Anda di halaman 1dari 1

No.15 Jln Ru 17, Taman Rambai Utama, Tanjung Minyak, 75250 Melaka.

Kolej Risda Melaka, Lot 2020,Ayer Paabas, 7800 Alor Gajah, Melaka. Tuan, Permohonan Untuk Tinggal Di Asrama Kolej Risda Blok A Merujuk perkara di atas: Saya , Nurazlin Bt Raman, pelajar semester 1 DA(Diploma Perakaunan).Saya ingin memohon untuk tinggal di asrama Kolej Risda bagi memudahkan perjalanan saya pergi dan balik ketika mengikuti pengajian pada semester 2 dan seterusnya.Bagi memudahkan saya menghadiri setiap kelas dengan cepat dan awal. 2. Ini kerana, saya tidak mahu tinggal di luar dari Kolej Risda kerana saya seorang yang lalai dalam menguruskan masa,maka saya takut nanti terlewat untuk masuk kelas kalau saya duduk diluar dan saya amat mengharapkan kerjasama dan jasa baik dari pihak tuan untuk membenarkan saya tinggal di Asrama Kolej Risda ini ketika mengikuti waktu pengajian smapailah tamat pengajian saya. 3. Oleh itu, saya amat berharap agar pihak Kolej Risda boleh mempertimbangkan permohonan saya ini. Segala kerjasama dari pihak tuan saya duhului dengan ucapan terima kasih.

Yang benar,

................... Nurazlin Bt Raman

Anda mungkin juga menyukai