Anda di halaman 1dari 1

v

!#

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih



Alhamdullilah dan syukur kepada hadrat ilahi dengan limpah kurnia kajian
ini telah berjaya dilaksanakan. Penyelidik ingin merakamkan penghargaan ikhlas dan
jutaan terima kasih kepada penyelia kajian tindakan, En. Matsah Mad Idris atas
bimbingan dan dorongan yang diberi sepanjang tempoh penyelidikan ini. Segala ilmu
yang diberikan amat berharga dan akan dikenang sepanjang hayat.

Sekalung terima kasih juga diucapkan kepada keluarga terutamanya ayahanda
dan bonda yang disayangi kerana banyak memberi bantuan dari segala aspek
sehingga tamatnya kajian ini. Semoga mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Buat rakan-rakan yang dikasihi, terima kasih di atas bantuan dan sokongan
yang diberikan selama ini. Terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang
terlibat secara langsung dan tidak dalam menjalankan kajian ini. Semoga Allah
sahaja yang dapat membalas budi baik kalian. Amin.

Anda mungkin juga menyukai