Anda di halaman 1dari 12

Lampiran 6, Versi 2

69
URUSAN KENAIKAN PANGKAT TAHUN 2011
A. Panduan Penyediaan Fail Folio Dokumen Kriteria Kecemerlangan
(di JPP/JPKK/KPT dan institusi)
Bagi melicinkan proses penyemakan dokumen calon-calon daripada pelbagai
gred dan kategori, pihak kami memohon agar beberapa peraturan berikut
dipatuhi:
1. Folio dokumen kriteria kecemerlangan calon yang telah lengkap dan
disemak dimuatkan ke dalam sebuah Ring File berwarna putih.
2. Kulit depan setiap Ring File hendaklah menggunakan kertas A4 dengan
kod warna berikut :
Kategori I warna Biru
Kategori II warna Merah Jambu
Kategori III warna Kuning
Kategori IV warna Hijau
3. Template kulit depan adalah seperti yang dilampirkan di portal e-sis.
4. Warna kertas pemisah (separator) di antara setiap item penilaian bagi
setiap kategori hendaklah mengikut warna yang sama dengan kulit depan
kategori tersebut.
5. Template kertas pemisah adalah seperti yang dilampirkan.
B. Penerangan lanjut mengenai Folio Dokumen Kriteria Kecemerlangan
1. Kandungan setiap item penilaian adalah seperti yang telah dinyatakan
dalam Lampiran 1, buku Garis Panduan Kenaikan Pangkat Edisi Calon,
Versi 2.
2. Sila rujuk kepada buku tersebut apabila membaca penerangan ini.
3. Setiap item penilaian mempunyai bilangan dokumen yang diperlukan.
Calon diminta menghantar bilangan yang tepat ; tidak boleh lebih; tidak
boleh kurang.
4. Item penilaian A, misalnya tidak boleh dicampur aduk dengan item
penilaian B satu dokumen mewakili satu item sahaja.
5. Dengan menggunakan kertas pemisah (separator) setiap calon akan
menyusun secara teratur item-item yang berada di dalam folionya.
Lampiran 6, Versi 2
70
6. Amalan melonggokkan beberapa dokumen sebagai memberi persepsi
kuantiti lebih baik daripada kualiti tidak akan diterima.
C. Nota Penjelasan Lanjut Kepada Calon
KATEGORI I
SENARAI SEMAK 1:
Apa yang dimaksudkan dengan Dokumen Inovasi/ Penambaikan/
Pengurusan P&P dari sudut P&P dalam Gred semasa ?
Inovasi ialah usaha yang berjaya membawa pembaharuan kepada P&P , seperti
satu teknik pengajaran yang dapat meningkat motivasi pelajar. Inovasi ini
menjadi bahan utama yang hendak diketengahkan oleh calon. Apabila
seseorang pensyarah telah menemui kaedah ini, beliau haruslah
mendokumentasikan penemuannya untuk dinilai dan dikongsi bersama. Dengan
itu budaya mencintai ilmu seperti mengambil inisiatif pembaharuan, mengkaji,
mengamati dan menyelidik akan berputik di hati para pensyarah.
Justeru, dokumen inovasi bukannya satu koleksi tugas-tugas P&P yang
telah calon laksanakan sepanjang gred semasanya.
Peringatan:
Calon mestilah menghantar bilangan yang tepat, tidak lebih dan tidak kurang.
SENARAI SEMAK 2:
Apa yang dimaksudkan dengan bahan karya asli penulisan ilmiah/ kreatif ?
Calon dikehendaki melibatkan diri dalam penghasilan penulisan ilmiah atau
kreatif atau penyelidikan berkaitan bidang tugas/ fungsi.
Calon tidak semestinya membuat pembentangan tetapi memadai dengan
menyumbang kepada bahan penulisan tersebut.
Penulisan secara kumpulan (tidak lebih daripada 3 orang) adalah
dibenarkan. Tajuk penulisan hendaklah berbentuk ilmiah tetapi tidak terhad
kepada bidang pengkhususan masing-masing sahaja. Penulisan dalam
bidang umum, kepimpinan dan pengurusan juga dibenarkan.
