Anda di halaman 1dari 24

PERKEMBANGAN FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL KANAK-KANAK CERDAS (KBC3032)

____________________________________________________________________

TUGASAN INDIVIDU KAJIAN KES : PERKEMBANGAN FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL RESPONDEN

PENSYARAH: DR. MD. NASIR BIN MASRAN DISEDIAKAN OLEH:

NAMA NO. MATRIK PROGRAM SEMESTER SESI

: MAHFUZAH BINTI MOHAMAD : D20091034738 : PENDIDIKAN KHAS (AT1O) : SEMESTER 3 : 2010 / 2011

KANDUNGAN Bil. 1.0 2.0 3.0 4.0 5.0 Isi kandungan Pengenalan Definisi perkembangan fizikal, emosi dan sosial Teori overexcitability Kazimierz Dabrowski Ciri-ciri fizikal, emosi dan sosial kanak-kanak pintar cerdas Ciri-ciri negatif atau cabaran yang dihadapi oleh kanakkanak pintar cerdas dari aspek fizikal, emosi dan sosial 6.0 Kajian kes 6.1 Maklumat responden 7.0 Hasil kajian a) Hasil senarai semak (checklist) 7.1 Perkembangan fizikal responden 7.2 Perkembangan emosi dan sosial responden 8.0 Perancangn intervensi jangka masa pendek dan jangka masa panjang untuk membantu responden 8.1 Intervensi jangka masa pendek 8.2 Intervensi jangka masa panjang 9.0 Penutup Rujukan Lampiran soalan temubual Lampiran senarai semak (checklist) 16 17 19 20 13 12 13 10 Halaman 1 2 4 6 8

1.0 PENGENALAN Anggapan bahawa pelajar pintar cerdas seharusnya tidak menghadapi masalah dalam apa sahaja penglibatan, di mana sahaja mereka berada telah lama dibuktikan sebagai mitos sahaja. Walaupun dianugerahkan kelebihan dari aspek kepintaran, kecerdasan atau bakat dalam satu bidang atau lebih bidang, hakikat serta pembuktian saintifik menunjukkan mereka juga memiliki keperluan menyeluruh sebagai manusia biasa, sama seperti rakan sebaya mereka. Pelajar pintar cerdas ini juga mengalami pasang surut dari aspek emosi dalam kehidupan mereka. Mereka turut mengalami pelbagai emosi seperti gembira, sedih, marah, malas dan geram. Permasalahan yang membelenggu kehidupan pelajar pintar kebiasaannya berkisar dalam dimensi psikologi dan sosial. Berdasarkan perspektif psikologi, mereka sering berhadapan dengan isu emosi dan tingkah laku yang menjejaskan perkembangan emosi yang sihat. Manakala dalam konteks sosial pula mereka lazimnya terjebak dalam konflik interaksi dan perhubungan dengan individu yang memiliki perkaitan secara langsung atau tidak dalam kehidupan seperti ahli keluarga, guru dan rakan sebaya. Oleh itu, berdasarkan kajian kes yang lepas dijalankan untuk mengkaji mengenai bakat dan kreativiti individu pintar cerdas iaitu di mana saya telah menjalankan kajian terhadap responden saya yang bernama Nur Amni yang mempunyai kecerdasan muzikal berdasarkan salah satu Teori Kecerdasan Pelbagai Howard Gardner. Hasil kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa Amni sangat menonjol dalam bidang muzik, nyanyian dan tarian. Namun, pada kali ini sekali lagi saya akan menjalankan kajian kes ke atasnya iaitu kajian pada kali ini bertujuan untuk mengkaji perkembangan fizikal, emosi dan sosial Amni yang menjurus kepada permasalahan dan cabaran seorang individu pintar cerdas.

2.0 DEFINISI PERKEMBANGAN EMOSI, SOSIAL DAN FIZIKAL Perkembangan fizikal Perkembangan fizikal merupakan satu aspek yang menekankan asas pertumbuhan dan pembesaran kanak-kanak dalam keadaan sihat, selamat dan ceria. Menurut Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003), perkembangan fizikal kanak- kanak boleh dibahagikan kepada empat bahagian iaitu kebersihan alam sekitar, keselamatan, kesihatan dan psikomotor. Ia juga sering dikaitkan dengan kebolehan kanak-kanak menggunakan anggota badan, otot dan koordinasi untuk menjalankan aktiviti harian. Dalam proses mendidik kanak-kanak, aspek perkembangan fizikal seharusnya diberi perhatian. Seorang kanak-kanak tidak akan dapat berkembang dengan baik sekiranya aspek ini diabaikan. Misalnya, seorang kanak-kanak yang cerdas tidak akan dapat mencapai kejayaan sekiranya kanak-kanak ini mengalami masalah kesihatan atau persekitarannya kurang sihat. Oleh itu, kanak-kanak ini perlu diberikan pendedahan dalam cara amalan dan langkah untuk menjaga kebersihan persekitaran kanak-kanak tersebut. Suatu proses perkembangan juga melibatkan interaksi antara kematangan kanak-kanak dan aktiviti pembelajaran yang dilalui oleh kanak-kanak tersebut. Menurut Wright dan Sugden (1999) dalam model peralihan, mereka mengaitkan kematangan individu dengan proses pembelajaran dan pengalaman. Proses pembelajaran ini pula berlaku dalam ruang persekitaran serta perlu memenuhi kehendak khusus aktiviti yang diberikan kepada kanakkanak tersebut. Perkembangan sosial Syamsu Yusuf (2007), menyatakan bahawa perkembangan sosial merupakan pencapaian kematangan dalam hubungan sosial. Perkembangan sosial dapat pula diertikan sebagai proses seseorang belajar untuk menyesuaikan diri terhadap norma-norma kelompok, moral dan tradisi dengan meleburkan diri menjadi satu kesatuan dan saling berkomunikasi dan bekerjasama. Perkembangan sosial pula merupakan satu proses apabila kanak-kanak belajar berhubung dengan orang lain mengikut cara yang dapat diterima oleh masyarakat dan budayanya.

