Anda di halaman 1dari 8

SKRIP PERMOHONAN JAMINAN

Jurubahasa Kes Tangkap M4-14-124-2020, OKT Muhammad Fareez Bin Alang

DPP Dengan izin Tuan, saya Deena binti Mohamad Ajmal, Timbalan

Pendakwaraya yang mengendalikan pendakwaan kes ini pada hari ini.

Bersama-sama saya pada hari ini adalah rakan saya yang terpelajar, Anisatul

Akmalia iaitu peguambela bagi OKT.

Peguambela Benar, Tuan.

DPP Sepertimana yang sedia maklum, hari ini kes telah ditetapkan untuk sebutan.

Dengan izin mahkamah yang mulia ini saya pohon untuk menandakan dan

mengemukakan kertas pertuduhan sebagai ekshibit. (Kertas pertuduhan

diberikan kepada jurubahasa).

Jurubahasa Saya tandakan kertas pertuduhan sebagai ekshibit P1

DPP Dengan izin mahkamah yang mulia ini, saya pohon untuk dibacakan kertas

pertuduhan.

Majistret Baik. Adakah suspek faham Bahasa Melayu?

DPP Dengan izin Tuan, suspek memahami Bahasa Melayu


Jurubahasa (Kertas pertuduhan dibacakan).

Bahawa kamu pada 12 November 2020, lebih kurang jam 9.45 malam di
hadapan Kedai Barang Kemas Sajat Gold di No. B-27-G, Jalan Serai Wangi
K16/K, Seksyen 16, 40200, Shah Alam, Selangor, telah menyerang
Mustapha bin Ahmad (No. K/P: 940415-14-4785) dan terus mengacu pisau
ke tengkuk mangsa. Seterusnya, kamu telah memaksa mangsa menyerahkan
kesemua barang kemas yang baru dibeli di kedai barang kemas berkenaan.
Kamu telah menetak bahu mangsa apabila mangsa enggan memberikan
barang kemas tersebut sebelum kamu melarikan diri meninggalkan lokasi
kejadian. Dengan itu, kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh
dihukum di bawah Seksyen 392 & 397 Kanun Keseksaan.

Muhammad Fareez Bin Alang, kamu faham pertuduhan ini?


OKT Faham.

Jurubahasa Suspek faham pertuduhan Tuan.

Kamu mengaku bersalah atas pertuduhan ini?

OKT Saya mengaku tidak bersalah.

Jurubahasa OKT faham pertuduhan dan mengaku tidak bersalah Tuan.

Majistret Jurubahasa, sila beri tarikh lapang untuk pengurusan kes ini.

Jurubahasa 10 Disember 2020, Tuan.

Majistret Ada apa-apa bantahan bagi tarikh yang dicadangkan?

Peguambela
Dengan izin Tuan, pada tarikh berkenaan saya mempunyai kes di Mahkamah

Tinggi Kuala Lumpur.

Magistret Baiklah. Jurubahasa, sila beri tarikh lapang seterusnya.

Jurubahasa 14 Disember 2020, Tuan.


Baiklah, tarikh perbicaraan ditetapkan 14 Disember 2020.

Magistret
Setuju, Tuan. Terima kasih.
Peguambela

TPR Terima kasih Tuan.

Majistret Pendakwa Raya, sila berikan salinan dokumen-dokumen yang telah

ditandakan kepada Peguam Bela untuk tujuan perbicaraan.

TPR Baiklah Tuan.

Majistret Baiklah, Timbalan Pendakwaraya tawarkan jaminan?

TPR Tidak ada jaminan ditawarkan Tuan.

Majistret Peguambela OKT ada apa-apa nak cakap?


Peguambela Dengan izin Tuan, saya Anisatul Akmalia dari Tetuan Alia Ajmal,

peguambela bagi OKT. Bagi pihak anak guam saya, saya memohon supaya

jaminan ditawarkan dan jumlah jaminan tidak berlebihan. Walaupun anak

guam saya dituduh melakukan kesalahan tidak boleh dijamin, Mahkamah ini

mempunyai budi bicara untuk membenarkan jaminan, mengikut ​Seksyen 388

Kanun Prosedur Jenayah. Mahkamah ini boleh mengambil kira beberapa

faktor dalam membuat keputusan untuk membenarkan jaminan atau tidak.

Dalam kes ​Pendakwa Raya v Dato’ Seri Anwar Ibrahim​, kesalahan

dengan hukuman tidak melibatkan hukuman mati atau penjara seumur hidup

boleh diberikan jaminan atas budi bicara mahkamah.

Tuan, anak guam saya merupakan seorang yang berperibadi baik. Ini dapat

dilihat berdasarkan kerjasama yang telah diberikan oleh anak guam saya

kepada pihak polis dalam penyiasatan kes ini. Anak guam saya juga tidak

mempunyai sebarang rekod sabitan lampau dan merupakan pesalah kali

pertama. Tuan, untuk makluman Mahkamah yang Mulia ini, OKT berumur

33 tahun. Ini merupakan kesalahan pertama OKT. Saya dengan rendah diri

merujuk kepada kes ​Raja Izzudin Shah [1979] 1 MLJ 270​, di mana

Mahkamah mengambil kira faktor bahawa pesalah dalam kes tersebut telah

menyesali perbuatannya dan telah berjanji untuk tidak mengulangi kesalahan

tersebut. Saya difahamkan bahawa OKT telah benar-benar menyesali

perbuatannya dan berharap agar Mahkamah dapat memaafkan kesalahannya

dan memberi peluang kepadanya untuk pulang ke pangkal jalan yang benar

dan memperbaiki dirinya.

