Anda di halaman 1dari 5

HUSNUZON DAN KAITANNYA DENGAN HUKUM TARIKAN 

(LAW OF ATTRACTION)
www.iluvislam.com
Oleh: leedee
Editor: salma ahsanan

Hukum tarikan (Law of Attraction) merupakan satu hukum alam dari sudut Fizik


Kuantum. Kita umumnya pernah mempelajari tentang hukum graviti (Law Of
Gravity) yang merupakan salah satu dari hukum alam yang diperakui dari segi sains
dan diterima oleh Islam sebagai salah satu hukum yang telah ditetapkan oleh Allah SWT,
Pencipta alam semesta. 

Dalam hukum graviti, apa juga akan tertarik ke bumi oleh tarikan graviti. Tidak kira
siapa anda, bangsa atau agama, baik atau jahat, sekiranya anda terjun dari tingkat
sepuluh menara KLCC, anda sudah pasti akan jatuh ke bumi. Ini adalah kerana hukum
graviti sentiasa berlaku dan tidak pernah gagal menjalankan sistemnya yang telah
ditetapkan oleh Allah, kecuali di dalam beberapa kes tertentu atas kehendak Allah,
hukum graviti tidak berlaku seperti dalam peristiwa Isra' dan mi'raj Rasulullah SAW, di
mana diriwayatkan bahawa ada sebuah batu yang ingin mengikut Nabi ke langit, tetapi
tidak diizinkan Allah.
Maka batu yang baru naik beberapa meter ke udara itu terhenti dan terapung-apung di
udara, tidak jatuh ke bumi semula. Mengikut logik sains, batu itu seharusnya sudah
jatuh ke bumi kerana wujudnya tarikan graviti. Namun Allah menghendaki supaya batu
itu tergantung di tempatnya sehinggalah tiba pada batas waktu yang ditetapkan Allah. 

Manakala dalam hukum tarikan pula, prinsipnya ialah suatu cetusan fikiran akan menarik
cetusan fikiran lain yang sama dengannya. Dalam erti kata lain, ianya boleh difahami
dengan tiga perkataan iaitu: "Fikiran Menjadi Kenyataan (Thoughts Become Things)".

Para pengkaji Hukum Tarikan telah menyenaraikan banyak terjemahan pada prinsip ini,
seperti:

"You Are What You Think You Are"

(Anda adalah apa yang anda fikirkan tentang diri anda)

"If You can See It In Your Mind, You Can Hold It In Your Hand"

(Jika anda boleh melihatnya di dalam fikiran anda, anda boleh memegangnya di tangan
anda)

Umumnya, setiap hari manusia pasti akan berfikir, sama ada tentang masa lalu, masa
kini, masa depan, tentang urusan-urusan harian dan sebagainya. Terdapat pelbagai
cetusan fikiran setiap hari, yang dicetuskan oleh minda kita daripada pelbagai arah dan
tentang pelbagai perkara. Dari segi sains, otak normal seseorang manusia mampu
mencetuskan kira-kira 60,000 cetusan fikiran sehari. Menurut kajian Fizik Kuantum,
setiap cetusan fikiran mempunyai gelombang (frekuensi). Otak manusia mengeluarkan
frekuensi setiap kali manusia itu berfikir dan frekuensi ini mempunyai signal magnetik
yang sangat kuat.

Anda tidak dapat melihat frekuensi dari gelombang otak tetapi anda boleh mengambil
contoh dari frekuensi telefon bimbit anda, atau frekuensi radio, yang mana frekuensinya
juga tidak dapat dilihat oleh kita, tetapi kita amat menikmati faedah dari gelombang-
gelombang radio dan telefon bimbit kita setiap hari. 
Bagaimanakah frekuensi telefon bimbit anda berfungsi? Ramai juga yang tidak tahu
tentangnya tetapi amat bergantung pada penggunaannya. Apa yang perlu kita tahu, jika
kita mendail nombor telefon rakan kita, satu frekuensi akan dihantar ke satelit dan
satelit akan mengenalpasti nombor penerima lalu menghantar isyarat ke telefon rakan
kita. Kemudian selang beberapa saat, anda sudah dapat berbual dengan rakan anda
walau pun jaraknya beratus batu dari anda.

Kesimpulannya, setiap frekuensi mempunyai isyarat untuk dihantar dan mampu diterima
oleh sistem penerimaan yang tepat.

Persoalannya pula, ke manakah frekuensi yang dihantar oleh otak kita dan jenis
frekuensi apakah yang kita hantarkan? Sebelum membincangkan hal ini dengan lebih
mendalam, kita perlu memahami tentang kewujudan alam semesta ini. 