Perkembangan emosi Emosi pada mulanya dianggap sebagai tindak balas fizikal yang muncul daripada perjuangan manusia untuk hidup. Ada pula yang melihat tindak balas emosi itu bersifat sampingan berbanding dengan apa yang berlaku dalam otak. Kini terdapat pandangan popular tentang emosi, iaitu emosi adalah fikiran tentang sesuatu situasi di mana manusia itu menemui diri mereka. Bagi LeDoux (ibid., 12, 40), emosi mempunyai peranan biologi kepada saraf. Beliau seterusnya menyatakan bahawa emosi tidak muncul daripada perasaan yang sedar tetapi ia lahir daripada perlakuan dan pengkhususan-pengkhususan fisiologi, iaitu tindak balas badaniah yang dikawal oleh otak yang membolehkan manusia terselamat daripada ancaman persekitaran. Perkataan emosi berasal daripada perkataan Latin motere yang bermaksud bergerak. Emosi atau motus anima secara literal bermaksud semangat yang menggerakkan kita (Cooper dan Sawaf, 1997). Dengan kata lain, emosi secara implisit cenderung untuk bertindak. Hakikat ini jelas apabila data yang diperolehi daripada kajian-kajian neurobiologi memperlihatkan bahawa setiap emosi mempersiapkan tubuh manusia dengan sejenis tindak balas biologi. Misalnya, apabila muncul emosi marah maka tambahan darah mengalir di tangan dan ini menyebabkan ia mudah untuk mengambil sesuatu seperti senjata, degupan jantung meningkat dan hormon seperti adrenalin banyak dihasilkan untuk membentuk tenaga yang kuat untuk bertindak. Emosi ialah satu perasaan afektif yang dialami oleh seseorang individu dalam sesuatu keadaan yang memberi makna kepada dirinya. Emosi juga ditakrifkan sebagai tindak balas atau kebangkitan yang ditonjolkan keluar sebagai ransangan kepada perasaan emosi. Oleh itu, proses kanak-kanak berinteraksi dan mengadaptasi diri dalam masayarakat dikenali sebagai sosioemosi.

3.0 TEORI OVEREXCITABILITY KAZIMIERZ DABROWSKI

Teori overexcitability Kazimierz Dabrowski Teori perkembangan dengan skala yang besar ini dikemukakan oleh seorang psikator Polandia terkenal bernama Kazimierz Dabrowski iaitu di dalam bukunya The Theory of Positive Disintegration tahun 1960. Berdasarkan teori ini, Dabrowski menjelaskan tentang perkembangan yang overexcitability berbagai aspek pertumbuhan bagi perkembangan individu pintar cerdas yang meliputi aspek psikomotor, sensual, intelektual, imaginasi dan emosi. Dabrowski menyatakan perkembangan overexcitabilities (superstimulatibilities) yang dijelaskan memberi gambaran bahawa bagaimana seorang kanak-kanak pintar cerdas berkembang dalam kondisi yang sangat (ekstrim) sensitif dalam beberapa area. Ia mempunyai stimulus-respons yang sangat berbeza dengan norma hidup manusia. Hal ini membawa maksud bahawa kelima bahagian tersebut akan beraksi lebih kuat dan lama daripada kanakkanak yang lain, walaupun stimulus itu sangat kecil bentuknya. Hal ini bukan merupakan faktor psikologikal tetapi lebih kepada sensitiviti yang diatur oleh susunan sistem saraf pusat (SSP). Kelima aspek itu adalah:

Psikomotor Kanak-kanak pintar cerdas umumnya mempunyai perkembangan psikomotor yang besar dan selalu bergerak, mempunyai tenaga yang banyak dan banyak bicara, serta tidur yang kurang daripada kanak-kanak lain.

Sensual Overexcitabilities sensual ini dijelaskan seperti menyukai hal-hal yang merangsang sensori seperti bauan dan rasa tetapi juga memberi tindak balas kuat terhadap input sensori yang negatif seperti bau yang kurang menyenangkan atau pergaduhan. Ia sangat sensitif terhadap cahaya dan suara tegas. Tetapi ia juga mempunyai kesedaran yang kuat terhadap estetika, kecantikan, keindahan atau menangis ketika mendengar lagu yang sedih. Imaginasi Perkembangan imaginasi yang besar dijelaskan seperti kemampuan berpuisi dalam bahasa yang indah, selalu memimpikan sesuatu, berfikir kuat dalam visual dan banyak menggunakan bahasa yang metafora. Selain itu, dijelaskan juga seperti suka mengelamun, sangat mengingati mimpinya dan bertindak balas kuat terhadap mimpi-mimpinya itu serta sangat menyukai cerita-cerita dongeng. Intelektual Perkembangan intelektual yang luas dengan perkembangan logical imperative, yang menyukai latihan yang melatih otak dan menyukai tentang sesuatu penjelasan yang kompleks serta menyukai berbagai penjelasan. Ia juga menyukai berbagai hal yang sifatnya akademik, informai terbaru, permainan yang merangsang otak seperti puzzel, catur dan sebagainya. Emosional Selain itu, ia juga mempunyai perkembangan emosi yang luas, sangat empati dan mudah merasa hiba dan sedih.

