Anda di halaman 1dari 15

Program DSPKI Semester 3 Sesi Akademik 2011/2012

PROGRAM EKSEKUTIF DIPLOMA SISWAZAH PENGURUSAN KESELAMATAN INDUSTRI (DSPKI) SEMESTER 3 SESI 2011/2012

TUGASAN : 1

NAMA PELAJAR : AZMEL BIN KAMARUDIN

NO PENDAFTARAN. : GP00861

NAMA PENSYARAH : PgKB I WAN MOHAMAD ZAIDI BIN WAN ISA

KOD KURSUS : Z1LK 5192

NAMA KURSUS : PERLINDUNGAN KEBAKARAN

FAKULTI SAINS & TEKNOLOGI


Diuruskan oleh:

PUSAT KEMBANGAN PENDIDIKAN


1

KANDUNGAN

MUKA SURAT

1. Kandungan..................................................................2 2. Soalan / Jawapan Tugasan..........................................3 ~ 13 3. Rujukan.............................................................................................14

S.1 HURAIKAN BERKAITAN DENGAN SISTEM PANCUR BASAH, SISTEM PANCUR KERING DAN SISTEM PANCUR MENURUN .

a) SISTEM PANCUR BASAH (WET RISER SYSTEM) Definasi : Sesalur yang direkabentuk dan dipasang menegak dalam

sesuatu bangunan, mengandungi air bertekanan untuk menentang dan melawan kebakaran dalam sesebuah bangunan. Peruntukan Perundangan dan Piawaian: 1. 2. 3. Undang- Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 Para 231( UBBL 1984 ). Malaysia Standard 1489 : Part 1 British Standard 5306 : Part 1.

Tujuan Pemasangan 1. Untuk memberi kemudahan kepada kepada pasukan bomba menentang dan melawan kebakaran dari dalam bangunan. 2. Merupakan pili bomba di dalam bangunan. Keperluan Pemasangan 1. Sistem Pancur Basah hendaklah disediakan dalam tiap-tiap bangunan yang mana tingkat paling tingginya adalah lebih daripada 30.5 meter tinggi dari paras akses perkakas bomba.

2. Perlu disediakan pada setiap tangga yang melanjut daripada paras tingkat bawah ke bumbung dan dilengkapkan dengan alir keluar tiga hala di bahagian atas garis bumbung.

3. Sistem pancur basah hendaklah dilanjutkan ke tingkat basemen jika kedalaman basemen melebihi 9 meter dari aras tanah.

4. Sambungan hos hendaklah disediakan pada setiap tingkat. 5. Sistem ini juga perlu dilengkapkan dengan sekurang-kurangnya satu gulung hos dan nozel semburan dan Jet. 6. Setiap peringkat pancur basah hendaklah tidak melebihi 61 meter kecuali dibenarkan dengan nyata oleh Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia tidak melebihi 70.15 meter. 7. Jumlah sistem pancuran bergantung kepada keluasan lantai dan hendaklah ditempatkan supaya jarak perjalanan daripada tempat paling jauh sekali bagi tingkat itu tidak melebihi 45.75 meter.

Komponen Sistem Pancur Basah 1. Tangki Bekalan Air. 2. Pam Standby. 3. Pam Duty. 4. Pam Jockey. 5. Panel Pam. 6. Injap Pelantar. 7. Gulung Hos. 8. Injap Pelepas Udara. 5

9. Injap Air Masuk. 10. Sistem Paip.

5 9

6 1

2 4 3 10

b) SISTEM PANCUR KERING (DRY RISER SYSTEM) Definasi : Sesuatu sesalur air tegak yang selalunya kering, daripada

saiz yang berpatutan dan dipasang dengan pili air keluar yang boleh dipenuhi dengan air oleh pam-pam Pihak Berkuasa Bomba melalui alir masuk Perkhidmatan Bomba. Peruntukan Perundangan dan Piawaian: 1. Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 ( UBBL 1984 ) Para 230. 2. MS 1489 : Part 1 Hydrant systems, hose reel and foam inlets 3. MS 1210 : Part 2 Landing valve for dry risers 4. MS 1210 : Part 3 Inlet Breeching for riser inlets. 5. MS 1210 : Part 4 Boxes for landing valves for dry riser 6. British Standard 5306 : Part 1

Tujuan Pemasangan 1. Untuk menyalurkan air dari pam bomba ke tingkat yang terbakar di bangunan tinggi. 2. Bagi memudahkan anggota bomba menjalankan kerja-kerja operasi menentang dan melawan kebakaran. 3. Merupakan pili bomba di dalam bangunan.

Keperluan Pemasangan 1. Sistem pancur kering hendaklah disediakan dalam tiap-tiap bangunan yang mana tingkat paling atasnya adalah lebih daripada 18.3 meter tetapi kurang daripada 30.5 meter di atas akses perkakas bomba.

