

10. Isu syahadah yang pernah disalah sebut oleh Datuk, bukanlah sesuatu yang diada-adakan tetapi
sudah ramai yang tahu sama ada melalui internet – Youtube dan dalam sembang-sembang kedai kopi,
hatta saya percaya bahawa perkara telah dimaklumkan kepada pihak berwajib. Sementara menanti apa
kata pihak berwajib, saya juga merasakan tidak salah bagi saya untuk mengutarakan perkara ini sebagai
pendapat konklusif dari saya sebagai insan, ahli PSSCM, anak bangsa dan rakyat Malaysia. Maka rasa
tidak selesa ini untuk mencari tempat rujuk dan adalah mustahil hanya ada dua tempat sahaja wajar
untuk dirujuk, iaitu YM Tuan Hj Ishak dan Datuk. Pun begitu Tuan Hj Ishak meminta kami membetulkan
syahadah Datuk tetapi ramai anggap kami berbohong dalam isu ini. Puas kami merujuk kepada ramai
alim dari alim fiqh sehingga alim dalam Hikam, tetap semuanya mendapati syahadah itu salah. Inilah
penjelasan atas pendirian saya yang konklusif:

a. Lafaz kalimah syahadah tauhid yang tidak lazim. Assyahadu Allah ilaha illallah. Bukan
sahaja tersasar dari maksud rukun dan syarat yakni nafï dan ithbat, kalimah yang terkalam
boleh dipertikai:

i. Keseluruhan kalimat itu tidak membawa erti yang sesungguhnya. Di terjemah


secara lafazah adalalah Aku menyaksi (atau naik saksi) Allah Tuhan
melainkan Allah. Terdapat ada tiga kekeliruan/khilaf. Pertama. Siapa
Tuhan dan siapa Allah. Allah adalah nama bagi empunya Zat, Sifat,
Asma’ dan Afaal.

Tuhan adalah untuk disembah dan apa yang kita lazim ucapkan adalah tiada
tuhan lain seperti Tuhan yang empunya Zat, Sifat, Asma’ dan Afaal
kecuali Allah yakni itulah Tuhan yang kita sembah.

Kedua. Allah yang mana telah disaksikan oleh Datuk, kerana Allah adalah
nama bagi ZatNya, walhal Allah itu tidak dapat diumpamakan atas
sesuatu. Hatta tidak ada satupun insan di alam syahadah ini pernah
bersaksi /melihat kepada Zat kecuali Nabi Muhammad SAW dan ini kita
percaya dan beriman atas sifat kerasulannya. Maka harus kita faham
bagaimana pula Datuk mampu memperjelaskan rupa Zat yang disaksikan.

Ketiga. Atas perlakuan ini kami dinasihat supaya jangan ikut dan harus tolak
kerana bukan sekadar salah, malah menjadi syirik dan boleh
termurtad.

ii. Sehubungan dengan kalimah yang pernah dibawa Datuk, adalah bersamaan
dengan pegangan dan pakaian golongan Khadiani yangmana ternyata
ditolak aqidahnya dan telah dihukum kafir oleh ulama sunnah waljamaah.
Sila rujuk kepada mana-mana ulama muktabar.

