Anda di halaman 1dari 28

KOLEJ PROFESIONAL MARA BERANANG

MANUAL PENGGUNA v3 (JAN – JUN 2011)

MODUL PENSYARAH: MENU PEMARKAHAN PELAJAR IKUT SUBJEK


PENSYARAH

MANUAL PENGGUNA INI TERDIRI DARIPADA 5 BAHAGIAN IAITU:

 BAHAGIAN A: PEMARKAHAN PELAJAR IKUT SUBJEK PENSYARAH (m/s: 2)


 BAHAGIAN B: CARIAN NO K/P PELAJAR (m/s: 11)
 BAHAGIAN C: KEMASUKKAN MARKAH BAGI PELAJAR TIADA DALAM SENARAI (m/s: 14)
 BAHAGIAN D: CETAKAN PEMARKAHAN PELAJAR IKUT SUBJEK PENSYARAH (m/s: 2)
 BAHAGIAN E: PEMARKAHAN SOFTSKILLS IKUT SUBJEK PENSYARAH (m/s: 21)
(Bagi pensyarah yang mengajar pelajar dari program DIA, DBS dan DAB)
BAHAGIAN A: PEMARKAHAN PELAJAR IKUT SUBJEK PENSYARAH

1. Sila taip alamat laman web Sistem ICMS seperti berikut:


http://www.adillahas.com/kpmb2

Gambarajah seperti di bawah akan dipaparkan.

2. Sila klik menu Lecturers seperti yang ditunjukkan pada gambarajah di atas. Gambarajah
seperti di bawah akan dipaparkan.

UPP KPM Beranang/Manual Pengguna: Modul Pensyarah Page 2


3. Pensyarah dikehendaki menggunakan ID Pengguna dan Kata Laluan yang telah didaftarkan sebelum
ini untuk menggunakan sistem. Jika tuan/puan lupa akan ID Pengguna dan Kata Laluan, sila klik pada
pautan LUPA? dan gambarajah di bawah akan dipaparkan.

UPP KPM Beranang/Manual Pengguna: Modul Pensyarah Page 3


Tuan/puan dikehendaki memasukkan maklumat seperti yang diperlukan dengan tepat. Ini
membolehkan sistem memberikan anda ID PENGGGUNA dan KATA LALUAN yang baru.

Jika masih terdapat sebarang masalah, sila email kepada Pn. Noor Zilawati
(noorzilawatisabtu@yahoo.com) atau menghubungi terus pada samb. 230 untuk tindakan selanjutnya.

4. Pensyarah dikehendaki menekan butang Log Masuk dan gambarajah seperti di bawah akan
dipaparkan.

5. Pensyarah dikehendaki menekan pautan Menu Utama Pensyarah seperti yang ditunjukan pada
paparan di atas. Gambarajah seperti di bawah akan dipaparkan.

UPP KPM Beranang/Manual Pengguna: Modul Pensyarah Page 4


6. Pensyarah dikehendaki menekan pautan Pemarkahan Pelajar Ikut Subjek Pensyarah . Gambarajah
seperti di bawah akan dipaparkan.

UPP KPM Beranang/Manual Pengguna: Modul Pensyarah Page 5


7. Pensyarah dikehendaki memastikan nama anda terpapar pada skrin di bahagian 1a2 seperti yang
ditunjukkan di atas. Jika tiada nama anda dipapar, sila hubungi pihak UPP untuk tindakan selanjutnya.

8. Pada bahagian 1a2, pensyarah dikehendaki memilih tahun serta sesi pengajian yang dikehendaki,
kemudian pensyarah dikehendaki menekan butang Carian. Gambarajah seperti di bawah akan
dipaparkan.

UPP KPM Beranang/Manual Pengguna: Modul Pensyarah Page 6


9. Pensyarah digalakkan membuat kemasukkan markah secara BULK POSTING seperti di bahagian 1b2.
Pensyarah boleh membuat pilihan kursus dan kelas terlebih dahulu seperti yang ditunjukkan pada
gambarajah di atas. Kemudian pensyarah dikehendaki menekan butang Carian. Gambarajah seperti di
bawah akan dipaparkan.

UPP KPM Beranang/Manual Pengguna: Modul Pensyarah Page 7


10. Pensyarah dikehendaki membuat kemasukkan markah (yang telah dibundarkan pada scoresheet
masing-masing) di ruangan Markah seperti yang ditunjukkan di atas dan diikuti dengan menekan
kekunci ENTER. Grade akan dipaparkan secara automatik oleh sistem. Sila rujuk Jadual Skema
Pemarkahan yang telah diberi di ruangan bawah paparan di atas jika ada sebarang kemusykilan tentang
markah dan grade yang telah dimasukkan.