SiIa rujuk kepada ikIan kenaikan pangkat khususnya "Senarai Semak
FoIio 0okumen Kriteria KecemerIangan" dan buku Caris Panduan
Kenaikan Pangkat - Edisi CaIon, Versi 2 semasa membaca nota ini.
Lampiran 6, Versi 2
71
Pihak berwajib menjalankan penerbitan setidak-tidaknya adalah institusi itu
sendiri. Ini bermakna Politeknik/ Kolej Komuniti digalakkan menjadi badan yang
bertanggungjawab ke atas bahan penerbitan.
Sebagai bukti, calon dikehendaki menghantar bahan penerbitan/ penulisan
tersebut.
Calon boleh merujuk di Lampiran 3, Buku Garis Panduan Kenaikan Pangkat
Edisi Calon, Versi 2 untuk penentuan skop dan aspek penilaian di dalam
penulisan.
Peringatan:
Calon mestilah menghantar bilangan yang tepat, tidak lebih dan tidak kurang.
SENARAI SEMAK 3 :
Apa yang dimaksudkan dengan bahan pembentangan/ kertas kerja di
peringkat institusi/ zon/ kebangsaan/ antarabangsa ?
Calon dikehendaki membentangkan kertas kerja kepada sekumpulan audiens.
Peringkat pembentangan adalah seperti di Lampiran 1, Buku Garis Panduan
Kenaikan Pangkat Edisi Calon, Versi 2.
Sebagai bukti pembentangan tersebut telah berlangsung, calon dikehendaki
menghantar sijil penghargaan/ penyertaan, buku program, slaid pembentangan
dan sebarang bentuk pengiktirafan tersebut.
Peringatan:
Calon mestilah menghantar bilangan yang tepat, tidak lebih dan tidak kurang.
SENARAI SEMAK 4 :
Apa yang dimaksudkan dengan Borang SPD?
Borang SPD ialah catatan sumbangan dalaman dan luaran, kursus wajib dan
kursus elektif yang telah calon lakukan sepanjang berada pada gred tersebut.
Adalah memadai dengan menghantar salinan sijil/ surat penghargaan sebagai
bahan bukti. Calon TIDAK PERLU menghantar dokumen lengkap/ tesis.
Sila hantar bilangan salinan yang diperlukan sahaja. Panel Kesepakaran
tidak akan menilai yang selebihnya.
Lampiran 6, Versi 2
72
KATEGORI II
SENARAI SEMAK 1:
Apa yang dimaksudkan dengan Dokumen Rangkaian/ jaringan dan
kolaborasi dengan pihak industri atau agensi luar?
Pegawai dalam kategori II dikehendaki membina dan mengurus jaringan dan
kolaborasi dengan pihak industri dalam bentuk smart partnership di mana
usahasama yang dilakukan mendatangkan manafaat kepada kedua-dua
organisasi.
Segala bentuk dokumentasi seperti salinan MOU/MOA yang perlu dihantar oleh
calon adalah seperti yang disenaraikan pada Lampiran 1B-1, Buku Garis
Panduan Kenaikan Pangkat Edisi Calon, Versi 2.
Peringatan:
Calon mestilah menghantar bilangan yang tepat, tidak lebih dan tidak kurang.
SENARAI SEMAK 2:
Apa yang dimaksudkan dengan bahan karya asli penulisan ilmiah/ kreatif ?
Calon dikehendaki melibatkan diri dalam penghasilan penulisan ilmiah atau
kreatif atau penyelidikan berkaitan bidang tugas/ fungsi.
Calon tidak semestinya membuat pembentangan tetapi memadai dengan
menyumbang kepada bahan penulisan tersebut.
Penulisan secara kumpulan (tidak lebih daripada 3 orang) adalah
dibenarkan. Tajuk penulisan hendaklah berbentuk ilmiah tetapi tidak terhad
kepada bidang pengkhususan masing-masing sahaja. Penulisan dalam
bidang umum, kepimpinan dan pengurusan juga dibenarkan.
