Anda di halaman 1dari 12

Pengenalan

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang . Segala puji dan
selawat kepada Nabi pilihanNya Muhammad SAW. Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT
kerana dengan limpah kurniaNya , tugasan bagi memenuhi keperluan subjek Asas Kuasa Dan
Mesen Elektrik , SEE 4413  yang releven untuk memperkasakan para pelajar dalam dunia
yang bergerak kearah aliran globalisasi khususnya yang mengambil pengkhususan dalam
bidang kejuruteraan elektrik .

              Kajian ringkas yang berteraskan Pembelajaran Berdasarkan Masalah ( PBL ) adalah
berkenaan penyelesaian suatu senario yang diberikan oleh pensyarah . Ia adalah berkisar
tentang satu senario di mana sebuah kampung memerlukan bekalan elektrik . Perkara ini telah
diketengahkan oleh Wakil Rakyat kampung berkenaan yang turut tersiar di media . Sebagai
CEO Tenaga Nasional Berhad , cabaran utama yang dihadapi ialah untuk memberikan
penjelasan tentang sebab berlakunya masalah tersebut dan seterusnya memberikan jalan
penyelesaian terbaik yang diperlukan . Tugasan berkumpulan ini diharap dapat memberikan
sedikit sumbangan dalam mengembangkan pengetahuan bukan sahaja bagi kami yang
mengkaji malah diharap dapat dimanfaatkan oleh mereka yang lain untuk kajian yang lebih
lanjut.

             Senario yang berupa masalah yang diberikan telah difikir dan dikupas bersama dalam
beberapa sesi perbincangan kumpulan . Semua aspek telah diambil kira iaitu termasuk
kehendak sebenar kepada penyelesaian situasi tersebut . Apabila penyelesaian telah
diperoleh , ia diperhalusi lagi iaitu mengambil kira beberapa faktor termasuk kapasiti  kuasa
yang diperlukan , kos , kemudahan yang tersedia dan faktor sekeliling di kawasan yang
terlibat . Selain itu , satu penyelesaian jangka pendek turut dicadangkan sementara menanti
kemudahan yang sebenar dapat beroperasi sepenuhnya . Ini adalah rentetan daripada desakan
untuk menyiapkan kemudahan tersebut menjelang pilihanraya akan datang oleh wakil rakyat
kampung tebabit .           

            Rujukan tambahan melalui daftar bibliografi yang disertakan pada setiap perbincangan
disertakan dalam lampiran dan kajian lanjutan bagi menambahkan kefahaman berkenaan tajuk
ini boleh diteruskan lagi kerana perbincangan berkenaan tajuk ini semakin meluas dari masa
ke semasa kerana ia bertindakbalas dengan perkembangan teknologi yang berlaku begitu
pantas dewasa inik .
     Saya juga ingin  merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pensyarah saya, Dr
Azhar Bin Khairuddin yang memberikan kesempatan kepada  kami untuk membuat kajian
ini . Juga ibu bapa kami yang tidak jemu-jemu memberikan dorongan untuk terus menimba
ilmu pengetahuan di Universiti Teknologi Malaysia ini . Akhirnya saya memanjatkan doa
kehadrat Allah SWT supaya dilimpahkan rahmat kepada semua pencinta ilmu pengetahuan
yang terdiri dari golongan pendidik dan pelajar yang tidak jemu-jemu berusaha untuk
memartabatkan Agama Allah SWT di muka bumi ini, serta berlindung kepadanya dari ilmu
yang tidak bermanfaat. AMIN YA RABBAL ALAMIN.

Latar Belakang Masalah .

     Senario 1 adalah berkaitan keluhan seorang Y.B XYZ berkaitan dengan bekalan elektrik
yang masih tidak disalurkan dibeberapa perkampungan orang asli.Sebagai CEO TNB, perkara
ini perlu diselesaikan untuk membersihkan semula maruah Y.B XYZ. Masalah yang dihadapi
oleh CEO TNB adalah memberi penjelasan kepada Y.B XYZ terhadap sistem penghantaran
kuasa di kawasan kampung tersebut walaupun telah terdapat talian dan pencawang terdekat.
Tambahan pula, bekalan elektrik tersebut hendaklah dapat disalurkan sebelum Pilihanraya
Umum 2008.Selain itu,CEO TNB hendaklah menyelesaikan masalah ini dengan secepat
mungkin dan memberi cadangan penyelesaian kepada Y.B. XYZ.

