Anda di halaman 1dari 9

~Tiga Watak Di Akhir Zaman~ Kedatangan Imam Mahadi Kedatangan Dajjal Khutbah Rasulullah SAW Tentang Dajjal Kedatangan

Nabi Isa a.s. Kedatangan Imam Mahdi ..da disebutkan dalam Atsar, kata-kata sahabat yang menerangkan tanda-tanda suda h dekatnya kemunculan Imam Mahdi. Menurut riwayat apabila sudah dekat kedatangan Imam Mahdi akan banyak terjadi peperangan, banyak bencana dan banyak bala. Pada masa itu nanti semakin banyak terjadi pembunuhan dan peperangan. Orang mahu berbunuh-bunuhan kerana masalah remeh-temeh. Antara satu kumpulan de-ngan kumpu lan lain, begitu juga antara satu negara dengan negara lain berperang kerana mas alah kecil. Bencana semakin banyak berlaku, seperti gempa bumi, letusan gunung b erapi, angin puting beliung, banjir dan sebagainya. Begitu juga penyakit, semaki n banyak jenis penyakit dan semakin ramai manusia yang berpenyakit. Menjelang datangnya Imam Mahdi nanti akan muncul api yang besar dari arah Masyri q (tempat terbitnya matahari) dan menerangi seluruh ufuk selama tiga malam. Pada masa itu juga nanti lengkaplah jumlah orang-orang yang mengaku dirinya sebagai nabi berjumlah enam puluh orang. Masa itu akan tenggelam kampung-kampung di nege ri Syam. Akan datang angin yang hitam yang me-nyebabkan manusia ramai yang mati. Sungai Furat di Iraq akan melimpah (banjir) yang menyebabkan kota Kufah tenggel am. Akan terdengar suara seruan dari langit. Suara itu dapat didengar oleh semua manusia yang ada di dunia. Dan yang paling menghairankan lagi, suara itu dapat difahami oleh semua orang. Orang yang hanya tahu atau faham bahasa Inggeris faham mendengar seruan dari lan git itu, begitu juga pengguna bahasa Cina, bahasa India, bahasa Melayu, bahasa A rab dan sebagainya. Mungkin juga panggilan itu dalam bahasa Arab tetapi semua or ang mendengar dalam bahasanya sendiri. Terdengar suara pada tengah malam bulan Ramadan yang menyebabkan semua orang yan g tidur terbangun atau terperanjat. Banyak pembunuhan dan banyak peperangan berl aku sehingga darah mengalir di jalan-jalan raya. Orang semkain berani berbuat ja hat tidak kira tempat dan waktu. Pada masa itu nanti yang diangkat menjadi pemimpin pun terdiri dari orang-orang jahat. Pemimpinnya jahat dan orang yang dipimpin pun sama-sama jahat. Dalam hadi s dikatakan ramai manusia pada masa itu nanti yang beriman pada waktu petang tet api esok paginya sudah menjadi kafir. Namun demikian ramai ulama yang mengertika n hadis itu dengan kafir nikmat. Bukan bererti petang dia masih Islam esok harinya sudah Nasrani atau Yahudi misa lnya. Maksud hadis itu menurut ulama menunjukkan banyaknya orang yang kafir nikm at. Apa-apa nikmat dan pemberian Allah tidak disyukuri dan tidak digunakan kepad a yang diredai Allah SWT. Menjelang turunnya Imam Mahdi dikatakan pasukan tentera dari Turki akan datang k e jazirah Arab. Mereka datang untuk menakluki tanah-tanah jazirah Arab. Mereka b unuh pemimpin-pemimpinnya dan mereka kuasai daerahnya. Dalam keadaan dunia yang buruk dan kacau itu tiba-tiba muncullah Imam Mahdi. Bel iau datang untuk meneruskan atau menyambung perjuangan datuknya (Muhammad s.a.w) untuk mengatasi kekalutan dan kekacauan yang dihadapi umat. Semua makhluk yang ada di langit dan yang ada di bumi merasa gembira dengan kedatangan Imam Mahdi i tu. Bukan hanya manusia yang gembira, tetapi juga binatang buas, burung-burung d an makhluk lainnya. Imam Mahdi itu adalah seorang lelaki yang soleh dari keluarga Rasulullah s.a.w y

