Anda di halaman 1dari 13

Sambutan Hari Talasemia Antarabangsa 2009

KERTAS CADANGAN
Sambutan Hari Talasemia Antarabangsa 2009
Sambutan Hari Talasemia Antarabangsa 2009

KERTAS CADANGAN
SAMBUTAN HARI TALASEMIA ANTARABANGSA 2009

PENDAHULUAN

Talasemia adalah sejenis penyakit genetik yang mengganggu pembentukan sel-sel darah merah
yang normal. Pesakit talasemia menghasilkan sel darah merah yang mudah pecah atau musnah
dalam darah. Kekurangan sel darah merah yang normal akan menyebabkan pesakit tersebut
sering kelihatan pucat disebabkan paras hemoglobin yang rendah.

Di Malaysia, talasemia merupakan masalah kesihatan yang besar kerana dari beberapa kajian
yang telah dijalankan menunjukkan bahawa kadar pembawa gen talasemia adalah di dalam
lingkungan 3 hingga 5 peratus atau 1 dalam 20 orang rakyat Malaysia. Dengan itu, dianggarkan
seramai 600,000 hingga 1 juta orang rakyat Malaysia adalah pembawa gen ini.

Walau bagaimanapun, talasemia merupakan satu-satunya penyakit genetik yang telah terbukti
boleh dicegah dan dikawal sekiranya mendapat sokongan padu daripada masyarakat. Kunci
kejayaan program pencegahan dan kawalan talasemia adalah pendidikan kesihatan yang
berterusan dengan sokongan daripada semua pihak.

Oleh sebab itulah, Hari Talasemia Antarabangsa akan disambut pada 8 Mei setiap tahun bagi
mengukuhkan lagi aktiviti penyebaran maklumat dan pendidikan kesihatan mengenai talasemia
serta menyedarkan masyarakat mengenai penyakit ini.

OBJEKTIF

Umum
Untuk mengurangkan kadar kejadian kes talasemia di Malaysia.

Khusus
i. Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan masyarakat umum mengenai penyakit
talasemia, cara pencegahan dan pengawalannya.

ii. Menggalakkan kumpulan sasar menjalani ujian talasemia.

iii. Menggalakkan ibu bapa memberi keizinan/kebenaran anak remaja mereka menjalani
ujian talasemia.

iv. Mencegah berlakunya diskriminasi terhadap pembawa dan pesakit talasemia.

v. Memberi sokongan dan motivasi kepada pesakit untuk meneruskan rawatan secara
berkala.

2
Sambutan Hari Talasemia Antarabangsa 2009

TEMA

Tema sambutan pada tahun 2009 ialah ‘Reach Every Patient’ (Dekati Pesakit, Kenali
Keluarga). Tema ini menekankan tentang peranan dan tanggungjawab serta sumbangan
pihak hospital, persatuan talasemia, majikan, NGO dan masyarakat umum dalam
membantu pesakit talasemia di seluruh negara supaya pesakit akan mendapat rawatan
dan kemudahan yang sewajarnya oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

TEMPAT

Negeri Perlis

TARIKH

8 Mei 2009

PERASMI

YB Menteri Kesihatan

KUMPULAN SASAR
• Pesakit
• Pembawa
• Persatuan Talasemia
• Persatuan Belia
• PROSTAR
• IPTA/IPTS
• Staf Kementerian Kesihatan Malaysia

STRATEGI

Strategi promosi kesihatan yang berkaitan di bawah akan digunakan untuk mempromosikan
mesej kepada kumpulan sasar serta menyokong tindakan pencegahan dan kawalan talasemia:

3
Sambutan Hari Talasemia Antarabangsa 2009

• Komunikasi kesihatan – Karnival kesihatan, majlis perasmian, media, sebaran bahan-


bahan IEC.
• Pendidikan Kesihatan – ceramah, kaunseling dan forum.
• Perkongsian pintar– kerjasama Persatuan Talasemia dengan Pakar Pediatrik.
• Advokasi – ke arah pengwujudan polisi dan amalan yang menyokong pencegahan dan
kawalan talasemia oleh semua pihak.

CADANGAN AKTIVITI

• Karnival kesihatan
- Kaunseling / Khidmat nasihat
- Forum
- Pameran kesihatan

• Publisiti – radio (siaran jingles), iklan akhbar, slaid promo, crawlers, bunting, banner dan
unit bergerak pendidikan kesihatan.