Berdasarkan teori ini, menunjukkan bahawa kanak-kanak pintar cerdas mempunyai kelimalima aspek itu bersifat overexcitabilities. Hal ini menyebabkan mereka kadang kalanya sukar mengawal diri sendiri jika berlaku gangguan emosional. Oleh itu, teori ini menjadi rujukan saya untuk menjalankan kajian ke atas responden saya dalam mengkaji perkembangan kecerdasan fizikal, emosi dan sosialnya yang mempunyai aspek-aspek yang overexcitabilities.

4.0 CIRI-CIRI FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL KANAK-KANAK PINTAR CERDAS Perkembangan fizikal Kanak-kanak pintar cerdas boleh dinilai kemampuannya melalui perkembangan fizikal sejak kecil lagi iaitu mereka boleh berjalan dan bercakap lebih awal. Mereka juga mempunyai kemahiran melukis yang maju berbanding rakan sebaya dan mampu melepasi tahap menconteng dengan cepat serta boleh melukis objek dengan awal. Contohnya melukis manusia yang lebih realistik atau yang menggambarkan pergerakan (kelajuan). Berdasarkan kajian : Di dalam kumpulan, kanak-kanak pintar cerdas mempunyai perkembangan fizikal yang lebih unggul berbanding kanak-kanak lain, mempunyai tinggi dan berat terbukti pada usianya dan kapasiti pernafasan yang lebih baik. Kanak-kanak pintar cerdas secara keseluruhannya mempunyai berat badan yang lebih ketika lahir berbanding kanak-kanak lain. Secara puratanya, kanak-kanak pintar cerdas boleh belajar berjalan sebulan lebih awal dan boleh bercakap pada usia tiga atau satu setengah bulan lebih awal daripada kanakkanak lain. (Terman, 1926) Pekembangan fizikal kanak-kanak pintar cerdas menunjukkan mereka mempunyai tahap yang mengkagumkan dalam aktiviti fizikal. Kanak-kanak pintar cerdas akan mempamerkan kemahiran atau kebolehan yang luar biasa dalam aktiviti fizikal berbanding rakan sebayanya iaitu kanak-kanak pintar cerdas dapat memegang bola dengan cekap dan membaling bola itu pada arah yang betul, berbanding dengan rakan sebayanya yang masih memegang bola tidak cekap dan membaling bola menghala ke merata tempat. Bagi kanakkanak pintar cerdas dalam bidang kinestatik, mereka mempunyai ketahanan, stamina dan ketekunan yang tinggi dalam aktiviti fizikal. Mereka berkeyakinan, seimbang dan kordinasi dalam aktiviti kesukaan fizikal serta sangat bertenaga dalam melakukan aktiviti kesukanan. Mereka juga mampu memahami aspek intelek dalam aktiviti psikomotor yang dilakukan. Manakala kanak-kanak pintar cerdas yang berkebolehan dalam bidang muzik, mereka mampu mengikut rentak dan irama dengan mudah seperti menari. Mereka juga sangat bijak mencipta atau mengubah sesuatu tarian yang disertainya.
8

Perkembangan emosi dan sosial Perkembangan emosi kanak-kanak pintar cerdas dapat dilihat berdasarkan ciri-ciri seperti sangat menitikberatkan hal-hal keadilan serta mempunyai perasaan yang mendalam terhadap keadilan dan adakalanya mungkin mereka menentang dengan tegas sesuatu yang dirasakan tidak adil. Mereka gemar bertanya soalan secara kritikal terhadap perkara yang serius seperti masalah-masalah berkaitan populasi dunia dan isu-isu alam sekitar. Individu pintar cerdas ini mempunyai keyakinan yang tinggi, percaya dirinya dihargai kerana kebolehannya bukan kerana siapa dia. Mereka akan memberi perhatian yang tinggi terhadap perkara-perkara yang menarik dan diminatinya. Selain itu, individu pintar cerdas mempunyai perasaan sensitif yang tinggi terhadap perkara yang melampaui tahap pemikirannya yang masih muda seperti isu peperangan, kebuluran, pencemaran, ketidakadilan dan keganasan. Mereka mudah mengalirkan air mata apabila melihat keindahan matahari terbenam atau mendengar lagu yang menyentuh hatinya. Selain itu, mereka merupakan seorang yang sangat simpati dan menyayangi haiwan serta sanggup untuk berhenti memakan dagingnya. Berdasakan perkembangan sosial pula kanak-kanak pintar cerdas lebih suka berkawan dengan orang yang lebih berusia dari dirinya. Individu pintar cerdas bersahabat dengan orang yang mempunyai minat yang sama dengannya supaya dia dapat berkongsi ilmu bukan kerana umur sebaya dengannya. Mereka juga mampu menyesuaikan diri dengan situasi baru yang dihadapi.