ang ada ketika itu (pada masa munculnya) nanti. Dia diangkat orang menjadi pemim pin ketika manusia di seluruh dunia nanti sudah begitu buruk keadaannya. Mereka mengangkat Imam Mahdi menjadi pemimpin ketika itu nanti setelah melihatny a berilmu, berakhlak dan mempunyai banyak kelebihan. Manusia yang ada pada zaman itu nanti mengharap semoga dia dapat mengembalikan dunia kepada kebaikan. Denga n perasaan yang cukup berat, dia (Imam Mahdi) menerimanya. Dia sendiri tidak tah u yang dirinyalah Imam Mahdi yang ditakdirkan Allah SWT untuk diutus ke dunia. B egitu juga manusia sedunia yang telah mengangkatnya menjadi pemimpin dunia, tida k tahu bahawa orang yang mereka angkat itu adalah Imam Mahdi. Kerana tidak tahu yang dirinya Imam Mahdi dan tidak berapa suka menjadi pemimpin , sudah tentu dia pun tidak ada berkempen mengajak orang untuk mengangkatnya. Se telah dia memimpin dunia dengan baik barulah orang tahu bahawa itu adalah Imam M ahdi. Dia tunjukkan perilaku yang baik, dia ajak manusia mengerjakan yang makruf dan meninggalkan yang mungkar, kemudian orang pun mengikuti arahannya. Mengapa manusia yang sudah begitu lama bergelimang dengan dosa mahu diajak kepad a kebaikan? Ini tentunya samalah dengan zaman jahiliah dahulu, yang mana keadaan masyarakat sudah begitu buruk, tiba-tiba datang seorang utusan Allah untuk memb aiki keadaan dunia, orang pun terus mengikutnya. Manusia mahu diajak kepada kebaikan tentunya setelah melihat orang yang mengajak itu mempunyai banyak kelebihan, dan yang paling penting orang yang mengajak itu berjuang dengan ikhlas dan sesuai kata-kata dengan perbuatannya. Jadi nanti man usia seluruh dunia mengikut ajarannya kemudian dia pun mengatur dunia dengan bai k. Keadilan dapat ditegakkan seperti zaman Rasulullah s.a.w. dahulu. Kerana keadaan masyarakat sudah baik dan sudah beriman, malapetaka dan musibah berkurangan. Ba hkan rahmat Allah pula yang datang dan rezeki melimpah ruah. Setelah dunia aman dan makmur serta melihat pemimpinnya tidak terpedaya oleh kesenangan dunia, tahu lah mereka bahawa yang memimpin mereka itu adalah Imam Mahdi. ^ Kembali ke atas ^

Kedatangan Dajjal Ada riwayat Muslim yang diterima dari Fatimah binti Qais mengatakan: Saya telah m endengar muazzin Rasulullah s.a.w memanggil untuk solat. Saya pun pergi ke masji d dan solat bersama Rasulullah s.a.w. Selesai solat, Rasulullah s.a.w naik ke at as mimbar. Nampak semacam bergurau Baginda tertawa dan berkata: Jangan ada yang b ergerak. Hendaklah semua duduk di atas sajadahnya. Kemudian berkata: Tahukah kamu mengapa aku memerintahkan kamu jangan ada yang pulang? Kami menjawab: Allah dan Ra sul-Nya yang lebih tahu. Rasulullah s.a.w berkata lagi: Demi Allah aku me-nyuruh kamu berkumpul di sini bu kan ingin menakut-nakuti dan bukan memberi khabar gembira. Aku ingin menceritaka n kepada kamu bahawa Tamim Al-Dariy adalah seorang Nasrani, kemudian dia datang menjumpai aku dan masuk Islam. Dia ada bercerita kepadaku tentang satu kisah ten tang Dajjal. Kisah yang dia ceritakan itu sesuai dengan apa yang telah aku cerit akan kepada kamu sebelumnya. Katanya dia bersama 30 orang kawannya pergi ke laut dengan menaiki kapal. Angin kencang datang bertiup dan ombak besar membawa mereka ke tengah-tengah samudera yang luas. Mereka tidak dapat menghalakan kapalnya ke pantai sehingga terpaksa b erada di atas laut selama satu bulan. Akhirnya mereka terdampar di sebuah pulau menjelang terbenamnya matahari. Di pulau yang tidak ditempati orang itu mereka b

erjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga tidak nampak mana jan tina dan duburnya. Mereka bertanya kepada binatang itu: Makhluk apa engkau ini? Binatang itu menjawab : Saya adalah Al-Jassasah. Mereka tanya: Apa itu Al-Jassasah? Binatang itu hanya men jawab: Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu. Mereka pun pergi ke tempat yang ditunjukkan oleh binatang itu. Di sana mereka menjumpai seorang lelaki yang sangat besar dan tegap. Ertinya mer eka tidak pernah melihat orang sebesar itu. Dari tangannya sampai ke tengkuknya dikuatkan dengan besi, begitu juga dari lututnya sampai ke telapak kakinya. Mere ka bertanya: Siapakah anda? Orang seperti raksaksa itu menjawab: Kamu telah mendeng ar cerita tentang aku. Sekarang aku pula ingin bertanya: Siapa kamu ini? Mereka menjawab: Kami adalah manusia berbangsa Arab. Kami pergi ke laut menaiki k apal, tiba-tiba datang ombak besar membawa kami ke tengah-tengah samudera luas d an kami berada di lautan selama satu bulan. Akhirnya kami terdampar di pulau yan g tuan tempati ini. Pada mulanya kami berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga kam i tidak dapat mengenali jantinanya. Kami tanya siapa dia katanya Al-Jassasah. Ka mi tanya apa maksudnya dia hanya menjawab: Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu k e tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjum pa dengan kamu. Itulah sebabnya kami datang ke tempat ini. Sekarang kami sudah berjumpa dengan t uan dan kami ingin tahu siapa tuan sebenarnya. Makhluk yang sangat besar itu belu m menjawab soalan mereka terus sahaja mengemukakan soalan: Ceritakan kamu kepadak u keadaan kebun kurma yang di Bisan itu, nama tempat di negeri Syam. Mereka menja wab: Keadaan apanya yang tuan maksudkan? Orang besar itu menjawab: Maksudku apakah pokok kurma itu berbuah? Setelah mereka menjawab bahawa pokok kurma itu berbuah, orang besar tadi berkata: Aku takut pokok itu tidak berbuah. Orang besar itu bertanya lagi: Ceritakan kepadaku tentang sungai Tabarah. Mereka m enjawab: Tentang apanya yang tuan maksudkan? Lelaki itu menjawab: Maksudku airnya a pakah masih ada. Mereka menjawab: Airnya tidak susut. Lelaki itu berkata: Air sungai itu disangsikan akan kering. Akhirnya lelaki seperti raksaksa itu berkata: Kalau begitu ceritakan kepadaku ten tang Nabi Al-Amin itu, apa yang dia buat? Mereka menjawab: Dia telah berhijrah dar i Makkah ke Madinah. Lelaki itu bertanya lagi: Apakah dia diperangi oleh orang-ora ng Arab? Mereka menjawab: Ya, dia diperangi oleh orang-orang Arab. Lelaki itu berta nya lagi: Kalau begitu apa pula tindakan dia terhadap mereka? Mereka ceritakan bah awa Rasulullah s.a.w telah mengembangkan dakwahnya dan sudah ramai pengikutnya. Orang besar itu berkata lagi: Memang begitulah, padahal mereka beruntung jika taa t kepadanya. Kata orang besar itu lagi: Sekarang aku terangkan kepada kamu bahawa aku adalah Al-Masih Dajjal. Nanti aku akan diberi izin keluar, lalu aku pun akan menjelajah dunia ini. Dalam masa empat puluh malam sudah dapat aku jalani semua , kecuali Makkah dan Madinah yang aku tidak dapat memasukinya. Negeri Makkah dan Madinah dikawal oleh para Malaikat, maka aku tidak dapat menembusinya. Kata Tamim Al-Dariy lagi, Rasulullah s.a.w menekankan tongkatnya di atas mimbar s ambil berkata: Inilah negeri yang tidak dapat dimasukinya itu, iaitu Madinah. Sau dara-saudara sekalian apakah sudah aku sampaikan cerita ini kepada kamu? Mereka m enjawab: Ya, sudah ya Rasulullah. Rasulullah s.a.w berkata lagi: Sememangnya hadis Tamim itu lebih meyakinkan saya lagi. Ceritanya itu bersesuaian dengan apa yang telah aku sampaikan kepada kamu sebelumnya, iaitu tentang Makkah dan Madinah yan g dikatakan tidak dapat dimasuki Dajjal. Cuma dia ada mengatakan di lautan Syam