** PERHATIAN!!
 Jika pensyarah dapati TIADA paparan Jadual Skema Pemarkahan di ruangan bawah
paparan di atas, pensyarah dikehendaki menghubungi pihak UPP untuk tindakan
selanjutnya.
 Pensyarah TIDAK dibenarkan untuk membiarkan medan MARKAH seperti paparan di
atas dibiarkan begitu sahaja TANPA membuat sebarang kemasukkan markah.
 Pensyarah dikehendaki memasukkan MARKAH = 2 kepada semua PELAJAR YANG
DIHALANG UNTUK MENDUDUKI PEPERIKSAAN (senarai nama pelajar tersebut boleh
diperolehi daripada emel yang dihantar oleh pihak UTTK)

11. Setelah selesai membuat kemasukkan markah bagi semua pelajar, pensyarah dikehendaki menekan
butang Proses seperti yang ditunjukkan pada gambarajah di bawah:

UPP KPM Beranang/Manual Pengguna: Modul Pensyarah Page 8


12. Untuk membuat kemasukkan markah bagi kelas seterusnya, pensyarah dikehendaki klik pada pautan
Pensyarah di ruangan atas paparan seperti gambarajah di bawah. Kemudian, pensyarah perlu
mengulangi Langkah 6 – 11.

UPP KPM Beranang/Manual Pengguna: Modul Pensyarah Page 9


Untuk membuat kemasukkan markah bagi pelajar yang TIADA dalam senarai, sila rujuk BAHAGIAN C
Manual Pengguna ini.

Kemasukkan markah cara ini adalah menggunakan no. K/P pelajar. Untuk carian no. K/P pelajar, sila
rujuk BAHAGIAN B Manual Pengguna ini.

Untuk membuat cetakan Pemarkahan yang perlu dihantar kepada Ketua Jabatan dan UPP, sila rujuk
BAHAGIAN C Manual Pengguna ini.

UPP KPM Beranang/Manual Pengguna: Modul Pensyarah Page 10


BAHAGIAN B: CARIAN NO. K/P PELAJAR

13. Pensyarah dikehendaki membuka paparan Menu Utama Pensyarah. Klik pada pautan Kemaskini
Maklumat Pelajar seperti gambarajah di bawah:

UPP KPM Beranang/Manual Pengguna: Modul Pensyarah Page 11


14. Pensyarah dikehendaki memasukkan NO. ID Pelajar (dengan ‘-‘) pada ruangan yang telah disediakan
pada paparan seperti gambarajah di bawah dan kemudian klik butang Cari:

UPP KPM Beranang/Manual Pengguna: Modul Pensyarah Page 12


15. Pensyarah dapat memperolehi maklumat NO. K/P Pelajar pada paparan seperti di bawah:

16. Setelah pensyarah memperolehi No. K/P Pelajar tersebut, sila rujuk BAHAGIAN C Manual
Pengguna ini untuk membuat kemasukkan markah.

UPP KPM Beranang/Manual Pengguna: Modul Pensyarah Page 13


BAHAGIAN C: KEMASUKKAN MARKAH BAGI PELAJAR TIADA DALAM SENARAI

17. Pensyarah dikehendaki mengulangi Langkah 4 - 8 pada Bahagian A manual pengguna ini. Kemudian
pensyarah dikehendaki memasukkan nombor kad pengenalan pelajar pada ruangan di bahagian 2b
seperti gambarajah di bawah. Kemudian, pensyarah dikehendaki menekan butang Carian.

18. Pensyarah dikehendaki mengemaskini maklumat pemarkahan pelajar tersebut dengan mencari
kursus yang terlibat seperti gambarajah paparan di bawah.

UPP KPM Beranang/Manual Pengguna: Modul Pensyarah Page 14


19. Pensyarah perlu klik pada pautan Kemas bagi kursus berkenaan. Gambarajah seperti di bawah akan
dipaparkan:

UPP KPM Beranang/Manual Pengguna: Modul Pensyarah Page 15


20. Sila masukkan markah (yang telah dibundarkan pada scoresheet masing-masing) di ruangan Jumlah
Markah dan klik butang Seterusnya dengan menggunakan hanya tetikus. Gambarajah seperti di bawah
akan di paparkan:

UPP KPM Beranang/Manual Pengguna: Modul Pensyarah Page 16


21. Pensyarah dikehendaki membuat cetakan ke atas markah yang telah dikemaskini sebagai bukti
kemasukkan markah bagi pelajar yang TIADA dalam senarai. Oleh itu, pensyarah perlu klik pada pautan
Cetak pada ruangan atas seperti yang ditunjukkan pada gambarajah di atas.

UPP KPM Beranang/Manual Pengguna: Modul Pensyarah Page 17


BAHAGIAN C: CETAKAN PEMARKAHAN PELAJAR IKUT SUBJEK PENSYARAH

22. Pensyarah perlu mengulangi Langkah 4 – 8 pada Bahagian A manual pengguna ini. Gambarajah
seperti di bawah akan dipaparkan.

