Anda di halaman 1dari 11

Ainie / Nor Haslin Farahin / Fadzlun Nur Fazillah / Nur Syazwani Pengurusan Perniagaan AN015 Bentuk-Bentuk Pemilikan Perniagaan

- Koperasi

BAB 1 : PENGENALAN 1.1 DEFINISI KOPERASI Secara umumnya, koperasi ialah satu pertubuhan yang diusahakan oleh sekumpulan masyarakat yang bermuafakat untuk menjalankan satu jenis kegiatan ekonomi dan kegiatan sosial yang berasaskan demokrasi. Menurut Kenyataan Jati Diri Koperasi, Manchester (1995), koperasi didefinisikan seperti berikut, Sebuah koperasi adalah pertubuhan berautonomi di mana anggotanya bersatu secara sukarela demi mencapai kepentingan bersama dan aspirasi bersama di bidang ekonomi, sosial dan budaya melalui satu badan yang dimiliki dan terkawal secara demokrasi.
1

Menurut Seksyen 2, Akta Koperasi 1993, Koperasi boleh didefinisikan sebagai suatu

pertubuhan yang berautonomi yang bersatu secara sukarela untuk memenuhi keperluan dan aspirasi ekonomi, sosial dan budaya mereka yang sama melalui suatu perusahaan milik bersama dan dikawal secara demokrasi yang berdaftar di bawah Akta Koperasi 1993. Daripada definisi itu, dapat dirumuskan koperasi mempunyai bentuk tersendiri daripada yang berbeza daripada pertubuhan-pertubuhan lain.
2

Menurut Anshul And Ritesh (2009), koperasi merupakan organisasi swasta, yang dibentuk

secara sukarela oleh orang-orang yang mempunyai persamaan kepentingan, dengan maksud menguruskan kepentingan para anggotanya serta menciptakan keuntungan timbal balik bagi anggota koperasi maupun perusahaan koperasi.

1.2 CIRI-CIRI PEMILIKAN KOPERASI Ciri-ciri pemilikan koperasi ialah seperti berikut: 1. Koperasi ditubuhkan di bawah Ordinan Akta Koperasi Malaysia 1993. 2. Liabilitinya adalah terhad. 3. Modal diperolehi melalui yuran sama ada yuran bulanan, tahunan atau saham yang dibeli oleh ahli. 4. Didaftarkan dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia. 5. Agihan risiko, keuntungan dan kerugian berdasarkan pegangan saham dan penglibatan ahli-ahli. 6. Diuruskan oleh Lembaga Pengarah yang dilantik oleh ahli-ahli koperasi semasa mesyuarat agong tahunan. 7. Keuntungan koperasi diagihkan kepada ahli samada satu kali atau dua kali setahun dalam bentuk dividen, atau bonus atau kedua-duanya, mengikut peratusan yang ditentukan oleh Lembaga Pengarah Koperasi.
1 2

http://www.skm.gov.my/ Anshul And Ritesh (2009). Konsep, Aliran dan Sejarah Koperasi . Http://Catatankuliahdigital.Blogspot.Com

Ainie / Nor Haslin Farahin / Fadzlun Nur Fazillah / Nur Syazwani Pengurusan Perniagaan AN015 Bentuk-Bentuk Pemilikan Perniagaan - Koperasi

1.3 SEJARAH KOPERASI DI MALAYSIA


3

Idea berkoperasi mula diperkenalkan oleh Sir Arthur Young di Negeri-negeri Tanah Melayu