atau di laut Yaman. Tidak, bahkan ia dari arah timur. Ia dari arah timur, sulullah s.a.w sambil menunjuk ke arah timur.

kata Ra

Rasulullah s.a.w telah menguatkan lagi bahawa Dajjal akan datang dari arah timur . Ada yang mengatakan bahawa Dajjal akan datang dari Khurasan atau Asfihan. ^ Kembali ke atas ^

Khutbah Rasulullah SAW tentang Dajjal Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: Rasululah s.a.w telah berkhutbah di h adapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Bagin da telah bersabda: Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang pa ling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diut us oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil dat ang pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kala u dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarn ya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin. Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Irak. Dan mempengar uhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetapl ah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciri Dajjal, yang belum di terangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya. Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada l agi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah baha wa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan j uga di antara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf. Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu seb enarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, yakni panas. Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah Al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk. Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab: Seandainya aku sang gup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah eng kau mengaku aku sebagai Tuhanmu? Orang Arab itu akan berkata: Tentu. Maka syaitan p un datang menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya sama, sifat-sifatnya sama d an suaranya pun sama. Ibu bapanya berkata kepadanya: Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu. Di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang, yakni dia bunuh dan dia belah dua . Setelah itu dia katakan kepada orang ramai: Lihatlah apa yang akan kulakukan te rhadap hambaku ini, sekarang akan kuhidupkan dia semula. Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula. Kemudian Laknatullah Alaih itu bertanya: Siapa Tuhanmu? O rang yang dia bunuh itu, yang kebetulan orang beriman, menjawab: Tuhanku adalah A llah, sedangkan engkau adalah musuh Allah. Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tin ggi darjatnya di syurga. Kata Rasulullah s.a.w lagi: Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya m enurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tu mbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi man

usia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak me-nga kunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternaka n mereka tidak menjadi. Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk kampu ng itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi. Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal kecuali Ma kkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana di kawal oleh Malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah. Na mun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota Madi nah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan sepe rti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah. Mereka keluar dan pergi berg abung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatak an hari pembersihan kota Madinah. Dalam hadis yang lain, di antara fitnah atau tipu daya yang dibawanya itu, Dajjal itu lalu di satu tempat kemudian mereka mendustakannya (tidak beriman kepadanya ), maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman mereka tidak menjadi dan huja n pun tidak turun di daerah mereka. Kemudian dia lalu di satu tempat mengajak me reka supaya beriman kepadanya. Mereka pun beriman kepadanya. Maka disebabkan yan g demikian itu Dajjal menyuruh langit supaya menurunkan hujannya dan menyuruh bu mi supaya menumbuhkan tumbuh-tumbuhannya. Maka mereka mudah mendapatkan air dan tanam-tanaman mereka subur. Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: Menjelang turunnya Dajjal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang pendusta dipercayai orang da n orang jujur tidak dipercayai. Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang ama nah tidak dipercayai. Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w ada bersabda: Bumi yang paling baik adalah Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal nanti ia dikawal oleh malaikat. Dajjal tidak sanggup memasuki Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal (di luar Mad inah), kota Madinah bergegar tiga kali. Orang-orang munafik yang ada di Madinah (lelaki atau perempuan) bagaikan cacing kepanasan kemudian mereka keluar meningg alkan Madinah. Kaum wanita adalah yang paling banyak lari ketika itu. Itulah yang dikatakan hari pembersihan. Madinah membersihkan kotorannya seperti tukang besi membersihkan karat-karat besi. Diriwayatkan oleh Ahmad, hadis yang diterima dari Aisyah r.a. mengatakan: Pernah satu hari Rasulullah s.a.w masuk ke rumahku ketika aku sedang menangis. Melihat saya menangis beliau bertanya: Mengapa menangis? Saya menjawab: Ya Rasulullah, engk au telah menceritakan Dajjal, maka saya takut mendengarnya. Rasulullah s.a.w berkata: Seandainya Dajjal datang pada waktu aku masih hidup, ma ka aku akan menjaga kamu dari gangguannya. Kalau dia datang setelah kematianku, maka Tuhan kamu tidak buta dan cacat. Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: Dajjal muncul pada wa ktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajja l ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu ha ri yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa. Ada yang bertanya: Ya Rasulullah, tentang hari yang terasa satu tahun itu, apakah boleh kami solat lima waktu juga? Rasulullah s.a.w menjawab: Ukurlah berapa jarak solat yang lima waktu itu. Menurut riwayat Dajjal itu nanti akan berkata: Akulah Tuhan sekalian alam, dan ma tahari ini berjalan dengan izinku. Apakah kamu bermaksud menahannya? Katanya samb

