Anda di halaman 1dari 11

cara membuat custom album

Friday, November 27, 2009 by kuizikel

ya bertemu lagi kita di ruangan mari memasak membuat sepah. tapi kali ni kita buat sepah secara maya saja, iaitu di skrin komputer masingmasing. jadi mak tak marah. dalam entry lepas-lepas ada komen yang berbunyi begini... farahnida said... KUI...camner nak buat custom album ye...boleh cita sikit jadi untuk menjawab persoalan tersebut, aku terasa ingin berkongsi pengalaman pertamaku membuat custom album. kuncinya ada 1 dalam membuat custom album ni, passion. bak kata pepatah, di mana ada kemahuan di situ ada jalan. oleh kerana kemahuan yang meronta ronta untuk membuat custom album perkahwinan makcik aku yang akan dihadiahkan sebagai hadiah perkahwinan bermakna dalam

hidup (cewah), maka aku dengan gigih menggoogle segala macam fotopages, website, blog dengan menggunakan kata kunci seperti 'custom album perkahwinan', 'storybook' dan lain-lain lagi. dari dulu teringin nak pegi kelas-kelas editing, tapi tak terpergi-pergi. so pengalaman ini adalah untuk perkongsian sahaja, tidak boleh dianggap sebagai ajaran sesat sekiranya dirasakan sesat. hehe. maka dengan itu, aku telah berjumpa dengan pelbagai website yang memaparkan hasil kerja semua orang amat berbakat. maka aku simpan sebagai rujukan. penting untuk tengok hasil-hasil kerja orang, bukan nak copy cat. aku rasa tak salah tiru kan sebab bukan kita amik kerja mereka dan kata itu kita buat. sebagai sumber inspirasi gitu. kebanyakan aku tengok hasil kerja custom album ni lebih kepada simple & clear. tak perlu letak gambar yang terlalu banyak sampai pening. tak perlu kerawang yang terlalu penuh sampai berserabut. tapi itu bergantung pada masing-masing. lagipon beauty lies in the eyes of the beholder. pada mata kita mungkin cantik, tapi pada mata orang mungkin gila hodoh. seni itu subjektif, tiada yang betul tiada yang salah. tapi kalau tiada yang betul atau salah, camne nak ukur kesempurnaan? (quote dari citer CRIMINAL MINDS) eh aku dah membebel jauh. sila skip part di atas sekiranya takde hobi membaca. hehe. bahan-bahan yang diperlukan : 1. sebuah komputer/notebook/netbook yang berkuasa turbo (ok tipu part turbo). netbook asus eee intel atom processor macam aku punya pon boleh. keyboard and mouse termasuk dalam pakej la yer, tak perlu aku sebutkan terperinci. hehe 2. adobe photoshop. versi apa pon boleh. aku pakai adobe 8/cs. (gila ketinggalan) 3. software PICASA untuk kemudahan membuat collage/editing :) 3. gambar-gambar yang ingin di'album'kan

cover album - sebelum dihantar untuk cetakan

tara.. selepas siap... cara-cara 1. buka adobe photoshop. buat fail baru. untuk custom album aku, aku buat saiz 8 inci x 12 inci. selalunya kalau kita hantar ke kedai printing custom album, kita akan buat 2 belah page skaligus. jadi, do the math, saiznyer adalah.... 8 x 24.. pandai! guna resolution 300dpi untuk memastikan kualiti cetakan hebat dan mantap. hehe.

lebar 24 inci x tinggi 8 inci 2. sekarang tiba masanya untuk susun gambar-gambar. time ni aku gunakanlah PICASA kesayangan untuk buat kolaj. sila muat turun nota picasa kesayangan ramai ni untuk mengetahui lebih lanjut. hehe. untuk makluman, page-page yang petak-petak baik di cover album (wah macam album solo) dan page-page yang lain, aku buat guna PICASA jek, pastu aku create collage tu pakai saiz widecreen. bukak dalam photoshop and adjust size. sila tekan shift semasa mengecilkan gambar supaya saiz kacantikan sebenar terjaga, melainkan nak buat orang gemuk jadi kurus sket..hehehehehhe 3. untuk yang kerawang-kerawang, aku buat guna brush kat photoshop. search je kat google, brush photoshop, ornament swirl (untuk cari yang melengkuk liuk). aku selalu amik kat http://www.brusheezy.com/ stupid name, cool brushes. AMARAN elakkan meletak tulisan atau gambar terlalu ke tepi di sekeliling gambar, sebab bimbang akan terpotong masa pembikinan album sebenar oleh orang di kedai/kilang gambar. 4. bila dah siap tu, save as .jpg. bagi nama yang bersesuaian ikut page ke. pastu .psd fail tu aku simpan gak ikut page. untuk page berikutnya, aku save as fail tadi dan namakan page 2. mula-mula dulu aku taram

semua dalam 1 psd fail, kira just hidekan je gambar-gambar sebelum ni, tapi jadi susah bila aku nak edit balik page 1. so end up aku buat 10 fail psd (8 x 24 tadi) untuk 10 helai custom album. 10 helai tu kira ada 20 muka la. kira lagi lah senang kan....

