Anda di halaman 1dari 1

Kepada

Yang DiPertua
Majlis Perbandaran Kajang
Menara MPKj
Jalan Cempaka Putih
Off Jalan Semenyih
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan 01 Julai 2009

Tuan,

Rayuan Mengenepikan Kompaun Kesalahan Mempamerkan Iklan Tanpa Lesen dari MPKj

Merujuk kepada perkara di atas, pihak tadika Raudhah al-Falah ada menerima notis peringatan
bayaran kompaun bagi kesalahan mempamerkan iklan tanpa lesen dari MPKj bertarikh 10 Jun
2009 dan diterima pada 30 Jun 2009.

2. Berdasarkan surat tuan, kami mengaku melakukan kesalahan tersebut pada tarikh
seperti di dalam surat tuan.

3. Bagi menguatkan hujah tadika, untuk pengetahuan pihak tuan tadika telah ditubuhkan
pada tahun 2003 hinggalah sekarang. Pada tahun-tahun tersebut iklan telah dipamerkan dipagar
Sek.Keb.Bandar Tun Hussien Onn 2 dengan kebenaran pihak sekolah melalui guru besar. Ini
kerana melalui maklumat yang kami dapat dari MPKj, sebarang iklan yang hendak dipamerkan
di permis persendirian atau di sekolah-sekolah, kebenaran tidak melalui MPKj. Lantaran itu iklan
dipamerkan tanpa lesen dari pihak MPKj.

4. Pihak kami memohon agar rayuan ini diterima dan kami berjanji tidak akan mengulangi
kesalahan tersebut pada masa-masa akan datang. Untuk pengetahuan pihak tuan juga,
berdasarkan jumlah kompaun yang ditetapkan, pihak kami tidak berkemampuan untuk
menjelaskannya kerana tadika ini adalah sebuah tadika yang kecil sahaja. Sebarang kerjasama
dari pihak tuan kami ucapkan jazakumullahu khairan kathiran.

Sekian,

Yang Benar,

…………………………………….
(Ust. Mohd Faisal al-Hafiz bin Mohd Noor)
Mudir,
Raudhah al-Falah

Anda mungkin juga menyukai