il ditahannya matahari itu, sehingga satu hari lamanya menjadi satu minggu atau satu bulan. Setelah dia tunjukkan kehebatannya menahan matahari itu, dia berkata kepada manu sia: Sekarang apakah kamu ingin supaya matahari itu berjalan? Mereka semua menjawa b: Ya, kami ingin. Maka dia tunjukkan lagi kehebatannya dengan menjadikan satu har i begitu cepat berjalan. Menurut riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda: Akan keluarlah Dajjal kepada u matku dan dia akan hidup di tengah-tengah mereka selama empat puluh. Saya sendir i pun tidak pasti apakah empat puluh hari, empat puluh bulan atau empat puluh ta hun. Kemudian Allah SWT mengutus Isa bin Maryam yang rupanya seolah-olah Urwah b in Mas ud dan kemudian membunuh Dajjal itu. Dan menurut ceritanya setelah munculnya Dajjal hampir semua penduduk dunia menja di kafir, yakni beriman kepada Dajjal. Menurut ceritanya orang yang tetap dalam iman hanya tinggal 12,000 lelaki dan 7,000 kaum wanita. Wallahu A'lam. ^ Kembali ke atas ^

Kedatangan Nabi Isa Diriwayatkan oleh Muslim dari Al-Nawas bin Sam an bahawa Rasulullah bersabda tenta ng Nabi Isa: Beliau akan turun berdekatan dengan menara putih di timur Damsyik, d engan memakai pakaian kuning. Dua telapak tangannya terletak di atas sayap dua m alaikat. Apabila dia menundukkan kepalanya menitislah air. Apabila dia mengangka t kepalanya lagi, turunlah daripadanya seperti untaian mutiara. Berdasarkan hadis ini bererti Nabi Isa akan turun di Syam, bahkan juga di Damsyi k, iaitu di sisi menara sebelah timur. Beliau akan turun pada waktu fajar. Ibnu Katsir ada berkata: Sesungguhnya tidak ada di Damsyik menara yang dikenal di sebe lah timurnya kecuali yang berada disamping masjid jamik Amawi, iaitu di sebelah timur Damsyik. Menara tersebut telah diperbaiki pada zaman Ibnu Katsir, iaitu pada tahun 741 hi jrah. Pembiayaannya diambil dari harta orang-orang Nasrani yang sebelumnya telah membakar menara masjid tersebut. Besar kemungkinan nanti Nabi Isa akan turun di tempat itu. Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah s.a.w bersabd a: Para nabi semuanya bersaudara disebabkan ayah mereka satu dan hanya ibu mereka yang berlainan. Sedangkan agama mereka adalah satu. Dan akulah orang yang palin g dekat dengan Isa bin Maryam kerana tidak ada Nabi di antara kami. Sesungguhnya dia akan turun. Apabila dia turun nanti, untuk me-ngenalinya orangnya sedang da n kulitnya putih kemerah-merahan. Dia memakai pakaian yang kuning. Dari kepalany a seperti menitis air walaupun rambut dan kepalanya tidak basah. Dia akan mengaj ak orang kepada Islam. Pada zamannya juga nanti dia akan menghancurkan segala ag ama kecuali Islam. Allah SWT akan membinasakan Dajal pada zamannya, bahkan di ta ngannya. Pada zamannya nanti dunia akan aman sehingga harimau dan unta berkawan dengan baik. Begitu juga harimau dengan lembu, serigala dengan kambing. Kanak-ka nak akan bermain dengan ular dan ular itu tidak menggigit mereka. Keadaan sepert i itu berjalan selama empat puluh tahun. Kemudian Nabi Isa a.s. wafat dan disemb ahyangkan oleh kaum muslimin. Muhammad s.a.w adalah nabi penutup dan tidak akan ada lagi nabi sesudahnya. Turu nnya Nabi Isa pada akhir zaman akan menguatkan lagi kebenaran agama Islam. Islam bererti menyerahkan segala urusan bagi Allah yang Maha Esa dan tidak ada sekutu bagi-Nya, beriman dengan semua Rasul, berserah kepada Allah dan taat dengan seb enar-benar taat. Itu semua sebenarnya sudah dianjurkan oleh agama-agama langit s

