Anda di halaman 1dari 2

Saka ( Keturunan )

Saka adalah jin yang telah berada dalam tubuh manusia yang sudah sekian lama
hingga sudah menjadi sebati dengan manusia itu. Ini berlaku samada seseorang
itu tahu atau tidak, kerana ia datang dari keturunan kita. Kemungkinan ilmu ini
telah dipelajari oleh nenek-moyang kita terdahulu. Dan diturunkan kepada kita
tanpa diketahui atau jin itu sendiri yang memilih untuk mendampingi
keturunannya yang dia kehendaki.

Dari itu memang sukar menghalau jin di dalam tubuh seseorang yang telah
dianggap saka. Ia tetap akan kembali lagi ke tubuh tuannya itu walaupun sudah
beberapa kali diberi amaran atau bersumpah di atas nama Allah s.w.t. bahawa ia
tidak akan datang lagi.

Namun begitu, dibawah ini ada cara yang boleh mengeluarkan saka dalam tubuh
seseorang itu, tetapi ia memakan masa yang lama mungkin makan bulan malah
tahun.

Caranya ialah ambil tempat (tumbler) berisi air, lalu bacakanlah air tersebut
dengan surah-surah dibawah ini. Ia dilakukan diwaktu sesudah mendirikan solat
subuh.

1.) Surah Al-Fatihah ( Ayat 1-7 )


2.) Surah Al-Baqarah ( Ayat 255 )
3.) Surah Al-Insyirah ( 1-8 )

Air ini digunakan sebagai minuman harian. Apabila kamu minum air yang
dibacakan ayat-ayat Al Qur'an ia akan menjadi darah daging kamu. Lakukanlah
pada tiap-tiap hari, jangan mudah jemu, sudah dikatakan proses ini memakan
masa yang lama. Dengan izin Allah...... Jin (saka) yang berada di dalam tubuh
kamu akan merasakan kepanasan lalu terbakarlah dia dengan azab Allah s.w.t.
Insya Allah....

Setelah kamu minum air tersebut berterusan, kamu dapat merasakan seluruh
anggota kamu akan menjadi pija (panas) terutama di bahagian tengkuk, kerana
disitulah tempat duduknya jin tersebut. Ini menunjukkan, usaha anda telah
berhasil. Itu petanda Allah s.w.t. telah mengazabkan jin di dalam tubuh kamu
itu. Itulah kemujarabannya.....
Cara Mengatasi Gejala Sihir

Apabila telah disahkan seseorang itu terkena sihir samada dari segi fizikal,
mental atau spiritual, maka dalam dalam konsep Islam, tiap-tiap yang
bermasalah ada penyelesaiannya. Tiap-tiap penyakit ada penawarnya. Islam
telah membuat beberapa peraturan untuk mengatasi penyakit disebabkan sihir.
Terutamanya setelah kita melihat fakta yang jelas bahawa Nabi Muhammad
s.a.w. pernah terkena sihir dalam kisah yang terkenal dengan Labid bin A'sam.
Peristiwa ini berlaku untuk memberitahu kita bahawa terdapat ayat Al-Qur'an
yang dinamakan Al-Mu'awwizat, iaitu beramal bersungguh-sungguh dan yakin
dengan ayat-ayat itu sehingga ia menjadi penawar.

Begitu juga dengan ayat Kursi dan memang dari kaedahnya ayat tersebut adalah
pengubat dan penyembur sihir. Malah Nabi Muhammad s.a.w. telah menyebut
secara terperinci bahawa sihir itu boleh diubati dengan membaca enam ayat
pertama surah Al-Baqarah, tiga ayat daripada surah Al-Baqarah iaitu ayat 255,
256 dan 257 dan tiga ayat terakhir daripada surah tersebut. Ayat-ayat ini
hendaklah diamalkan dengan penuh yakin bahawa Allah S.W.T. boleh
menyembuhkan sihir.

Ayat-ayat tersebut adalah seperti berikut :-


1.) Surah Al-Baqarah 2 : 1-6
2.) Surah Al-Baqarah 2 : 255-257
3.) Surah Al-Baqarah 2 : 284-286

Anda mungkin juga menyukai