Anda di halaman 1dari 5

Puisi Traditional

Pantun Empat Kerat : Budi

Rangkap Pertama

: Pantun ini ingin disampaikan sebagai sebuah pesanan tidak

langsung bahawa orang yang berbudi hendaklah dikenang

Rangkap Kedua
meninggal dunia

: Orang yang berbudi pasti akan dikenang walaupun dia sudah

Rangkap Ketiga

: Jasa yang diberi orang harus dikenang.Walaupun kecil budi yang

diberi,ia tetap dihargai

Rangkap Keempat

: Seseorang yang menyayangi orang lain, dan apabila kasihnya itu

diterima, hubungan tersebut akan berterusan untuk jangka masa yang panjang.

Pantun Empat Kerat : Jenaka dan Sindiran

Rangkap Pertama

: Meskipun seseorang isteri itu cantik paras rupanya,ia tidak akan

dianggap sempurna sekiranya dia tidak melakukan kerja-kerja di dapur.

Rangkap Kedua

: Kitab-kitab selalunya akan dibaca oleh orang-orang yang berilmu.

Sekiranya orang yang tidak berilmu ingin menunjukkan kemahirannya pasti akan diketawakan orang kerana tidak percaya

Rangkap Ketiga

: Orang yang pernah berkuasa pasti tidak mampu berbuat apa-apa

kepada rakyat kerana kuasanya telah hilang.

Rangkap Keempat

: Orang biasa yang berkeupayaan tetapi dianggap hanya layak

berada di bawah akan menimbulkan kerisauan kepada orang atasan.

Syair : Definisi Orang Berakal

Rangkap Pertama : Orang yang cerdik dan berakal dianggap mulai seperti orang alim. Sesiapa yang menjadi pengikut orang yang berakal akan hidup bahagia. Rangkap Kedua : Orang-orang yang berakal pastinya akan membela orang yang dianiayai. Orang yang bersalah pula akan menerima balasan yang setimpal. Rangkap Ketiga : Orang yang berakal akan mempunyai pandangan yang jauh, pastinya dia akan bersahabat dengan orang yang baik-baik sahaja dan mengetepikan orang yang jahat. Rangkap Keempat : Orang yang berakal pasti akan mengikut hukum-hukum agama Allah . Selain berserah kepada Ilahi, meraka juga tidak tamak kerana mereka tahu dunia ini tidak akan kekal selamanya. Rangkap Kelima : Orang yang berakal pasti tidak akan mengada-ada atau sombong walaupun dikasihi orang atasan. Sebaliknya dia akan berbaik-baik dengan rakan-rakannya. Rangkap Keenam : Apabila orang atasan memberi perhatian yang lebih kepada orang yang berakal. Pastinya dia akan lebih berusaha untuk merapatkan hubungan dengan rakan rakan sambil bersikap rendah diri serta makin kuat berusaha dalam bekerja. Rangkap Ketujuh : Orang yang berakal pasti tidak akan bosan dengan ilmu malah dia makin bersungguh untuk memahami sesuatu bidang ilmu.

Syair : Siti Sianah

Rangkap Pertama : Sesetengah perempuan berperangai janggal apabila dia mencukur bulu roma di muka serta menajamkan bulu keningnya. Selepas itu dia berhias dan berpakaian lengkap. Rangkap Kedua : Ada juga perempuan yang ketawa sehingga mengilai-ngilai . Apabila ada lelaki berdekatan, dia menunjuk-nunjukkan mukanya supaya lelaki itu terpikat dengannya. Rangkap Ketiga : Sesetengah perempuan suka bersolek dan berdandan. Dia juga suka membelek belek mukanya di hadapan cermin. Rangkap Keempat : Terdapat perempuan yang tidaklah begitu cantik atau jelita. Ada juga yang hidungnya kembang dan tidak mancung seperti besar mulut buaya rupanya. Rangkap Kelima : Ada pula sesetengah perempuan berperangai buruk. Dia membuat siput pada rambutnya sambil memakai cemara yang berjela jela panjangnya. Rangkap Keenam : Ada juga perempuan yang berlangir, dia memakai bedak di seluruh badannya agar kelihatan putih. Perbuatan itu hanyalah untuk menutup parut yang ada dari dilihat orang ramai. Rangkap Ketujuh : Sesetengah perempuan suka dipuji. Oleh itu, dia memakai gelang sampai ke pangkal lengan. Apabila ada lelaki, dia memandang dan suka berpeleseran.