emenjak zaman Nabi Ibrahim, selaku bapa nabi-nabi, sampai kepada Muhammad s.a.w selaku nabi terakhir. Isa a.s. adalah nabi dan rasul yang mulia, datang dari sisi Allah. Beliau dahulu sudah ada membawa syariat kepada umatnya tiba-tiba beliau diangkat ke langit. N anti di akhir zaman beliau akan turun lagi dengan izin Allah tetapi bukan membaw a agama atau syariat baru. Beliau datang nanti untuk menguatkan agama Islam, Ummu Syuraik bertanya kepaad Rasulullah s.a.w tentang hari Dajal: Ya Rasulullah, ke mana orang-orang Arab ketika itu? Rasulullah s.a.w menjawab: Jumlah mereka pada waktu itu terlalu sedikit. Mereka lari ke Baitul Maqdis menjumpai Imam mereka, seorang lelaki soleh (Imam Mahdi menurut riwayat itu). Ketika Imam mereka sudah berdiri di depan untuk mengimami solat Subuh, tiba-tiba datang Nabi Isa. Imam mereka itu mundur untuk memberi peluang kepada Nabi Isa un tuk mengimami solat Subuh itu tetapi Isa a.s sambil memegang bahu Imam itu berka ta: Teruskanlah, sesungguhnya iqamat dibacakan untuk engkau. Maka sembahyanglah me reka semua di belakang Imam tadi. Selesai solat, Isa a.s berkata kepada semua jemaah: Bukakan pintu itu. Mereka membu ka pintu masjid itu, tiba-tiba Dajal sudah berdiri di situ dan di belakangnya ad a 70,000 Yahudi lengkap membawa senjata. Melihat Nabi Isa ada di dalam masjid itu, Dajal tiba-tiba saja layu atau cair sep erti cairnya garam disirami air. Dajal itu lari terbirit-birit kerana ketakutan. Nabi Isa bersama kaum Muslimin terus saja mengejarnya kemudian menjumpainya di Babu Luddi. Dan di sanalah Nabi Isa membunuh Dajal itu. Orang-orang Yahudi pun akan dikalahkan dan dibinasakan Allah pada waktu itu. Mere ka cuba lari dan bersembunyi tetapi semua benda tempat mereka bersembunyi akan p andai bercakap atau bercerita dengan izin Allah. Benda-benda dimaksud termasukla h dinding, batu, pokok kayu dan sebagainya. Kalau ada orang Yahudi yang bersembu nyi di balik belakang mereka, benda-benda itu akan memberitahukannya. Termasuk j uga satu pokok berduri (disebut pokok Yahudi), jika mereka bersembunyi di bawahn ya, pokok itu akan berkata: Wahai hamba Allah yang beriman, di sini ada orang Yah udi, bunuhlah dia. Kata Rasulullah s.a.w lagi: Dajal akan berada di dunia selama empat puluh tahun. Satu tahun lamanya seperti setengah tahun, terkadang seperti satu bulan. Satu bu lan seperti satu minggu. Dan pada hari yang terakhir terasa sekejap sahaja. Pagi -pagi kamu berada di pintu masuk kota Madinah (Madinah pada zaman Rasul), sampai kamu di pintu yang lain hari pun masuk waktu malam. Mendengar yang demikian ada yang bertanya: Bagaimana kami mengerjakan solat dalam waktu yang begitu singkat ya Rasulullah? Rasulullah s.a.w menjawab: Ukur sajalah jaraknya dan bandingkan dengan waktu yang panjang sekarang ini. Rasulullah s.a.w berkata: Isa bin Maryam akan memimpin umatku dengan bijaksana da n adil. Beliau akan menghancurkan salib-salib yang ada di dunia ini dan akan mem bunuh semua babi. Beliau juga akan menghapuskan cukai. Manusia pada waktu itu ti dak perlu membayar cukai, bahkan zakat pun tidak dibayar lagi kerana tidak ada o rang yang berhak menerimanya. Pada hari itu semua makhluk dalam keadaan aman dan tenteram. Tidak ada saling cem buru, dengki, saling memarahi dan mengganggu antara sesama makhluk Allah. Sehing ga ada anak perempuan yang bermain-main dengan harimau dan harimau itu tidak men erkamnya, begitu juga kambing berkawan dengan serigala. Seluruh dunia ketika itu nanti diliputi oleh kedamaian, keamanan dan ketenteraman. Bahkan ketika itu nan ti tidak ada pertelingkahan keyakinan dan pendapat. Tidak ada yang disembah sela in Allah. Orang Arab ketika itu nanti akan merampas kembali semua miliknya. Bumi mengeluark an cahayanya, menumbuhkan tanam-tanamannya seperti zaman Nabi Adam. Sehingga man