     Daripada maklumat yang diperolehi berkaitan kampung tersebut daripada Y.B XYZ adalah
sebuah perkampungan orang asli yang terletak dikawasan pedalaman.Jarak kampong tersebut
dari pekan terdekat adalah lebih kurang 30 km.Penduduknya lebih kurang 100 orang iaitu
terdiri dari 30 hingga 40 dewasa dan selebihnya kanak-kanak dan remaja.Pekerjaan utama
penduduk dikawasan tersebut adalah memburu dan bertani.Pencawang terdekat dari kampung
tersebut adalah lebih kurang 30 km.Selain itu, jalan yang terdapat di kampung tersebut adalah
kecil dan jarak dari jalan besar lebih kurang 2 km.

 Sistem Penjanaan .

                        Sistem penjanaan adalah bahagian yang paling asas dan perkara pertama perlu
di bina dalam sistem kuasa . Di Malaysia , sistem penjanaan hidro adalah yang paling banyak
digunakan selain lain – lain sistem penjanaan yang digunakan mengikut kesesuaian sesuatu
tempat .
 

Sumber penjanaan .

            Sumber penjanaan terbahagi kepada dua iaitu sumber induk dan sumber semasa .
Sumber induk seperti gas asli , petroleum , dan arang batu ialah sumber terhad yang tidak
boleh diperbaharui . Punca semasa seperti angin , air , dan matahari pula boleh diperoleh
secara berterusan .

Jenis – jenis Penjanaan

1)         Stesen Janakuasa Stim .

           

Sistem ini berasaskan pemanasan air untuk menghasilkan keadaan bertekanan tinggi yang
akan memutarkan bilah –bilah turbin . Ia beroperasi berdasarkan kitar Rankie Panas Lampau
dan Kitaran Panas Semula . Dalam keadaan praktikal ia hanya memberikan kecekapan sekitar
20 – 25 % .

2)                  Stesen Gas Tarbin    .

Sistem ini terbahagi kepada dua iaitu skim utama iaitu skim kitaran buka yang
memampatkan udara luar dan dipanaskan untuk menghasilkan gas bertekanan tinggi yang
dapat memutarkan turbin . Kecekapannya pula adalah sekitar 20 % .
Bagi sistem kitaran tertutup pula , proses pemampatan gas diteruskan lagi dengan
mengalirkannya ke dalam relau untuk mendapatkan gas yang benar – benar kering .Ia baik
kerana boleh diperoleh dengan cepat dan sesuai dalam keadaan kecemasan .

 3)                  Stesen Janakuasa Hidro .

Sistem ini menggunakan konsep fizik dimana apabila air ditakung pada paras tertentu ,
ia akan menghasilkan tekanan tinngi yang mampu memutarkan turbin . Sistem penjanaan ini
terbahagi kepada tiga skim iaitu skim puncak tinggi , sederhana dan rendah . Ia dibezakan
dengan aras takungan dan jenis turbin yang digunakan . Secara purata ia mempunyai
kecekapan yang tinngi sekitar 90 – 95 % . Selain itu skim pam storan yang menyedut air ke
kawasan rendah ke tinggi boleh digunakan .

Sistem Penghantaran

           Kebal bawah tanah (underground transmission) yang menampung voltan tinggi arus
ulang-alik(a.c). Talian penghantaran menghubungkan satu jarak yang jauh antara bahagian
penjanaan dan pengagihan. Kuasa daripada penjana akan dinaikkan voltannya dengan
menggunakan penggubah penaik. Penghantaran voltan juga bergantung kepada j                  
Bahagian penghantaran mengandungi talian atas (overhead transmission) dan arak
penghantaran. Ini adalah bertujuan untuk mengurangkan kehilangan kuprum dalam talian
semasa penghantaran kuasa jarak jauh dan meningkatkan keupayaan menghantar kuasa
terutama pada jarak jauh.

                    Kabel bawah tanah (undergraoud cabel) memerlukan proses pemasangan dan
penyelenggaraan yang mahal dan penebatan yang kompleks. Sesuai digunakan bagi
penghantaran kuasa melibatkan jarak yang dekat seperti kawasan berpendudukan tinggi atau
merentasi air.

                      Talian atas adalah bentuk talian yang banyak digunakan dalam sistem
penghantaran kuasa. Ia merupakan satu set talian tanpa penebat yang direntang diantara
menara penghantaran.
 

 Gambar 1 : Contoh menara penghantaran voltan.

