Anda di halaman 1dari 2

Baca puisi di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan berikutnya dengan menggunakan perkataan sendiri.

Ular tedung jangan dipermudah, Bisanya dapat membawa maut, Ika tak maut merana juga; Berhujan berpanas aku tak endah, Keris lembing aku tak takut, Kehendak hati kuturut juga. Kuda Liar berkeliling kota, Kota terbuat dari kayu, Tempat berkawal lasykar Feringgi; Kami mendengar khabar berita, Bunga kembang sudah pun layu, Gugur ke bumi tak harum lagi. Penakit pisau raut, Ambil galah sebatang lintabung, Seludang dijadikan nyiru; Setitik dijadikan laut, Sekepal dijadikan gunung, Alam terbentang dijadikan guru. Sultan muda dari Lampung, Memikul cangkul dengian bajak, Singgah minum di lepau nasi; Sudah sekah tempat bergantung, Telah patah tempat berpijak Ke mana hendak digapai lagi.
(Permatang Budi,1991, dlm.AntologiKerusi, Hal.3)

(i)

Apakah yang dilakukan oleh seseorang yang bersemangat kental dalam memenuhi kehendak hatinya? [2 markah] Perkara yang dilakukan oleh seseorang yang bersemangat kental dalam memenuhi kehendak hatinya adalah tidak menghiraukan cabaran dan tidak tunduk kepada sebarang ugutan. Pada pandangan anda, apakah sifat yang perlu ada pada seseorang gadis? Mengapakah anda berpendapat demikian? [4 markah] Sifat yang perlu ada pada seseorang gadis ialah kesopanan dan menjaga maruah diri. Hal ini demikian kerana jika maruah seseorang gadis tergadai, dia akan dipandang hina oleh masyarakat.

(ii)

(iii)

Nyatakan tiga ciri utama pantun enam kerat. [3 markah] Tiga ciri utama pantun enam kerat adalah terdiri daripada enam baris serangkap, bilangan suku kata di antara lapan hingga dua belas, dan skema rima berbentuk a,b,c,a,b,c.

Baca puisi di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan berikutnya dengan menggunakan perkataan sendiri. PANTUN LAPAN KERAT Sarang merbah di celah dahan, Tempat punai bermain di situ, Berkejar-kejaran anak rusa, Tampak dari tanah seberang; Bersyukur aku kepada Tuhan, Kalau nasib memang begitu, Akan merana sepanjang masa, Harap pada kasihan orang. Bagus rupanya bunga melur, Putih rupanya bunga pinang, Berukir bertangkai perak, Permainan raja perempuan; Cawan, cerek sudah teratur, Pinggan, mangkuk sudah terhidang, Penganan mulia sudah terletak, Samalah duduk kita makan Korek perigi di parit seberang, Tepi parit tumbuh mengkudu, Berselang dengan pokok puding, Hidup subur kanan dan kiri; Tuan pergi dagang seorang, Tiada saudara tempat mengadu, Tiada saudara tempat berunding, Pandai-pandailah membawa diri. (i) Apakah pesanan yang diberikan kepada seseorang yang pergi merantau mengikut pengarang pantun ini? [2 markah] Pesanan yang diberikan kepada seseorang perantau mengikut pengarang pantun ialah perantau perlu menjaga diri di tempat orang kerana tiada saudara mara dan mengamalkan sikap merendah diri. Pada pendapat anda, apakah kebaikan penggunaan pantun dalam menyampaikan sesuatu nasihat atau kritikan terhadap orang lain? [3 markah] Kebaikan menggunakan pantun untuk menyampaikan nasihat atau kritikan ialah pantun menggunakan bahasa yang lembut dan indah, teguran disampaikan secara berselindung, dan tidak menyinggung perasaan orang yang mendengar. Huraikan dua nilai murni dan dua pengajaran yang terdapat dalam pantun di atas. [4 markah] Dua nilai murni dalam pantun ialah nilai keberanian, iaitu berani merantau seorang diri, serta nilai menghormati, iaitu menghormati tetamu. Pengajaran pula ialah manusia perlu mengamalkan sikap rendah diri, melalui baris pandai-pandailah menjaga diri, dan manusia hendaklah menghormati tetamu yang datang. Pengajaran ini terbukti melalui baris samalah duduk kita makan.

(ii)

(iii)

Anda mungkin juga menyukai