usia akan memetik buah anggur dan delima sehingga mereka kenyang memakannya. Ibnu Katsir berkata: Abdul Rahman Al-Muharibiy berkata: Sebaiknya hadis ini dijadi kan untuk mendidik saja. Hadis ini tidak sahih tetapi banyak hadis lain yang ham pir sama maksudnya dengannya. Di antaranya ada diriwayatkan oleh Muslim dari Abd ullah bin Umar, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Kamu akan memerangi orang-orang Yahudi. Kamu akan memerangi mereka habis-habisan sehingga batu tempat mereka be rsembunyi pun akan berkata: Wahai orang muslim, di sini ada orang Yahudi, bunuhla h dia. Menurut riwayat, bumi nanti akan mengeluarkan segala khazanah kekayaannya, iaitu pada zaman Nabi Isa. Pada waktu itu dunia dalam keadaan makmur dan harta melimp ah ruah, sehingga tidak ada lagi orang yang berhak menerima zakat. Dari Abu Hurairah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: Sudah hampir masanya turun kepada kamu Ibnu Maryam menjadi hakim yang adil, yang akan membunuh Dajal, membu nuh babi, menghancurkan salib dan menghapuskan cukai kerana harta ketika itu mel impah ruah. Ketika itu nanti manusia hanya sujud kepada Allah Tuhan sekalian ala m. Diriwayatkan oleh Ahmad, dari Ibnu Mas ud, dari Rasulullah s.a.w: Pada malam aku di israk mikrajkan, aku telah berjumpa dengan Ibrahim, Musa dan Isa a.s. Mereka mem bincangkan hari kiamat dengan menanyakan permasalahannya kepada Ibrahim. Tetapi beliau hanya menjawab: Tidak ada pengetahuanku tentang hari kiamat. Cuba kalian t anya kepada Musa. Mereka tanya Nabi Musa tetapi beliau juga hanya menjawab: Aku ti dak tahu tentang kiamat. Cuba kalian tanyakan kepada Isa. Mereka tanyakan kepada Isa kemudian beliau berkata: Sebenarnya tidak ada yang meng etahui masalah ini kecuali Allah. Menurut yang dijanjikan Allah kepadaku, Dajal nanti muncul sedangkan di tanganku ada dua sabit (alat pemotong). Sebaik saja Da jal itu melihat aku, dia pun hancur seperti hancurnya timah yang terkena panas. Allah akan membinasakannya, begitu juga orang-orang kafir lainnya. Sehingga batu dan pokok kayu nanti akan ikut berkata: Wahai orang muslim, di bawahku ada orang kafir bersembunyi, marilah dan bunuhlah dia. Kata Nabi Isa lagi: Setelah Allah SWT membinasakan mereka, orang-orang muslim pul ang ke rumah mereka masing-masing. Dalam keadaan demikian keluar pula Yakjuj dan Makjuj, yakni bertebaran dari segenap penjuru. Kerana banyaknya Yakjuj dan Makjuj itu, maka semua kampung dan tempat tidak ada yang tidak dipijak oleh mereka. Mereka memakan semua makanan yang ada dan meminu m semua air. Setelah habis makanan dan buah-buahan, daun-daunan pun habis mereka makan. Air sungai dan tasik semua habis mereka minum. Tambah beliau lagi: Orang-orang mukmin ketika itu tidak tahan melihat ulah Yakjuj dan Makjuj itu sehingga mereka memohon kepada Allah supaya dibinasakan binatang itu. Berkat doa mereka itu, Yakjuj dan Makjuj itu mati semua. Sekarang timbul m asalah yang cukup besar lagi, yakni bangkai Yakjuj dan Makjuj yang bergelimpanga n di mana-mana. Di mana-mana seluruh dunia terasa bau bangkai. Akhirnya Allah SW T menurunkan hujan lebat sehingga bangkai-bangkai itu hanyut ke sungai dan kemud ian hanyut ke laut. Diriwayatkan oleh Ismail bin Ishak, Rasulullah s.a.w bersabda: Belum terjadi kiam at sebelum Isa bin Maryam berjalan di udara untuk mengerjakan haji dan umrah, at au sehinga Allah SWT menghimpunkan haji dan umrah dan menjadikan Ashabul Kahfi s ahabatnya. Nabi Isa dan kelompok Ashabul Kahfi akan berjalan untuk mengerjakan h aji kerana mereka selama ini belum mati dan belum pernah mengerjakan haji. Sebelum ini sudah diterangkan riwayat dari Abu Hurairah yang mengatakan bahawa N abi Isa a.s akan memimpin dunia nanti selama 40 tahun. Namun demikian disebutkan dalam sahih Muslim, dari Abdullah bin Amr bahawa Nabi Isa akan berada di dunia

