Anda di halaman 1dari 8

Top of Form

 Search:
Ang Report Abuse   « Previous | Top 100
The
elfir | Next »
Web
e
aurat dalam+is share: del.icio.us | digg | reddit | furl |
  facebook

HUKUM AURAT WANITA ISLAM


Berkaitan dengan hukum aurat perempuan secara jelasnya telah dinyatakan oleh Allah
Taala dalam Al-Qur'an sebagai satu perintah dan kewajipan yang harus dilaksanakan oleh
hambaNya yang mukmin mengikut keadaan dan situasi yang tertentu. Adalah menjadi
satu kemestian "WAJIB" bagi setiap wanita akur dengan perintah Allah untuk
memakai menutup kepala mereka dan jika perlu termasuk juga mukanya  tanpa banyak
soal dan tanpa alasan-alasan yang bodoh. Kiranya ada di antara mereka yang ingkar
dengan perintah yang sudah termaktub dalam Kitabullah,  ingatlah siksaan Allah
adalah amat keras buat mereka!!!!!!.  Sebagai melaksanakan kewajiban untuk
menyebarkan yang HAQ ini, maka suluk bentangkan di sini dalil dan nas yang berkaitan
dengan KEWAJIPAN MENUTIP AURAT bagi setiap wanita Islam yang mengaku
beriman dengan Kitab Allah dan Rasulnya.  Antaranya ialah sebagaimana berikut;

Nas Pertama

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya


menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan
memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka
memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir
daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya
dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan
perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa
mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-
anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi
saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara
mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau
hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang
telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-
kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan
janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan
apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu
sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu
berjaya." [Surah An-Nur:31}

Nas Kedua

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu


serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan
pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar);
cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai
perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu.
Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani." [Surah Al-Ahzab:59]

Nas Ketiga {Dari Kitab-kitab karangan Ulama Muktabar]

1. Aurat antara muslimat dan bukan muslimat.


Khilaf ulama' dalam mentafsirkan kalimah `auNisaa' ihinna' dalam ayat 31 surah anNuur
(24).
Menurut Tafsir Fakhrur_Razi, Jld 23, ms 207 menyatakan jumhur ulama' mentafsir
kalimah itu sebagai wanita-wanita Islam sahaja. Dari tafsir Qurthubi (Jld 12, ms 233)
juga mentafsirkan kalimah "aunisaa'ihinna" itu sebagai wanita muslimah sahaja.

Ini bermakna aurat wanita dihadapan wanita bukan Islam ialah muka dan dua tapak
tangan. Imam Qurthubi membawa hujah perintah Umar alKhattab RA kepada
Gabnurnya, Abu Ubaidah alJarrah  supaya tidak membenarkan wanita Islam mandi
bersama wanita ahli Zimmah di permandian awam.

Pandangan yang agak berlainan dari pandangan jumhur ialah pendapat Ibn Arabi
(Ahkamul Qur'an, Jld 3, ms 326)
beliau berpendapat maksud `aunisaa'ihinna' (wanita mereka) itu bermaksud semua wanita
yang baik akhlaqnya dan baik hubungannya dengan wanita muslimah. Ini bermakna
wanita Islam boleh membuka auratnya kepada wanita yang baik akhlaknya dan menjalin
hubunan baik dengan mereka. Ia termasuk wanita bukan Islam. Jika wanita itu buruk
akhlaknya termasuk wanita Islam sendiri, maka wanita Islam tidak boleh membuka
auratnya. Syaikh Ali Asyhabuni (mufassir baru dari Saudi (Tafsir Asyabuni) menyokong
pendapat Ibn Arabi.

MASALAH PERTAMA:
Hukum lelaki yang baligh melihat perempuan ajnabi. Di bawah ini saya nyatakan
beberapa masalah di sekitar hukum ini:
a) Haram melihat kepada aurat perempuan yang ajnabi. Aurat perempuan di hadapan
lelaki ajnabi sebagaimana yang telah disepakati oleh jumhur fuqahak ialah seluruh
tubuh badannya kecuali muka dan dua tapak tangan.

b) Fuqahak telah berselisih pendapat mengenai muka dan dua tapak tangan perempuan
ajnabi, adakah ia aurat atau tidak.