Pihak berwajib menjalankan penerbitan setidak-tidaknya adalah institusi itu
sendiri. Ini bermakna Politeknik/ Kolej Komuniti digalakkan menjadi badan yang
bertanggungjawab ke atas bahan penerbitan.
Sebagai bukti, calon dikehendaki menghantar bahan penerbitan/ penulisan
tersebut.
Calon boleh merujuk di Lampiran 3, Buku Garis Panduan Kenaikan Pangkat
Edisi Calon, Versi 2 untuk penentuan skop dan aspek penilaian di dalam
penulisan.
Peringatan:
Lampiran 6, Versi 2
73

SENARAI SEMAK 3:
Apa yang dimaksudkan dengan dokumen pemudahcara aktiviti
penyelidikan atau penulisan berkaitan pelaksanaan tugas?
Pegawai kategori II dikehendaki mengusahakan dapatan peruntukan/ dana bagi
menjalankan aktiviti penyelidikan di organisasinya yang dipimpinnya.
Calon perlu menghantar dokumen pembuktian yang menunjukkan perancangan
pelaksanaan/ slaid pembentangan/ taklimat/ kertas kerja/ kertas cadangan/
laporan pelaksanaan dan pemantaun perbelanjaan aktiviti perolehan dan
penyelidikan.

Usaha ini boleh dilaksanakan secara berkumpulan.
Peringatan:
Calon mestilah menghantar bilangan yang tepat, tidak lebih dan tidak kurang.
SENARAI SEMAK 4 :
Apa yang dimaksudkan dengan Borang SPD?
Borang SPD ialah catatan sumbangan dalaman dan luaran, kursus wajib dan
kursus elektif yang telah calon lakukan sepanjang berada pada gred tersebut.
Adalah memadai dengan menghantar salinan sijil/ surat penghargaan sebagai
bahan bukti. Calon TIDAK PERLU menghantar dokumen lengkap/ tesis.
Sila hantar bilangan salinan yang diperlukan sahaja. Panel Kesepakaran
tidak akan menilai yang selebihnya.
Lampiran 6, Versi 2
74
KATEGORI III
SENARAI SEMAK 1:
Apa yang dimaksudkan dengan Dokumen Rangkaian/ jaringan dan
kolaborasi dengan pihak industri atau agensi luar?
Pegawai dalam kategori III dikehendaki membina dan mengurus jaringan dan
kolaborasi dengan pihak industri dalam bentuk smart partnership di mana
usahasama yang dilakukan mendatangkan manafaat kepada kedua-dua
organisasi.
Segala bentuk dokumentasi seperti salinan MOU/MOA yang perlu dihantar oleh
calon adalah seperti yang disenaraikan pada Lampiran 1B-1, Buku Garis
Panduan Kenaikan Pangkat Edisi Calon, Versi 2.
Peringatan:
Calon mestilah menghantar bilangan yang tepat, tidak lebih dan tidak kurang.
SENARAI SEMAK 2:
Apa yang dimaksudkan dengan Dokumen Inovasi aspek pengurusan dalam
Gred semasa ?
Inovasi aspek pengurusan ialah usaha yang berjaya membawa pembaharuan
kepada sistem pengurusan, proses atau prosedur yang dapat meningkatkan
output atau outcome sesuatu tugas yang biasa dilakukan. Aspek inovasi ini
hendaklah selari dengan Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam (PKPA).
Kejayaan usaha inovasi ini hendaklah didokumenkan untuk dinilai oleh panel
Kesepakaran.
Justeru, dokumen inovasi bukannya satu koleksi tugas-tugas biasa yang
telah calon laksanakan sepanjang gred semasanya.
Peringatan:
1. Calon mestilah menghantar bilangan yang tepat, tidak lebih dan tidak
kurang.
2. Bagi calon Kategori III yang telah diarah untuk turut mengajar, salinan
surat arahan dari Pengarah hendaklah dilampirkan bersama.
3. Calon yang berkenaan boleh memilih untuk menghantar dokumen inovasi
dari sudut P&P sebagai salah satu daripada item penilaian dalam aspek ini.
Peringatan:
Lampiran 6, Versi 2
75
Calon mestilah menghantar bilangan yang tepat, tidak lebih dan tidak kurang.