pada tahun 1907. Masyarakat kurang menerima pada awalnya terutama dari kalangan masyarakat Melayu kerana terdapat unsur-unsur riba dalam urusan pinjam-meminjam yang diperkenalkan. Pada 14 April 1921, En. A. Cavendish telah dihantar ke negara Burma untuk membuat kajian mengenai pergerakan koperasi di negara tersebut. Setelah Encik A. Cavendish kembali ke Malaysia, beliau telah menggerakkan penubuhan koperasi melalui penggubalan Undang-undang koperasi pertama Co-operative Societies Enactment 1922, diluluskan hasil daripada kajian dan beberapa perakuan yang dibuat oleh En. A. Cavendish. Sehubungan itu, pada 1 Julai 1922 Pejabat Kemajuan Kerjasama ditubuhkan dan diketuai oleh En. A. Cavendish (Pendaftar Pertama). Bertitik tolak dari penubuhan Pejabat Kemajuan Kerjasama, maka bermulalah penubuhan koperasi di Malaysia dengan tertubuhnya koperasi pertama di Malaysia iaitu Syarikat Bekerjasamasama Jimat Cermat dan Pinjam Wang Pekerja-pekerja Jabatan Pos dan Telekom Berhad yang didaftarkan pada 21 Julai 1922. Sehinnga tahun 1955 sebanyak 172 koperasi jenis pemasaran telah didaftarkan dengan modal pusingan sebanyak RM10.5 juta. Pada 4 Februari 1993, Akta Koperasi 1993 mendapat persetujuan di Raja setelah dibentang di persidangan Parlimen. Manakala pada 22 Februari 1994 Akta Koperasi 1993 telah diterbitkan dalam warta. Pada September 1995, Akta Koperasi 1993 dikuatkuasakan. Akta Koperasi 1993 dipinda dengan menambah seksyen baru 71A iaitu panduan pembubaran dan penyusunan semula sesebuah koperasi kepada syarikat. Pada 1 Januari 2008, Jabatan Pembangunan Koperasi (JPK) telah ditransformasikan
4

kepada

Suruhanjaya

Koperasi

Malaysia

(SKM).

Koperasi di negara ini semakin berkembang berdasarkan jumlah anggota yang menyertai

koperasi seramai 4.75 juta orang dengan aset terkumpul sebanyak RM18.9 bilion. Pada akhir tahun 2001, jumlah aset koperasi di seluruh negara ialah 4246 buah koperasi dengan modal syer berjumlah RM4.3 bilion.

3 4

http://www.skm.gov.my/sejarah ___(2003). Siri Kursus Wajib Anggota Lembaga Koperasi. Jati Diri Dan Kefahaman Koperasi. Kuala Lumpur. Angkasa.

Ainie / Nor Haslin Farahin / Fadzlun Nur Fazillah / Nur Syazwani Pengurusan Perniagaan AN015 Bentuk-Bentuk Pemilikan Perniagaan - Koperasi

BAB 2 : KELEBIHAN DAN KELEMAHAN KOPERASI Kelebihan koperasi adalah seperti berikut: 1. Menjaga kepentingan ahli dan bukannya mencari keuntungan semata-mata. 2. Mewujudkan kerjasama dan tolong menolong antara ahli-ahli dalam menyelesaikan masalah mereka. 3. Cukai tidak dikenakan ke atas keuntungan koperasi. 4. Koperasi ditadbirkan secara demokrasi melalui pengundian dalam mesyuarat agung tahunan. 5. Liabiliti koperasi adalah terhad. 6. Koperasi wujud secara berterusan iaitu entiti berasingan. 7. Koperasi adalah milik bersama ahli-ahli koperasi. Kelemahan koperasi adalah seperti berikut: 1. Aktiviti koperasi dikuasai oleh segolongan individu tertentu kerana ahli koperasi kurang aktif. 2. Kedudukan kewangan agak lemah kerana koperasi ditubuhkan oleh mereka yang berpendapatan rendah. 3. Modal yang kecil menyebabkan koperasi tidak mampu bersaing berbanding syarikat. 4. Operasi koperasi dikawal rapi oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia. 5. Laporan kewangan perlu diaudit oleh juruaudit luaran yang bertauliah. 6. Mesyuarat Agung Tahunan yang dihadiri oleh ramai ahli boleh menggugat sistem pengurusan koperasi. 7. Syer tidak boleh dipindah milik. 8. Walaupun koperasi adalah syarikat Berhad, ia tidak didaftarkan di Bursa Saham.

Ainie / Nor Haslin Farahin / Fadzlun Nur Fazillah / Nur Syazwani Pengurusan Perniagaan AN015 Bentuk-Bentuk Pemilikan Perniagaan - Koperasi

BAB 3 : SEJARAH PENUBUHAN KOPERASI GURU MELAYU PULAU PINANG BERHAD Kami telah menganalisis sebuah koperasi yang terdapat di Pulau Pinang iaitu Koperasi Guru Melayu Pulau Pinang Berhad. Alamat Koperasi Guru Melayu Pulau Pinang Berhad terletak di 14 Jalan Barrack, 10450 Pulau Pinang.