5.0 CIRI-CIRI NEGATIF ATAU CABARAN YANG DIHADAPI OLEH KANAKKANAK PINTAR CERDAS DARI ASPEK FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL Walaupun mempunyai banyak kelebihan sebagai individu pintar cerdas namun mereka juga mempunyai pelbagai masalah dan cabaran dalam hidupnya. Individu pintar cerdas tidak menghadapi masalah yang dihadapi oleh kebanyakan orang, tetapi mereka menghadapi masalah lain yang tidak dihadapi oleh orang kebanyakan. Masalah mereka menjadi bertambah rumit kerana masalah mereka tidak difahami dan ini menjadikan mereka seolah-olah menghadapi masalah ini seorang diri. Keadaan ini sudah tentu memberikan tekanan yang berlebih-lebih lagi kepada mereka. Salah faham dan stereotaip selalu menghantui golongan ini. Mereka selalu merasakan hidup seorang diri di dunia ini. Kanak-kanak pintar cerdas lebih gemar bermain dengan mainan yang mencabar intelek, seperti blok dan puzzle daripada bermain aktiviti permainan di padang seperti rakan sebayanya. Hal ini kerana mereka dapat memberi tumpuan yang panjang semasa bermain permainan tersebut yang dapat merangsang intelek mereka. Tekanan emosi yang dialami oleh kanak-kanak pintar cerdas adalah berbeza dari kebanyakan orang kerana mereka mengalami dan merasai tekanan yang lebih tinggi berbanding kanak-kanak yang lain. Mereka mudah mengalami tahap sensitif yang tinggi dan mempunyai tekanan emosi mendalam. Perkara ini dapat dilihat pada kanak-kanak pintar cerdas yang mudah menangis atau merajuk sekiranya mereka berebut ketika bermain atau apabila permainan kegemaran mereka diambil oleh orang. Perasaan dan sikap sensitif kanak-kanak pintar cerdas ini menyebabkan mereka mampu untuk berfikir hal-hal seperti peperangan, kebuluran, pencemaran, ketidakadilan dan keganasan. Disebabkan mereka terlampau memikirkan isu-isu ini menyebabkan mereka akan mengalami masalah 'introvet' dan mungkin menjurus ke arah kemurungan yang amat. Kadang-kadang mereka menjadikan nasib malang yang berlaku kepada seseorang sebagai satu masalah yang sensitif kepada mereka dan membuatkan mereka berfikir dan menjadi marah akan hal itu sebagai contoh kehilangan pensil, menjatuhkan bola tampar, banjir di negara lain di dunia atau melihat seorang anak menangis di pasaraya. Selain itu, sifat mementingkan kesempurnaan (perfectionism) juga menjadi masalah kepada pelajar pintar cerdas. Sikap mementingkan kesempuranaan yang tinggi akan mendorong kanak-kanak pintar cerdas ke arah takut untuk menghadapi kegagalan. Sikap yang
10

begitu berhati-hati dan teliti serta mementingkan kesempurnaan ini akan mendorong kanakkanak pintar cerdas terhadap kekecewaan yang tinggi apabila gagal mencapai matlamat yang ditetapkan dalam diri. Masalah yang dihadapi oleh individu pintar cerdas dalam aspek sosial kebanyakannya dilihat mereka kurang bersosial bersama rakan sebaya. Mereka lebih suka meluangkan masa mereka melakukan aktiviti yang mereka gemari seperti membaca atau menyelesaikan masalah dari bersosial dengan rakan sebaya yang dianggapnya tidak setara dari aspek perkembangan intelek. Selain itu, kanak-kanak ini juga lebih gemar melibatkan diri dalam perbualan dengan orang dewasa mengenai isu-isu global dan mampu dan mampu untuk berdebat dengan baik dalam menyuarakan pendapat dan juga pandangan mereka dalam isu tersebut. Sesetengah pendapat mengatakan individu pintar cerdas ini jarang berkomukasi adalah disebabkan masalah salah faham antara mereka dan orang lain. Hal ini demikian kerana, semasa berkomunikasi, kita sudah pastinya membina maksud berdasarkan apa yang sedia kita fahami. Apa yang kita fahami tidak semestinya sama dengan apa yang cuba dimaksudkan orang lain. Halangan mungkin berlaku dalam proses memberi mesej dan mentafsir mesej antara dua pihak ini. Disebabkan perbezaan mereka dengan orang lain, salah faham adalah biasa, mereka lebih sukar difahami. Sifat kompleksiti dan tidak konsisten menjadikan mereka seolah-olah tidak boleh dijangka. Individu yang pintar cerdas menghadapi masalah berkomunikasi yang menghalang mereka berkomunikasi dengan berkesan. Ini adalah akibat beberapa keistimewaan yang ada pada mereka. Kadang-kadang apabila ditanyakan maklumat tertentu. Mereka susah menjawab dengan jelas dan tersusun. Perkara ini berlaku disebabkan terlalu banyak idea yang berlaku serentak di otaknya. Keadaan ini boleh dibagaikan segulung bola benang yang tidak dapat dicarikan penghujung benang itu. Mereka seolah-olah susah mengorganisasikan idea atau pengetahuan yang ada pada mereka dengan cara yang teratur, kemas dan dari senang ke susah. Akibatnya mereka bercakap sahaja segala apa yang terlintas di fikiran mereka. Ini mengelirukan mereka yang mendengar. Pada satu ekstrim lagi, mereka mungkin menjadi tercungap-cungap akibat masalah ini.

11

6.0 KAJIAN KES 6.1 Maklumat Responden Latar belakang responden Nama Umur Tarikh lahir Tempat lahir Jantina Bangsa Agama Hobi Cita-cita Jenis kecacatan Sekolah : Nur Amni Binti Azizi : 19 Tahun : 15 Mei 1991 : Hospital Bukit Mertajam : Perempuan : Melayu : Islam : Membaca dan Menyanyi : Peguam : Tiada : Sekolah Menengah Kebangsaan Penanti

Tinggal bersama siapa : Ibu Bapa Pencapaian akademik UPSR : 4A 1B PMR : 7A 2B SPM : 7A 3B 1C Keistimewaan responden Berbakat dalam nyanyian Suka mendengar lagu Berbakat juga dalam melukis Seorang yang peramah Berbakat dalam pelbagai tarian seperti tarian joghee Mampu menghafal lirik lagu dengan mudah Pandai bermain alat muzik seperti kompang, kerincing, kayu tik tok dan sebagainya.