SENARAI SEMAK 3:
Apa yang dimaksudkan dengan bahan karya asli penulisan ilmiah/ kreatif ?
Calon dikehendaki melibatkan diri dalam penghasilan penulisan ilmiah atau
kreatif atau penyelidikan berkaitan bidang tugas/ fungsi.
Calon tidak semestinya membuat pembentangan tetapi memadai dengan
menyumbang kepada bahan penulisan tersebut.
Penulisan secara kumpulan (tidak lebih daripada 3 orang) adalah
dibenarkan. Tajuk penulisan hendaklah berbentuk ilmiah tetapi tidak terhad
kepada bidang pengkhususan masing-masing sahaja. Penulisan dalam
bidang umum, kepimpinan dan pengurusan juga dibenarkan.
Pihak berwajib menjalankan penerbitan setidak-tidaknya adalah institusi itu
sendiri. Ini bermakna Politeknik/ Kolej Komuniti digalakkan menjadi badan yang
bertanggungjawab ke atas bahan penerbitan.
Sebagai bukti, calon dikehendaki menghantar bahan penerbitan/ penulisan
tersebut.
Calon boleh merujuk di Lampiran 3, Buku Garis Panduan Kenaikan Pangkat
Edisi Calon, Versi 2 untuk penentuan skop dan aspek penilaian di dalam
penulisan.
Peringatan:
Calon mestilah menghantar bilangan yang tepat, tidak lebih dan tidak kurang.
SENARAI SEMAK 4:
Apa yang dimaksudkan dengan dokumen pemudahcara aktiviti
penyelidikan atau penulisan berkaitan pelaksanaan tugas?
Pegawai kategori II dikehendaki mengusahakan dapatan peruntukan/ dana bagi
menjalankan aktiviti penyelidikan di organisasinya yang dipimpinnya.
Calon perlu menghantar dokumen pembuktian yang menunjukkan perancangan
pelaksanaan/ slaid pembentangan/ taklimat/ kertas kerja/ kertas cadangan/
laporan pelaksanaan dan pemantaun perbelanjaan aktiviti perolehan dan
penyelidikan.
Calon boleh merujuk di Lampiran 3, Buku Garis Panduan Kenaikan Pangkat
Edisi Calon, Versi 2 untuk penentuan skop dan aspek penilaian di dalam
penulisan.
Lampiran 6, Versi 2
76
Usaha ini boleh dilaksanakan secara berkumpulan.
Peringatan:
Calon mestilah menghantar bilangan yang tepat, tidak lebih dan tidak kurang.
SENARAI SEMAK 5 :
Apa yang dimaksudkan dengan Borang SPD?
Borang SPD ialah catatan sumbangan dalaman dan luaran, kursus wajib dan
kursus elektif yang telah calon lakukan sepanjang berada pada gred tersebut.
Adalah memadai dengan menghantar salinan sijil/ surat penghargaan sebagai
bahan bukti. Calon TIDAK PERLU menghantar dokumen lengkap/ tesis.
Sila hantar bilangan salinan yang diperlukan sahaja. Panel Kesepakaran
tidak akan menilai yang selebihnya.
Lampiran 6, Versi 2
77
KATEGORI IV
SENARAI SEMAK 1:
Apa yang dimaksudkan dengan Dokumen Rangkaian/ jaringan dan
kolaborasi dengan pihak institusi (IPT), industri atau agensi luar?
Pegawai dalam kategori IV dikehendaki membina dan mengurus jaringan dan
kolaborasi dengan pihak industri dalam bentuk smart partnership di mana
usahasama yang dilakukan mendatangkan manafaat kepada kedua-dua
organisasi.
Segala bentuk dokumentasi seperti salinan MOU/MOA yang perlu dihantar oleh
calon adalah seperti yang disenaraikan pada Lampiran 1D-1, Buku Garis
Panduan Kenaikan Pangkat Edisi Calon.
Nota:
Calon terlibat adalah pada gred DH 47/48 dan DH51/52 sahaja.