Rangkap Kelapan : Ada perempuan yang mendedahkan kaki dan tangannya atas alasan berubat. Niatnya Allah yang tahu iaitu untuk membuat lelaki terpikat padanya. Rangkap Kesembilan : Kita haruslah berlindung dengan Allah Taala, jauhilah diri dari perkara buruk seperti mana yang dilakukan oleh perempuan yang berakhlak buruk. Rangkap Kesepuluh: Ramai pula yang tergadai harta benda kerana berperangai buruk dan perangai itu sudah sebati dalam diri. Rangkap Kesebelas : Pergaulan antara lelaki dan perempuan akan mendatangkan banyak kesan buruk berlaku. Solat juga akan dilupakan. Semua ini kerana syaitan sudah menghampiri mereka dan menghasut mereka.

Gurindam : 12 Fasal Yang Keenam

Rangkap Pertama : Cadangan agar memilih sahabat yang menyedapkan hati. Rangkap Kedua : Cadangan agar belajar dengan guru yang benar-benar berilmu. Rangkap Ketiga : Cadangan agar mencari isteri yang taat akan suami. Rangkap Keempat : Cadangan agar mencari kawan yang baik dan tidak hipokrit.

Seloka : Emak si Randang.

Emak si Randang seorang yang baik hati. Dia telah melakukan pelbagai kebaikan kepada orang dagang. Walaubagaimanapun , Emak si Randang sanggup mengabaikan anak sendiri dan berhabis budi untuk berbudi kepada orang dagang. Apabila orang dagang itu pergi, Emak si Randang menanggung pelbagai masalah seorang diri seperti ketiadaan padi dan menanggung hutang.

Puisi Moden

Sajak : Harga Remaja

Rangkap Pertama : Penyajak menjelaskan akan kepentingan usia remaja yang tinggi nilainya. Rangkap Kedua : Timbul persoalan tentang adakah remaja mengisi masa usia muda mereka dengan ilmu atau dengan kelalaian.

Rangkap Ketiga : Remaja perlulah mempunyai jati diri dan berprinsip serta bersungguh-sungguh menuntut ilmu. Rangkap Keempat : Disini, penyajak berpesan supaya remaja mempunyai hala tuju dalam kehidupan.

Sajak : Di Perpustakaan

Rangkap Pertama : Perpustakaan merupakan tempat yang unik kerana dipenuhi dengan ilmu serta para pembaca yang tekun. Rangkap Kedua : Pengarang merasakan ilmu yang dia ada adalah terlalu cetek jika hendak dibandingkan dengan lautan ilmu yang ada di perpustakaan.Hanya sedikit ilmu yang diperolehinya. Rangkap Ketiga : Pengarang berusaha mencari ilmu , tetapi ilmu tidak akan habis dipelajari.

Sajak : Mengintai Ruang Insaf

Rangkap Pertama : Kesusahan untuk mencari keredhaan Ilahi atas dasar kekurangan ilmu. Rangkap Kedua : Dalam kehidupan seharian. Penyajak tidak terlepas dari kesilapan yang menyebabkan jalan mencari kebenaran semakin susah. Rangkap Ketiga : Penyajak sangsi bahawa adakah dia akan berasa insaf. Rangkap Keempat : Penyajak berharap agar peluang menebus kesalahan masih terbuka untuknya.

Sajak : Mahsuri

Rangkap Pertama : Kisah tentang diri dan sumpahan Lagenda Mahsuri di Pulau Langkawi. Mahsuri, sebagai lambang wanita yang setia dan dendamnya terhadap orang yang menzaliminya. Diri dan Sumpah Mahsuri telah menjadikan Pulau Langkawi membangun. Rangkap Kedua : Ada timbul perdebatan tentang kewujudan Mahsuri. Ada yang mengatakan ia benar-benar wujud manakala ada yang mengatakan ianya hanyalah khayalan seniman. Selain itu, ada yang mengatakan ia sebuah kisah yang dijadikan sastera lalu telah menghidupkan nama Pulau Langkawi. Rangkap Ketiga : Lagenda Mahsuri telah memperkasakan nama Pulau Pinang lalu memartabatkan bidang kesusateraan negara kita.

Sajak : Tiba Waktunya

Rangkap Pertama : Perubahan zaman dengan pelbagai kemajuan yang bergerak pantas.Manusia berebut segala kemajuan tersebut. Rangkap Kedua : Penyajak betanya adakah kita hanya perlu tunduk dan mengutip sisa daripada itu atau berada dalam kemajuan zaman untuk berjaya. Rangkap Ketiga : Penyajak menyeru kaum wanita supaya hidup bersama zaman siber kerana suara dan kekuatan wanita adalah pemangkin aspirasi menuju kejayaan era globalisasi.

Anda mungkin juga menyukai