12

7.0 HASIL KAJIAN Sebagai seorang pelajar pintar cerdas, sudah tentu Amni menghadapi pelbagai masalah dan cabaran dalam hidupnya. Kajian pada kali ini, mengkehendaki saya untuk mengkaji masalahmasalah dalam perkembangan fizikal, emosi dan sosial Amni dalam hidupnya. Saya menjalankan kajian ini melalui dua kaedah iaitu: Temubual ibu bapa, guru dan rakan sebaya Senarai semak (checklist)

a) Hasil senarai semak (checklist) Senarai semak bayi Jawapan ibu Huraian bapa Adakah anak anda belajar bercakap Seperti dan berjalan awal? kanak-kanak lain. Adakah anak anda kelihatan biasa Ya. dalam perhatian dan mampu Amni sepeti kanak-kanak lain tidak terlalu diganggu masalah ketika kecil yang menyebabkan dia tidak dapat menumpukan perhatiaan. Adakah anak anda menunjukkan Tidak. kemahiran motor yang maju dan adakah dia bagus dalam aktiviti fizikal? Adakah anak anda ingin tahu tentang Ya. dunia dan tertarik untuk menjelajahi dan mencari maknanya? Kerap kali mengajak ibu bapanya berjalan-jalan pemandangan untuk dunia dan melihat akan Seperti kanak-kanak lain tetapi tidak berapa aktif dalam aktiviti fizikal. Perkembangan fizikal Amni waktu kecil seperti kanak-kanak lain.

menumpukan perhatian?

bertanya pelbagai soalan. Adakah anak anda betul-betul Tidak. Pembelajaran Amni seperti kanakkanak lain.

melebihi kemampuan dari usianya dan termasuk juga dalam

pembelajaran sendiri? Adakah anak anda berminat tentang Ya. mengapa, dimana dan bagaimana? Amni sangat suka bertanya pelbagai soalan jika dia berminat terhadap
13

sesuatu. Adakah anak anda mempunyai kosa Ya. kata yang baik? Adakah anak anda menunjukkan Ya,dalam kebolehan istimewa seperti dalam bidang menyelesaikan masalah, lukisan, muzik. Amni boleh bercakap dengan baik ketika kecil. Amni mempunyai kemampuan dan kebolehan dalam bidang muzik. Dia boleh bernyanyi, menari dan bermain alat muzik. mempunyai Ya. Keadaan ini menunjukkan Amni

muzik atau matematik? Adakah anak anda

perasaan dan keinginan tahu dengan isu yang diabaikan oleh kanak-kanak lain?

sangat sensitif tentang perkara-perkara yang menyentuh emosinya dan akan bertanya pelbagai soalan untuk

mendapatkan jawapannya. Adakah anak anda gembira dalam Tidak. keadaan yang tidak diharapkan? Amni sangat gembiran dalam bidang yang diminati sahaja iaitu muzik.

7.1 Perkembangan fizikal responden Perkembangan fizikal Amni ketika kecil iaitu ketika berumur 0 hingga 5 tahun. Umur 0-12 bulan Pergerakan

Boleh merangkak, berjalan sambil memegang perabot. Duduk dengan sokongan Memegang benda kecil dengan satu tangan dan kemudian kedua tangan. Memegang benda atau orang untuk berdiri.

2 tahun

Mula menconteng menggunakan pensil. Mula duduk atas basikal dan menolak menggunakan kaki. Boleh naik tangga sambil dipegang. Main bola besar dan cuba menendangnya. Belajar bercakap

14

3 dan 4 tahun

Boleh menolak dan menarik objek besar. Boleh mengikut latihan sederhana seperti menari. Menari dan bergerak mengikut muzik.

5 tahun

Boleh berlari tanpa melanggar kanak-kanak lain. Boleh mengurus diri seperti menyusun kasut dan membutangkan baju. Suka bernyanyi sendirian sambil menari.

Berdasarkan senarai semak serta temubual yang disoalkan kepada ibu bapa Amni, didapati Amni hanya kelihatan normal pergerakkannya seperti kanak-kanak biasa mengikut peringkat umur seperti belajar berjalan dan bercakap. Tetapi Amni mampu menunjukkan kemajuan atau kebolehan istimewanya dalam kemahiran muzik ketika berumur 3 tahun lagi seperti dalam jadual di atas. Ketika berumur 3 tahun Amni sudah mampu menari dan bergerak mengikut rentak muzik walaupun tidak tahu menyanyi lagi. Manakala perkembangan fizikal Amni ketika besar, didapati dia kurang aktif dalam aktiviti bersukan. Hasil temubual dengan rakan sebayanya saya telah menemui masalah perkembangan fizikal Amni. Jika diajak bermain aktiviti sukan seperti bola jaring, bola tampar dan sebagainya, Amni akan mengelak dan dia lebih gemar bermain permainan yang tidak memerlukan pergerakkan aktif seperti bermain catur, congkak dan lain-lain. 7.2 Perkembangan sosial dan emosi responden Kurang bersosial Perkembangan sosial menurut hasil temubual dengan rakan sebaya, Amni menunjukkan dia seorang yang kurang bersosial dengan rakan sebaya iaitu Amni jarang berkomunikasi atau berinteraksi dengan mereka kecuali untuk perkara-perkara yang penting sahaja iaitu perkara yang melibatkan bidang yang diminatinya iaitu bidang muzik. Individu pintar cerdas ini akan melupakan keperluan sosialnya dengan memilih untuk tidak berkomunikasi atau berinteraksi dengan rakan sebayanya (Rimm 2008). Keadaan ini membawa kepada satu masalah sosial dan emosi kepada Amni jika tidak diberi bantuan.