SENARAI SEMAK 2:
Apa yang dimaksudkan dengan dokumen inovasi/ hasil pembaharuan/
penambahbaikan bagi pengurusan tugas ?
Inovasi aspek pengurusan ialah usaha yang berjaya membawa pembaharuan
kepada sistem pengurusan, proses atau prosedur yang dapat meningkatkan
output atau outcome sesuatu tugas yang biasa dilakukan.
Kejayaan usaha inovasi ini hendaklah didokumenkan untuk dinilai oleh panel
Kesepakaran.
Justeru, dokumen inovasi bukannya satu koleksi tugas-tugas biasa yang
calon telah laksanakan sepanjang gred semasanya.
Nota:
Calon terlibat adalah daripada gred DH 31/32 hingga DH43/44 sahaja.
Peringatan:
Calon mestilah menghantar bilangan yang tepat, tidak lebih dan tidak kurang.
SENARAI SEMAK 3:
Apa yang dimaksudkan dengan bahan karya asli penulisan ilmiah/ kreatif ?
Calon dikehendaki menghasilkan hasil penulisan berbentuk ilmiah/ pendidikan/
kepakaran di pelbagai peringkat mengikut gred semasa.
Calon tidak semestinya membuat pembentangan tetapi memadai dengan
menyumbang kepada bahan penulisan tersebut.
Lampiran 6, Versi 2
78
Penulisan secara kumpulan (tidak lebih daripada 3 orang) adalah
dibenarkan. Tajuk penulisan hendaklah berbentuk ilmiah tetapi tidak terhad
kepada bidang pengkhususan masing-masing sahaja. Penulisan dalam
bidang umum, kepimpinan dan pengurusan juga dibenarkan.
Pihak berwajib menjalankan penerbitan setidak-tidaknya adalah institusi itu
sendiri. Ini bermakna Bahagian/ Jabatan digalakkan menjadi badan yang
bertanggungjawab ke atas bahan penerbitan.
Sebagai bukti, calon dikehendaki menghantar bahan penerbitan/ penulisan
tersebut.
Calon boleh merujuk di Lampiran 1 dan 3, Buku Garis Panduan Kenaikan
Pangkat Edisi Calon, Versi 2 untuk penentuan skop dan aspek penilaian di
dalam penulisan.
Peringatan:
Calon mestilah menghantar bilangan yang tepat, tidak lebih dan tidak kurang.
SENARAI SEMAK 4 :
Apa yang dimaksudkan dengan Borang SPD?
Borang SPD ialah catatan sumbangan dalaman dan luaran, kursus wajib dan
kursus elektif yang telah calon lakukan sepanjang berada pada gred tersebut.
Adalah memadai dengan menghantar salinan sijil/ surat penghargaan sebagai
bahan bukti. Calon TIDAK PERLU menghantar dokumen lengkap/ tesis.
Sila hantar bilangan salinan yang diperlukan sahaja. Panel Kesepakaran
tidak akan menilai yang selebihnya.
D. Syarat-syarat Pemilihan Kriteria Kategori
Pegawai kategori I yang memilih Kriteria Kategori IV
Ahli mesyuarat panel Kesepakaran telah memberi kelonggaran kepada
pegawai yang baru berpindah dari ibu pejabat (Kategori IV) untuk
memohon menggunakan set Kriteria Kategori IV. Tempoh perpindahan
hendaklah kurang daripada dua (2) tahun.
Lampiran 6, Versi 2
79
Pegawai kategori IV yang memilih Kriteria lain
Ahli mesyuarat panel Kesepakaran telah memberi kelonggaran kepada
pegawai yang baru berpindah dari institusi ke ibu pejabat (Kategori IV) ;
iaitu bagi mereka yang tempoh perpindahannya kurang daripada dua
(2) tahun untuk memilih set Kriteria Kecemerlangan samada kategori
yang terkini atau kategori terdahulu mereka.
Walau bagaimanapun, mencampur aduk item penilaian antara kategori tidak
dibenarkan.
Sekretariat Penilai Kesepakaran
Jabatan Pengajian Politeknik
Kementerian Pengajian Tinggi
April 2011

Anda mungkin juga menyukai