Anda di halaman 1dari 4

Latihan imbuhan 2

ARAHAN: Dalam petikan di bawah ini terdapat beberapa patah perkataan yang telah
digarisi. Bubuh imbuhan yang sesuai pada setiap perkataan. Fikirkan apakah
fungsi perkataan yang berimbuhan tersebut (kata kerja, kata nama atau kata
adjektif?) Tuliskan jawapan dalam buku A4 untuk bahasa/kefahaman.

Petikan 1

Sejak kebelakangan ini, banyak aduan yang diterima oleh pihak sekolah tentang
salah laku para pelajar yang dilakukan di luar sekolah. Ramai pelajar yang tidak sedar
bahawa selagi mereka masih (1) sarung pakaian seragam sekolah, mereka masih (2) takluk
dengan peraturan-peraturan sekolah berhubung dengan tatalaku disiplin sekolah meskipun
mereka sudah berada di luar kawasan sekolah itu. Maka dengan itu, kegiatan kurang sopan
yang (3) laku oleh mereka semasa di luar waktu sekolah boleh mencemarkan nama baik
sekolah. Contohnya, para pelajar yang membuat bising, (4) kelahi di tempat awam dan
melakukan (5) buat jenayah seperti mencuri, merokok, merosakkan hartabenda awam dan
sebagainya.

Oleh yang demikian, ada beberapa buah sekolah yang menegaskan kepada para
pelajar mereka untuk pulang ke rumah dan (6) salin pakaian dahulu sebelum mereka keluar
ke lain tempat. (7) Adu daripada pihak polis dan orang awam ini adalah sesuatu yang tidak
(8) ingin oleh pihak sekolah kerana tugas mendidik seharusnya terhad di sekolah.
Sebaliknya, para pelajar itu sendiri (9) harusnya sudah tahu tentang implikasi yang timbul
daripada sikap mereka di tempat awam. Para pelajar sedemikian ternyata masih belum
matang untuk (10) sedar kesan yang dihadapi akibat tingkah laku mereka itu. Mereka masih
perlu diperingatkan dari masa ke semasa akan hal ini.

Petikan 2

Kesibukan tugas dan urusan rumah tangga menuntut begitu banyak masa ibu bapa sehingga

menjejaskan interaksi sesama ahli keluarga. Kadangkala keadaan sebegini boleh (1) halang ibu bapa

daripada menjalankan (2) wajib mereka. Apa yang perlu (3) laku oleh ibu bapa ialah bijak (4) atur
1
masa agar mereka lebih masa bersama anak-anak. Satu usaha (5) sepadu memenangi hati dan

memahami perasaan anak-anak harus dilaksanakan di mana ibu bapa harus (6) curah perhatian

kepada apa yang dilakukan oleh anak-anak mereka. Mereka harus meneliti masalah yang dihadapi

oleh anak-anak mereka sebelum membuat (7) putus atau mengambil sebarang (8) tindak. Langkah

ini dapat mewujudkan (9) boleh percaya yang tinggi di kalangan anak-anak terhadap kebolehan dan

keupayaan ibu bapa dalam (10) tangan pelbagai isu dalam menguruskan rumah tangga.

Petikan 3

Lembaga Beasiswa Kenangan Maulud (LBKM) menganjurkan peraduan bagi


mahasiswa dan possiswazah untuk mengupas masalah Melayu dari perspektif fikiran
mereka. Suara hati mahasiswa mahupun pelajar possiswazah yang terpendam mengenai
kepincangan masyarakat Melayu yang meruncing ingin (1) dengar. Dari setakat
membincangkan sesama sendiri (2) buruk masyarakat Melayu yang hangat dikupas di dada
akhbar sejak pendedahan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr
Yacoob Ibrahim, baru-baru ini, mengapa tidak kelompok anak muda ini digalak (3) adu
tenaga minda (4) selongkar isu-isu ini dan memberi huraiannya?
Atas ingatan itulah, LBKM dengan kerjasama Berita Harian, tampil ke depan untuk
menganjurkan Cabaran Realiti Sosial yang merupakan satu peraduan menghasilkan dan
membentangkan kertas kerja yang membincangkan huraian isu-isu sosial masyarakat
Melayu/Islam secara (5) perinci. Peraduan yang dibuka kepada mahasiswa dan pelajar
possiswazah di dalam dan di luar negara ini (6) tawar hadiah wang tunai $3,000 dan Trofi
Cabaran Realiti Sosial LBKM.
Setiap pasukan (7) ramai tiga orang perlu membentangkan masalah yang menjadi
keprihatinan, sejarah dan faktor yang mencetus (8) golak isu itu, kesan dasar-dasar
terhadap masalah tersebut serta (9) saran yang dirasakan berkesan dalam (10) atas
masalah meruncing itu.Penyertaan pelajar bukan Melayu juga dialu-alukan untuk mengupas
isu-isu Melayu daripada perspektif fikiran mereka.

2
Petikan 4
Pada hari ini, berita hangat yang selalu diperbincangkan oleh kita adalah tentang
pemindahan jantung manusia dan penerokaan angkasa lepas. Lihatlah betapa cepatnya (1)
maju sains di dunia sekarang. Manusia tidak hanya boleh (2) pindah jantung binatang
sahaja tetapi (3) jaya memindahkan jantung manusia. Sungguh ajaib apabila didengar tetapi
usahanya sudah berjaya (4) takat ini. Segala (5) cipta yang telah berjaya dihasilkan adalah
berdasarkan (6) tahu yang diperolehi mereka. Pada awalnya, mereka mencipta televisyen
kemudian X-ray, selepas itu pemindahan mata daripada orang yang telah mati untuk (7)
guna oleh orang buta. Seterusnya, pemindahan jantung binatang yang digunakan sesama
binatang, kemudian (8) laku pula pemindahan jantung manusia sesama manusia. Kejayaan
ini sungguh (9) kagum. Malah, ahli sains Amerika Syarikat dan Rusia telah berjaya
menghantar angkasawan mereka untuk (10) darat di bulan. Inilah satu kejayaan yang paling
besar.

Petikan 5

Walaupun manusia merupakan sebaik-baik kejadian Tuhan, pada hakikatnya ia


merupakan makhluk-Nya yang lemah. Masih banyak persoalan mengenai kejadian alam ini
yang belum diketahui oleh manusia. Justeru itu, ia (1) dorong manusia berfikir dan mencari
jawapan bagi menyelongkar segala misteri yang menyelubungi (2) hidup serta alam maya
ini. (3) ekor daripada usaha mencari kebenaran, maka lahirlah (4) bagai-bagai bidang dan
cabang ilmu. Salah satunya ialah falsafah yang kalau (5) terjemah daripada bahasa Yunani
(6) maksud mencari kebenaran.

Orang Yunani dikatakan sebagai bangsa pertama yang (7) pelopor ilmu ini. Di
kalangan bangsa Yunani lahir ramai pemikir dan tokoh yang besar dalam bidang falsafah.
Namun daripada jumlah itu, hanya beberapa orang sahaja yang namanya acap kali disebut
dan (8) jadi sebagai bahan kajian seperti Socrates, Plato serta Archimedes.

Walhal (9) dapat beberapa ahli falsafah Yunani yang lebih (10) pengaruh daripada
mereka. Epicurus merupakan salah seorang pemikir yang pertama kali memperkenalkan
falsafah materialis. Beliau berusaha mencari keterangan mengenai alam sejagat
berdasarkan kepada susunan benda-benda yang boleh dilihat.
3
4

Anda mungkin juga menyukai