b. Tiada penjelasan konkrit dari kepemimpinan PSSCM. Kalimah tidak lazim ini bermula
pada majlis ijazah rasmi yang pertama bagi Datuk selaku Guru PSSCM , di PL Kuang pada 22 Jul
2009 dan sesiapun tidak menyedari akan khilafnya kalimah tersebut. Kekhilafan ini pertama kali
dikesan adalah di Johor Bharu dan cerita mula tersebar dan setiap kali majlis ijazah asas perkara
dapat dikesan, lalu menjadi sangsi di antara para hadirin yang prihatin. Perkara telah dirujuk
kepada YM Tuan Hj Ishak, yangmana beliau meminta perkara ini dapat diperbetulkan.
Sehubungan dengan itu beberapa orang yang berani dan bertanggungjawab membuat
pertanyaan kepada pihak persatuan. Akan tetapi bukan penjelasan diterima malah mereka ini di
ambil tindakan digantung sebagai tenaga pengajar atas alasan tidak hadir pada sesi penyiasatan
dan salahlaku dalam kaedah menyampaikan teguran atau pertanyaan. Perkara yang sama
menjadi agenda Mesyuarat Ahli-ahli Jawatankuasa Pusat pada 23 Ogos 2009 yangmana
dipengerusikan oleh Datuk. Penjelasan diberi bukan salah ucap tetapi berlaku kerana telo dari
lidah Datuk seorang keturunan India. Malangnya penjelasan itu duhujahkan oleh Setiausaha
Agung dan bukannya dari tuan punya diri yang disabitkan yakni Datuk. Bagaimanapun saya
masih tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan SUA, dalam penjelasannya bahawa kelainan
pada ucapan Datuk adalah tidak sama seperti di dalam hatinya. Datuk bak kata loghat utara
‘haram sepatah’ tidak bersuara dalam isu ini. Beliau hanya bersuara selepas perkara
tersebut diputuskan dan cuma memberi komen-komen atas isu/agenda lain. Di sini berlaku
satu peristiwa salah seorang dari AJK, Penolong Pegawai Penerangan Komdr Roslizan (B) telah
memufarakah dari barisan Jawatankuasa Pusat. Saya sendiri pada mesyuarat tersebut masih
tergamam dengan peristiwa tersebut tetapi masih memberi komitmen dalam mesyuarat
dengan menyatakan apa yang saya faham bahawa Datuk hanyalah seorang pelaksana tugas-
tugas Guru Utama dan Presiden dan Guru Utama dan sebenar Presiden masih lagi YM Tuan Hj
Ishak. Malangnya mesyuarat telahpun dan tetap putuskan untuk mengadakan Mesyuarat
Agung Perwakilan Luar Biasa bagi usul jawatan Guru Utama kepada Datuk tanpa undi dan
bahas, ini adalah kerana bagi mengukuh kedudukan Datuk selaku Guru Utama yang tidak mahu
dijadikan isu, lebih-lebih lagi kerana ada petisyen dari kalangan ahli bersabit dengan kalimah
syahadah. Saya tidak mahu bicara tentang kesahihan aturan dalam perlembagaan kerana ini
adalah isu yang berasingan, bersabit dengan fakta undang-undang tubuh yang mungkin ada
perkara-perkara samar dan boleh jadi satu bahas yang panjang. Sepertimana saya katakan
bukan kemenangan yang dicari tetapi menyata dan berpegang kepada kebenaran.
Kemudian secara pribadi saya turut mecari fakta-fakta kejadian, selain dari rakaman Youtube
saya turut mendapat input dari beberapa orang dan di sini saya tidak mahu namakan
sesiapapun sebab saya sangat percaya dan tidak mahu melibatkan mereka secara khusus. Saya
dengan pendirian saya, terpulanglah kepada saudara untuk menyiasat bagi semua dalil dan
borhan. Dan atas pencarian ini, maka dirumuskan:

i. Rakaman video Majlis Ijazah di Kuang pada 22 Jul 2009 tidak ditunjukkan
kepada ramai, pada hal hari dan tarikh tersebut merupakan bagai
tarikh keramat yang sungguh bermakna kepada persatuan dan Datuk
sendiri. Rakaman ini dikendali oleh Jabatan Penerangan. Carilah ‘master
copy’ yang asal, tidak edit. Perkara ini dijadikan simpanan/dokumen SULIT
kerana mereka yang terlibat tidak nampak akan khilafnya di peringkat awal.

ii. Pasca Majlis Ijazah di Johor Bharu. Perihal kelainan bunyi syahadah ini turut
ditanya oleh beberapa ahli senior, Datuk memberi jawaban bahawa
dengan kalimah seperti tersebut, akan langsung terus sampai ke atas. Salah
atau tidak bukan ukuran saya tetapi jelas Datuk telah mengaku itulah
kalimah yang dibawanya, satu kalimah tidak lazim. Untuk makluman saudara,
ada laporan bahawa kini (mungkin sudah berubah) ada tenaga
pengajar terus menjadikan kalimah tidak lazim ini selaku pakaiannya, hatta
dalam solah sendiri.

iii. Majlis Ijazah di UPM, Serdang. Dilaporkan dalam ucapan Datuk, ada menyebut
bahawa ada pihak yang ingin tahu dan mencabar aqidahnya dan
setelah itu semasa membuat ijazah berlaku sedikit keganjilan. Bermula
dengan kalimah tidak lazim dan selang kemudian bertukar kepada lazim
dan kemudian disambut semula dengan kalimah tidak lazim pada
peringkat akhiran pengijazahan. Maka adakah ini dapat
dipadankan sebagai telo jika sekejap salah dan sekejap lagi betul. Bagi saya
yang hak dan batil tidak dapat bersatu.
iv. Pada peringkat awalan dalam majlis-majlis ijazah dan bukan ijazah dijadikan
larangan untuk membuat rakaman audio atau video, kecuali jika
dikendalikan oleh Jabatan Penerangan. Maka apa disajikan seperti dalam
Youtube adalah rakaman curi-curi. Soalnya kenapa takut kerana majlis
untuk ramai bukan khusus untuk disampaikan pesan-pesan ilmu sir/rahsia.
Seharus hendaklah berani kerana benar dan jika mungkin ada pihak yang
ingin manupulasikan sesuatu perkara, maka itulah guna adanya rakaman
Jabatan Penerangan.

