Anda di halaman 1dari 2

hairul.

com

23/10/2011 11:51

Cara mudah mengatasi masalah susah tidur atau insomnia tanpa ubat tidur.
Dibawah ini saya berkongsi beberapa tips yang boleh membantu anda. 1. Buang tabiat suka berfikir atau berkhayal ketika baring. Samada siang atau malam, elakkan dari berfikir ketika baring. Kerana ia akan menjadi satu tabiat pada diri kita dan akan dibawa ke bilik tidur. Salah satu punca susah tidur ialah otak kita terus menerus berfikir tanpa henti ketika baring di atas katil. Oleh itu anda perlu didik diri anda untuk tidak lagi suka berfikir atau berkhayal ketika baring. Apabila baring, ia masanya untuk anda berehat bukannya berfikir. 2. Jadikan malam anda, waktu beristirehat. Jangan membuat kerja pejabat diwaktu malam. Jangan terlalu memikirkan masalah kerja pada waktu malam. Waktu malam ialah masa berehat. Kurangkan aktiviti yang memerlukan anda berfikir pada waktu malam. Lakukan aktiviti santai bersama keluarga pada waktu malam. .

. Pernah mengalami masalah susah tidur. Masuk tidur pukul 11.00 malam. Namun sampai pukul 3 pagi, masih belum dapat melelapkan mata. Memang menyiksakan. Lebih malang lagi jika keesokkan harinya, waktu bekerja. Dah masuk pejabat dengan muka letih lesu. Mulalah terlelap di pejabat. Silap haribulan dapat warning letter dari majikan. hu.hu.hu.

Printed with

joliprint

ebenarnya masalah sukar tidur banyak berpunca dari kecelaruan fungsi otak anda. Orang yang menghadapi masalah sukar tidur mempunyai daya ingatan yang lebih lemah. JIka anda menghadapi masalah ini, amat bijak merawatnya dari sekarang. Tapi jangan guna ubat tidur kerana ianya akan menjejaskan kesihatan anda.

http://hairul.com/blog/cara-mudah-mengatasi-masala-susah-tidur-atau-insomnia-tanpa-ubat-tidu/

Page 1

hairul.com

23/10/2011 11:51

Cara mudah mengatasi masalah susah tidur atau insomnia tanpa ubat tidur.

3. Elakkan minum air berkafein pada waktu malam. Minuman berkafein akan merangsangkan otak dan sistem saraf anda. Ia akan menyukarkan anda untuk tidur pada waktu malam. Dan juga elakkan makan makanan berat, 1-2 jam sebelum tidur 4. Elakkan tidur selepas asar dan pada waktu magrib. Sebenarnya pada waktu ini, tubuh anda perlu aktif. Jika tidak, tenaga di dalam badan akan dibawa ke otak dan menyukarkan anda untuk tidur pada waktu malam. 5. Aktifkan diri anda dengan aktiviti riadah pada waktu petang. Lakukan aktiviti riadah seperti berjoging atau bermain dengan anak-anak anda. Keletihan pada waktu petang mampu membantu anda tidur dengan lena atau nyenyak pada waktu malam. 6. Berkomunikasi dan bersosial dengan rakan atau keluarga anda juga amat membantu menceriakan hari anda. Seterusnya membantu anda tidur dengan lena pada waktu malam. 7. Pastikan anda mandi sepuas-puasnya sebelum maghrib. Kesegaran tubuh badan amat membantu anda tidur nyenyak pada waktu malam. 8. Tips terakhir. Cuba try cara ini. Satu jam sebelum tidur, cuba katakan pada diri anda secara berulangulang. Aku nak tidur nyenyak malam ini dengan mimpi indah. Kata pada diri anda berulang-ulang. Ia akan menimbulkan keinginan dalaman pada diri anda untuk tidur. Seterusnya membantu anda untuk tidur nyenyak. 9. Berzikir juga amat bagus mengelakkan anda dari terus berfikir tanpa henti. Cuba amalkan pada waktu malam sebelum masuk ke bilik tidur. Dan jangan lupa membaca ayat alquran sebelum tidur iaitu 4 Qul dan ayat kursi. InsyaAllah ia sangat membantu. Semoga tips ini membantu. D

Anda dialu-alukan :D 1. Jika anda suka artikel ini, boleh klik button LIKE. Barulah saya tahu anda sukakannya :D 2. Anda dialu-alukan berkongsi artikel ini dengan button disediakan atau share url link artikelnya. 3. Utk button Email Artikel ini pada rakan, anda boleh juga email kpd diri sendiri sebelum forward kpd rakan. (Boleh letakkan ruangan Email Anda dan Email Rakan dgn email id yg sama) 4. Kalo nak share kat blog anda, video dan gambar boleh la. Text buatlah sendiri. Baru syok :D

Printed with

joliprint

http://hairul.com/blog/cara-mudah-mengatasi-masala-susah-tidur-atau-insomnia-tanpa-ubat-tidu/

Page 2

Anda mungkin juga menyukai