Anda di halaman 1dari 2

· Sebelum munculnya Al-Masih Ad-Dajjal (Dajjal Al-Akbar), terlebih dahulu muncul dajjal si

pendusta yang jumlah mereka menghampiri 30 orang, masing-masing mendakwa diri mereka
adalah pesuruh Allah.
· Dajjal itu buta mata kanannya, seperti buah anggur yang terjojol keluar. Di antara dua matanya
tertulis "Kafir" (kaf,nothing,ra) yang boleh dibaca oleh setiap muslim, meskipun mereka yang
buta huruf.

Diriwayatkan oleh Fatimah binti Qais bahawa Rasulullah s.a.w pernah menceritakan tentang
kisah Tamim Ad-Dary yang asalnya seorang Nasrani telah memeluk agama Islam, mengenai
Dajjal. Diberitahunya kepada Rasulullah bahawa beliau pernah menumpang sebuah kapal
bersama 30 orang lelaki berbangsa Lakhm dan Judzam.Mereka telah dilambung ombak selama
sebulan dan akhirnya, mereka mendarat di sebuah pulau di tengah lautan. Di situ, mereka
bertemu dengan seekor binatang yang berbulu lebat hinggakan tidak dapat dibezakan antara
bahagian depan dan belakangnya. "Siapakah kamu?", teriak mereka dan dijawab oleh binatang
itu, "Aku adalah Jassasah." Tanya mereka lagi,"Apakah Jassasah itu?" dan jawabnya lagi, "Wahai
kaum, pergilah kamu menemui seseorang yang berada di dalam kuil ini kerana beliau amat
mengharapkan berita daripada kamu semua."

Ketika di dalam kuil itu, mereka melihat seorang manusia yang sangat besar tubuhnya dan kuat
anggotanya. Beliau terbelenggu dengan besi di mana kedua-dua tangannya diikatkan kepada
leher dan lututnya hingga bersatu dengan kedua buku lalinya. Mereka pun menanyakan siapakah
beliau sebenarnya dan jawabnya,"Kamu semua telah ditakdirkan untuk mengetahui akan
keadaanku, beritahulah aku siapakah kamu semua ini." Lalu, mereka memberitahu siapakah
mereka dan bagaimana mereka boleh terdampar ke situ.

Kemudian, lelaki itu bertanya kepada mereka,"Khabarkan kepadaku tentang Kurma Baisan."
Mereka bertanya, "Apakah yang kamu ingin ketahui mengenainya?" Beliau berkata," Aku
bertanya kepada kamu tentang pokoknya, adakah ia masih berbuah?" Jawab mereka,"Ya." Lalu
beliau berkata," Sesungguhnya ia hampir-hampir tidak berbuah. Khabarkan kepadaku tentang
danau Thabariyah."

Mereka bertanya lagi, "Apakah yang ingin kamu ketahui tentangnya?" Balasnya, "Adakah ia
masih berair?" Jawab mereka, "Banyak." Katanya, "Sesungguhnya airnya hampir-hampir
kehabisan. Khabarkan kepadaku tentang air Zagher."

Merekapun bertanya kepadanya, "Apakah yang ingin kamu ketahui mengenainya?" Balasnya,
"Adakah ia masih mempunyai air? Adakah para penduduknya bercucuk tanam dengan
menggunakan air tersebut?" Mereka menjawab, "Ya. Di dalamnya banyak air dan para
penduduknya menggunakan air itu untuk bercucuk tanam."

Kata lelaki itu lagi, " Khabarkan kepadaku tentang seorang Nabi orang-orang ummi (buta huruf),
apakah yang dilakukannya?" Mereka menjawab, "Dia telah muncul dari Mekah dan tinggal di
Madinah." Beliau bertanya lagi, "Adakah ia dimusuhi oleh bangsa Arab?". "Ya." Jawab mereka.
Soalnya lagi," Bagaimanakah beliau memperlakukan mereka?" Mereka menjawab," Nabi itu
telah menzahirkan dirinya di kalangan orang-orang Arab di sekitarnya dan mereka telah
mentaatinya." Kata lelaki itu, "Itu sudah terjadi." "Benar." Sahut mereka.
Maka,berkatalah lelaki itu," Sesungguhnya mereka lebih layak mematuhinya dan aku
memberitahu kepadamu tentang diriku yang sebenarnya. Aku adalah Al-Masih Ad-Dajjal.
Sesungguhnya aku hampir diizinkan keluar dan menjelajah bumi. Setiap tempat akan aku
singgahi selama 40 malam kecuali Mekah dan Tayyibbah (Madinah) kerana kedua-duanya
diharamkan ke atasku. Setiap kali aku ingin memasuki salah satu daripadanya. Aku dihalang oleh
para malaikat yang memegang pedang tajam di tangannya untuk menghalangiku. Di setiap celah
dan lorong terdapat malaikat yang menjaganya.

Imam Ahmad meriwayatkan daripada Jabir bin Abdillah, bahawa Rasulullah s.a.w. telah
bersabda:
· Dajjal memiliki kesempatan untuk menjelajah bumi selama 40 malam, sehari seperti setahun,
sehari di antaranya seperti sebulan, sehari di antaranya seperti seminggu, dan hari-hari
berikutnya sebagaimana hari-hari sekarang ini.
· Dajjal mempunyai seekor keldai sebagai tunggangannya. Jarak antara kedua-dua telinga keldai
itu adalah 40 hasta. Dajjal turut membawa beberapa gugusan roti.
· Dajjal akan berkata," Aku adalah Tuhanmu," padahal sebelah matanya butadan terdapat tulisan
'kafir' di antara kedua matanya.
· Dajjal membawa 2 buah telaga. Sebuah telaga disebutnya sebagai syurga dan satu lagi sebagai
neraka. Orang yang dimasukkan ke dalam 'syurga' itu ternyata adalah neraka, sementara orang
yang dimasukkan ke dalam 'neraka' itu ternyata adalah syurga.
· Para syaitan diutuskan bersamanya untuk berbicara kepada manusia. Dia membawa satu fitnah
yang amat besar.
· Pada pandangan mata manusia, dajjal boleh memerintahkan langit supaya menurunkan hujan
serta boleh menghidupkan kembali seseorang manusia yang telah dibunuhnya. Lalu, akan
diserunya,"Apakah selain Tuhan dapat melakukan perkara seperti ini?"
· Maka, orang-orang Islam akan berlarian menuju ke gunung Dukhan di Syam, tetapi sempat
dihadang oleh Dajjal.
· Setelah itu, turunlah Isa putera Maryam. Ketika Isa putera Maryam yang turut serta bersama
mereka selesai menunaikan solat Subuh, mereka pun keluar menghadapi Dajjal.
· Lalu, ketika Dajjal melihat Isa, si pendusta itu meleleh seperti garam yang mencair di dalam air.
Isa berjalan ke arahnya dan membunuhnya, hingga pepohonan dan batu-batuan berseru,"Wahai
Ruhullah, ini ada orang Yahudi." Maka beliau pun membunuh setiap orang yang menjadi
pengikut Dajjal.
· Riwayat ini hanya terdapat pada Ahmad. (Imam Ahmad)
Wallahualam.

Anda mungkin juga menyukai