Menurut sebahagian ulamak, kedua anggota ini adalah aurat yang wajib ditutup samada
ia menimbulkan fitnah ataupun tidak, atau samada akan menaikkan syahwat kepada lelaki
yang melihat ataupun tidak.

Sebahagiannya pula berpendapat bahawa kedua anggota ini bukanlah aurat yang wajib
ditutup. Tidak diharamkan bagi seorang lelaki melihatnya.

Walaubagaimanapun mereka ini bersepakat mengatakan bahawa keduanya haram


dilihat apabila akan menimbulkan fitnah. Ini bermakna mereka bersetuju
mengatakan haram hukumnya bagi lelaki ajnabi melihat kedua anggota ini apabila
menimbulkan fitnah atau melihat keduanya dengan syahwat.

c) Pengharaman melihat aurat bukan sahaja pada anggota yang masih berhubung atau
melekat dengan tubuh badan, bahkan diharamkan juga melihatnya setelah ia bercerai dari
tubuh badan seperti kuku, rambut, bulu kemaluan dan lain-lain.

Wajib menyimpan anggota atau bulu yang telah bercerai dari tubuh badan dari dilihat
oleh lelaki atau perempuan ajnabi.

MASALAH KEDUA: Kanak yang belum mengerti tentang aurat perempuan


melihat perempuan.

Perempuan tersebut wajib menutup anggota di antara pusat dan lutut sebagaimana
auratnya di hadapan mahram.

MASALAH KETIGA: Lelaki yang hampir baligh.

Lelaki yang hampir baligh diharamkan melihat aurat perempuan yang ajnabi
sebagaimana lelaki yang telah baligh (lihat masalah pertama).

MASALAH KEEMPAT: Lelaki yang terpotong zakarnya dan buah pelirnya

Lelaki ini diharuskan melihat perempuan yang ajnabi sebagaimana dia melihat
mahramnya, iaitu selain anggota di antara pusat dan lututnya.

MASALAH KELIMA: Lelaki yang hanya mempunyai zakar sahaja tanpa buah
pelir atau yang mempunyai buah pelir sahaja tanpa zakar
Lelaki ini seperti hukum lelaki yang normal, iaitu yang mempunyai zakar dan buah pelir
(lihat masalah pertama).

MASALAH KEENAM: Hamba lelaki melihat tuannya (perempuan)

Jika hamba tersebut bersifat adil (tidak fasik) dan tuannya juga bersifat adil, maka harus
melihatnya sebagaimana melihat mahram, iaitu selain dari anggota di antara pusat dan
lutut.

MASALAH KETUJUH: Melihat hamba perempuan

Melihat hamba perempuan sebagaimana hukum melihat perempuan yang merdeka (lihat
masalah pertama).

MASALAH KELAPAN: Melihat kanak-kanak perempuan

Harus melihat seluruh anggota kanak-kanak perempuan yang belum sampai peringkat
diingini oleh lelaki kecuali pada farajnya.
Diharuskan kepada ibubapa, penjaga atau perempuan yang menyusukan kanak-kanak
perempuan yang masih dalam peringkat menyusu dan asuhan melihat dan menyentuh
farajnya. Kerana dalam usia begini, ibu ataupun pengasuh terpaksa membasuh farajnya
dari najis, mengubatinya atau sebagainya.

Melihat dan menyentuh zakar kanak-kanak lelaki adalah sebagaimana faraj kanak-kanak
perempuan.

MASALAH KESEMBILAN: Melihat perempuan yang telah tua

Imam al-Ghazali berkata bahawa hukum melihat perempuan ajnabi yang telah tua adalah
sebagaimana hukum melihat perempuan yang masih muda.

MASALAH KESEPULUH: Melihat perempuan yang mahram (yang haram


dinikahi seperti ibu, saudara perempuan dan sebagainya)

Seorang lelaki diharamkan melihat anggota di antara pusat dan lutut mahramnya. Dia
diharuskan melihat selain dari anggota tersebut.

Dia juga diharuskan berkhalwat dan bermusafir bersama mahramnya.

MASALAH KESEBELAS: Lelaki melihat lelaki

Seorang lelaki diharuskan melihat selain dari anggota di antara pusat dan lutut lelaki lain.