Kita semua memahami bahawa alam semesta ini terdiri daripada tenaga yang dikenali
dengan nama atom. Di alam semesta ini terdapat galaksi-galaksi, dan salah satunya
adalah galaksi Bima Sakti, di mana terdapat sistem suria kita. Di dalam sistem suria kita
pula terdapat sembilan planet, masing-masing dengan sistem orbit yang tersendiri, dan
salah sebuah planet tersebut adalah planet kita, iaitu bumi. 

Maka di bumi inilah manusia ditempatkan, di mana manusia pula terdiri daripada tubuh
badan fizikal yang mempunyai sistem organ tubuh yang terdiri dari sel-sel badan, dan
sel-sel badan ini pula terdiri dari atom. Manakala atom pula merupakan tenaga yang
bergetar. Hakikatnya, seluruh alam semesta ini adalah berasaskan atom atau tenaga. 

Oleh itu, sedar atau tidak, kita semua adalah berhubungan antara satu sama lain dalam
bentuk tenaga. Kita bukanlah hanya terdiri dari daging, darah dan nyawa, tetapi lebih
dari itu. Manusia adalah penciptaan Allah yang sangat hebat. Firman Allah: 

Sesungguhnya manusia itu diciptakan dengan sebaik-baik kejadian. (Surah At-Tiin, Ayat 4)

Dengan itu, fahamlah kita sekarang bahawa di seluruh alam semesta ini terdapat banyak
tenaga. 

Berbalik kepada persoalan kita tadi, frekuensi yang dikeluarkan oleh otak manusia akan
terpancar ke seluruh alam semesta dan akan menarik tenaga yang ada di persekitaran,
lalu dipantulkan semula kepada kita, sebagai penghantar isyarat frekuensi tadi. Jenis
tenaga yang ditarik adalah bergantung kepada jenis frekuensi yang dihantar.

Menurut kajian sains, hanya terdapat dua jenis frekuensi (gelombang) yang dikeluarkan
oleh otak iaitu:

1. Frekuensi Positif 

2. Frekuensi Negatif

Sebagai contoh:

a. Apa jua yang kita fikirkan, yang membuat kita merasa senang hati, selesa dan
gembira, maka ini bermaksud otak kita sedang menghantarkan frekuensi positif. 

b. Apa jua yang kita fikirkan, yang membuat kita merasa risau, sedih, marah, takut,
khuatir atau was-was, maka bermakna otak kita sedang menghantarkan frekuensi
negatif.

Apa yang berlaku seterusnya ialah, frekuensi ini, yang mempunyai signal magnetik yang
kuat, akan mencari tenaga-tenaga yang ada di alam semesta yang mempunyai frekuensi
yang sama, iaitu samada tenaga positif atau tenaga negatif, kemudian tenaga ini akan
ditarik dan dipantulkan semula kepada orang yang berfikir tadi. 

Al Quran telah menyebut tentang kewujudan tenaga-tenaga yang disediakan Allah untuk
ditarik oleh kita. Di antara ayat yang boleh kita jadikan rujukan ialah:

Dan di langit pula, terdapat (sebab-sebab) rezeki kamu, dan juga terdapat apa yang telah
(ditakdirkan dan) dijanjikan kepada kamu. (Surah Adz Dzariyaat, Ayat 22)

Kesimpulannya, lebih banyak tenaga positif di sekitar kita, maka lebih positif pula
kehidupan kita dan begitulah sebaliknya. Sebagai contoh;

1. Lebih banyak kita merungut tentang sesuatu, maka akan lebih banyak perkara lain
yang datang kepada kita untuk kita rungutkan.

2. Lebih banyak kita bersyukur, memberi dan menghargai (positif), lebih banyak pula
kita akan menerima rezeki, penghargaan dan nikmat. 

Sekarang kita telah memahami konsep hukum tarikan itu sendiri dan bagaimana tenaga
itu dimanifestasikan semula kepada kita. Dalam menjalani kehidupan seharian, kita
sering tidak sedar apakah fikiran kita telah mengeluarkan frekuensi negatif atau pun
positif.

Demikianlah hukum tarikan bekerja, sebagaimana firman Allah dalam hadis Qudsi
seperti yang telah disebutkan awal-awal tadi, iaitu:

Naa ‘inda dzanni abdii bii, faliyadzunn bii ma syaa-a (Rowahu Thobarani wal hakam)

Ertinya:

"Aku akan bersama sangkaan hambaKu padaKu, maka hendaklah ia bersangka


dengan apa yang ia inginkan". 