11. Dengan penjelasan yang dirumuskan ini, saya dengan berani, tegar dan bertanggungjawab
mengatakan bahawa Datuk adalah seorang pembohong kerana tidak bertanggungjawab atas prilakunya
sendiri, malah boleh saya takrifkan sebagai pengecut , takut berhadapan dengan ramai untuk menjelas
perkara-perkara ini, jika ia benar.

12. Inilah yang saya ingin sampaikan kepada saudara untuk memberi pertimbangan yang wajar
sebelum perkara buruk berlaku. Apakah saudara sanggup mencemari aqidah anak bangsa, adakah
wajar kita dipimpin oleh seorang yang bersifat sedemikian. Terpulanglah kepada saudara untuk
membuat pendirian masing-masing, yang pentingnya saya telah melaksanakan tugas dan
tanggungjawab saya. Bagi saya secara peribadi isu kalimah tidak lazim adalah petunjuk jelas lagi mutlak
untuk menafikan bahawa Datuk adalah bukan yang Hak, masakan sesuatu yang lazim sejak zaman Nabi
Adam as sampai sekarang maka Allah kurnia satu yang tidak lazim kepada seorang manusia seperti
Datuk. Masakan Allah mahu merosak seorang yang sangat hangat dan hebat menggelarkan dirinya kuat
pembawa tauhid, bahkan telah bersalin lidah dengan guru Al Quran.

13. Sebagai satu hujah, mungkin saudara mahu katakan khilafan itu boleh berlaku atas sifat
makhluk, sifat baharu sebagai alam yang kena jadi dan kini beliau, yakni Datuk telah kembali normal,
setelah memperbaiki telonya. Dari segi akal mungkin harus baginya memperbetulkan keteloran beliau
dan ada yang berpendapat telo adalah satu yang sukar diubah, kerana ini dikait sangat atas keturunan.
Maknanya sejak awal itulah fasih tak fasihnya dan dari awal sampai kini dan sudah tentu boleh dijadikan
sebagai identiti tersendiri. Bagi saya bukan dia boleh berubah menjadi betul atau tidak, tetapi apakah
akan dan telah terjadi kepada mereka yang berijazah dengan Datuk. Sepertimana telah saya katakan,
bahawa kalimah tidak lazim ini menjurus kepada syirik dan murtad. Jika benar telah dapat dibetulkan
dalam fasih ucapan, apakah harus berlaku sebagai seorang yang bertanggungjawab membawa satu yang
sangat kufur. Saya tidak mahu jawab, sebaliknya saudara harus mencari formula dengan merujuk
kepada ikhtibar dari sejarah lalu dan juga pada mana-mana ulama dan mereka yang arif.

14. Bagi saya, saya sangat bersyukur kerana Allah telah memberi taufiq dan hidayahNya serta
keberanian kepada saya untuk jelas dan nyatakan perkara ini, walaupun nanti saya akan dicemuh
sebagai petualang dan perosak persatuan dan ataupun sebagainya. Hanya kepada Allah juga saya
serahkan kerana tiada daya upaya saya untuk menentang kehendakNya. Saya turut bersangka bahawa
kemelut ini, jika boleh ditakrifkan sebagai kemelut akan menjejaskan status keahlian dalam PSSCM
tetapi saya tetap dengan pendirian bahawa bukan nama, bukan jawatan dan bukan kemenangan yang
saya carikan tetapi perjuangan saya adalah berpegang kepada yang benar dan terus menyatakan yang
benar.

15. Dalam surat ini, tidak terniat saya untuk memburuk-burukkan sesiapun, hatta Datuk sendiri,
tetapi kerana hakikatnya saya harus dan terpanggil menjelaskan atas kebenaran keadaan demi anak
bangsa, rakyat dan Islam, agama kita yang suci. Jangan sampai mahu pertahankan instutusi PSSCM,
aqidah kita semua tercemar. Kepada Allah hendaklah kita kembalikan dan kepada Allah jua saya
panjatkan segala ampunan sekiranya, saya salah dari segi adap dan adat, bagaimanapun saya tetap tegar
dengan inilah pendirian saya, yang harus saya panjangkan kepada semua melalui saudara, selaku YDP
Cawangan negeri atau setaraf di peringkat IPT. Sesugguhnya dari Tuhan kita datang dan kepada Tuhan
juga kita akan kembali.

16. Sebagai penutup disarankan kepada saudara dan semua ahli agar merujuk dahulu secara sulit
kepada kenalan alim dengan seikhlas-ikhlasnya, agar anak bangsa kita tidak teraniaya kerana pendirian
kita yang taksub kepada persatuan.

17. Akhir sekali terima kasih kerana membaca surat ini. Wassalam.

Sabda Rasullah Nabi Muhammad SAW

…………..

berkatalah kamu dengan benar walaupun yang benar itu sungguh menyakitkan

…………

Yang benar

Anda mungkin juga menyukai