 Gambar 2 : Contoh pemasangan tiang penyokong dan kabel

 
 Gambar 3: Pemasangan kabel bawah tanah untuk merentas sungai

 Gambar 4: Kabel ditimbus di dalam tanah

 Sistem Grid

                     Stesen – stesen janakuasa di seluruh negara dihubungkan diantara satu sama lain
dengan menggunakan sistem grid nasional . Ia membawa voltan elektrik tinggi sebelum
diturunkan di substesyen pengagihan . Kelebihan sambungan grid ialah

satu penjana segerak dengan kadaran kuasa yang besar secara bandingan adalah lebih murah
dan cekap berbanding dengan beberapa set penjana berkadaran kecil. Di samping itu ,
penjana-penjana boleh berkongsi permintaan beban puncak pada sesuatu bahagian
pembahagian . Manakala , bekalan elektrik dalam sistem grid boleh diseragamkan pada voltan
dan frekuensi yang sama.
                    Rekabentuk talian kuasa dalam sistem grid pula bergantung  kepada kriteria-
krieteria seperti  kadar kuasa aktif yang dihantar , jarak kuasa yang mesti dihantar , dan

kos talian kuasa 

Pengagihan

     Masalah yang timbul dalam senario ini sebenarnya adalah disebabkan oleh sistem
pengagihan yang diuruskan oleh anak syarikat TNB iaitu TNB Distribution Sdn. Bhd.
Justeru , fasaliti – fasiliti pengagihan perlu diwujudkan.

Penduduk kampung merupakan pengguna domestik yang hanya menggunakan kuasa


dalam jumlah yang kecil.Bagi pengguna domestik voltan yang dibekalkan adalah sebanyak
120V hingga 240V.Menurut Sistem Grid Nasional yang telah ditetapkan oleh TNB, bekalan
voltan sebanyak ini hanya boleh diagihkan dengan menggunakan Pengagih Elektrik.Bekalan
Pengagih Elektrik (PE) boleh dihantar oleh Pencawang Pengagih Utama (PPU) yang terletak
kira-kira 30km dari pekan terdekat.Kampung ini hanya terletak kira-kira 2km dari jalan besar,
oleh itu bekalan elektrik dari PPU dapat dibekalkan dengan mudah ke PE.Terdapat beberapa
masalah dalam pembinaan PE:

 a)      Tiada tempat yang sesuai untuk membina PE.

b)      PE perlu dibina hampir dengan pusat beban iaitu kampung tersebut.

Oleh itu beberapa kajian perlu dilakukan. Ini termasuk:

               a)      Mencari kekosongan tanah

b)      Undang-undang tanah tempatan

c)      Kos

d)      Cukai tanah

e)      Pertumbuhan beban pada masa depan

 Oleh kerana kampung ini hanya dihuni oleh 100 keluarga dan terletak jauh dari    
PPU kajian perlu dilakukan kerana terdapat had penghantaran dengan penghantaran
menggunakan kabel.Kami perlu mencari jumlah kuasa yang sesuai yang perlu dihantar ke PE
kampung tersebut.Kuasa tersebut mestilah mampu menampung beban yang digunakan oleh
penduduk termasuklah ketika masa puncak.Kabel penghantaran juga menjadi masalah kepada
kami.Saiz kabel yang sesuai juga perlu dipilih mengikut kepada jumlah kuasa yang
dihantar.Berikut merupakan ciri-ciri kabel yang berbeza saiznya:

 
Saiz Voltan Ketahanan Jarak antara Penggunaan Kos
kabel tiang tiang
Besar Rendah Tinggi Jauh Banyak Murah
Kecil Tinggi Rendah Dekat Sedikit Mahal

 Penggunaan kabel juga mengambil kira kos peralatan, penebat, suis dan operasi .

Pemasangan juga mengambil kira kemungkinan permintaan meningkat kerana kawasan


kampung dijangka akan membangun dalam masa 20 tahun lagi.Setiap rumah juga perlu
dipasang dengan papan fius pengagih (DFB) sebelum kerja- kerja pendawaian yang
seterusnya dilakukan di dalam rumah penduduk.

 Generator

Untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh kampong tersebut, generator dipilih
sebagai langkah jangka pendek sementara menunggu pembinaan pencawang dan substation
siap.

Generator menukarkan tenaga mekanikal kepada tenaga elektrik. Diesel atau bahan
bakar digunakan untuk menggerakkan generator dan terhasilnya tenaga mekanikal. Putaran
aci dalam generator menyebabkan pemotongan uratdaya dan terhasilnya tenaga elektrik.

Penjanaan elektrik disini tidak melebihi 20 kV pada voltan ulangalik dan voltan tiga fasa.
Voltan ini akan dinaikkan oleh pengubah untuk penghantaran jarak jauh

 
Generator lebih murah, selamat, dan lebih praktikal untuk penggunaan yang
melibatkan DC. Saiz untuk sesuatu generator penting dimana lagi besar generator yang
digunakan, maka tenaga juga turut bertambah.Walaubagaimanapun,pertambahan saiz
menyebabkan kita menghadapi masalah sistem penyejukan yang serius.