15

Tekanan emosi Hasil kajian kes saya terhadap Amni melalui temubual bersama gurunya, didapati Amni mempunyai masalah emosi apabila dia tidak dapat mengawal emosinya ketika gagal memenangi pertandingan nyanyian solo yang disertainya pada tahun 2009. Amni telah bertindak dengan tidak makan selama empat hari. Dia tidak bertegur sapa dengan kawankawannya sehinggalah dia merasakan tahap kekecewaannya semakin berkurang iaitu hampir sebulan barulah Amni kembali seperti biasa. Keadaan ini menunjukkan Amni mengalami tahap kekecewaan yang mendalam apabila dia gagal menerima kekalahan. Berdasarkan keadaan Amni ini, didapati cara otak manusia dibina memberi ruang sedikit untuk manusia menentukan bila ia dikuasai oleh emosi dan jenis emosi yang dialami. Perkara yang mampu dikawal oleh manusia ialah menentukan beberapa lamakah emosi itu dapat bertahan. Hal ini terjadi kerana emosi di dalam minda manusi itu terjadi di dalam dua peringkat. Peringkat yang pertama iailah peringkat sedar dan peringkat kedua ialah peringkat tidak sedar. Pada peringkat sedar emosi sampai kepada korteks dan dikawal oleh minda rasional. Manakala emosi yang tidak disedari pula boleh mempunyai impak yang kuat ke atas cara seseorang itu menanganinya dan bertindak sesuatu tanpa menyedari jenis emosi yang beroperasi di dalam dirinya (Goleman 1996, 55-77). Kesempurnaan (perfectionism) Selain itu, hasil temubual juga didapati Amni mempunyai sifat mementingkan kesempurnaan yang tinggi yang mana boleh mendorong dia ke arah takut terhadap kegagalan. Keadaan ini akan menjadikan dia seorang yang cepat berputus asa kerana tidak mampu melaksanakan tugasan dalam tempoh yang ditetapkan. Hal ini dapat dilihat ketika waktu peperiksaan, Amni akan berusaha untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang penting atau berusaha mengumpul maklumat dengan lengkap sebelum menjawab sesuatu soalan. Sifat Amni ini akan menjadi suatu kekuatan dalam dirinya untuk mencapai kejayaan dalam pelajaran. Amni juga akan memastikan segala tugasan yang dilakukan pada setiap hari mestilah sempurna seperti yang dikehendakinya. Amni selaku ketua dalam kelab tarian di sekolahnya pernah diarahkan melatih sekumpulan pelajar belajar menari. Setiap kali latihan diadakan Amni akan memastikan kumpulan itu berjaya mengikut 5 step langkah tarian dan perlu menghafal step itu. Amni mudah marah jika salah seorang tidak dapat mengikuti step dengan sempurna.
16

Berdasarkan kedua-dua kes yang dinyatakan, jelas menunjukkan Amni seorang yang sangat mementingkan kesempurnaan. Patricia Schuler (2002), merupakan seorang penasihat dan perunding pendidikan di New York, telah meringkaskan penemuan utamanya tentang kesempurnaan dalam pelajar pintar cerdas dan berbakat : Dalam suatu kumpulan, pelajar pintar cerdas dan berbakat cenderung bersifat perfeksionis. Mereka agak lebih perfeksionis daripada pelajar yang berkemampuan yang lain. Kesempurnaan mereka dapat menjadi kekuatan yang kuat untuk berprestasi tinggi. Sekarang banyak psikologi dan pendidik melihat kesempurnaan sebagai psikologi yang tidak sihat. Ia sering dipandang sebagai penyebab kepada kemunduran, kekecewaan dan rendah diri. dan memang itu boleh menyebabkan masalah tersebut jika tidak dikendalikan atau dibiarkan menjadi kuasa yang dominan dalam motivasi berprestasi pelajar. Namun, juga boleh menjadi sumber kepuasan yang besar dan dapat menjadi kekuatan yang kuat dalam pertumbuhan peribadi dan profesional. Sensitif Amni merupakan seorang yang sangat sensitif dari segi emosi dan tingkah laku menurut rakan-rakannya. Hal ini demikian kerana sifatnya yang sangat teliti dan mementingkan kesempurnaan menyebabkan dia mudah kecewa walaupun dalam perkara-perkara kecil. Amni juga suka memikirkan isu-isu global secara mendalam seperti peperangan dan penderaan. Dia sering bertanya pelbagai soalan kepada gurunya untuk mendapatkan penjelasan. Perkaraperkara ini akan menjadikan Amni seorang yang introvet dan mungkin akan menjurus ke arah kemurungan teruk di masa akan datang jika dia terlalu memikirkannya.