MASALAH KEDUABELAS: Melihat lelaki muda belia yang belum ditumbuhi


janggut atau bulu (amrad)
Haram melihatnya dengan syahwat.

MASALAH KETIGABELAS: Perempuan melihat perempuan

Sebagaimana hukum lelaki melihat lelaki (lihat masalah kesebelas).

MASALAH KEEMPATBELAS: Perempuan kafir melihat perempuan muslimah

Diwajibkan kepada perempuan muslimah menutup auratnya di hadapan perempuan kafir


kerana tidak, berkemungkinan dia akan menceritakan auratnya kepada lelaki kafir.

MASALAH KELIMABELAS: Perempuan melihat lelaki yang ajnabi

Sebagaimana hukum lelaki melihat perempuan yang ajnabi (lihat Masalah pertama).

MASALAH KEENAMBELAS: Perempuan yang fasik melihat perempuan yang


terpelihara kehormatannya

Perempuan yang terpelihara kehormatannya wajib menutup auratnya di hadapa


perempuan yang fasik kerana melakukan zina atau lebian (hubungan seks antara
perempuan dengan perempuan)

MASALAH KETUJUHBELAS: Suami melihat isteri


 

Di bawah ini adalah masalah yang berhubung kait dengan hukum ini:

a) Harus bagi suami melihat seluruh tubuh badan isterinya atau hamba perempuan yang
halal untuknya, tetapi makruh melihat farajnya lebih-lebih lagi batin farajnya.

b) Diharuskan juga menyentuh farajnya. Manakala melihat dan menyentuh duburnya


tanpa memasukkan zakar ke dalamnya adalah harus.

c) Pengharusan ini hanya berlaku ketika isterinya masih hidup lagi. Setelah kematiannya,
hukumnya adalah sebagaimana melihat mahramnya (lihat masalah kesepuluh).

MASALAH KELAPANBELAS: Isteri melihat suami

Sebagaimana hukum suami melihat isteri (lihat masalah ketujuhbelas).

MASALAH KESEMBILANBELAS: Menyentuh sesuatu yang haram dilihat

Masalah di sekitar hukum ini ialah:


a) Haram menyentuh sesuatu yang haram dilihat sebagaimana yang tercatat di dalam
masalah-masalah yang lalu, kerana menyentuh adalah lebih mendatangkan kenikmatan
dan kelazatan lagi jika dibandingkan dengan melihat.
b) Haram bagi dua orang lelaki atau dua orang perempuan berbaring di dalam satu kain
atau selimut dalam keadaan berbogel dan di atas satu tilam.

Ibubapa atau penjaga wajib memisahkan di antara kanak-kanak lelaki atau perempuan
dari tempat tidur ibubapanya. Begitu juga antara adik beradik  lelaki dan perempuan.

c) Haram memicit atau mengurut peha lelaki lain tanpa lapik. Jika berlapik, maka
diharuskan tetapi dengan syarat tidak dikhuatirkan fitnah dan tidak dengan syahwat.

d) Haram menyentuh mahramnya, begitu juga sesama lelaki atau sesama perempuan
sekalipun pada anggota yang harus dilihat seperti pada kaki atau perutnya, termasuk
mengusapnya kecuali kerana hajat atau dilakukan kerana timbul dari perasaaan kasih
sayang serta bebas dari fitnah dan syahwat.

e) Haram menyentuh muka perempuan yang ajnabi sekalipun diharuskan melihatnya


kerana hendak meminang.

f) Hukum berjabat tangan.

i- Seorang lelaki diharamkan berjabat tangan dengan perempuan yang ajnabi. Dalil yang
mendasari hukum ini ialah:

Dalil pertama:
Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Saiyidah Aisyah r.a. mengenai bai'ah yang
dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. terhadap beberapa orang perempuan, Aisyah r.a.
berkata:
" Demi Allah, tangan baginda tidak menyentuh seorang perempuan pun dalam
pembai'atan itu. Baginda hanya membai'at mereka dengan perkataannya: "Benar-benar
telah aku bai'at kamu atas hal itu." (Riwayat Bukhari)

Al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitabnya Fathul Bari berkata:


"Maksud ucapan Rasulullah s.a.w.:
"Benar-benar telah bai'at kamu dengan ucapan."
adalah ucapan tanpa berjabat tangan sepertimana yang biasa terjadi, di mana lelaki
berjabat tangan sewaktu bai'ah dijalankan.