Rajah 1: Pejabat Koperasi Guru Melayu Pulau Pinang Berhad

Rajah 2: Logo Koperasi Guru Melayu Pulau Pinang Berhad

Nama Koperasi No. Pendaftaran Fungsi Peringkat Negeri - Daerah Kawasan Operasi Tahun ditubuhkan

: : : : : : :

KOPERASI GURU MELAYU PULAU PINANG BERHAD 054 Koperasi Kredit Koperasi Asas Pulau Pinang, Timur Laut Negeri Pulau Pinang 1926

Rajah 3: Maklumat Asas Koperasi Guru Melayu Pulau Pinang Berhad

Pada 28 Jun 1922, ekoran dari termaktubnya Undang-undang koperasi pertama Co4

Ainie / Nor Haslin Farahin / Fadzlun Nur Fazillah / Nur Syazwani Pengurusan Perniagaan AN015 Bentuk-Bentuk Pemilikan Perniagaan - Koperasi

operative Societies Enactment 1922 yang telah diluluskan hasil daripada kajian dan beberapa perakuan yang dibuat oleh En. A. Cavendish, dan tertubuhnya Pejabat Kemajuan Kerjasama yang ditubuhkan dan diketuai oleh En. A. Cavendish (Pendaftar Pertama), maka pada tahun 1926, tertubuhlah sebuah koperasi guru melayu yang diberi nama Syarikat Guru-Guru Melayu Pulau Pinang Dan Seberang Perai Bekerjasama Jimat Cermat Dan Pinjam Wang Dengan Tanggungan Berhad yang kemudiannya ditukar nama kepada Koperasi Guru Melayu Pulau Pinang Berhad pada 15 April 1996, ekoran termaktubnya Akta Koperasi 1993 (Akta 502). Pada tahun 1920an, ramai guru-guru melayu di Pulau Pinang mendapat gaji yang kecil. Sehubungan itu, ramai guru telah meminjam wang daripada peminjam wang haram yang dipanggil Ceti. Atas dasar untuk membantu guru-guru melayu supaya mereka mempunyai sumber pinjaman kewangan maka atas pihak British, melalui Penolong Pendaftar Koperasi Melayu yang pertama iaitu Kapten Noor M. Hashim, telah menubuhkan Koperasi Guru Melayu Pulau Pinang Berhad, yang diberi nama Syarikat Guru-Guru Melayu Pulau Pinang Dan Seberang Perai Bekerjasama Jimat Cermat Dan Pinjam Wang Dengan Tanggungan Berhad. Pada asalnya pejabat Koperasi Guru Melayu Pulau Pinang Berhad terletak di Sekolah Kebangsaan Seri Tanjung, Jalan Hutton, Pulau Pinang. Kemudian pejabat koperasi telah berpindah ke rumah Kesatuan Guru Melayu Pulau Pinang. Pada awal tahun 1980an, Koperasi Guru Melayu Pulau Pinang Berhad telah membeli sebuah rumah agam di No. 135 Jalan Mcalister, Pulau Pinang untuk dijadikan pejabat tetap. Kemudian Koperasi Guru Melayu Pulau Pinang Berhad telah membeli sebuah rumah banglo di No. 14 Jalan Barrack, Pulau Pinang, dan telah berpindah ke pejabat baru sehinggalah sekarang. Keanggotaan Koperasi Guru Melayu Pulau Pinang adalah terdiri daripada pegawai dan kakitangan yang bekerja dengan Jabatan Pelajaran Pulau Pinang dan jabatan lain yang di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia yang terletak di negeri Pulau Pinang.
5

Koperasi Guru Melayu Pulau Pinang Berhad merupakan sebuah pertubuhan bersama

milik orang Islam sepenuhnya yang berkhidmat untuk Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang. Koperasi Guru Melayu Pulau Pinang Berhad menawarkan produk perkhidmatan berupa pinjaman di samping menggalakkan budaya jimat-cermat dalam kalangan anggotanya menerusi pelaburan Modal Syer, Modal Yuran dan Simpanan Khas. Kebajikan anggota turut diberi keutamaan oleh Koperasi Guru Melayu Pulau Pinang Berhad melalui beberapa Skim dan Kumpulan Wang yang diwujudkan.