23. Pensyarah dikehendaki membuat cetakan Pemarkahan melalui bahagian 1a2 seperti yang
ditunjukkan pada gambarajah di atas. Pensyarah perlu membuat pilihan kelas terlebih dahulu diikuti
dengan menekan butang Carian. Gambarajah seperti di bawah akan dipaparkan:

UPP KPM Beranang/Manual Pengguna: Modul Pensyarah Page 18


24. Pensyarah perlu klik pada pautan Cetak Pemarkahan Utk Pengesahan seperti yang ditunjukkan
pada gambarajah di atas. Gambarajah seperti di bawah akan dipaparkan:

UPP KPM Beranang/Manual Pengguna: Modul Pensyarah Page 19


25. Pensyarah perlu menekan ikon Pencetak seperti yang ditunjukkan pada gambarajah di atas untuk
membuat cetakan. Cetakan tersebut perlu dibuat sebanyak 4 salinan dan perlu ditandatangani oleh
pensyarah. Salinan tersebut perlu diserahkan pada Penyelaras Kursus, Ketua Jabatan, UPP dan perlu
untuk simpanan sendiri.

UPP KPM Beranang/Manual Pengguna: Modul Pensyarah Page 20


BAHAGIAN D: PEMARKAHAN & CETAKAN PDF SOFTSKILLS IKUT SUBJEK

26. Pensyarah perlu mengulangi Langkah 5. Gambarajah seperti di bawah akan dipaparkan:

27. Pensyarah perlu klik pada puatan Softskills Pelajar ikut Subjek Pensyarah seperti yang ditunjukkan
pada gambarajah di atas. Gambarajah seperti di bawah akan dipaparkan:

UPP KPM Beranang/Manual Pengguna: Modul Pensyarah Page 21


28. Pensyarah dikehendaki memastikan nama and terpapar pada skrin di bahagian 1a2 seperti yang
ditunjukkan di atas. Jika tiada nama anda dipapar, sila hubungi pihak UPP untuk tindakan selanjutnya.

29. Pada bahagian 1a2, pensyarah dikehendaki memilih tahun serta sesi pengajian yang dikehendaki,
kemudian pensyarah dikehendaki menekan butang Carian. Gambarajah seperti di bawah akan
dipaparkan:

UPP KPM Beranang/Manual Pengguna: Modul Pensyarah Page 22


30. Pensyarah boleh membuat pilihan kursus dan kelas terlebih dahulu seperti yang ditunjukkan pada
gambarajah di atas. Kemudian pensyarah dikehendaki menekan butang Carian. Gambarajah seperti di
bawah akan dipaparkan:

UPP KPM Beranang/Manual Pengguna: Modul Pensyarah Page 23


31. Pensyarah dikehendaki klik pada pautan Kemas seperti yang ditunjukkan pada gambarajah di atas
untuk mengisi gred bagi Soft Skils setiap pelajar. Gambarajah seperti di bawah akan dipaparkan:

UPP KPM Beranang/Manual Pengguna: Modul Pensyarah Page 24


32. Pensyarah dikehendaki klik pada butang Check Box seperti yang ditunjukkan pada gambarajah di
atas untuk masukkan gred samada AC (ACCOMPLISH) atau UC (UNACCOMPLISH) pada setiap domain
Soft Skills yang terlibat.

33. Setelah selesai mengisi gred Softskills pada kesemua domain yang terlibat, pensyarah dikehendaki
menekan butang Kemaskini seperti yang ditunjukkan pada gambarajah di bawah:

UPP KPM Beranang/Manual Pengguna: Modul Pensyarah Page 25


34. Untuk meneruskan kemasukkan gred Soft Skills bagi pelajar berikutnya, pensyarah perlu klik pada
pautan Kembali pada ruangan atas seperti yang ditunjukkan pada gambarajah di atas. Sila ulang
Langkah 31-34.

35. Untuk cetakan PDF bagi pemarkahan Softskills yang telah dibuat, pensyarah dikehendaki klik pada
pautan Cetak Pemarkahan Utk Pengesahan seperti yang ditunjukkan pada gambarajah di bawah:

UPP KPM Beranang/Manual Pengguna: Modul Pensyarah Page 26


36. Pada paparan cetakan PDF yang ditunjukkan pada gambarajah di bawah, pensyarah dikehendaki kilk
pada ikon Pencetak untuk membuat cetakan. Cetakan tersebut perlu dibuat sebanyak 4 salinan dan
perlu ditandatangani oleh pensyarah. Salinan tersebut perlu diserahkan pada Penyelaras Kursus, Ketua
Jabatan, UPP dan perlu untuk simpanan sendiri.

UPP KPM Beranang/Manual Pengguna: Modul Pensyarah Page 27


….:: Semoga Berjaya::….
UPP KPM Beranang/Manual Pengguna: Modul Pensyarah Page 28

Anda mungkin juga menyukai