selama 7 tahun. Pendapat yang lebih kuat ialah yang mengatakan 40 tahun. Menurut Ibnu Katsir kedua-dua pendapat itu sama-sama benar. Maksudnya kata beliau Nabi Isa diangkat ke langit pada usia 33 tahun, kemudian turun nanti ke dunia selamaa 7 tahun lagi, yakni sebelum beliau diwafatkan Allah SWT. Setelah tujuh tahun me mimpin dunia, Nabi Isa wafat. Maka umur Nabi Isa secara keseluruhannya 40 tahun. Wallahu A'lam. Menurut Ibnu Katsir, sesuai dengan yang termaktub dalam hadis sahih, Yakjuj dan Makjuj akan keluar pada zaman Nabi Isa. Kemudian Allah SWT memusnahkannya berkat doa Nabi Isa pada satu malam. Ada juga disebutkan dalam hadis bahawa Nabi Isa a kan mengerjakan haji setelah turun nanti. Muhammad bin Ka ab Al-Quraiziy berkata, Ashabul Kahfi akan menjadi sahabat Nabi Isa nanti dan mereka akan sama-sama meng erjakan haji. Katanya Nabi Isa akan wafat di Madinah. Beliau akan disembahyangka n oleh kaum muslimin dan dimakamkan berdekatan dengan makam Rasulullah s.a.w. Menurut riwayat, Isa bin Maryam akan dimakamkan bersebelahan dengan kuburan Nabi Muhammad s.a.w, kuburan Abu Bakar dan Umar. Bererti kuburan Nabi Isa merupakan kuburan yang keempat. Dipetik Dari Buku: Menunggu Kedatangan Imam Mahdi, Dajjal & Nabi Isa. Pengarang: Abdul Latif Asyur.

Anda mungkin juga menyukai