Anda di halaman 1dari 17

UNDANG-UNDANG KECIL

BANGUNAN SERAGAM 1984

PENGEMUKAAN PELAN-PELAN
UNTUK DILULUSKAN
UNDANG-UNDANG KECIL BANGUNAN SERAGAM 1984

FUNGSI LUKISAN

Ia mempunyai banyak fungsi – yang biasanya dipenuhi oleh lukisan-lukisan


yang berlainan.

Menjadi model bagi idea-idea pereka dan membantu


menrasional dan menyelesai masalah dan konflik yang
dijangka antara lukisan dan binaan sebenar

Ia menjadi alat menyampaikan hasrat pereka kepada


kontraktor

Ia merekod apa yang telah dibuat

PENGEMUKAAN PELAN-PELAN UNTUK DILULUSKAN


UNDANG-UNDANG KECIL BANGUNAN SERAGAM 1984

Takrif

“orang berkelayakan” ertinya seseorang arkitek, pelukis pelan


bangunan atau jurutera berdaftar;
 
“orang yang mengemukakan” ertinya seseorang berkelayakan yang
mengemukakan pelan-pelan kepada pihak berkuasa berkenaan untuk
diluluskan;
 
“Pelan susunatur” ertinya sesuatu pelan yang diluluskan oleh pihak
berkuasa perancangan yang kompeten;
 
“pelan yang diluluskan” ertinya pelan bagi sesuatu bangunan yang
diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan mengikut Undang-Undang Kecil
Bangunan Seragam 1984;

PENGEMUKAAN PELAN-PELAN UNTUK DILULUSKAN


UNDANG-UNDANG KECIL BANGUNAN SERAGAM 1984

KEHENDAK PENGEMUKAAN PELAN-PELAN UNTUK


DILULUSKAN
Semua pelan bangunan yang dikemukakan kepada pihak berkuasa
tempatan untuk diluluskan, hendaklah:-
 
(a) didepositkan di pejabat pihak berkuasa tempatan bersama dengan fee
yang ditetapkan bagi pengemukaan pelan-pelan itu
 
(b) mengandungi suatu pernyataan yang menunjukkan maksud bangunan
yang dikemukakan pelannya itu hendak didiri dan digunakan;
 
(c) mengandungi perakuan orang-orang berkelayakan itu bersama dengan
Borang A sebagaimana dinyatakan dalam Jadual Kedua Undang-Undang
Kecil ini yang baginya mereka masing-masing bertanggungjawab; dan
 
 Tiap-tiap pelan, lukisan atau kiraan berkenaan dengan sesuatu
bangunan hendaklah dikemukakan oleh orang berkelayakan.

PENGEMUKAAN PELAN-PELAN UNTUK DILULUSKAN


UNDANG-UNDANG KECIL BANGUNAN SERAGAM 1984

KEHENDAK PENGEMUKAAN PELAN-PELAN UNTUK


DILULUSKAN

(1) Semua pelan bangunan hendaklah didepositkan dalam tiga


salinan atau dalam seberapa banyak salinan yang dikehendaki oleh
pihak berkuasa tempatan.
 
(2) Satu set pelan-pelan itu hendaklah dibuat atas linen atau bahan
lain yang tahan dipakai dan tahan lama dan set ini bersama dengan
satu set lagi, hendaklah disimpan oleh pihak berkuasa tempatan dan
set ketiga hendaklah dikembalikan setelah diluluskan.
 

PENGEMUKAAN PELAN-PELAN UNTUK DILULUSKAN


UNDANG-UNDANG KECIL BANGUNAN SERAGAM 1984

KEHENDAK PENGEMUKAAN PELAN-PELAN UNTUK


DILULUSKAN

 
(3) Jika pelan-pelan itu tidak diluluskan, satu set pelan-pelan itu
hendaklah dikembalikan dengan suatu pernyataan menerangkan
sebab-sebab ia tidak diluluskan.
 
(4) Tiada apa-apa pun dalam undang-undang kecil ini boleh
melarang set tambahan pelan-pelan didepositkan jika difikirkan
bahawa dengan berbuat demikian kerja pihak berkuasa tempatan
boleh dipercepatkan

PENGEMUKAAN PELAN-PELAN UNTUK DILULUSKAN


UNDANG-UNDANG KECIL BANGUNAN SERAGAM 1984

KEHENDAK PENGEMUKAAN PELAN-PELAN UNTUK


DILULUSKAN

Semua pelan hendaklah dilukiskan mengikut skel-skel berikut:


 
(a) pelan tapak - tidak kurang daripada 1 : 1000.
 
(b) pelan-pelan punca atau tempat.  - apa-apa skel yang sesuai .

(c) semua pelan bangunan am yang lain - tidak kurang daripada 1 : 100
kecuali dalam hal-hal tertentu di mana saiz bangunan itu menyebabkan
lukisan mengikut skel ini tidak praktik dimuatkan dalam had saiz kertas itu
atau apabila ukuran lukisan itu tidak sesuai, pihak berkuasa tempatan boleh
menggunakan budi bicaranya untuk membenarkan pelan-pelan itu
dikemukakan mengikut skel yang lebih kecil tetapi bagaimanapun skel itu
tidak boleh kurang daripada 1 = 200.
 
