Anda di halaman 1dari 2

KESATUAN OLAHRAGA AMATUR MALAYSIA

BORANG MASUK PEPERIKSAAN PEGAWAI-PEGAWAI TEKNIK

MAKLUMAT DAN CARA MENGISI BORANG MASUK PEPERIKSAAN PEGAWAI TEKNIK GRED 3

1. Borang Masuk hendaklah disediakan dan diedarkan seperti berikut:


1.1 Sila hantar borang pendaftaran yang lengkap melalui email ke goprisee@yahoo.com dan bayaran
penuh kepada:-

En.R.Govindaraju
24 , Jalan Bangau 1
Taman Minamah
14300 Nibong Tebal.

1.2 Satu salinan fotostat kepada Ketua Pengawas Pusat Peperiksaan oleh POA Negeri/ATM
1.3 Salinan fotostat yang keempat disimpan oleh POA Negeri/ATM.

2. Alamat calon-calon tidak dikehendaki dalam borang, tetapi POA Negeri/ATM diminta menyimpan
butir-butir ini supaya keputusan peperiksaan dapat dihantar kepada mereka oleh POA masing-masing.

3. Tiap-tiap pusat peperiksaan mesti mempunyai sekurang-kurangnya 20 orang calon. (kedua-dua gred)

4. Kertas Peperiksaan Gred 3 akan mengandungi soalan-soalan Bahagian Balapan dan Padang

5. Nombor Pusat : (*)


Isikan nombor pusat mengikut giliran dalam POA tuan. Mulakan penomboran pust-pusat dalam POA
tuan dengan nombor 01. Tuliskan abjad POA tuan sebelum nombor pusat. Abjad-abjad POA ialah:-

A = PERAK B = SELANGOR C = PAHANG D = KELANTAN


E = SARAWAK J = JOHOR K = KEDAH M = MELAKA
N = N.SEMBILAN P = P.PINANG R = PERLIS S = SABAH
T = TERENGGANU W = W.PERSEKUTUAN U = MSSM/IPT Z = ATM

6. Nama dan Alamat Pusat mesti dicatat dengan lengkap dengan poskod.

7. Nama calon mesti diisi mengikut kad pengenalan. Nombor kad pengenalan setiap calon mesti ditulis
dalam ruang yang disediakan. Calon-calon yang nombor kad pengenalannya tidak diisi tidak akan
dibenarkan mengambil peperiksaan. Nombor kad pengenalan setiap calon akan disemak oleh Ketua
Pengawas Peperiksaan. Oleh kerana itu semua calon mesti diberitahu oleh POA membawa kad
pengenalan mereka pada hari peperiksaaan.

8. Angka-angka giliran hendaklah diberikan oleh POA seperti berikut:


Gred 3 : 3001, 3002, 3003, 3004, 3005, 3006, …..dsb.
Mula dengan angka giliran 3001 bagi setiap pusat. Nombor pusat adalah berlainan.

9. Semua Borang Masuk termasuk borang-borang fotostat mesti disahkan dan melalui oleh Setiausaha
Kehormat POA Negeri/ATM .

10. Sila buat salinan fotostat mana-mana borang yang tidak mencukupi.

11. Sila patuhi tarikh tutup Borang Masuk Peperiksaan. Borang-borang yang lewat diterima akan ditolak.

Anda mungkin juga menyukai