17

8.0 PERANCANGN INTERVENSI JANGKA MASA PENDEK DAN JANGKA MASA PANJANG UNTUK MEMBANTU RESPONDEN Sebagai seorang guru, saya akan menjalankan beberapa intervensi atau program untuk membantu Amni. Intervensi ini terbahagi kepada dua peringkat iaitu jangka masa pendek dan panjang. Intervensi jangka masa pendek adalah dijalankan segera iaitu pada setiap hari atau minggu-minggu dan ia akan sentiasa berterusan. Manakala intervensi jangka masa panjang pula akan dijalankan selepas peperiksaan STPM Amni kerana ia mengambil masa yang lama untuk dilaksanakan. Ia dijangkakan akan dijalankan pada awal tahun depan iaitu Januari 2011. Intervensi ini mengambil masa yang panjang untuk dijalankan kerana ia melibatkan aktiviti luaran. 8.1 Intervensi Jangka Masa Pendek

1.

Nama program: Sukan Riang Ria

Aktiviti sukan dapat menghilangkan tekanan yang dihadapi oleh responden. Aktiviti bersukan ini akan dilakukan setiap hari. Setiap hari saya akan memastikan Amni akan melakukan aktiviti sukan atau senaman. Melalui aktiviti ini Amni dapat merehatkan minda dan menenangkan perasaan emosi atau tekanan yang dihadapinya. Ia juga dapat meningkat semangat dan tahap pergaulan sosial Amni untuk mencuba bermain bersama rakannya. Sekali gus, aktiviti ini dapat menceburkan diri Amni dalam aktiviti sukan lasak di masa akan datang.

2.

Nama program: Kauseling Hatiku

Program ini merupakan sebuah program kaunseling untuk Amni supaya dia dapat mengenali diri dan masalah berkaitan dirinya. Perancangan program ini iaitu saya akan menjemput seseorang penceramah bahagian pintar cerdas untuk menerangkan mengenai siapa itu individu pintar cerdas, ciri-ciri pintar cerdas, masalah individu pintar cerdas serta punca masalah mereka. Melalui penerangan ini Amni dapat mengenali dirinya sendiri dengan lebih mendalam. Amni juga akan dapat memahami

18

bagaimana situasi otaknya berfungsi yang menyebabkan dia tidak dapat mengawal emosi serta memahami sifat dirinya yang sensitif dan mementingkan kesempurnaan. Program ini dapat membantu Amni supaya dia dapat mengawal emosinya dengan baik kerana dia sudah tawu kenapa dia bersikap sedemikian.

8.2 Intervensi Jangka Masa Panjang

1.

Nama program Masa dijalankan

: Khemahku : Januari 2011

Program ini merupakan aktiviti perkhemahan yang akan dijalankan selepas peperiksaan STPM Amni. Aktiviti yang dijalankan dalam program ini iaitu merupakan aktiviti sukan lasak seperti aktiviti berbasikal downhill, skateboard, rock climbing, flying fox, climbing wall, abseiling serta lain-lain kelengkapan dan peralatan untuk sukan lasak yang sesuai untuk golongan kanak-kanak, remaja dan dewasa. Aktiviti rekreasi aktif juga akan dilaksanakan seperti futsal, bola jaring, badminton, tenis, ping pong dan sebagainya. Kesemua aktiviti ini merupakan pertandingan. Oleh itu, pelbagai aktiviti disediakan supaya responden tidak mudah putus asa jika menghadapi kekalahan kerana pelbagai percubaan aktiviti yang boleh dilakukannya. Dengan itu, program ini dapat mengurus kekecewaan Amni jika dia menghadapi kegagalan dalam penyertaan nyanyian yang disertainya di masa depan kerana dia boleh berfikiran secara rasional bahawa dia perlu banyak usaha dan percubaan yang akan dilakukan dengan lebih gigih untuk mencapai kejayaan.

2.

Nama program Masa dijalankan

: Kelas Tari-menari : Februari, Mac dan April 2011 (3 bulan)

Program ini adalah merupakan satu program yang dirancang untuk meningkatkan dan mengembangkan bakat Amni dalam bidang muzik memandangkan usianya yang masih muda dan memerlukan lebih banyak kemahiran dalam bidang muzikal. Saya akan

19

menggalakkan Amni untuk menyertai kelas tarian tradisional anjuran Istana Budaya. Melalui program ini Amni akan dapat mempelajari asas tari-menari dan memantapkan persembahannya iaitu dia dapat bernyanyi sambil menari dengan baik dan sempurna. Masa yang diperuntukkan selama tiga bulan untuk menyertai kelas tersebut adalah cukup untuk Amni mempunyai kemahiran yang lengkap untuk menceburi diri dalam industri nyanyian.

3.

Nama program Masa dijalankan

: Membuka kelas tarian : selepas menjalani kelas belajar tarian

Program ini merupakan pekerjaan sambilan untuk Amni. Setelah mempelajari pelbagai asas dalam tarian Amni boleh membuka sebuah kelas tarian. Sesiapa sahaja boleh menyertai kelas ini dengan kadar yuran yang murah sahaja. Selain itu, saya akan mempromosi perkhidmatan sebagai tenaga pengajar guru nyanyian dan tarian kepada sekolah-sekolah rendah atau pra-persekolahan yang memerlukannya. Bayaran yang tidak seberapa itu sedikit sebanyak boleh membantu Amni melanjutkan pelajaran ke universiti.

3.

Nama program Masa dijalankan

: Akademi Fantasia atau Mentor : Tahun 2012

Perancangan program ini adalah untuk menghantar Amni memasuki program realiti televisyen iaitu Akademi Fantasia atau Mentor. Melalui program ini bakat Amni dapat dikembangkan dengan lebih baik. Amni dapat mencurahkan segala bakat dan kemahiran yang terdapat dalam dirinya pada suatu bidang yang betul. Selain itu, saya merancang program ini adalah supaya Amni dapat bergaul dengan orang-orang yang mempunyai minat yang sama dengannya dan secara tidak langsung mereka dapat berkongsi idea yang dapat meningkatkan prestasi masing-masing. Program ini juga dapat meningkatkan pergaulan sosial Amni bersama masyarakat luar.