 

PENGEMUKAAN PELAN-PELAN UNTUK DILULUSKAN


UNDANG-UNDANG KECIL BANGUNAN SERAGAM 1984

KANDUNGAN YANG PERLU ADA PADA LUKISAN


UTAMA

Semua pelan berkenaan dengan sesuatu bangunan hendaklah, melainkan


tidak berkenaan, mengandungi yang berikut:-

PELAN TAPAK

-tapak lot bangunan yang dicadangkan itu bersama dengan nombor lot dan
nombor seksyennya

-jalan masuk ke tapak itu dari jalan dan mana-mana jalan itu

-jaraknya daripada tengah dan tepi jalan yang ditunjukkan dengan terang
atas salah satu daripada pelan-pelan itu

-jika dikehendaki oleh pihak berkuasa tempatan dimensi lot itu;

PENGEMUKAAN PELAN-PELAN UNTUK DILULUSKAN


UNDANG-UNDANG KECIL BANGUNAN SERAGAM 1984

PELAN TAPAK

-garisan-garisan lengkap bagi saliran air permukaan dan air kotor dan takat
kadar alir parit-parit yang dicadangkan itu dengan sempadan-sempadan

-skel, titik Utara dan nombor-nombor lot atau bangunan yang bersampingan

-dimensi kelegaan di antara bangunan yang dicadangkan itu dengan


sempadan-sempadan

-semua garis pelarasan tanah atau bangunan yang dicadangkan untuk


membaikkan jalan, sungai atau saliran dan yang seumpamanya, jika
berkenaan, menunjukkan lebar jalan baharu atau jalan baharu yang
dicadangkan itu serta sambungannya dengan jalan awam yang berhampiran
sekali

PENGEMUKAAN PELAN-PELAN UNTUK DILULUSKAN


UNDANG-UNDANG KECIL BANGUNAN SERAGAM 1984

suatu pelan lantai bagi tiap-tiap tingkat kecuali apabila tingkat-tingkat lain
itu adalah bersamaan atau serupa, yang mengandungi maklumat berikut:-

PELAN LANTAI

-dimensi berangka mengenai panjang dan lebar bangunan itu dan bilik-
biliknya dan ketebalan dinding-dindingnya

-dimensi berangka mengenai ruang buka semua pintu dan tingkap, kawasan
telaga udara yang mendapat cahaya matahari, kawasan belakang dan ruang-
ruang terbuka bangunan itu

-dimensi berangka di antara dinding-dinding, tembok-tembok sambut dan


tiang-tiang besi di atas pelan asas tapak bangunan itu

-garisan saliran kekal tapak itu dengan anak-anak panah yang menunjukkan
arah alirannya, parit-parit yang ke dalamnya ia disalur keluar dan saiz parit-
parit itu

-nama dan kegunaan bilik-bilik.

PENGEMUKAAN PELAN-PELAN UNTUK DILULUSKAN


UNDANG-UNDANG KECIL BANGUNAN SERAGAM 1984

muka-muka keratan lintang, membujur dan muka-muka keratan lain untuk


mengambarkan dengan nyata binaan bangunan itu dan menunjukkan:-

KERATAN

-paras tanah yang sedia ada dan paras tanah baharu yang dicadangkan jika
paras tapak itu hendak ditinggi atau direndahkan

-paras jalan, parit sisi jalan dan jalan kaki lima (jika bangunan itu
bersempadanan dengan jalan)

-lebar dan dalamnya asas tapak dan ketebalan dinding, dinding sekat dan
lantainya

-tingginya tingkat, tangga, pintu, tingkap dan lubang pengudaraannya

-saiz, tempat letak dan arah gelegar lantai dan rasuk dan binaan
bumbungnya; dan

-bahan-bahan yang hendak digunakan dalam pembinaan struktur itu.

PENGEMUKAAN PELAN-PELAN UNTUK DILULUSKAN


UNDANG-UNDANG KECIL BANGUNAN SERAGAM 1984

tampak depan, belakang dan sisi yang menunjukkan:-

TAMPAK

-paras lorong jalan kaki, jalan kaki lima, jalan yang bersimpangan dan paras
bahagian sama yang dicadangkan

-sebahagian daripada tampak bangunan bersampingan yang sedia ada


menunjukkan paras lantai, kepala tembok utama, parapet dan tinggi
berandanya

-bahan-bahan yang dicadangkan untuk dinding, tingkap dan bumbung, jika


berkenaan dan boleh dilihat

PENGEMUKAAN PELAN-PELAN UNTUK DILULUSKAN


UNDANG-UNDANG KECIL BANGUNAN SERAGAM 1984

SENARAI LUKISAN UNTUK MENDAPATKAN KELULUSAN PBT

PELAN KUNCI
PELAN LOKASI
PELAN TAPAK
PELAN LANTAI
PELAN TAMPAK
PELAN KERATAN
PELAN BUMBUNG
PELAN ELEKTRIKAL
LUKISAN PERINCIAN
LUKISAN SANITARI
JADUAL PINTU & TINGKAP

PENGEMUKAAN PELAN-PELAN UNTUK DILULUSKAN


UNDANG-UNDANG KECIL BANGUNAN SERAGAM 1984

SEKIAN

PENGEMUKAAN PELAN-PELAN UNTUK DILULUSKAN


UNDANG-UNDANG KECIL BANGUNAN SERAGAM 1984

1. APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN TAKRIF BERIKUT?

ORANG YANG BERKELAYAKAN

ORANG YANG MENGEMUKAKAN

2. NYATAKAN EMPAT KEHENDAK YANG PERLU ADA PADA


LUKISAN PELAN TAPAK

PENGEMUKAAN PELAN-PELAN UNTUK DILULUSKAN

Anda mungkin juga menyukai