BAB 4 : MAKLUMAT ORGANISASI PENGURUSAN KOPERASI GURU MELAYU PULAU PINANG BERHAD
5

___(2010). Koperasi Guru Melayu Pulau Pinang Berhad http://kgmpp.blogspot.com/2010/05/koperasi-guru-melayupulau-pinang.html

Ainie / Nor Haslin Farahin / Fadzlun Nur Fazillah / Nur Syazwani Pengurusan Perniagaan AN015 Bentuk-Bentuk Pemilikan Perniagaan - Koperasi

Koperasi Guru Melayu Pulau Pinang Berhad ditadbir oleh satu Lembaga Pengarah dimana menurut Undang-Undang Kecil 45(1), Koperasi Guru Melayu Pulau Pinang Berhad Lembaga adalah bertanggungjawab memastikan pentadbiran dan pengurusan Koperasi dikendalikan dengan teratur, menurut subseksyen 44(1) Akta Koperasi 1993. Oleh yang demikian Koperasi Guru Melayu Pulau Pinang Berhad telah ditadbir dan diuruskan oleh sembilan orang Anggota Lembaga Pengarah yang mewakili sembilan kawasan operasi seluruh negeri Pulau Pinang (Rujuk Rajah 4). Anggota Lembaga Pengarah Koperasi Guru Melayu Pulau Pinang Berhad Pengerusi: Tuan Haji Othman bin Mt Dak Naib Pengerusi: Tuan Haji Md. Nor bin Ishak Setiausaha Kehormat: Tuan Haji Muhammad bin Hj. Muhd. Ghazali Bendahari Kehormat: Tuan Haji Othman bin Haji Ahmad Anggota Lembaga: Tuan Haji Abdul Rahman bin Hj. Sidek Tuan Haji Azalli bin Ab. Razak Tuan Haji Mohamed@Yahya bin Din Tuan Haji Abdul Warid bin Darus Tuan Haji Mat Kamil bin Sudin Rajah 4: Anggota Lembaga Pengarah Koperasi Guru Melayu Pulau Pinang Berhad Selain daripada itu, kuasa Lembaga Pengarah juga telah membentuk satu pasukan pentadbiran yang diketuai oleh seorang Pengurus (Encik Md. Radhi bin Ahmad). Lembaga Pengarah juga telah melantik lima orang untuk menganggotai Jawatankuasa Audit Dalaman Koperasi.

BAB 5 : TEMUBUAL DENGAN ANGGOTA LEMBAGA PENGARAH 1. KOPERASI GURU MELAYU PULAU PINANG BERHAD 6

Ainie / Nor Haslin Farahin / Fadzlun Nur Fazillah / Nur Syazwani Pengurusan Perniagaan AN015 Bentuk-Bentuk Pemilikan Perniagaan - Koperasi

Dalam kajian kami tentang Koperasi Guru Melayu Pulau Pinang Berhad, kami telah sempat menemubual seorang Anggota Lembaga Pengarah Kawasan Bandar iaitu Tuan Haji Azalli bin Ab. Razak, untuk mendapat maklumat selanjutnya tentang Koperasi Guru Melayu Pulau Pinang Berhad. Berikut adalah hasil temubual kami dengan beliau. APAKAH ITU KOPERASI? Koperasi ialah pertubuhan yang didaftarkan di bawah Akta Koperasi 1993 dengan matlamat untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggota-anggotanya melalui aktiviti-aktiviti koperasi.

APAKAH JENIS KOPERASI GURU MELAYU PULAU PINANG BERHAD? Koperasi Guru Melayu Pulau Pinang Berhad adalah sebuah koperasi kredit. Dahulu koperasi dikenali sebagai Syarikat Guru-Guru Melayu Pulau Pinang Dan Seberang Perai Bekerjasama Jimat Cermat Dan Pinjam Wang Dengan Tanggungan Berhad. Ia berfungsi untuk memberi pinjaman wang kepada ahli koperasi, sehinggalah sekarang. Itulah fungsi utama koperasi ini, memberi pinjam wang, selain ahli menabung di koperasi, melalui wang yuran dan simpanan khas dan modal syer.