Dalil kedua:
Dari Abdullah bin Amr bin al-As r.a. berkata:
"Rasulullah s.a.w. tidak pernah berjabat tangan tangan dengan perempuan dalam
pembai'atan." (Riwayat Imam Ahmad)

Sunat berjabat tangan antara sesama lelaki atau sesama perempuan ketika bertemu.

Makruh berjabat tangan dengan orang yang mempunyai penyakit kusta.


Haram hukumnya berjabat tangan dengan amrad (lelaki muda yang belum tumbuh misai
atau bulu) dengan disertai oleh syahwat.

g) Makruh memeluk dan mengucup kepala sesama lelaki atau sesama perempuan kecuali
terhadap orang yang baru sampai dari musafir atau orang yang lama tidak ditemui.
Bahkan perkara ini sunat dilakukan.

h) Sunat mengucup tangan orang soleh, warak, berilmu agama atau sebagainya yang
dihormati dan dimuliakan dari segi agamanya. Manakala makruh hukumnya melakukan
perkara tersebut terhadap orang yang dihormati dari sudut keduniaannya, seperti orang
yang berpangkat, orang kaya atau sebagainya.

i) Diharuskan mengucup mayat orang soleh.

j) Sunat mengucup kanak-kanak sekalipun anak orang lain kerana kasih sayang.

k) Sunat berdiri untuk orang yang mempunyai kelebihan di dalam bidang ilmu agama
kerana menghormatinya, bukan kerana riyak, membesarkan atau mengagungkannya.

l) Makruh membongkokkan badan terhadap sesiapa sahaja.


 

KEADAAN KEDUA: MELIHAT DENGAN HAJAT

Berikut ini adalah masalah yang berhubung kait dengan keadan kedua ini, iaitu:

1) Harus melihat muka dan tapak tangan perempuan ajnabi kerana hendak
mengahwininya

2) Kerana hendak membeli hamba perempuan.

Diharuskan melihat selain dari anggota di antara pusat dan lutut.

3) Kerana bermuamalat atau berurusan dengan perempuan seperti berjual beli. Yang
dibenarkan hanyalah melihat mukanya sahaja untuk mengenalinya.

4) Menjadi saksi, seperti melihat faraj atau zakar kerana menjadi saksi zina atau melihat
buah dada kerana menjadi saksi penyusuan.

5) Harus melihat dan menyentuh perempuan ajnabi dengan tujuan berbekam atau
mengubatinya, tetapi dengan dua syarat:
a) Pengubatan itu dilakukan di hadapan mahram, suami atau dua orang perempuan yang
boleh dipercayai.
b) Tidak terdapat seorangpun perempuan yang boleh mengubatinya.
6) Harus melihat muka perempuan ajnabi dan amrad ketika mengajar dengan syarat:
a) Ketiadaan tenaga pengajar wanita.
b) Berkeuzuran untuk mengajar di balik tabir, sebagai contoh: Ketika mengajar menulis
atau menjahit guru terpaksa mengajarnya tanpa tabir.
c) Ada mahram, suami atau dua perempuan yang boleh dipercayai bersama perempuan
tersebut.

7) Haram mengajar isteri yang telah ditalak.

Demikian himpunan hukum-kukum yang berkaitan dengan aurat perempuan yang dikutip
dari Al-Quran, Hadis dan Ulama-ulama yang Muktabar.

Kesimpulannya;  tidak syak lagi bahawa WAJIB bagi seorang perempuan menutup
kepala dan seluruh tubuh kepada lelaki-lelaki asing.

Sebagai pengakhirnya renungilah firman Allah Taala seperti di bawah, semoga sama-
sama kita mendapat peringatanNya;

"Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan
- apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu
perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan
sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada
hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan
kesesatan yang jelas nyata." {Surah Al-Ahzab:36}
.
Allahu A'lam

Rujukan
Al-Quran
Kitab-kitab tua
Al-Ahkam on line
 

Anda mungkin juga menyukai