SETTING UTAMA
• Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis

CADANGAN PERLAKSANAAN PROGRAM


(Rujuk Lampiran 1, 2,3,4 dan 5)

KESIMPULAN

Hari sambutan yang dicadangkan ini adalah sebahagian daripada wadah untuk mencapai
objektif seperti yang telah digariskan. Program ini amat wajar dilaksanakan bagi mendedahkan
kepada masyarakat tentang penyakit talasemia dan kepentingan menjalani ujian talasemia
sebelum mendirikan rumah tangga.

4
Sambutan Hari Talasemia Antarabangsa 2009

LAMPIRAN 1
CARTA GANTT

Bil. Aktiviti Bulan Perlaksanaan


Jan Feb Mac April Mei Jun
1. Penyediaan dan
pembentangan kertas
cadangan

2. Mesyuarat Jawatankuasa
Induk

3. Mesyuarat Jawatankuasa
Pelaksana

3. Penyediaan bahan dan


publisiti

4. Aktiviti Sambutan Hari


Talasemia Antarabangsa
2009 dilaksanakan

5. Laporan aktiviti
Sambutan Hari Talasemia
Antarabangsa 2009
(kebangsaan dan negeri)

5
Sambutan Hari Talasemia Antarabangsa 2009

LAMPIRAN 2

PELAN PELAKSANAAN DAN ATURCARA SEMASA KARNIVAL


TARIKH MASA AKTIVITI
Sebelum Akan ditentukan • Hebahan awam di tv dan radio nasional serta
sambutan/karnival oleh pihak negeri tempatan.

• Hebahan awam melalui Unit Bergerak


Pendidikan Kesihatan ke kawasan-kawasan
tumpuan awam, kampung dan kawasan
perumahan.

• Publisiti melalui poster promosi, banner dan


bunting di tempat-tempat strategik yang
telah dikenal pasti contohnya: - plaza tol.

• Persiapan tempat

 Pemasangan khemah / booth


pameran

 Pemasangan pameran

 Penyediaan pentas dan hiasan

 PA system, wiring dan electrical


appliances

Hari 8.00 pagi – 5.00 • Majlis Perasmian


sambutan/karnival petang
• Forum
(sepanjang karnival
berlangsung) • Pameran kesihatan Talasemia

• Pameran Agensi Lain, pihak swasta atau


penaja.

• Perkhidmatan Saringan Kesihatan

• Perkhidmatan Ujian Talasemia

• Kaunseling/Khidmat Nasihat

• Kuiz kesihatan

• Permainan kesihatan

8.00 pagi – 9.00 • Senam bersama pesakit dan pembawa


pagi talasemia

6
Sambutan Hari Talasemia Antarabangsa 2009

TARIKH MASA AKTIVITI


9.00 pagi-10.15 • Majlis perasmian
pagi
11.00 pagi – 12.30 • Forum
tengahari

12.30 tengahari - • Makan Tengahari/Aktiviti karnival


5.00 ptg

*Nota: Bagi sambutan di peringkat negeri, Pelan Pelaksanaan ini merupakan cadangan sahaja.
Pihak negeri boleh melakukan perubahan mengikut kesesuaian di negeri masing-masing.

7
Sambutan Hari Talasemia Antarabangsa 2009

LAMPIRAN 3

CADANGAN ATURCARA MAJLIS PERASMIAN

8.00 pagi Ketibaan tetamu jemputan

8.45 pagi Ketibaan dif-dif kehormat

8.55 pagi Ketibaan perasmi

9.00 pagi Nyanyian Lagu Negaraku

9.05 pagi Bacaan doa

9.10 pagi Ucapan aluan

9.20 pagi Ucapan perasmian

9.30 pagi Persembahan gimik perasmian

9.40 pagi Persembahan pentas

10.00 pagi Lawatan ke tapak pameran

10.30 pagi Minum pagi/Sidang Media

8
Sambutan Hari Talasemia Antarabangsa 2009

LAMPIRAN 4

CADANGAN JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi : Pengarah JKN Perlis

Setiausaha : KPP Unit Promosi Kesihatan


: KPP Unit MCH

Jawatankuasa:

Jawatankuasa Perasmian

Jawatankuasa Jemputan & Protokol

Jawatankuasa Persiapan Tempat

Jawatankuasa Publisiti,Dokumentasi dan Media

Jawatankuasa Forum

Jawatankuasa Booth/Pameran

Jawatankuasa Pemeriksaan Kesihatan

Jawatankuasa Jamuan

Jawatankuasa Hadiah, Cenderamata dan Sijil

Jawatankuasa Keselamatan, Lalulintas, Kecemasan dan Perubatan

Jawatankuasa Rekreasi

9
Sambutan Hari Talasemia Antarabangsa 2009

LAMPIRAN 5
CADANGAN PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA

BIL. JAWATANKUASA BHG./JAB/AGENSI PERANAN TANGGUNGJAWAB


1. Urusetia 1. Menguruskan surat jemputan
kepada perasmi

2. Menyediakan teks ucapan aluan dan


teks ucapan perasmi

3. Menguruskan data dan maklumat untuk


sidang media

4. Menyediakan ringkasan kata-kata aluan


untuk buku program

5. Menyedia dan menyelaras keperluan


semua jawatankuasa kerja
2. Jawatankuasa 1. Mengenal pasti juruacara (MC) semasa
Perasmian perasmian

2. Mengenal pasti pembaca doa semasa


perasmian

3. Menyediakan teks mc dan bacaan doa

4. Menyelaraskan aktiviti sepanjang majlis


perasmian

5. Menguruskan gimik perasmian

6. Mengadakan raptai untuk majlis


perasmian

10
Sambutan Hari Talasemia Antarabangsa 2009

BIL. JAWATANKUASA BHG./JAB/AGENSI PERANAN TANGGUNGJAWAB


3. Jawatankuasa 1. Menyediakan senarai jemputan,
Jemputan dan Protokol mengedarkan surat , kad jemputan, dan
membuat tindakan susulan

2. Menentukan susun atur untuk VIP dan


dif jemputan

3. Menyambut dan mengiringi VIP dan dif


jemputan ke tempat duduk

4. Mengedarkan buku program kepada


tetamu jemputan.
4. Jawatankuasa 1. Mengenal pasti dan membuat
Persiapan Tempat penempahan tapak pelancaran

2. Menyediakan Kanopi Pameran, Back-


drop, PA system, Rostrum, Kerusi & Meja

3. Menghias pentas dan tapak perasmian


serta menjaga kebersihan

4. Menguruskan peletakan tanda arah.


5. Jawatankuasa Publisiti, 1. Menyediakan pelan publisiti, membuat
Dokumentasi dan hebahan, liputan dan penggambaran
Media aktiviti pelancaran serta aktiviti dalam,
TV, radio dan akhbar

2. Menguruskan penggantungan banner


dan streamer

3. Menguruskan jemputan dan pendaftaran


pihak media

11
Sambutan Hari Talasemia Antarabangsa 2009

BIL. JAWATANKUASA BHG./JAB/AGENSI PERANAN TANGGUNGJAWAB


6. Jawatankuasa Forum 1. Menguruskan tapak dan persiapan untuk
forum

2. Mengenal pasti, membuat jemputan


kepada panel forum

3. Mengenal pasti, membuat jemputan


kepada peserta forum

7. Jawatankuasa 1. Memastikan kanopi, meja, kerusi dan


Booth/Pameran lain-lain untuk booth/pameran
mencukupi

2. Memastikan aliran booth/pameran


adalah betul

3. Mengedarkan surat jemputan pameran


kpd Jabatan yg terlibat

4. Menyediakan ruang untuk pemeriksaan


kesihatan,ujian talasemia dan kaunseling

8. Jawatankuasa 1. Menyediakan peralatan yang diperlukan


Pemeriksaan Kesihatan untuk pemeriksaan kesihatan dan ujian
talasemia

2. Menyediakan petugas untuk pemeriksaan


kesihatan dan ujian talasemia

9. Jawatankuasa Jamuan 1. Menyelia jamuan untuk peserta


forum/jemputan perasmian dan
perasmi

12
Sambutan Hari Talasemia Antarabangsa 2009

BIL. JAWATANKUASA BHG./JAB/AGENSI PERANAN TANGGUNGJAWAB

2. Menyediakan makan minum petugas /


pekerja semasa persiapan tempat

10. Jawatankuasa Hadiah, 1. Menyediakan cenderamata untuk


Cenderamata dan sijil perasmi

2. Menyediakan cenderamata & sijil


penghargaan kepada agensi yang
terlibat.

11. Jawatankuasa 1. Memastikan laluan ke tapak


Keselamatan, Lalulintas sambutan/karnival tidak sesak
Kecemasan dan
Perubatan 2. Menjemput polis trafik sebagai ahli
jawatankuasa bagi mengawal lalu lintas

3. Menyediakan ambulans dan pasukan


kecemasan dan perubatan

12. Jawatankuasa Rekreasi 1. Menyelaras aktiviti senaman

2. Menyelaras aktiviti permainan dan


larian talasemia

13

Anda mungkin juga menyukai