BERAPA BANYAK WANG AHLI BOLEH PINJAM DARI KOPERASI. Terdapat tiga jenis kategori pinjaman yang koperasi tawarkan kepada ahli. 1. pinjaman berjamin : dari RM1,000.00 hingga RM50,000.00 tertakluk kepada syaratsyarat pinjaman. 2. pinjaman peribadi : (cagaran 90% yuran kredit peminjam). Ini bermakna ahli boleh pinjam wang sebanyak 90% daripada yuran ahli tersebut yang ada dalam koperasi. 3. pinjaman kecemasan : Satu bulan jumlah pendapatan ahli yang hendak meminjam atau RM4,000.00 mengikut mana-mana yang kurang.

APAKAH FAEDAH KOPERASI KEPADA ANGGOTA? Anggota memiliki koperasi melalui modal syer dan yuran yang disumbangkan di samping menjadi pengguna perkhidmatan dan barangan yang ditawarkan oleh koperasi. Koperasi menyediakan kemudahan tabungan yang terjamin dan kemudahan pinjaman pada kadar faedah yang berpatutan. 7

Ainie / Nor Haslin Farahin / Fadzlun Nur Fazillah / Nur Syazwani Pengurusan Perniagaan AN015 Bentuk-Bentuk Pemilikan Perniagaan - Koperasi

Anggota-anggota menikmati pulangan atas langganan, modal yang disumbangkan. Sebahagian daripada keuntungan koperasi diperuntukkan kepada tabung kebajikan anggota bagi membiayai aktiviti-aktiviti kebajikan seperti tabung bantuan pelajaran anak-anak anggota, khairat kematian dan sumbangan kapada aktiviti-aktiviti kemasyarakatan.

APAKAH AKTIVITI-AKTIVITI YANG BOLEH DIJALANKAN OLEH KOPERASI ? Pelbagai aktiviti boleh dijalankan oleh koperasi.Matlamat koperasi ialah untuk memajukan sosioekonomi anggota-anggotanya menurut prinsip-prinsip koperasi. Kini, koperasi-koperasi telah menceburi beberapa bidang perniagaan seperti : kredit insuran ternakan ikan keli pelaburan dalam saham siar harga dan saham tidak siar harga. Pelaburan saham siar harga adalah pelaburan saham di Bursa Saham Kuala Lumpur dan pelaburan dalam saham tidak siar harga adalah seperti pelaburan saham dalam koperasi lain seperti Koperasi Gabungan Negeri Pulau Pinang, Bank Persatuan (Bank Koperasi), dan Bank Rakyat. ADAKAH TERDAPAT PERSAINGAN DENGAN KOPERASI? Menang terdapat persaingan antara koperasi dengan institusi-institusi lain seperti bank kormesial dan koperasi kredit lain. Dalam hal ini, koperasi dapat bersaing dengan sihat kerana penentuan kadar faedah koperasi adalah tetap, dan tidak bergantung kepada kenaikan dan penurunan pasaran kadar faedah bank. Contohnya adalah semasa kegawatan ekonomi negara pada tahun 1998, dimana kenaikan kadar pinjaman bank adalah sangat tinggi, tetapi kadar faedah yang dikenakan oleh koperasi adalah tetap sama. Selain daripada itu, koperasi juga telah menaikkan jumla kadar pinjaman peribadi sehinnga RM50,000.00 untuk bersaing dengan bank kormesial.

SIAPAKAH KUASA TERTINGGI DALAM KOPERASI? Berdasarkan kepada konsep koperasi itu ditubuhkan, koperasi adalah milik anggota. Melalui mesyuarat agung yang diadakan setiap tahun, anggota-anggota melantik Lembaga Koperasi untuk mengawal perjalanan koperasi seperti yang telah diamanahkan. SIAPAKAH YANG MENGURUSKAN KOPERASI? Pengurusan koperasi dikendalikan oleh Lembaga yang dilantik oleh anggota-anggota koperasi pada mesyuarat agung. Lembaga ini melantik diantara mereka seorang Pengerusi, seorang Setiausaha 8

Ainie / Nor Haslin Farahin / Fadzlun Nur Fazillah / Nur Syazwani Pengurusan Perniagaan AN015 Bentuk-Bentuk Pemilikan Perniagaan - Koperasi