Maka jika kita bersangka baik atau positif, Allah akan mengikut sangkaan baik kita. Ini
adalah kerana yang positif itu adalah sangkaan positif Allah pada kita. Sama juga jika
kita berfikiran negatif, maka yang negatif itulah yang akan datang kepada kita. 

Hukum tarikan ini adalah mencerminkan sifat Allah yang Maha Pemurah dan Maha
Penyayang lagi Maha Memakbulkan permintaan dan doa hamba-hambaNya. Allah telah
menciptakan otak manusia sebagai alat untuk mengeluarkan frekuensi bersifat
magnetik, yang memancarkan frekuensi itu kepada alam semesta, sebelum dipantulkan
semula kepada kita. 

Dalam membicarakan soal keinginan kita, adalah penting untuk kita memahami apakah
yang benar benar kita inginkan. Kita perlu memahami, seperti yang telah kita
bincangkan dalam bab hukum tarikan, bahawa tenaga dari alam semesta akan tertarik
oleh kita, sama ada kita sedari atau tidak, melalui cetusan fikiran dari minda yang
mendominasi pemikiran kita, iaitu segala apa yang kita berikan tumpuan, tenaga dan
juga perhatian yang mendalam, tidak kira negatif atau positif.

Permasalahan yang akan menyukarkan kita dalam mengaplikasikan konsep


husnuzon(bersangka baik) adalah:

 Kita suka memikirkan perkara yang kita tidak mahu


 Kita selalu memperkatakan tentang perkara-perkara yang kita benci berulangkali
 Kita terlalu memberi tumpuan, tenaga dan fokus kepada permasalahan hidup
yang ingin dihindari
 Kita berulangkali merungut tentang sesuatu yang tidak disenangi

Apabila kita memberi fokus, tumpuan dan tenaga kepada hal-hal yang kita tidak suka,
tenaga-tenaga dalam bentuk hal-hal yang ingin kita hindari akan lebih banyak ditarik
kepada diri kita dan mengakibatkan hal-hal yang tidak kita inginkan ini masih berlaku
berulangkali, melanda kehidupan kita. Oleh itu, kita mestilah memberikan fokus,
tumpuan dan perhatian yang maksima, kepada perkara-perkara yang kita inginkan,
berlaku dalam hidup kita, seperti:

 Banyakkan berbincang atau memperkatakan perkara yang kita sukai dan


sayangi.
 Berikan tumpuan kepada penyelesaian masalah dan cara mengatasinya.
 Memahami dan mempercayai bahawa setiap masalah pasti ada penyelesaiannya.
 Berhenti daripada mengeluh tentang nasib buruk dan apa jua yang selalu kita
rungutkan.
 Sentiasa berterima kasih, menghargai dan bersyukur.

Untuk mengenal pasti keinginan anda, cuba ikuti langkah-langkah berikut:

PERKARA YANG TIDAK KEINGINAN ANDA


DISUKAI

1. Hutang dan masalah


Kekayaan harta dan wang ringgit
kewangan

Tubuh badan yang sihat, zahir dan


2. Masalah kesihatan
batin

Pasangan yang ideal dan kasih


3. Masalah percintaan
sayang yang cukup. 

4. Masalah sikap: malas Rajin dan bersemangat

5. Pelupa Tajam minda, cerdas dan produktif

6. Selalu lewat Sentiasa awal dan berdisiplin


Dipermudahkan urusan dunia dan
7. Kehidupan yang rumit
akhirat

8. Tidak suka keadaan tubuh


Tubuh fizikal yang menarik
fizikal

Anda juga boleh membuat senarai sendiri, mengikut kesesuaian situasi atau keperluan
diri anda. Setelah kita mengenalpasti segala apa yang ingin kita hindari dari hidup kita,
maka kita dapat pula mengenalpasti akan apakah sebenarnya yang kita inginkan berlaku
atau miliki dalam hidup kita seperti yang dinyatakn dalam contoh di atas.

Langkah seterusnya selepas anda mengenalpasti keinginan anda, ialah cuba berhenti
dari sering memperkatakan dan merungut tentang hal-hal yang anda tidak sukai tadi.

Berikan fokus dan tumpuan anda kepada hanya perkara-perkara yang anda inginkan
kerana kita telah memahami bahawa dalam bab hukum tarikan, anda akan menarik
tenaga yang sama frekuensi dengan apa yang dicetuskan oleh minda anda. Cuba jadikan
perkara-perkara yang anda sukai dan inginkan, sebagai cetusan minda yang dominan
dalam diri anda.

Anda mungkin juga menyukai