Anda di halaman 1dari 4

Bilik Air Moden Bertemakan Hitam Dan Putih

HITAM dan putih antara warna kontra yang mampu mewujudkan suasana berbeza di ruang kediaman. Gandingan dua warna itu mampu memberi impak dramatik dan menarik bagi hiasan dalaman. Kombinasinya dilihat bersifat kontemporari dengan memaparkan ciri-ciri retro yang klasik dan evergreen. Daripada aksesori hiasan hingga kemasan lantai, warna hitam putih menterjemahkan suasana berbeza yang unik. Hitam dilihat menzahirkan ciri sofistikated, mencuri tumpuan dan menunjukkan ketegasan gaya.

Sementara putih membuatkan ruang kelihatan lebih lapang dan meredakan ketegangan pandangan mata atau fikiran. Apatah lagi gandingan dua warna itu melengkapi gaya penataan kedesaan Perancis.Anda yang gemarkan tema atau gaya hitam putih perlu mengetahui panduan penataan asas mengenainya. Langkah awal, pemasangan lantai hitam putih sesuai diketengahkan terutama kemasan marmar ala hitam. Serikan jubin seramik putih dengan sempadan hitam untuk menyerlahkan kelainan. Seterusnya dinding putih atau putih gading menyediakan latar belakang sempurna. Bilik mandi dengan konsep hitam putih ini yang tampil anggun dengan kabinet berpermukaan hitam, sinki putih digandingkan dengan kelengkapan serta aksesori sesuai.

Untuk menggunakan tema hitam dalam bilik air adalah suatu tindakan yang boleh dianggap berani atau 'bold' kerana bilik air yang hitam kebiasaannya akan memberi mood yang kurang elok walaupon di pandangan mata orang lain ianya adalah sesuatu yang nampak moden dan terkini.

Jadi untuk mengelakkan perselisihan pendapat dalam penataan warna yang tepat untuk pilihan bilik air yang gelap, selalunya kombinasi warna hitam dan putih dalam bilik air dilihat paling sesuai untuk diterapkan. Hitam dan putih ni akan memberikan suasana lebih nyaman dan bilik air itu sendiri akan nampak lebih 'stylish'. Tapi kalau dirasakan warna putih itu terlalu 'terang' untuk sebuah pilihan bilik air yang gelap, mungkin kombinasi hitam dan kelabu pada jubin bilik air boleh dipraktikkan. Secara tak langsung bilik air itu tidak akan nampak terlalu gelap dan 'creepy'.

Tab Mandi

Sinki

Ruang Mandi

Tandas

Perabot/ Kabinet

Aksesori Tambahan

Anda mungkin juga menyukai