Anda di halaman 1dari 2

10 Sebab wanita disiksa di akhirat..

renung2kan dan ambil iktibar

Berkata Ali r.a.: "Saya dan Fatimah telah pergi ke rumah Rasulullah S.A.W,
Apabila kami masuk ke rumah baginda maka kami melihat Rasulullah s.a.w sedang menangis, maka saya
bertanya kepada Rasulullah: 'Ya Rasulullah, mengapa Rasulullah menangis?"
Rasulullah bersabda: "Aku melihat 10 jenis seksaan bagi wanita antaranya:

1. Orang perempuan yang digantung dengan rambutnya dan otak di kepalanya mendidih.

2. Orang perempuan yang digantung dengan lidahnya dan tangannya dikeluarkan dari punggungnya dan
minyak dituangkan ke dalam kerongkongnya.

3. Orang perempuan yang digantung dengan buah dadanya dari arah punggungnya dan air kayu zakum
dituangkan ke dalam kerongkongnya.

4. Orang perempuan yang digantung dan diikat dua kakinya beserta dua tangannya sampai ubun-ubunnya
dan di belit dengan beberapa ular dan kala jengking

5. Orang perempuan yang makan badannya sendiri dan di bawahnya terdapat api yang menyala-nyala.

6. Orang perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting daripada neraka.

7. Orang perempuan yang berwajah hitam dan dia makan usus-ususnya sendiri.

8. Orang perempuan yang tuli, buta, dan bisu di dalam peti daripada neraka sedang darahnya mengalir
dari lubang bahagian badannya seperti hidungnya, telinga, dan mulut. Badannya pula berbau busuk sebab
penyakit kulit dan penyakit lepra.

9. Orang perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya pula seperti keldai, mereka
mendapat seksaan sejuta macam seksaan.

10. Orang perempuan yang berbentuk anjing dan beberapa ekor ular dan kala jengking masuk ke dalam
mulutnya dan keluar melalui duburnya dan para malaikat memukuli kepalanya dengan palu mereka dari
neraka.

Sebaik saja Fatimah r.a mendengar kata-kata ayahnya itu maka Fatimah pun berkata "Wahai ayahku,
ceritakanlah padaku apakah amal-amal yang telah dilakukan oleh wanita-wanita tersebut. Kemudian
Rasulullah s.a.w. bersabda "wahai anakku Fatimah, adapun :

1• Orang perempuan yang digantung dengan rambutnya, kerana dia tidak mahu menutupi (melindungi)
rambutnya daripada dilihat oleh lelaki lain. Iaitu tidak mahu menutup auratnya.

2• Orang perempuan yang digantung dengan lidahnya adalah kerana dia suka menyakiti hati suaminya
dengan kata-katanya. Rasulullah s.a.w. telah bersabda "sesaorang wanita yang menyakiti
suaminya dangan kata-katanya maka Allah SWT akan melebarkan lidahnya di hari kiamat nanti selebar 70
zira dan akan mengikat di belakang lehernya. Sesaorang perempuan yang menyeksa suaminya dengan
kata-katanya maka Allah SWT melaknatinya maka para malaikat juga melaknatinya."

Dari Uthman r.a. berkata "seseorang perempuan yang mengatakan kepada suaminya dengan berkata "Aku
belum pernah meliha kebaikanmu" maka Allah SWT akan menghapuskan amal kebaikannya selama 70
tahun, walaupun dia berpuasa pada siang hari dan mengerjakan solat pada malam hari.

3• Orang perempuan yang digantung dengan buah dadanya, adalah kerana dia menyusui anak orang lain
tanpa mendapat izin suaminya.

4• Orang perempuan yang diikat dengan kakinya adalah kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya
terlebih dahulu dan tidak mandi hadas besar. Yakni mereka yang tidak mandi bagi membersihkan diri
setelah kedatangan haid dan nifas.

5• Orang perempuan makan badannya sendiri adalah kerana berhias untuk dilihat oleh lelaki lain dan
mereka yang suka membicarakan aib orang lain.
6• Orang perempuan yang memotong-motong badannya sendiri dengan gunting dari neraka adalah kerana
dia memasyhurkan dirinya dikalangan orang ramai, dengan bermaksud supaya orang melihat akan
perhiasannya. Dan setiap orang yang melihatnya akan tertarik kepadanya sebab perhiasan yang dia pakai.

7• Orang perempuan yang diikat kedua-dua kaki dan tangannya sehingga sampai kepada ubun-ubunnya
dan dibelit dengan beberapa ular dan kala jengking adalah kerana dia itu boleh bersolat, puasa tetapi tidak
mahu mengambil wuduk dan ia tidak mahu mengerjakan solat dan tidak mahu juga mandi junub.

8• Orang perempuan kepalanya seperti kepala babi, dan badannya seperti keldai, adalah kerana dia suka
mengadu domba dan sangat suka sangat berdusta.

9. Orang perempuan yang berbentuk seperti anjng adalah kerana dia itu ahli fitnah dan suka marah
kepada suaminya.

Abdullah bin Umar berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda bahawa:"Kalaulah semua yang ada di
bumi ini berupa emas dan perak, kemudian dibawa oleh seorang perempuan ke rumah suaminya, maka
satu hari dengan bangganya dia berkata: 'Awak ini siapa, semua harta yang ada di sini adalah milik aku,
engkau tidak mempunyai harta apa-apa pun' .

Maka sesungguhnya Allah SWT akan menghapuskan semua amal baiknya walaupun amal itu banyak".
Ibnu Abbas r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Seseorang perempuan yang keluar dari
rumahnya tanpa izin suaminya, sesungguhnya dia dikutuk oleh segala yang disinari matahari dan bulan
sehingga dia kembali ke rumah suaminya.

"Ibnu Abbas r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:"Apabila seseorang perempuan itu keluar
dari rumahnya dengan memperhiaskan dirinya dan memakai wangi-wangian yang harum dan si suami pula
membenarkannya, maka sesungguhnya Allah SWT akan membangunkan kepadanya setiap langkah
isterinya itu satu rumah dalam neraka"

Thalhah bin Abdullah berkata bahawa dia mendengar Rasulullah bersabda:


"Apabila seseorang perempuan itu sentiasa bermasam muka terhadap suaminya dan menyebabkan
suaminya itu susah hati maka sesungguhnya Allah memurkainya sehingga dia tidak lagi boleh tertawa
dihadapan suaminya atau pun menggembirakan suaminya itu".
Wallahualam.....

Harap dapat di panjangkan kepada rakan anda yang seagama, semoga mendapat rahmat daripada-Nya.

Anda mungkin juga menyukai