Selain itu, Tuan Hakim, OKT berasal dari keluarga yang susah, ibu OKT

menghidapi penyakit buah pinggang dan perlu melalui rawatan dialisis setiap
hari dan kini beliau merupakan sumber pendapatan keluarga. Selain itu, OKT

hanya bekerja sebagai penolong pemotong ayam di pasar pagi.

Akhir sekali, OKT turut mempunyai masalah kesihatan iaitu asthma yang

kronik akibat tabiat merokok yang menyebabkannya memerlukan ubat secara

berterusan dan serangan tersebut boleh datang pada bila bila masa sahaja.

Laporan kesihatan OKT dengan ini saya serahkan kepada mahkamah sebagai

bukti.

Jurubahasa Laporan kesihatan ini ditandakan sebagai ekshibit P2.

Peguambela Tuan, saya bagi pihak anak guam saya juga ingin memohon supaya jumlah

jaminan yang dibenarkan tidak berlebihan dan sesuai dengan gaji OKT

sebagai seorang penolong pemotong ayam. Ini selaras dengan prinsip yang

telah diutarakan oleh Mahkamah dalam kes ​Chong Loke Kiang v

Pendakwa Raya [2009] MLJU 1169 ​iaitu tujuan membenarkan jaminan

adalah untuk memastikan bahawa tertuduh akan menghadirkan diri di

Mahkamah untuk menjawab pertuduhan terhadap beliau. Jaminan bukan

bertujuan untuk menghukum dan jumlah jaminan yang berlebihan tidak

diperlukan.

Dengan itu Tuan, saya bagi pihak anak guam saya memohon supaya anak

guam saya dilepaskan atas jaminan dan jumlah jaminan tidak berlebihan.

Majistret Timbalan Pendakwaraya ada sebarang hujahan lanjut?


TPR Dengan izin Tuan, pihak pendakwaan memohon kepada Mahkamah

supayaatidak membenarkan jaminan ke atas OKT. Ini kerana kesalahan yang

dilakukan oleh OKT iaitu merompak menggunakan senjata dan

mengakibatkan kecederaan parah terhadap mangsa. Selain itu, OKT mungkin

akan mendekati mangsa sekiranya dilepaskan atas jaminan.

Tuan, pihak pendakwaan juga mencadangkan kepada Mahkamah supaya

jumlah jaminan yang tinggi dikenakan sekiranya Mahkamah membuat

keputusan untuk membenarkan jaminan. Jumlah yang sepatutnya dikenakan

ialah RM 5,000.

Pihak pendakwaan juga memohon kepada Mahkamah supaya mengenakan

syarat ke atas jaminan sekiranya Mahkamah membuat keputusan untuk

membenarkan jaminan. Bagi kesalahan tidak boleh jamin, Mahkamah boleh,

sebagai tambahan kepada pernyataan jumlah jaminan dan bilangan penjamin,

mengenakan syarat yang munasabah ke atas jaminan tersebut, seperti dalam

kes ​Mohd Jalil bin Abdullah v Public Prosecutor [1996] 5 MLJ 564​.

Dengan ini, pihak pendakwaan memohon kepada Mahkamah supaya

mengenakan syarat ke atas jaminan, iaitu OKT perlu melaporkan diri di Balai

Polis Seksyen 9, Shah Alam setiap hari dari tarikh OKT dilepaskan sehingga

tarikh perbicaraan.

Majistret Peguambela, OKT ada penjamin yang sedia menjamin?

Peguambela Ada, Tuan.

Majistret Siapa penjamin OKT?

Peguambela Amat bin Jumaat, Tuan.


Majistret Sila panggil penjamin ke hadapan.

Jurubahasa Amat bin Jumaat? Sila ke hadapan.

Majistret Amat bin Jumaat.

Penjamin Ya Tuan

Majistret Apa hubungan kamu dengan OKT?

Penjamin Saya sepupu OKT, Tuan.

Majistret Baik, kamu kembali ke tempat kamu.

Penjamin Terima kasih Tuan.


Majistret Baiklah. Setelah mempertimbangkan hujah-hujah daripada pihak

pendakwaan dan peguambela OKT, Mahkamah dengan ini tidak

membenarkan jaminan ke atas OKT dengan alasan bahawa kesalahan yang

dilakukan oleh OKT iaitu merompak dibawah seksyen 392 dan 397 Kanun

Keseksaan merupakan satu kesalahan yang berat di mana di bawah kanun

tatacara jenayah menyatakan bahawa kesalahan merompak adalah kesalahan

yang tidak boleh dijamin tetapi ia bergantung kepada budibicara saya sebagai

Majistret kes ini. Saya mendapati alasan alasan yang diberikan oleh

peguambela tertuduh tidak cukup kuat untuk menyokong permohonan ikat

jamin ini seperti di dalam kes ​Public Prosecutor v Wee Swee Siang [1948]

MLJ 114​. Maka, saya memutuskan tertuduh ditahan di lokap polis sementara

menunggu tarikh perbicaraan.

TPR Terima kasih, Tuan.

Peguambela Terima kasih, Tuan

Anda mungkin juga menyukai