Anda di halaman 1dari 5

TUJUH PEMUDA YANG BERIMAN

Assalamu`alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Terima kasih Pengerusi Majlis, panel hakim tunjang keadilan, penjaga masa
yang saksama serta hadirin sekalian.

Mari dengarkan cerita saya,


Tujuh pemuda yang beriman,
Amat terkenal serata dunia,
Jadikanlah pengajaran…

(intro lagu Ashabul Kahfi – Raihan)

Kawan kawan,

Kisah Ashabul kahfi ialah kisah sekumpulan pemuda seramai 7 orang dan
seekor anjing yang tertidur di dalam sebuah gua selama 309 tahun.
Pemuda-pemuda ini hidup pada zaman Raja Daqyanus dari Rom,
beberapa ratus tahun sebelum diutusnya Nabi Isa a.s. Mereka hidup di
tengah masyarakat penyembah berhala dengan seorang raja yang zalim.

Demi menyelamatkan iman, mereka melarikan diri dari kota, tetapi dikejar
oleh tentera raja untuk dibunuh. Hingga pada suatu ketika, sampailah
mereka di mulut sebuah gua sebagai tempat persembunyian.

Firman Allah ayat 10 surah Al-Kahfi

"(Ingatlah) tatkala pemuda-pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua


lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-
Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami ini”.

Ya kawan-kawan,
Tatkala ditimpa musibah, maka berdoalah kepada Allah.
Kisah penyembelihan seorang ayah kepada anak dan isterinya di Bangi
baru-baru amat menyedihkan kita betapa hilangnya kewarasan hingga
lupa kepada Allah.

1 | Teks Bercerita M T Q 2 0 1 4 / S K M J
Mereka tertidur kerana penatnya
Berlari kerana takutkan raja
Memburu mereka dengan tentera (chorus lagu ummi – Haddad Alwi)
Terselamatlah iman di dalam gua…

Kawan-kawan,

Lantaran terlalu penat akibat lama berjalan, mereka tertidur di dalam gua
tersebut bersama seekor anjing yang bernama Qitmir. Ketika tidur yang
panjang itu, Allah SWT telah membalik-balikkan badan mereka ke kiri dan
ke kanan agar tidak dimakan tanah.

Manakala anjing mereka itu diletakkan dengan kedua-dua kakinya


menjulur ke arah pintu gua agar sesiapa yang melihat keadaan itu akan
merasa takut dan gerun untuk memasukinya.

Firman Allah Taala dalam surah al-Kahfi ayat 18 berbunyi :

"Dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur; dan Kami balik-
balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri (supaya
badan mereka tidak dimakan tanah); sedang anjing mereka menghulurkan dua
kaki depannya dekat pintu gua; jika engkau melihat mereka, tentulah engkau
akan berpaling melarikan diri dari mereka, dan tentulah engkau akan merasa
sepenuh-penuh gerun takut kepada mereka.

Ya kawan-kawan,
Allah amat berkuasa terhadap apa sahaja. Peristiwa pengalihan kubur di
daerah Segamat, Johor menyaksikan mayat yang masih utuh seperti baru
dikafankan amat mengejutkan semua pihak. Membuktikan bahawa jika
Allah mengkehendaki sesuatu maka tiada sesuatu pun yang mustahil.

2 | Teks Bercerita M T Q 2 0 1 4 / S K M J
Mereka terlena berkurun lamanya
Bersembunyi dari angkuhnya sang raja
Tersedar mereka dari tidur lena
Hingga terasa lapar dan dahaga

(chorus lagu Sumaiyah – Hijjaz)

Sahabatku sekalian,

Setelah sampai tempoh yang ditetapkan Allah SWT, maka terbangunlah


tujuh pemuda beriman ini daripada lena yang teramat panjang. Sebaik
sahaja bangun dari tidur, mereka berasa amat lapar. Lalu, diutuskan
seorang wakil dalam kalangan mereka untuk pergi ke bandar membeli
sesuatu untuk dimakan. Sebelum berangkat, rakan-rakan yang lain
berpesan agar pemuda yang pergi itu supaya mencari makanan yang
halal dan bersih.