2. Sistem Pancur Kering hendaklah dilanjutkan ke tingkat basemen jika kedalaman basemen melebihi 9 meter dari aras tanah. 3. Sistem ini juga perlu dilengkapkan dengan sekurang-kurangnya dua gulung hos dan nozel semburan dan Jet. 4. Sambungan hos hendaklah disediakan pada setiap tingkat. 5. Sistem ini juga hendaklah dibumikan mengikut BS 5306. 6. Sistem pancur kering dikehendaki, sekurang-kurangnya satu pancur dipasang apabila bangunan yang sedang dibina telah sampai setinggi 18.3 meter di atas paras alir masuk pam bomba 7. Jumlah sistem pancuran bergantung kepada keluasan lantai dan hendaklah ditempatkan supaya jarak perjalanan daripada tempat paling jauh sekali bagi tingkat itu tidak melebihi 45.75 meter.

Komponen Sistem Pancur Kering 1. Sesalur menegak. 2. Injap Alir Masuk ( Breeching Inlet ). 3. Injap Pelantar ( Landing Valve ) 4. Injap Pelepas Udara ( Air Release Valve)

c) SISTEM PANCUR MENURUN (DOWN COMERS SYSTEM) Definasi : Adalah satu sistem yang menyerupai pancur basah dan

kering iaitu sesuatu sesalur air tegak yang sentiasa penuh, daripada saiz yang berpatutan dan dipasang dengan tangki di atas bumbung dan bertindak secara graviti bagi maksudmaksud menentang kebakaran..

Peruntukan Perundangan dan Piawaian: 1. Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 ( UBBL 1984 ) Jadual Kesepuluh. 2. MS 1210 : Part 2 Landing valve for risers 10

3. MS 1210 : Part 3 Inlet Breeching for riser inlets. 4. MS 1210 : Part 4 Boxes for landing valves for dry riser Tujuan Pemasangan 1. Bagi memudahkan anggota bomba menjalankan kerja-kerja operasi menentang dan melawan kebakaran. 2. Merupakan pili bomba di dalam bangunan. Keperluan Pemasangan 1. Sistem ini hanya dibenarkan bagi bangunan rumah pangsa yang mana tingkat paling tinggi melebihi 6 tingkat atau kurang daripada 60m dari paras akses perkakas bomba. 2. Perlu disediakan pada setiap tangga yang melanjut daripada paras tingkat bawah ke bumbung. 3. Sistem pancur menurun hendaklah dilanjutkan ke tingkat basemen jika kedalaman basemen melebihi 9 meter dari aras tanah. 4. Bagi bangunan yang sedang dibina keperluan berikut perlu dipatuhi iaitu; a. Hendaklah mengadakan sekurang-kurangnya satu sistem pancur menurun apabila bangunan itu dibina telah sampai setinggi di atas paras alir masuk pam bomba. b. Pancur hendaklah dilanjutkan mengikut kemajuan binaan hingga ke takat dua tingkat daripada tingkat yang paling tinggi yang sedang dibina.

11

Komponen Sistem Pancur Menurun 1. Tangki Air. 2. Sesalur paip. 3. Injap pelantar. 4. Booster pam. 5. Inflow pipe. 6. Injap aliran masuk. 7. Injap pelepas udara.

S.2 BINCANGKAN PERBEZAAN ANTARA SISTEM PANCUR BASAH DAN SISTEM 12

PANCUR KERING .

Sistem Pancur Basah :

Sesalur yang direkabentuk dan dipasang menegak dalam sesuatu

bangunan, mengandungi air bertekanan untuk menentang dan melawan kebakaran dalam sesebuah bangunan. (Menurut Undang-undang Kecil Seragam 231) Sistem Pancur Basah hendaklah disediakan dalam tiap-tiap bangunan yang mana tingkat paling tingginya adalah lebih daripada 30.5 meter tinggi dari paras akses perkakas bomba. Komponen Sistem Pancur Basah 1. Tangki Bekalan Air. 2. Pam Standby. 3. Pam Duty. 4. Pam Jockey. 5. Panel Pam. 13

6. Injap Pelantar. 7. Gulung Hos. 8. Injap Pelepas Udara. 9. Injap Air Masuk. 10. Sistem Paip.

Manakala Sistem Pancur Kering: Sesuatu sesalur air tegak yang selalunya kering, daripada saiz yang berpatutan dan dipasang dengan pili air keluar yang boleh dipenuhi dengan air oleh pam-pam Pihak Berkuasa Bomba melalui alir masuk Perkhidmatan Bomba. (Menurut Undangundang Kecil Seragam 231) Sistem pancur kering hendaklah disediakan dalam tiap-tiap bangunan yang mana tingkat paling atasnya adalah lebih daripada 18.3 meter tetapi kurang daripada 30.5 meter di atas akses perkakas bomba. Komponen Sistem Pancur Kering 1. Sesalur menegak. 2. Injap Alir Masuk ( Breeching Inlet ). 3. Injap Pelantar ( Landing Valve ) 4. Injap Pelepas Udara ( Air Release Valve)

NAMA PELAJAR : AZMEL BIN KAMARUDIN

NO PENDAFTARAN. : GP00861 Rujukan : 14

1) Module Pelindungan Kebakaran: Sistem Aktif (Sistem Pancur Basah, Sistem Pancur Kering dan Sistem Pancur Menurun) - PgKB I Wan Mohamad Zaidi Bin Wan Isa, JBPM WPKL. 2) Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (Uniform Building By Law Malaysia 1984)

15

Anda mungkin juga menyukai