Anda di halaman 1dari 3

Baca pantun di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Pantun Empat Kerat (Teka-teki)

Belayar perahu dari Berandan,


Menuju arah Selat Melaka;
Lebar kepala dari badan,
Apakah itu cubalah teka?

Burung nuri burung dara,


Terbang ke sisi taman kayangan;
Cubalah cari wahai saudara,
Makin diisi makin ringan?

Hari-hari ke rumah Cik Hitam,


Melihat orang memotong tebu;
Apa binatang darahnya hitam,
Janggut delapan tulangnya satu?

Ambil betik potongkan pisau,


Buah masak pokoknya rendah;
Kecil-kecil berbaju hijau,
Sudah besar berbaju merah?

Kalau tuan bawa keladi,


Bawa juga si pucuk rebung;
Kalau tuan bijak bestari,
Apa dia tanduk di hujung?

Mohd. Yusof Md. Nor dan Abd. Rahman Kaeh


(penyelenggara)
Puisi Melayu Tradisi, 1993.
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

1
1. Berdasarkan rangkap kedua pantun, apakah jawapan kepada soalan yang dikemukakan?
A Tayar
B Belon
C Helikopter
D Kapal Terbang

2 Dalam rangkap ketiga pantun ini, jawapannya ialah


A kuda
B badak
C sotong
D udang

3 Maksud rangkap keempat pantun ialah


A Apakah benda yang sewaktu kecil berwarna hijau dan sesudah besar berwarna merah?
B Siapakah yang sukar memakai baju yang berwarna hijau dan sesudah besar berwarna
merah?
C Bagaimanakah caranya untuk mengenal pasti seseorang itu memakai pakaian berwarna
hijau atau merah?
D di manakah untuk mendapatkan orang yang suka memakai baju hijau semasa kecil dan
baju merah ketika dewasa?

Kecil-kecil berbaju hijau,


Sudah besar berbaju merah.

4 Unsur gaya bahasa yang terdapat dalam baris-baris pantun di atas ialah

A Repetisi.
B simile.
C personifikasi.
D responsi

5 Apakah yang ingin diungkapkan melalui rangkap terakhir pantun?

A Kalau tuan bijak bestari, namakan benda yang luar biasa itu
B Sekiranya tuan bijak bestari, namakan haiwan yang bertanduk di hidung
C Sekiranya anda seorang yang pandai, buktikannya melalui deria hidung
D Kalau anda bijak bijaksana berikan nama benda yang ada tanduk dan hidung

2
3

Anda mungkin juga menyukai