Anda di halaman 1dari 2

Lelaki pun tolak SEKS?

Jangan sangka lelaki sentiasa berhasrat untuk seks. Pantang ada peluang terus menyambar.
Sebenarnya ada masa lelaki juga akan menolak melakukan hubungan intim. Berikut adalah
masa-masanya:-

•    Kurang tidur


Ketika lelaki mencecah umur kematangan atau dua puluhan, keinginan melakukan seks kadang
minat tidur, apatah lagi jika baru mendirikan rumah tangga. Pukul 3.00 pagi pun mereka
sanggup mengejutkan pasangan untuk seks ketika  sedang membara. Tapi seiring pertambahan
usia dan tempoh perhubungan itu sendiri, minat untuk berhubugan intim juga seakin surut.
Apatah lagi kepenatan bekerja dari kurang tidur.

•    Kadar hormon


Stimulasi fisiologis yang terpenting terhadap minat seksual adalah hormone testosteron. Terlalu
banyak prolaktin dan Sex Hormone Binding Globulin (SHBG) dapat menghalang nafsu untuk
hubungan intim. Jadi jika alasan hormon menjadi punca masalah, maka ujian darah untuk
memeriksa tahap hormon testosteron prolaktin, SHBG diperlukan. 

•    Masalah identiti


Apabila seseorang lelaki mengalami ketidakpastian mengenai fungsinya di dunia, dalam
keluarga, lebih-lebih lagi kepada pasangan maka minatnya pada seks juga ikut terhakis. Ia selalu
dikaitkan sebagai masalah kemurungan atau depresi.
Masalah identiti ini selalunya berlaku apabila seseorang lelaki kehilangan pekerjaan, salah satu
anggota keluarga meninggal, serta penyertaan demi penyertaan mengenai orientasi seksualnya.
Keadaan ini seterusnya akan menyebabkan nafsu seks semakin menurun atau mungkin
langsung hilang.

•    Berbeza pendapat


Lelaki juga akan memberontak  dan ia akan melempiaskannya dalam bentuk mengelakkan seks
berbeza pendapat ataupun bertengkar dengan pasangan.  Sebahagian lelaki memilih
‘menghukum’ pasangan dengan tidak melakukan aktiviti di tempat tidur hingga koflik selesai.
•    Pengambilan ubat ubatan
Ubat anti kemurungan dan ubat penurun tekanan darah sering kali menjadi penyebab
hilangnya nafsu seks bagi lelaki. Ia juga sering  dikatakan menjadi penyebab berlakunya
disfungsi seksual pada kaum Adam.

•    Masturbasi
Lelaki yang kerap melakukan masturbasi akan merasakan mereka tidak memerlukan pasangan
untuk memuaskan nafsunya. Aktiviti ini semakin menjadi-jadi terutama sejak perkembangan
teknologi informasi. Ia menjadi masalah jika terlalu asyik melakukannya sehingga melupakan
pasangan sendiri.

•    Takutkan keintiman


Mungkin kedengaran aneh tetapi hakikatnya ada sebahagian lelaki yang takut dengan
keintiman kerana pengalaman tak menyenangkan di masa lalu. Mungkin kerana diliwat atau
sebagainya.

•    Fungsi seksual terganggu


Terdapat lelaki yang mengalami disfungsi ereksi, ejakulasi awal ataupun lambat akan
menghindari seks dengan pasangan. Bagi lelaki ini daripada kecundang sebelum ‘berperang’
lebih baik tidak memulakannya langsung.

•    Hati tersinggung


Seperti wanita, hati lelaki juga akan terasa bila menyentuh perkara-perkara tertentu yang tidak
menyenangkan hatinya. Bila perasaan tersentuh atau tersinggung lelaki akan memilih tidak
melakukan seks sebagai cara menunjukkan rasa tidak puas hatinya. Perkara yang mungkin
membuatkan seorang lelaki tersinggung antara adalah sikap pasangan yang suka mencela
ataupun menjatuhkan air mukanya.

•    Tekanan atau stress


Perkara ini selalu menjadi penghalang urusan seks. Stress berpunca daripada pelbagai hal
seperti masalah kewangan, penyakit serius yang dihadapi anggota keluarga, perubahan di
tempat kerja, dilema keluarga dan isu yang melibatkan keluarga besar. Tapi penyebabnya
bukan setakat itu saja masih banyak perkara lain yang berpotensi untuk menjadi sumber stress.
Sekiranya ketika ini suami menghindari seks, cara berkesan untuk mengajaknya untuk kembali
bersama adalah menjauhkan kritikan yang sifatnya menjatuhkan air muka atau ‘mencela’
kejantananya. Dibantu dengan informasi jelas dari pakar seks, sebahagian besar kes sebegini
boleh diselesaikan.

Artikel atasi mulut berbau, hilangkan getah di tangan, gebukan kulit klik
http://www.mycomel.com/blog/atasi-mulut-berbau-hilangkan-getah-di-tangan-gebukan-kulit-
dengan-tomato/

Produk Kesihatan Suami Isteri klik http://www.mycomel.com/

Anda mungkin juga menyukai