Firman Allah :

“Maka bertakwalah kamu kepada Allah SWT menurut kesanggupanmu dan


dengarlah serta taatlah dan nafkahkanlah nafkah yang baik untuk dirimu”

(Potongan ayat 16 : Surah al-Taghabuun)

Hadirin yang dimuliakan,


Mencari yang halal ialah fardhu kepada umat Islam. Makanan yang
syubhah dan tidak halal akan mematikan hati. Berkata Imam Ghazali
Rahimahullah: "Perut yang kenyang dari yang halal adalah punca segala
kecelakaan. Apatah lagi jika dikenyangkan perut itu dengan yang haram".
Oleh itu, Pelan Integriti Nasional yang dilancarkan baru-baru ini oleh
kerajaan bertujuan memerangi rasuah yang menjadi sumber rezeki yang
tidak halal.

3 | Teks Bercerita M T Q 2 0 1 4 / S K M J
Tujuh pemuda kembali ke kota
Melihat semua berubah segalanya
Raja berubah… menjadi pembela…
Kembali beriman kepada Pencipta…

(Syair)

Rakan-rakan sekalian,

Rentetan dari peristiwa jual beli pemuda tadi, maka tersebar luaslah di
serata pelusok kota bahawasanya, pemuda-pemuda yang telah mati
bertahun lamanya kini hidup semula.

Pemuda diarah menghadap sang raja, membuktikan kebenaran siapa


mereka. Maka, pergilah sang pemuda kepada sang raja dan bercerita
siapa mereka, yang lari dari raja durjana hingga tertidur di dalam gua.

Kebenaran mereka ini terbukti seperti mana firman Allah:

“Dan demikian Kami dedahkan hal mereka kepada orang ramai supaya
oang-orang itu mengetahui bahawa janji Allah menghidupkan semula
orang mati adalah benar..”

(Potongan ayat 21 : Surah al-Kahfi)

Rakan-rakan dan hadirin sekalian,


Marilah kita sentiasa mempersiapkan diri untuk menghadapi hari kematian
dengan amalan yang sewajarnya. Dewasa ini, ajaran syiah amat
berleluasa. Jika tidak dibendung maka, rosak binasalah amalan kita
kepada Yang Maha Esa.

4 | Teks Bercerita M T Q 2 0 1 4 / S K M J
Sejurus selepas itu, Raja dan rakyatnya meminta ditunjukkan dimana gua
tempat mereka berselindung dari sang Raja Durjana. Maka berduyun-
duyunlah rakyat jelata pergi ke gua itu kerana sangsi bagaimana tujuh
pemuda itu hidup semula sedangkan telah mati beratus tahun lamanya.

Setelah pemuda itu kembali ke gua, Allah SWT mematikan mereka untuk
selama-lamanya. Maka, hilanglah keraguan di hati sang raja dan
rakyatnya betapa agungnya kuasa Allah SWT.

Sehubungan itu, dibina sebuah bangunan berdekatan gua demi


memperingati kisah mereka dan sebagai pengajaran kepada semua.

Sesuai dengan firman Allah dalam potongan surah al-Kahfi ayat 21 :

Yang bermaksud : “...maka (sebahagian dari) mereka berkata: “Dirikanlah


sebuah bangunan di sisi gua mereka, Allah jualah yang mengetahui akan
hal ehwal mereka”. Orang-orang yang berkuasa atas urusan mereka (pihak
raja) pula berkata: “Sebenarnya kami hendak membina sebuah masjid
(tempat ibadah) di sisi gua mereka”

Ya kawan-kawan,
Kuasa Allah tidak dapat disangkal walau sehebat mana kita manusia.
Meskipun dengan pelbagai jentera dan alatan dicipta. Sebagai manusia
biasa, bertakwalah kepada Allah dan percaya padanya. Lihat sahaja
kehilangan pesawat MAS MH370 yang hilang tanpa berita walhal dengan
bantuan pelbagai alatan canggih dari serata dunia.

Sekian sudah cerita saya


Tujuh pemuda yang jujur saksama
Ambil pengajaran panduan bersama (Lagu Puteri Santubong)
Dirahmati Allah hingga ke syurga

Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

5 | Teks Bercerita M T Q 2 0 1 4 / S K M J

Anda mungkin juga menyukai