Kita selalu menggunakan dua atau lebih generator secara selari untuk membekalkan
beban.Contohnya, keperluan tenaga meningkat sepanjang hari,oleh itu,beberapa generator
disambungkan pada sistem untuk membekalkan tenagalebih.Tetapi apabila permintaan jatuh,
sesetengah generator tidak disambungkan pada sistem hingga tenaga meningkat semula untuk
hari seterusnya.Penjana segerak sentiasa disambung dan tak disambung pada grid tenaga
besar bergatung kepada permintaan pengguna

BEBAN

         Sebelum sesuatu pencawang atau substation dibina di kampung tersebut, adalah penting
untuk membuat kiraan dan kajian berkaitan jumlah beban yang digunakan supaya tenaga yang
dibekalkan sentiasa mencukupi bagi sepanjang tahun dan tidak timbul permasalah di
kemudian hari.

     Beban atau keperluan elektrik adalah tidak tetap iaitu berubah mengikut jam, minggu,
bulan dan tahun.Oleh itu, jumlah keperluan kuasa bagi sesuatu sistem kuasa dianggarkan dari
permintaan yang lepas.

         Rajah dibawah adalah graf lengkok beban. Beban boleh di bahagikan kepada tiga
peringkat iaitu beban dasar, beban pertengahan dan beban puncak. Maklumat yang diperolehi
apabila mengkaji graf ini adalah beban maximum , saiz unit yang di pasang dan jadual
kendalian. Luas dibawah graf tersebut adalah sama dengan jumlah tenaga bagi hari tersebut. 

 
Rajah lengkok beban harian

 Rajah lengkok tempoh beban

 Daripada graf diatas menunjukkan lengkok tempoh beban tahunan. Dimana faktor beban
tahunan adalah 8760 h.

 Beban puncak  (Peak Load)  :  adalah beban maksimum. Kehendak maksimum pada

stesen menentukan saiz dan kos sesebuah stesen.

Beban dasar(Base Load)       :  beban terendah yang dibekalkan pada sistem

Beban pertengahan (intermediate Load)  : beban antara beban puncak dan beban dasar
Untuk mengetahui beban yang digunakan , kita hendaklah menggunakan rumus faktor beban
yang terlibat :

  Faktor beban harian = Jum kWj terjana sehari

                                           Permintaan max * 24 jam

   

  Faktor beban tahunan = Jum kWj terjana setahun

                                              Permintaan max * 8760 h

Kesimpulan .

         Alhamdulillah, akhirnya kajian berkenaan permasalahan berdasarkan senario pertama 


dapat disiapkan. Setelah membuat penilaian dan perbincangan berkumpulan, jelas kampung
ini memerlukan satu sistem pengagihan . Untuk itu kami mencadangkan dua penyelesaian
untuk mengatasi masalah ini . Ia berbentuk penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang .
Cadangan jangka panjang terdiri daripada mengadakan sistem pengagihan yang biasa seperti
membina pengagih elektrik , kabel dan tiang penyokong , dan memasang DFB .

 Namun , atas desakan pihak wakil rakyat , kami bersetuju untuk mempercepatkan
penyelesaian masalah ini dengan mengadakan sistem kuasa sementara . Ia menggunakan
generator diesel yang boleh beroperasi lingkungan 7 jam sehari . Walaupun terhad , kami
berharap ia mampu meringankan bebanan penduduk kampung .

 Akhirnya kami memanjat sekali lagi ribuan syukur ke hadrat Allah SWT kerana
memberi kami petunjuk serta hidayah untuk menyempurnakan penyelesaian senario
pertama .Tidak lupa juga ucapan terima kasih kami kepada Dr Azhar Bin Khairuddin  atas
dorongan dan tunjuk ajar berterusan kepada kami dalam menyiapkan kajian ini. Diharapkan
kajian ini bukan sahaja memberi pengetahuan kepada kami sahaja tetapi juga para pencinta
ilmu yang lainnya.

 
Rujukan

1. Central Electricity Board, Modern Power System Practice, George Berridge and
Company Limited, 1963
2. C. Dennis Poole, Electrical Distribution in Buildings, BSP Professional Books, 1987
3. George McPherson, An Introduction to Electrical Machines and Transformers, John
Wiley and Sons, 1981
4. Mazlan Sulaiman, Ekonomi dan Pengurusan Sistem Kuasa, Utusan Publications and
Distributors SDN BHD, 1999

Anda mungkin juga menyukai