Anda di halaman 1dari 2

Pengarah,

Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan,


Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 2, Blok E6, Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
Up: En. Zunaide B. Kayu @ Farni
Timbalan Pengarah (Bhg Keselamatan Sinaran)

Tuan,

PERMOHONAN UNTUK MENGGUNAKAN RADAS PENYIARAN DI


PUSAT JANTUNG HOSPITAL UMUM SARAWAK

- Pelan Susunatur Lantai


- Salinan Ringkasan Laporan Ujian Kawalan Mutu Dan Sijil Kawalan Mutu

Adalah dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara diatas.

2. Untuk pengetahuan pihak tuan, radas penyiaran ini pada asalnya adalah dibawah
seliaan Sarawak International Medical Centre (sila rujuk No. Fail H/6SAR0107) dan
telah diambilalih oleh Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak pada 1 Januari 2011.

3. Bersama ini saya kemukakan pelan susunatur lantai bagi radas penyiaran tersebut
(Lampiran A) untuk pengesahan pihak tuan. Sila maklum juga bahawa radas
penyiaran tersebut telah siap dipasang, diuji dan telah diterima pakai (T&C) di Unit
Pengimejan Diagnostik, Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak. Satu salinan
Laporan Ujian Kawalan Mutu dan Sijil Ujian Kawalan Mutu untuk setiap radas
penyiaran juga dikepilkan bersama untuk perhatian dan rujukan pihak tuan.

4. Pengesahan dan maklumbalas segera dari pihak tuan amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

‘PENYAYANG, KERJA BERPASUKAN & PROFESIONALISMA ADALAH


BUDAYA KERJA KITA’

Saya yang menurut perintah,

DR. ABDUL RAHIM BIN ABDULLAH


Pengarah,
Hospital Umum Sarawak,
Kuching
LAMPIRAN A

Jenis Radas Radiografi Am


Model Philips Optimus 80
No. Siri Panel Kawalan 080675
No. Siri Tiub 221382

Jenis Radas Radiografi Am (Mudah Gerak)


Model Philips Practix 400
No. Siri Panel Kawalan 06561806
No. Siri Tiub 67695-6U

Jenis Radas Radiografi Am (Mudah Gerak)


Model Philips Practix 400
No. Siri Panel Kawalan 06561805
No. Siri Tiub 67694-6U

Jenis Radas Fluroskopi Am


Model Philips Multi Diagnost Eleva (VelaraR/F)
No. Siri Panel Kawalan 064329
No. Siri Tiub 209862

Jenis Radas Fluroskopi Am (Mudah Gerak)


Model Philips BV Endura
No. Siri Panel Kawalan 000101
No. Siri Tiub 975352

Jenis Radas Fluroskopi Am (Mudah Gerak)


Model Philips BV Endura
No. Siri Panel Kawalan 000126
No. Siri Tiub 975437

Jenis Radas Fluroskopi Am (Mudah Gerak)


Model Philips BV Endura
No. Siri Panel Kawalan 000127
No. Siri Tiub 975441

Anda mungkin juga menyukai