dari pandangan atas

helaian pertama

gamba photographer bertudung oren wajib letak dalam album.. hehe. inilah kelebihan buat album sendiri, sebab boleh letak muk a sendiri dalam album. muahaha. tapi pastikan hanya jika photographer sedara mara je boleh letak, kang panas pengantin muka photographer lagi banyak dari pengantin.. hehe

ni pon pakai PICASA buat collage, klik klik je dah siap

editing hitam putih, focal black and white, semua ada di dalam PICASA

hantaran kedua-dua belah pihak

tercipta untukku.. aku suka gila lagu ni, touching gila

dah tatau nak design apa, letak je gambo segedabak..hehe.. bijak tak? kalau nak tengok gambar asal sebelum jadi, boleh tengok kat flickr. kalau sapa yang nak psd fail contoh ke, boleh la emel aku yer. update : ada beberapa orang dah emel aku untuk dapatkan PSD file, tapi sorry sangat2 yer, aku tidak berjaya mengemel PSD file tersebut kerana saiz amat besar walaupun setelah dizip. Ditambah dengan 'kelajuan' celcom berokband,hohoho.. boleh amik .jpg kat flickr... amik all sizes, download saiz sebenar...

ok album dah siap, tapi nak print kat mana? ok bagus persoalan itu. bak kata seorang yang terkenal dalam bidang fotografi ni, anda boleh tanya apa saja, tapi jangan tanya sapa supplier saya. cewah. oleh kerana aku jumpa tempat print ni tak tanya kat mana-mana photographer, aku tanya MR. GOOGLE je, maka aku kongsikan tempat print album solo aku ni... seperti yang pernah aku sebutkan dulu, aku nak test print kat http://www.albumprima.com/, akhirnya memang jadi kenyataan. dengan baca testimoni orang lain & tengok hasil kerja jurugambar website tu sendiri, aku yakin betul dan kunci lirik! heheheheh... untuk harga, boleh tanya sendiri kat website yang aku bagi tu. dia hanya bagi harga jurugambar kepada jurugambar. nanti dia akan minta flickr/website yang membuktikan korang jurugambar. semua ada kat website tu, jangan segan-segan tanya. saya bukan jurugambar, tapi saya teringin sangat nak buat custom album, photoshop ni tak reti lah... ha soalan ini pon amat bagus sekali. kepada yang teringin nak buat tapi tak reti atau malas nak fikir dalam erti kata sebenar, kini terdapat banyak custom album yang boleh dibuat di kedai-kedai gambar biasa. orang selalu panggil photobook. kunjungilah kedai-kedai gambar berdekatan anda dan tanyalah produk photobook. atau bagi yang rajin sket, boleh godek-godek website kat bawah ni : www.photobook.com.my/ www.pixart.com.my/ ni antara perkhidmatan buat photobook tapi korang boleh buat sendiri dengan menggunakan template yang disediakan. m uat turun sahaja perisian yang disediakan dan cuba godek-godek. hantar kepada mereka dan mereka akan uruskan album anda. kalau pegi kedai pon segan (read : malas), gi download software pon segan, sila gi cari photographer mana-mana, shoot & soh terus buat custom album sekali...hehehehe... pilihan lain, boleh soh orang buat photobook untuk korang, just bagi gambar jek, member di alam mayaku, catlina & cg fly ada buat perkhidmatan photobook, just pegi kat kedaigambarkami yer. (ehem, layout blog diaorang aku yang buat.. promot -promot, hehe) saya tanak orang lain, saya nak kui gak buatkan custom album saya! ini persoalan yang paling bijak...i like.

ok apa lagi, emel saya kuizikel[at]gmail.com sek arang.. jangan berlengah lagi! hehehe eh ayat macam dah nak abis, tapi nak sambung sket lagi. akhirnya misi album pakej perkahwinan makcik aku telah aku siapkan...

4 album semuanya. yang aku blurkan tu album khas untuk persalinan. ada baju cheongsam, jawa, gaun, sari, moden (sama macam aku kawen, muakakakkaka). pastu album kuning kecik tu, album yang aku buat photofunia sebelum ni. gelak embah aku bila tengok muka dia dalam tv lama tu. album gold kecik tu, ada gambar sekitar majlis. pastu last skali custom album. kepada yang duduk sekitar muar/batu pahat, johor darul ta'zim, bolehlah mendapatkan pakej raja sehari andaman dan persalinan pengantin kat butik makcik aku. siap dah buat blog tu.. kursus sehari cekkeya bagi kat makcik aku ni..hehehehe... boleh layari blog di zzacollection.. kalau nak masuk pakej fotografi kena book setahun lebih awal. haha. maklumlah, photographer berada di utara. hahaha. oklah, harap cerita-cerita di atas dapat menjawab persoalan farahnida yer. kalau ada persoalan lain, sila kemukakan yer! at least ada tajuk nak update blog.. ngehehe... tanya kuizikel. ok tak tajuk tu? (macam ruangan sri siantan lak, haha). ni ada lagi 1 gambar, khas untuk kawan makcik aku. katanya anak dia menangis sebab gambar parents diaorang ada kat blog aku ni, tapi

gambar anak dia tade... khas untuk 3 adik manis bertudung ala ikin... jangan nangis lagi yer :)

akhir kata, selamat hari raya aidil adha. aku rindu nak makan lontong. adik cakap abah masak lodeh ngan nasi himpit nona. huhuhuhu... oh rindunya diri ini ingin pulang ke kampung halaman. tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat tumpah darahku. huhuhuhuhuhuhu. eh ending takleh sad. kena happy. yeah raya raya raya!

Anda mungkin juga menyukai