Kehormat dan seorang Bendahari Kehormat, Jawatankuasa Audit Dalaman, dan Pengurus serta beberapa Jawatankuasa Kecil yang boleh membantu Lembaga dalam mengendalikan aktiviti koperasi. Lembaga mengadakan mesyuarat bulanan untuk membincangkan urusan perniagaan dan aktiviti koperasi seperti permohonan menjadi anggota, permohonan pinjaman, pelaburan, meluluskan penyata bulanan dan laporan Jawatankuasa Kecil. BAGAIMANA KOPERASI MENJANA MODAL UNTUK PERNIAGAAN ? Koperasi menjana modal melalui perlbagai cara seperti berikut : 1. Modal syer sebanyak RM500.00 setiap anggota. 2. Yuran bulanan anggota adalah sekurang-kurangnya RM30.00 sebulan. 3. Simpanan khas, deposit atau pinjaman. 4. Koperasi boleh, dengan kelulusan Suruhanjaya, menerima deposit atau pinjaman daripada bukan anggota koperasi, seperti pinjaman bank atau pinjaman dari koperasi lain. 5. Menjalankan perniagaan lain, selain daripada perniagaan teras koperasi iaitu pinjaman wang atau pemberian kredit.

SIAPAKAH YANG MENENTUKAN CAJ PERKHIDMATAN PINJAMAN KEPADA ANGGOTA DAN BERAPAKAH CAJ PERKHIDMATAN. Kadar caj perkhidmatan adalah ditentukan dalam Undang-Undang Kecil Koperasi. Kadar caj perkhidmatan atas semua pinjaman adalah satu peratus (1%) sebulan yang kena dibayar setiap bulan berasaskan baki berkurangan bulanan atas pinjaman.

BAB 6 : KESIMPULAN Koperasi Guru Melayu Pulau Pinang Berhad adalah satu koperasi kredit yang cemerlang dan terbilang berlandaskan amanah dan kualiti. Koperasi memperjuangkan ke arah ekonomi anggota yang kukuh, mengutamakan kualiti kerja dalam aspek kewangan, pelaburan atau pengurusan sumber tenaga bagi menuju ke arah tiga koperasi terbaik di negeri Pulau Pinang dan 20 koperasi terbaik di peringkat nasional. 9

Ainie / Nor Haslin Farahin / Fadzlun Nur Fazillah / Nur Syazwani Pengurusan Perniagaan AN015 Bentuk-Bentuk Pemilikan Perniagaan - Koperasi

Sehubungan itu, koperasi ini telah berjaya mendapat penarafan empat bintang dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia, melalui Pemeriksaan Usaha Wajar yang dijalan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia pada tahun 2009. Dengan itu, ia jelas menunjukkan bahawa Koperasi Guru Melayu Pulau Pinang Berhad adalah sebuah koperasi yang cemerlang daripada pelbagai sudut yang telah dinilai seperti struktur kewangan, likuiditi, kualiti aset, pengurusan, perolehan dan penggunaan teknologi maklumat dalam pengurusan koperasi. Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Anggota Lembaga Pengarah dan Pengurus Koperasi Guru Melayu Pulau Pinang Berhad yang telah memberi kerjasama yang baik semasa kami menjalankan temubual dan kajiselidik di Koperasi Guru Melayu Pulau Pinang Berhad.

BIBLIOGRAFI : _____(2010). Undang Kecil & Aturan-Aturan Koperasi Guru Melayu Pulau Pinang Berhad. Koperasi Guru Melayu Pulau Pinang Berhad. Pulau Pinang. _____(2008). Akta Koperasi 1993 (Akta 502) & Peraturan-Peraturan. Kuala Lumpur: International Law Book Services. ____(2010). Sejarah Permulaan Gerakan Koperasi di Malaysia. Retrieved Mei 22, 2010, from http://www.skm.gov.my/ 10

Ainie / Nor Haslin Farahin / Fadzlun Nur Fazillah / Nur Syazwani Pengurusan Perniagaan AN015 Bentuk-Bentuk Pemilikan Perniagaan - Koperasi

_____(2003). Siri Kursus Wajib Anggota Lembaga Koperasi. Jati Diri Dan Kefahaman Koperasi. Kuala Lumpur. Angkasa. _____(2010). Koperasi Guru Melayu Pulau Pinang Berhad. Retrieved Mei 22, 2010, http://kgmpp.blogspot.com/2010/05/koperasi-guru-melayu-pulau-pinang.html Anshul And Ritesh (2009). Konsep, Aliran dan Sejarah Koperasi . Retrieved Mei 22, 2010, from Http://Catatankuliahdigital.Blogspot.Com

11

Anda mungkin juga menyukai