20

9.0 PENUTUP Kesimpulannya, individu yang pintar cerdas dan berbakat mungkin lebih bijak secara intelek dari rakan sebaya mereka, tetapi tidak bermakna mereka turut dewasa dalam aspek perkembangan fizikal, emosi dan sosial. Bagi usaha mengenal pasti individu yang mempunyai kebolehan tinggi seperti individu pintar cerdas, guru dan juga ibu bapa perlu memberi perhatian terhadap ciri yang dipamerkan dan ditunjukkan oleh individu ini. Banyak ciri-ciri yang luar biasa yang ditunjukkan oleh individu ini pada usia yang masih muda lagi.

Walaubagaimanapun tidak semua ciri ini perlu dimiliki oleh seseorang untuk dikatakan pintar cerdas. Oleh itu, perlulah diingatkan bahawa disebalik ciri-ciri yang mengkagumkan ini, mereka ini masih seorang individu yang memerlukan perhatian. Keseimbangan perkembangan Amni secara menyeluruh bergantung kepada

keperihatinan ibu bapa, pendidik, persekitaran pembelajaran dan juga masyarakat agar mereka dapat berfungsi sebagai individu yang biasa walaupun mempunyai kelebihan yang menandingi rakan-rakan yang lain. Hal ini demikian kerana, bagi menjamin Amni dapat membesar dengan segala keperluan fizikal, emosi dan sosial yang seimbang agar dia dapat mencapai potensi yang optimum dengan cara yang sihat sesuai dengan usia yang sebenar. Berdasarkan kajian kes yang dijalankan didapati Amni juga mengalami masalah yang hampir sama berlaku ke atas individu pintar cerdas terutamanya perkembangan Amni dalam emosi dan sosial. Oleh itu, saya telah mengambil beberapa intervensi untuk mengatasi cabaran dan masalah dalam perkembangan Amni dengan menjalankan program dan pelbagai aktiviti untuk membantunya. Saya berharap intervensi ini akan dapat dijalankan dengan realitinya bagi membantu perkembangan Amni supaya bakat yang terdapat dalam dirinya akan dapat berkembang dengan sebaiknya.

21

Rujukan Cooper, R. K. Dan Ayman Sawaf. (1997). Executive EQ : Emotional Intelligence in Business. London : Orion Business Books. David George. (2003). Gifted Education: Identification and Provision. London: David Fulton Publishers Ltd. Goleman, D. (1996). Emotional Intelligence: Why it can matter more than IQ. London: Bloomsbury. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. LeDoux, J. (1996). The Emotional Brain. New York : Simon & Schuster. Margie K. Kitano, Darrell F. Kirby. (1985). Gifted Education: A Comprehensive View. Canada: Little, Brown & Company. Noriah Mohd. Ishak, Rosadah Abd. Majid, Siti Fatimah Mohd Yassin. (2009). PERMATApintar Negara: Pengalaman UKM. Pusat PERMATApintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia. Rimm, S. (2008). Why bright kids get poor grades : And what you can do about it. 3rd Edition. Great Potential Press Ins. : USA. Schuler, P. (2002). Perfectionism in gifted children and adolescents. In M. Neihart, S.M. Reis, N. M. Robinson, & S. M. Moon (Eds.) The social and emotional development of gifted children: What do we know? (pp. 71-79). Waco, TX: Prufrock Press. Sohaimi Abdul Aziz. (1998). Membentuk Kecerdasan Emosi Kanak-kanak : Melalui Kesusasteraan Kanak-kanak. Penerbit Universiti Sains Malaysia. Terman, L. M., ed. (1926). Genetic Studies of Genius. Vol. 1, Mental and Physical Traits of a Thousand Gifted Children, 2d ed. Stanford, Calif.: Stanford University Press. Wright, H. & Sugden, D. (1999). Physical Education for All. London: David Fulton

22

LAMPIRAN

23

Soalan temubual bersama ibu bapa, guru dan rakan responden Ibu bapa 1. Bagaimanakah perkembangan fizikal Amni ketika kecil? Adakah dia menunjukkan perkembangan atau pergerakkan yang lebih cepat berbanding kanak-kanak lain? 2. Adakah Amni gemar melakukan aktiviti lasak seperti bermain di padang bersama rakan sebayanya? 3. Apakah aktiviti kegemaran kesukaan Amni dimasa lapang?

Guru 1. Bagaimanakah pergaulan Amni di sekolah bersama guru-gurunya? 2. Apakah aspek-aspek emosi yang sering ditunjukkan oleh Amni jika menghadapi kegagalan? 3. Bagaimanakah Amni menguruskan dan menjalankan tugasnya sebagai Ketua Aspuri? 4. Adakah Amni suka bertanyakan pelbagai soalan mengenai isu-isu global?

Rakan-rakan 1. Adakah Amni seorang yang sensitif? Apakah punca yang menyebabkan dia menjadi begitu? 2. Adakah Amni mempunyai sahabat rapat yang boleh dia berkongsi apa sahaja bersama? 3. Adakah dia suka melakukan aktiviti-aktiviti lasak atau bersukan? 4. Adakah Amni seorang yang mementingkan kesempurnaan dalam semua aspek? 5. Adakah Amni suka bergaul sosial bersama anda?

24

Anda mungkin juga menyukai